Friday 27 January 2017

AKIDAH ULAMAK HADIS ADALAH ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT- IMAM AL-HAFIZ AL-BAIHAQI

Blog: ustaz-faidzurrahim.blogspot.com.                                               Wahabi selalu mendakwa mengikut akidah ulamak hadis kononnya Allah duduk di atas langit dan Arasy, tetapi hakikatnya akidah ulamak Hadis adalah Allah Wujud Tanpa Tempat. Antara ulamak hadis adalah Al-Imam al-Bayhaqi (w 458 H) dalam kitabnya al-Asma Wa as-Sifat (rujuk scan kitab) hlm. 506, berkata: "Sebagian sahabat kami dalam menafikan tempat bagi Allah mengambil dalil dari sabda Rasulullah shalllallahu 'alayhi wa sallam: قالَ رَسُوْلُ الله: "أنْتَ الظّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَىءٌ وَأنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَىءٌ" (رَوَاهُ مُسلم وَغيـرُه) "Engkau Ya Allah al-Zahir (yang segala sesuatu menunjukkan akan wujud-Nya), tidak ada sesuatu apa pun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin (yang tidak dapat dibayangkan) tidak ada sesuatu apa pun di bawah-Mu (HR. Muslim dan lainnya). Jika tidak ada sesuatu apa pun di atas-Nya dan tidak ada sesuatu apa pun di bawah-Nya maka bermakna Dia ada tanpa tempat"..                                  By blog: ustaz-faidzurrahim.blogspot.com.

Thursday 26 January 2017

MUFTI-MUFTI WAHABI YANG MESTI DIKENALI OLEH SETIAP MUSLIM YANG SEJATI

Antara Fatwa-fatwa yang bertentangan dengan ahli Salaf dan Sunnah Nabi yang dikeluarkan oleh ulamak-ulamak Wahabi (rujuk gambar) yang mesti dijauhi oleh umat Islam ialah:                                                                                                                               1- Nasirudin al-Albani.                                      2- Abdul Aziz al-Syeikh.                                     3- Ibnu Baz.                                                         4- Soleh al-Usaimin.

Tuesday 17 January 2017

KESESATAN NASIRUDDIN AL-ALBANI, ANTARA PUNCA KESAMARAN PADA ILMU HADIS

KESESATAN AL-ALBANI PEROSAK ILMU HADIS (Blog: ustaz-faidzurrahim.blohspot.com).                         Telah berkata beberapa  ulamak Islam bahawa ada seorang tukang jam yang bernama Muhammad Nasiruddin al-AlBani yang berasal dari negara Albania. Cukup sebagai bantahan terhadapnya adalah pengakuanya sendiri bahawa dia dulunya bekerja sebagai tukang memperbaiki jam (as-Sa'atiy) dan hobinya adalah membaca kitab-kitab agama tanpa mendalami ilmu Agama dari para ulamak yg muktabar dan tidak mempunyai sanad yang diakui dalam Ilmu Hadits, bahkan sanadnya terputus (tidak bersambung ke Rasulullah), sanadnya kembali kepada kitab-kita  yang dibaca olehnya sendiri. Dia sendiri mengakui bahawa dia tidak menghafal sepuluh hadis pun dengan sanad muttasil (bersambung) sampai ke Rasulullah, meskipun begitu dia berani mensahihkan dan melemahkan mana2 hadis sesuka hati dengan hawa nafsunya dan bertentangan dengan kaedah para ulama hadis yang menegaskan bahawa kerja-kerja mentashihkan dan melemahkan mana-mana  hadis adalah tugas para ulamak Hadis yg bertaraf 'al-Hafiz' saja.

Antara kesesatan Al Albani adalah menyamakan Allah dengan makhluk-Nya, ini disebut dalam kitabnya berjudul "Al-Mukhtasar al Uluww; ". Beliau mengkafirkan orang-orang yang bertawassul dan beristighatsah dengan para Nabi dan orang-orang soleh, INI  disebut dalam kitabnya "at-Tawassul" . Dia menganggap Nabi adalah seorang yang sesat sebagaimana da menuduh sesat orang-orang yang bertawassul dgn para Nabi dan para Wali, ini disebut dalam kitabnya "Fatawa al Albani". Dia juga mengkafirkan Ahli Sunnah al Asyairah dan al Maturidiyah seperti yang disebut dalam  rakaman suaranya yang disampaikan kepada para pengikutnya. Dia menyeru agar dihancurkan al Qubbah al Khadlra' (menara hijau masjid Nabawi) dan menyarankan agar dipindahkan makam Nabi ke luar kawasan Masjid, ini disebut  dalam kitabnya "Tahzir as-Sajid' . Al-AlBani  melarang umat Islam menyebut dalam solat lafaz: "Assalamu 'alaika ayyuhan Nabiyy" dan dia berkata bahawa  haram lafaz "Assalamu alannabiyy atas alasan  Nabi telah mati, ini disebutkan dalam kitabnya yang berjudul "Sifat Solat al-Nabi". Dia juga memaksa orang Islam di Palestine agar menyerahkan negara Palestine kepada orang Yahudi, ini disebut dalam kitabnya "Fatawa al Albani". Dalam kitab yang sama jua (fatawa al-AlBani) dia  mengharamkan orang Islam untuk mengunjungi sesama mereka dan menziarahi orang yang telah mati di kuburnya. Dia juga mengharamkan orang perempuan untuk memakai kalung emas dalam, kitabnya "Adaab az-Zafaaf ". Al-AlBani mengharamkan orang  Islam berwudhuk lebih dan satu mud dan mandi lebih dari lima mud (satu mud bersamaan dengan dua telapak tangan ukuran sedarhana), kenyataan ini dikutip dari"Majallah at¬Tamaddun". Beliau juga mengharamkan Umat Islam penggunaan Subhah(Tasbih) untuk berzikir sebagaimana disebut dalam kitabnya "Silsilah al Ahadits adl-Dha'ifah", beliau  mengharamkan oran Islam melaksanakan solat aunat tarawih dua puluh raka'at di bulan Ramadan sebagaimana disebut dalam kitabnya "Qiyam Ramadhan". Dia juga mengharamkan umat Islam melakukan solat sunnah qabliyalih jum'at sebagaimana disebut dalam kitabnya yang berjudul "al Ajwibah an-Nafah". Selain itu beliau mengharamkan bacaan al-Qur'an untuk orang-orang muslim yang telah meninggal dunia dan juga mengharamkan perayaan maulid Nabi, mengharamkan ziarah ke makam Nabi dan melarang ucapan lafaz "Sayyidina" untuk Nabi dan menganggapnya bid'ah sesat pelakunya seorang mubtadi'. By blog: ustaz-faidzurrahim.blogspot.com.

Monday 16 January 2017

SENARAI ULAMAK ISLAM YANG MENOLAK KESESATAN NASIRUDIN AL-BANI

SIRI MEMBONGKAR KESESATAN AL-NASIRUDIN AL-BANI                               (Antara rujukan utama bagi golongan songsang Wahabi).                                   Sumber blog: ustaz-faidzurrhim.blogspot.com.                       Petikan dari karangan Syeikh al-Muhaddis Abdullah al-Ghummari yg berjudul 'al-Rasaeil al-aghummariah'. Antara ulamak Islam yg membongkar kesesatan Al-Bani adalah seperti berikut:                                      1-Ulamak pakar hadis di timur tengah Imam al-Muhaddis Syeikh Abdullah al-Harari al-Habasyi dlm dua karangan beliau, satunya berjudul at-Ta'aqqubul Hasis, dan yg kedua: Nusratul al-Ta'aqqubul Hasis.          2- Ulamak hadis dari India Maulana Syeikh Abdur Rahmam al-A'azamy dalam bukunya berjudul al-Bani syuzu'uhu wa akhto'uhu.    3- Ulamak Maghrib Syeikh Abdul Aziz al-Ghummari dlm bukunya Bayan Naks al-Nakis al-Muta'addy.                                           4- Syeikh Saed Mamduh.                                 5- Sheikh Ismail bin Muhamad al-Ansory seorang penyelidik di Darul Ifta' Riyadh.       6- Syeikh Muhammad al-Khazarjy seorng Menteri Agama di Emaret.                              7- Ustaz Badrudin Hasan Diyab al-Dimasyqy.                                                           Semoga dpt lagi kite mengenal hakikat Albany. By blog: ustaz-faidzurrahim.blogspot.com.

KELEBIHAN MENJAGA ANAK PEREMPUAN DGN CARA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

(KELEBIHAN MENJAGA ANAK PEREMPUAN). (sumber:  ustaz-faidzurrahim.blogspot.com).                Rasulullah bersabda:                                                              "من كان له ثلاث بنات يُؤويهن ويكفيهن ويرحمهن فقد وجبت له الجنة البتة، فقال رجل بعض القوم: وثِِنتين يا رسول الله، قال: وثِنتين يؤويهن ويكفيهن ويرحمهن.".                                   Maknanya:  "Barangsiapa yg dianugerahkan tiga anak perempuan dan dia menyediakan mereka tempat tidor, makanan pakaian dan segala keperluan serta mengasihi mereka maka wajib (pasti) dia akan mendapat syurga, lalu ada yang bertanya baginda: Kalau dua orang anak perempuan Wahai Rasulullah?, maka baginda menjawap: Sama keadaannya iaitu menjaga mereka dan mengasihi mereka (maka dia mendapat Syurga)".-Hadis masyhur- (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com)

Friday 6 January 2017

KESESATAN ESQ (Program Motivasi).

          Fatwa Berkenaan Dengan Kursus ESQ Leadership Training Dan Fahaman Yang Seumpama Dengannya
(a) Ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa‑apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran‑ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri‑ciri penyelewengan tersebut adalah seperti yang berikut:
(i) mendukung fahaman liberalisme iaitu memahami atau mentafsir nas‑nas agama (Al-Quran dan as‑Sunnah) secara bebas, dan fahaman pluralisme‑agama iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua‑dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
(ii) mendakwa bahawa para Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah pilihan Allah semata‑mata (Al-Isthifaiyyah), dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (Al-Kasbiyyah),
(iii) mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam. "SQ" adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar, manakala "God Spot" adalah hasil kajian seorang Hindu VS Ramachandran. Kedua‑dua penemuan ini disahkan dengan ayat Al-Quran (AI‑Hajj ayat 46).
...ESQ mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam...
(iv) menekankan konsep "suara hati" atau "conscience" sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian. The Oxford Dictionary of World Religionmenyebut: "In the main forms of Christianity, conscience is the absolutely inviolable and sacrosanct centre of the person as human as responsible for her or his decisions". Konsep suara hati juga merupakan ajaran agama Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekananda: "The Atman is the Holy Ghost of the Biblical Trinity, and the purpose of all religions is to make men heard 'the still small voice' within them". Menurut Imam Abu Al-Abbas, pendapat demikian adalah zindiq dan kufur.
(v) menjadikan logika sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa Al-Quran dan as‑Sunnah sebagai sumber rujukan utama.
(vi) Mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logik. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulama kerana ia bermakna mengingkari nas‑nas Al-Quran dan Hadits Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi para Nabi.
...ESQ kufur karena mMengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal...
(vii) menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk menafsir Al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan "submission."Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada Al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat‑ayat Al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikan dengan Kod 19.
(viii) menyamakan bacaan Al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang Jepun yang berteraskan ajaran Buddha.
(ix) mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumus ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa AS diselamatkan daripada Firaun boleh juga berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juruterbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini merupakan ajaran a.aama Hindu seperti yan.g diterangkan oleh Swami Vivekananda: 'When Jesus healed, they called it a miracle". What is a miracle? A supernatural even says the dictionary. "Applied Raja Yoga", says the Yogi. "Just because you don't understand it, you call it a miracle. We know what it's about. It's natural to its".
...ESQ menafsirkan makna kalimat syahadat dengan"triple one" yang digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity...
(x) menafsirkan makna kalimat syahadat dengan "triple one". Ini adalah tafsiran bid’ah dan sesat. Dalam konteks akidah, "triple one" digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity. Buku "Christianity For Dummies", ketika menguraikan konsep ini menyatakan: "The Trinity: How 1 + 1 + 1  Equals 1. Christianity says that God is Trinity ‑ one God expressed in three beings. The term trinity means: "three‑oneness.”
(b) Mana‑mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang. dinyatakan dalam perenggan (a).
Bertarikh 10 Jan 2010
[PMWP/100/20 Klt. 2; PN(PU2)530/VI]
Datuk Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh
Mufti Wilayah‑Wilayah Persekutuan .                            

Thursday 5 January 2017

TAZKIRAH & KHUTBAH JUMAAT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BERSAMA USTAZ AHMAD DI KELANA JAYA 2017

Assalamualaikum semua!!!.          🕌Tazkirah,Khutbah,Solat Jumaat Dari Masjid Al Hidayah ss3 kelana jaya Selangor. 📕Tajuk 'Tazkirah: Akidah Ahli Sunah Wal Jamaah'.        
👳‍Penceramah : Ustaz Ahmad Faidzurahim          (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com).              📅Tarikh : 6.1.17 ( Jumaat ).                          
📽Live : YOUTUBE "Masjid Al Hidayah".                  👍Semua dijemput hadir & sebarkan

Sunday 1 January 2017

ULAMAK WAHABI SYEIKH SOLEH USAIMIN MENYESATKAN ULAMAK-ULAMAK ISLAM

Blog: ustaz-faidzurrahim.blogspot.com. Soleh Usaimin (pendakwah Wahabi tegar) menyatakan dalam bukunya yang bertajuk 'Liqo al-Bab al-Maftuh' (scan kitab) bahawa Imam Nawawi dan Imam Ibnu Hajar bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Semoga Allah merahmati umat Islam