Wednesday 28 September 2016

KENYATAAN RASMI FATWA SELANGOR BERKAITAN DGN FAHAMAN WAHABI. Wahabi memberi ancaman kepada perpaduan dan keselamatan negara.


                   Rujukan Rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor:  http://www.muftiselangor.gov.my/ms/akidah                                                                Soalan : Assalamu'alaikum.
 Tuan mufti saya ingin penjelasan mengenai fahaman wahabi yang sedang menjadi isu hangat ketika ini. Adakah fahaman ini mengelirukan atau menyesatkan umat Islam dan apakah sebab-sebabnya.  Yang keduanya bagaimana dengan hukum mengamalkan solawat shifa', nahriyah, badriyah, munjiah tafrijiah dan lain-lain.
Jawapan: Waalaikumsalam wbt.
Aliran Fahaman Wahabi yang diasakan Muhammad Abd Wahab (1115-1206H) melibatkan soal aqidah, syariah dan akhlak yang bercanggah dengan fahaman ahli sunnah waljamaah mengikut Mazhab Syafie, boleh memberi ancaman kepada perpaduan dan keselamatan negara. Oleh itu fahaman ini tidak sesuai diamalkan oleh umat Islam negara ini.
Mengamalkan selawat shifa’, nahriyah, badriyah, munjiah dan lain-lain adalah amalan yang mempunyai fadhilatnya sendiri (fadhailul a’mal). Untuk itu boleh beramal dengannya. Bagi mereka yang tidak mahu beramal, terpulanglah kepadanya. Sebagai orang awam, janganlah semudah-mudah untuk menyalahkan amalan-amalan yang dibuat oleh orang lain, kecuali yang jelas larangnya.
Wallahu a’alam          Rujukan Rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor:  http://www.muftiselangor.gov.my/ms/akidah

No comments:

Post a Comment