KESESATAN AL-ALBANI PEROSAK ILMU HADIS (Blog: ustaz-faidzurrahim.blohspot.com). Telah berkata beberapa ulamak Islam bahawa ada seorang tukang jam yang bernama Muhammad Nasiruddin al-AlBani yang berasal dari negara Albania. Cukup sebagai bantahan terhadapnya adalah pengakuanya sendiri bahawa dia dulunya bekerja sebagai tukang memperbaiki jam (as-Sa'atiy) dan hobinya adalah membaca kitab-kitab agama tanpa mendalami ilmu Agama dari para ulamak yg muktabar dan tidak mempunyai sanad yang diakui dalam Ilmu Hadits, bahkan sanadnya terputus (tidak bersambung ke Rasulullah), sanadnya kembali kepada kitab-kita yang dibaca olehnya sendiri. Dia sendiri mengakui bahawa dia tidak menghafal sepuluh hadis pun dengan sanad muttasil (bersambung) sampai ke Rasulullah, meskipun begitu dia berani mensahihkan dan melemahkan mana2 hadis sesuka hati dengan hawa nafsunya dan bertentangan dengan kaedah para ulama hadis yang menegaskan bahawa kerja-kerja mentashihkan dan melemahkan mana-mana hadis adalah tugas para ulamak Hadis yg bertaraf 'al-Hafiz' saja.
Antara kesesatan Al Albani adalah menyamakan Allah dengan makhluk-Nya, ini disebut dalam kitabnya berjudul "Al-Mukhtasar al Uluww; ". Beliau mengkafirkan orang-orang yang bertawassul dan beristighatsah dengan para Nabi dan orang-orang soleh, INI disebut dalam kitabnya "at-Tawassul" . Dia menganggap Nabi adalah seorang yang sesat sebagaimana da menuduh sesat orang-orang yang bertawassul dgn para Nabi dan para Wali, ini disebut dalam kitabnya "Fatawa al Albani". Dia juga mengkafirkan Ahli Sunnah al Asyairah dan al Maturidiyah seperti yang disebut dalam rakaman suaranya yang disampaikan kepada para pengikutnya. Dia menyeru agar dihancurkan al Qubbah al Khadlra' (menara hijau masjid Nabawi) dan menyarankan agar dipindahkan makam Nabi ke luar kawasan Masjid, ini disebut dalam kitabnya "Tahzir as-Sajid' . Al-AlBani melarang umat Islam menyebut dalam solat lafaz: "Assalamu 'alaika ayyuhan Nabiyy" dan dia berkata bahawa haram lafaz "Assalamu alannabiyy atas alasan Nabi telah mati, ini disebutkan dalam kitabnya yang berjudul "Sifat Solat al-Nabi". Dia juga memaksa orang Islam di Palestine agar menyerahkan negara Palestine kepada orang Yahudi, ini disebut dalam kitabnya "Fatawa al Albani". Dalam kitab yang sama jua (fatawa al-AlBani) dia mengharamkan orang Islam untuk mengunjungi sesama mereka dan menziarahi orang yang telah mati di kuburnya. Dia juga mengharamkan orang perempuan untuk memakai kalung emas dalam, kitabnya "Adaab az-Zafaaf ". Al-AlBani mengharamkan orang Islam berwudhuk lebih dan satu mud dan mandi lebih dari lima mud (satu mud bersamaan dengan dua telapak tangan ukuran sedarhana), kenyataan ini dikutip dari"Majallah at¬Tamaddun". Beliau juga mengharamkan Umat Islam penggunaan Subhah(Tasbih) untuk berzikir sebagaimana disebut dalam kitabnya "Silsilah al Ahadits adl-Dha'ifah", beliau mengharamkan oran Islam melaksanakan solat aunat tarawih dua puluh raka'at di bulan Ramadan sebagaimana disebut dalam kitabnya "Qiyam Ramadhan". Dia juga mengharamkan umat Islam melakukan solat sunnah qabliyalih jum'at sebagaimana disebut dalam kitabnya yang berjudul "al Ajwibah an-Nafah". Selain itu beliau mengharamkan bacaan al-Qur'an untuk orang-orang muslim yang telah meninggal dunia dan juga mengharamkan perayaan maulid Nabi, mengharamkan ziarah ke makam Nabi dan melarang ucapan lafaz "Sayyidina" untuk Nabi dan menganggapnya bid'ah sesat pelakunya seorang mubtadi'. By blog: ustaz-faidzurrahim.blogspot.com.
No comments:
Post a Comment