Friday 24 February 2017

UMAT ISLAM DI SELANGOR DAN DI NEGERI-NEGERI LAIN MENOLAK WAHABI 2017

 
   Sumber:     https://selangorkini.my/2017/02/35-ajaran-difatwa-sesat-21-masih-aktif/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter                                                                    35 ajaran difatwa sesat, 21 masih aktif

OLEH NAZLI IBRAHIM
AMPANG, 25 FEB: Sebanyak 35 ajaran difatwa dan diwartakan sesat kerana menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, daripada itu sebanyak 21 ajaran masih bergerak aktif dan manakala 14 lagi tidak aktif.
“Saya sangat sedih dan kecewa di atas perkara itu. Saya mengarahkan jabatan agama berautoriti di Selangor supaya mengambil tindakan serius bagi membenteras sebarang usaha penyelewengan agama dan ajaran sesat ini.
“DYMM Sultan Selangor turut melahirkan kerisauan terhadap isu ini dan bertitah pada pembukaan sidang Dewan Negeri Selangor ke-13 Tahun 2016, umat Islam di dunia hari ini berhadapan pelbagai cabaran seperti fahaman radikal dan gerakan militan serta ajaran sesat akibat dari salah faham ajaran suci Islam.
“Untuk menghadapi cabaran ini, umat Islam mesti berpegang kepada ajaran dan amalan Ahlus Sunah Wal Jamaah dan menghayatinya dengan prinsip keadilan, ihsan, kesederhanaan dan tolenrasi,” kata Ahmad Yunus.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) Daerah Hulu Langat di Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasek Tambahan, di sini, malam tadi.
Jelasnya, kekeliruan umat Islam terhadap agamanya sendiri disebabkan kelalaian memahami dengan sempurna ajaran Islam itu sendiri menyebabkan Islam semakin berpecah kepada beberapa mazhab yang menyeleweng daripada ajaran Islam diterapkan sistem aqidah Ahlus Sunah Wal Jamaah.
Katanya, aliran aqidah Ahlus Sunah Waljamaah semakin longgar kerana serangan ajaran Syiah, ajaran Wahhabiah, ajaran tidak bermazhab, ajaran Islam liberal, ajaran sekularisme, ajaran pluralisme dan lain-lain.
Justeru, beliau menggesa supaya umat Islam terus berpegang teguh kepada aqidah Ahlus Sunah Waljamaah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
=EZY= Sumber: Selangor Kini, 

 https://selangorkini.my/2017/02/35-ajaran-difatwa-sesat-21-masih-aktif/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter

No comments:

Post a Comment