Thursday 28 May 2015

KHUTBAH JUMAAT BERKISAR AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN SELANGOR, BERSAMA USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM


Gerakan Dakwah Akidah di Hari Jumaat, Insya Allah 29-5-2015  Tazkirah sebelum jumaat berkisar Pemerkasaan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan huraian kekeliruan tentang tasawuf dan tarekat. Dan Khutbah Jumaat bertajuk Persediaan dari sudut akidah utk Ramadhan.
Lokasi: Surau solat Jumaat  Surau IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor),  Surau Khalid Al-Walid, Seksyen 9 Shah Alam. Selangor. 
Semua dijemput hadir dan Doakan agar dakwah Tasawuf Ahli Sunnah Wal Jamaah berjaya

PAHANG BERAKIDAH ASWJ DAN BERTASAWUF DGN ILMU YG AKIDAH, BERSAMA USTAZ FAIDZURRAHIM

 Ceramah Perdana, Pada 30-5-2015 Sabtu mlm Ahad selepas Maghrib,
 Lokasi: Masjid Al Ihsan Kg Jambu Rias 28600 KARAK Pahang. 8 km dari bandar Karak menghala ke Lanchang. Tajuk 'Kepentingan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di akhir zaman', dan Insya Allah akan dikupas juga isu Tasawuf dan Tarekat dari kacamata Ahli Sunnah Wal Jamaah. Semua dijemput hadir, doakan agar dakwah ahli Tasawwuf berjaya.


Sunday 17 May 2015

CERAMAH AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI MASJID AS-SOBIRIN KUALA LUMPUR, BERSAMA USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM

  Ceramah Perdana 'Penjelasan Akidah ASWJ yg sebenar', 
Pada 23-5-2015 Sabtu malam Ahad selepas maghrib, 
Lokasi: Masjid As-Sobirin, Jln Au5c/5, lembah Keramat 54200 Kuala Lumpur.
SEMUA DIJEMPUT HADIR

GERAKAN DAKWAH ASWJ DI PERAK BERSAMA USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM

 Majlis Daurah kitab bersanad, kitab 'Israk Mikraj dari Kacamata Ahli Sunnah wal Jamaah',  
Pada: 21-5-2015 khamis jam 9 pagi.
Lokasi: Maahad Tahfiz Nurul Iman Kg Pulau Pisang, Bota Kiri Perak.
 Penyertaan adalah percuma dan buku boleh didapati di sana dgn harga rm: 10, siapa berminat boleh hubungi ustaz Faizal hp: 0136949684.
     
Ceramah Perdana Israk Mikraj Dari kacamata Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pada 21-5-2015 Khamis malam Jumaat selepas maghrib.
 Lokasi: Surau Nurul Hasanah, Perumahan Awam Kg Gajah, Perak darul Ridzuan.   

SEMUA DIJEMPU HADIR

Wednesday 6 May 2015

SULTAN SELANGOR BERAKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 'ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT' - Ustaz faidzurrahim-

BUKTI DARI BUKU YANG BERJUDUL  "POHON AGAMA BAHAGIAN RUKUN IMAN" ATAS NAMA SULTAN AL-MUAAZAM 'ALAUDDIN SULAIMAN SYAH


 Sultan al-Muaazzam 'Ala’uddin Sulaiman Shah berkata:
“5. “Qiyamuhu bi-nafsi-hi” maka bukan Ia jirim (mengambil lapang) dan bukan Ia 'arad (barang yang berkehendak kepada tempat pendiriannya). Maka tiada Ia di atas sesuatu dan tiada Ia di bawah sesuatu dan tiada ada kanan sesuatu dan tiada di kiri sesuatu dan tiada di hadapan sesuatu dan tiada di belakang sesuatu dan tiada bagi-Nya atas dan tiada bagi-Nya bawah dan tiada bagi-Nya kanan dan [tiada] bagi-Nya kiri dan tiada bagi-Nya hadapan dan tiada bagi-Nya belakang dan tiada bermasa dan tiada bertempat dan tiada disifatkan zat-Nya dengan kecil atau besar atau panjang atau pendek dan tiada bersifat zat-Nya dengan warna putih atau kuning atau hijau atau barang sebagainya dan tiada bermasuk-masukkan dengan sesuatu dan tiada Ia mengambil manfaat atau kerana menolakkan mudarat.”

Ini adalah bukti bahawa Sultan-sulatan Melayu juga berakidah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan ini jua menolak fahaman kufur Musyabbihah mujassimah moden iaitu WAHABI dan sekutunya yang berakidah sama.
Wahabi yang menganggap Allah berada tinggal dan duduk di atas langit dan arasy adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad, justeru itu marilah sama-sama memperkukuhkah lagi akidah kita agar tidak terpengaruh dengan mana-mana fahaman songsang seperti Wahabi dan selainnya.
Gambar Sultan Selangor Sultan al-Muaazzam 'Ala’uddin Sulaiman Shah berada di atas mimbar Masjid
__________________________