Insya Allah menerima apa-apa jemputan ceramah agama dan majlis-majlis keagamaan, berminat boleh berhubung. HIDUP ISLAM!!!
USTAZ AHMAD (Penulis kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah) اللهُ مَوْجُوْدٌ بِلاَ مَكَانٍ
HIDANGAN ILMU AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEBAGAI SANTAPAN ROHANI BAGI SETIAP MUSLIM. DAPATKAN BUKU-BUKU KARANGAN USTAZ AHMAD -"Makan gulai ikan patin tak jemu-jemu, Makan nasi ayam berulangkan raja, Buku Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah laksana lautan ilmu, Dasarnya penuh mutiara berharga"-
Facebook: Ustaz Ahmad Hulu Klang
Sunday, 20 January 2013
Thursday, 20 December 2012
BUKU BARU BERJUDUL 'DARAH SYIAH MEMBONGKAR KEZALIMAN SYIAH' DAPATKAN SEGERA
Ramai orang melayu terikut dengan SYIAH sama ada dari segi pegangan akidahnya, amalannya dan juga pemikirannya sehingga ada juga ahli-ahli tertentu seperti ahli perniagaan dan juga ahli Politik terpengaruh dengan SYIAH ini. Alhamdulillah satu buku berjaya diterbitkan untuk membongkar siapakah SYIAH yang sebanar. Sebahagian pengkaji pernah mengatakan
"Kemustahilan taqrib (pendekatan pemahaman) antara golongan kaum
Muslimin (sunni) dengan golongan Syiah, disebabkan mereka berbeza dengan
umat islam yang lain dalam masalah usul (dasar-dasar agama). Hal ini
sebagaimana diakaui dan dijelaskan oleh al-Nasir al-tus serta disokong
oleh Nikmatullah al-Musawi al-Khunsaari, malah diakaui oleh semua kaum
Syiah. Dan, jika sikap tersebut sudah ada sejak zaman al-Nasir al-Tusi,
maka pada zaman Bakir al-Majlisi berlangsung semakin tambah keras dan
sengit."
Dan ade juga pengkaji yang lain berkata:
"aku telah hidup berdampingan dengan kaum Syiah baik di Iraq, Saudi,
mahupun Lebanon selama 80 tahun. kami biasa berdiskusi dan berdebat
dengan mereka, dan nampak bagiku seyakin-yakinnya sebuah gambaran bahawa
mereka telah melakukan penyelewengan-peneyelewengan dalam kitab-kitab
rujukan dasar mereka."
Seorang pengkaji berkata:
"aku telah memebentuk satu jawatankuasa untuk mewujudkan taqrib
(penyatuan/pemahaman) antara Sunni dengan Syiah di Kaherah sejak empat
dekad, akan tetapi sebaliknya kaum Syiah menolak untuk membentuk
jawatankuasa yang sama di pusat-pusat kajian ilmiah mereka seperti
Najaf, Qum dan selainya kerana mereka hanya menginginkan kita lebih
dekat terhadap agama mereka."
Alhamdulillah buku ini telah berjaya dipromosi di rancangan BERNAMA rangkaian HELLO MALAYSIA canel 502, bersama penulisnya.
Dapatkan buku ini segera dari:
1-Penulisnya: Hp 019-9181278, email: faidzurrahim@gmail.com
2- Semua kedai-kedai dan cawangan MPH dan POPULAR di seluruh Malaysia.
2- Semua kedai-kedai dan cawangan MPH dan POPULAR di seluruh Malaysia.
3-Pencetak Darul Taklim Taman Melawati Kualau Lumpur. Tel: 03-61873567
-HIDUP KITAB-KITAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH!!!-
Tuesday, 27 November 2012
BUKU TASAWUF TERBARU BERJUDUL ' IBNU ARABI MENYINGKAP TABIR FITNAH' KELUARAN BARU TAHUN BARU ISLAM
Penulis: AHMAD FAIDZURRAHIM MOHD ALWI
Hp: 019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog: ustaz-faidzurrahim.blogspot.com
Sekarang berjaya hasilkan satu buku tasawuf tentang seorang
ulamak sufi yg seringkali dicela dan di ina oleh beberapa pihak seperti
Wahhabi dan juga org Jahil yg mencela ulamak tersebut yang bernama IBNU
ARABI, sehingga ada sebahagian pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri juga menolaknya, sangat sedih. Ingin mengethui hakikat sebenar ulamak ini
boleh dapatkan buku berjudul IBNU ARABI MENYINGKAP TABIR FITNAH, buku yg mempertahankan ulama
tasawuf. Sangat rugi seseorang yang masuk tasawuf dan tarikat tetapi tidak mengenal
secara detailnya SIAPAKAH IBNU ARABI.
Sedikit maklumat pasal buku
baru ini: Gelaran al-Syeikah al-Akbar yang disematkan kepada Ibn
Arabi tidak lain kerana keahlian atau kepakaran beliau dalam
berbagai-bagai disiplin ilmu. Selain telah mencapai darjat yang lebih
tinggi dalam tasawuf, beliau juga menguasai hampir semua bidang ilmu
dalam islam seperti fiqah, usul fiqh, tafsir, hadis, teologi dan
lainnya. Semua itu dicurahkan dalam kitab-kitab hasil karya beliau yang
bilangannya mencapai ratusan judul. Namun ramai umat islam yang keliru
dalam menilai keyakinan Ibn Arabi. Merujuk kepada beberapa kitab beliau,
Ibn Arabi dikatakan mempunyai keyakinan hulul (adanya kesatuan antara
Allah dengan manusia) dan ittihad (setiap kompenan alam ini adalah
bahagian daripada Zat Allah). Keyakinan sebegini jelas bertentangan
dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah dan tergolong dalam keyakinan yang
sesat. Anehnya dalam kitab-kitab Ibn Arabi yang didakwa mengandungi
ungkapan-ungkapan hulul dan ittihad, terdapat banyak ungkapan-ungkapan
tanzih yang menyerlahkan keyakinan Ibn Arabi selari dengan keyakinan
Ahli Sunah Waljamaah. Persoalannya, bagaimana dalam sebuah kitab yang
ditulis oleh seorang pengarang mengandungi dua keyakianan yang
bertentangan.Buku Ibn Arabi: Menyingkap Tabir Fitnah memberi jawapan
terhadap persoalan yang aneh ini.Dapat segera dari:
1- Penulis, AHMAD FAIDZURRAHIM Hp: 019-9181278, email: faidzurrahim@gmail.com
2- Pencetak Yamani Angle: 2-111, Jalan Prima SG 3/2
Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
Telefon: +6 03 6187 3567
Faks: +6 03 6187 7567
3- Semua kedai-kedai dan cawangan MPH dan POPULAR di seluruh Malaysia.
Harga buku RM: 35
Muka surat: 280
1- Penulis, AHMAD FAIDZURRAHIM Hp: 019-9181278, email: faidzurrahim@gmail.com
2- Pencetak Yamani Angle: 2-111, Jalan Prima SG 3/2
Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
Telefon: +6 03 6187 3567
Faks: +6 03 6187 7567
3- Semua kedai-kedai dan cawangan MPH dan POPULAR di seluruh Malaysia.
Harga buku RM: 35
Muka surat: 280
Terima kasih pada sudari Nur Diyana Amir kerana memperomosikan buku-buku saya.
Sebarkan maklumat ini kerana buku Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar telah muncul
Sebarkan maklumat ini kerana buku Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar telah muncul
Sunday, 11 November 2012
PENGAJIAN AKIDAH BERKITAB DAN BERSANAD
SIRI KEDUA
PENGAJIAN KITAB AKIDAH SECARA TALAQQI DAN BERSANAD SERTA PERCUMA
TERBUKA BAGI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
Peluang bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Hulu Kelang seperti
di Ampang, Pandan, Keramat, Kg Baru, Lembah Keramat, Taman Melawati,
Taman Melati, AU, Gombak, Setapak, Klang Gate, Wangsa Maju, Wangsa
Melawati, SetiaWangsa, Kemesah, Kg Pasir, Ukay Perdana dan sekitarnya
di Kuala Lumpur.
Judul Kitab: RINGKASAN SULLAMU AL-TAUFIQ MUKHTASAR SHEIKAH ABDULLAH
Disampaikan oleh: Ustaz Ahmad Faidzurrahin
Tempat: Rumah Dato' Hj Abdul Kayoom Mustakim, Lot 4, Lorong
Hillview 2A Taman Hillview, Off Jalan Hulu Kelang, 68000 Selangor
(Bersebelahan dengan Taman Sri Ukay)
Waktu: Setiap Jumaat, Malam Sabtu selepas Solat Maghrib
Pengajian akan bermula pada 16 NOV 2012
Disarankan solat Maghrib berjamaah di tempat pengajian.
Maklumat Selanjutnya boleh berhubung dengan:
1- Hajjah Jalimah (019-2530884)
2- Puan Saherah (012-6378978)
3- Haji Ahmad ( 012-9190353)
4- Puan Qamariah (03-26913859)
Kitab Pengajian boleh didapati di tempat pengajian dengan harga rm: 20
Mari sama-sama kita memperkasakan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah
dengan menghidupkan Majlis ilmu Akidah.
ISTIQOMAH DALAM MAJLIS PENGAJIAN AKIDAH ADALAH TUNGGAK KEBAHAGIAN HIDUP UMAT iSLAM
Sebarkan Maklumat ini dan
doakan agar ianya berjaya.
LOKASI TEMPAT PENGAJIAN:
Tuesday, 17 July 2012
BUKU TERBARU 2012, 'MENYINGKAP HAKIKAT SEBENAR HIZBUT TAHRIR' DAPATKAN SEGERA!!!
Disediakan oleh:
AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp: 019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Assalamualaikm
Hizbu at Tahrir telah diasaskan
pada tahun 1953 di al-Quds (Bait al-Maqdis), Palestin yang dipelopori oleh Taqiyuddin
an-Nabhani. Walaupun Hizbu at-Tahrir
menitikberatkan untuk mengembalikan semula kehidupan Islam melalui usahanya
dengan menegakkan sistem Khilafah Islamiyyah, namun terdapat banyak masalah
yang dipertikaikan lebih-lebih lagi yang berkaitan masalah usul yang melibatkan
pegangan ‘aqidah umat Islam. Usaha mengembalikan sistem pemerintahan khalifah
dilihat murni, apatah lagi gerakan ini sering mendokong pembebasan Palestin
yang dilihat mampu mengaburi pemikiran umat Islam sejati tanpa diselidiki
perkara-perkara berkaitan ‘aqidah yang merupakan perkara yang paling utama yang
perlu dititikberatkan sebagai asas perpaduan umat Islam sejagat. Sesungguhnya
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi wasallam menyatupadukan umat Islam melalui
kesatuan ‘aqidah dalam perjuangan dakwahnya hingga berjaya memimpin negara
dengan menerapkan sistem Islam dengan jayanya yang perlu umat Islam kini
memahami dan dihayati. Malah, sejarah telah membuktikan bahawa penyatuan dan
persamaan dalam pegangan ‘aqidah Ahlu as-Sunnah wa al-Jama’ah telah berjaya
membebaskan Palestin dan memertabatkan umat Islam di seluruh dunia oleh
pemimpin agung Islam Sultan Sallehuddin al-Ayubi. Hanya atas dasar kesatuan
dalam ‘aqidah yang mampu mengembalikan perpaduan umat Islam, dan mampu
mengembalikan sistem Khilafah Islamiyyah serta kegemilangan ummah. Justeru,
umat Islam sesekali tidak akan bersatu dan tidak akan berjaya memertabatkan
sistem Khilafah Islamiyyah jika perkara pokok ‘aqidah tidak dititikberatkan dan
dihayati. Ironinya gerakan Hizbu at-Tahrir sangat halus
memainkan Isu Khalifah untuk menegakkan sistem Khilafah Islamiyyah tetapi jika
dikaji pemimpinnya Taqiyuddin an-Nabhani dan risalah-risalah terbitannya telah
mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan ‘aqidah Ahlu as-Sunnah wa
al-Jama’ah termasuk perkara-perkara furu’. Jangan Lepaskan peluang untuk mendapat naskah yang julung kali di pasaran
1- Penulis, Hp: 019-9181278, email: faidzurrahim@gmail.com
2- GALERI BUKU SYABAB, Lot 2.03, Kompleks PKNS 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-89253731
3- UIA Gombak, Jendela Ilmu DarAl-Kutub, Hp: 012-2281119
4- PUSTAKA MAJID, Batu Caves Selangor, Tel: 03-61842641
5- Pustaka Shuhadak, Sentul Kuala Lumpur, Hp: 012-2175979
6- JOHANNA BOOK STAT, 20G, Jalan Setiawangsa3, Taman Setiawangsa, 54200 KualaLumpur, Tel: 03-42571669
7- GALERI BUKU ALAT TULISMEHRAJ , No, 34c-0-3, Jalan 1/27F, Pusat BAndar Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Tel: 03-41494786
8- Kedai AS-SUNNAH DARUL AKHYAR, 36, Jalan Bola Tampar, Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor, Tel: 03-55196300, Hp: 0163306300
Rebutlah Peluang ini untuk mengenal Siapakah Sebenar Hizbut Tahrir
Sebarkan Maklumat Ini!!!!
Saturday, 7 July 2012
KERTAS KERJA SEMINAR AKIDAH DAN AJARAN SESAT
Assalamualaikum
Kertas kerja berkaitan dengan Manhaj Ahli SUnnah Wal Jamaah
(Bahaya Wahhabi Syiah & Hizbut Tahrir)
Pada Seminar Akidah Anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Dibentang oleh:
AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp: 019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Untuk membaca isi kandung kertas kerja ini boleh upload terus dari sini:
Atau Sesiapa berminat kertas kerja ini boleh
emailkan insya Allah
-SELAMAT MEMBACA-
Thursday, 28 June 2012
SEMINAR AKIDAH, AJARAN SESAT MEMESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM 2012
(Klik gambar di atas)
SEMINAR AKIDAH
(Ajaran Sesat Memesongkan Akidah Umat Islam)
Anjuran
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
Tarikh: 30 Jun 2012 (SABTU)
Tempat: Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Kg Sungai Pencala Jalan Damansara 60000 Kuala Lumpur
Masa: 8.30 AM - 4.30 PM
Ahli panel:
1- USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM MOHD ALWI
Tajuk: Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Masa: 8.30-10.30
2- USTAZ DZIALULHAK BIN HASHIM
Tajuk: Pengukuhan Akidah dan strategi mendepani cabaran semasa
Masa: 11.00-1.00
3- USTAZ ARIFIN BIN USMAIL
Tajuk: Pluralisme menghalang dakwah
Masa: 2.30-4.30
Penyertaan percuma dan terbuka
kepada semua muslimin dan muslimat. Maklumat selanjutnya sila hubungi:
1-Ustaz Azrul, Hp: 0196758689
2- Ustaz Bukhari.
Hp: 0193653213
Semua dijempu hadir, dan boleh dapatkan buku-buku karangan saya di sana nanti Insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)











