Friday, 6 January 2017

KESESATAN ESQ (Program Motivasi).

          Fatwa Berkenaan Dengan Kursus ESQ Leadership Training Dan Fahaman Yang Seumpama Dengannya
(a) Ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa‑apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran‑ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri‑ciri penyelewengan tersebut adalah seperti yang berikut:
(i) mendukung fahaman liberalisme iaitu memahami atau mentafsir nas‑nas agama (Al-Quran dan as‑Sunnah) secara bebas, dan fahaman pluralisme‑agama iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua‑dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
(ii) mendakwa bahawa para Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah pilihan Allah semata‑mata (Al-Isthifaiyyah), dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (Al-Kasbiyyah),
(iii) mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam. "SQ" adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar, manakala "God Spot" adalah hasil kajian seorang Hindu VS Ramachandran. Kedua‑dua penemuan ini disahkan dengan ayat Al-Quran (AI‑Hajj ayat 46).
...ESQ mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam...
(iv) menekankan konsep "suara hati" atau "conscience" sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian. The Oxford Dictionary of World Religionmenyebut: "In the main forms of Christianity, conscience is the absolutely inviolable and sacrosanct centre of the person as human as responsible for her or his decisions". Konsep suara hati juga merupakan ajaran agama Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekananda: "The Atman is the Holy Ghost of the Biblical Trinity, and the purpose of all religions is to make men heard 'the still small voice' within them". Menurut Imam Abu Al-Abbas, pendapat demikian adalah zindiq dan kufur.
(v) menjadikan logika sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa Al-Quran dan as‑Sunnah sebagai sumber rujukan utama.
(vi) Mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logik. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulama kerana ia bermakna mengingkari nas‑nas Al-Quran dan Hadits Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi para Nabi.
...ESQ kufur karena mMengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal...
(vii) menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk menafsir Al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan "submission."Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada Al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat‑ayat Al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikan dengan Kod 19.
(viii) menyamakan bacaan Al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang Jepun yang berteraskan ajaran Buddha.
(ix) mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumus ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa AS diselamatkan daripada Firaun boleh juga berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juruterbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini merupakan ajaran a.aama Hindu seperti yan.g diterangkan oleh Swami Vivekananda: 'When Jesus healed, they called it a miracle". What is a miracle? A supernatural even says the dictionary. "Applied Raja Yoga", says the Yogi. "Just because you don't understand it, you call it a miracle. We know what it's about. It's natural to its".
...ESQ menafsirkan makna kalimat syahadat dengan"triple one" yang digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity...
(x) menafsirkan makna kalimat syahadat dengan "triple one". Ini adalah tafsiran bid’ah dan sesat. Dalam konteks akidah, "triple one" digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity. Buku "Christianity For Dummies", ketika menguraikan konsep ini menyatakan: "The Trinity: How 1 + 1 + 1  Equals 1. Christianity says that God is Trinity ‑ one God expressed in three beings. The term trinity means: "three‑oneness.”
(b) Mana‑mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang. dinyatakan dalam perenggan (a).
Bertarikh 10 Jan 2010
[PMWP/100/20 Klt. 2; PN(PU2)530/VI]
Datuk Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh
Mufti Wilayah‑Wilayah Persekutuan .                            

No comments:

Post a Comment