Sunday 15 November 2015

MINDEF .CERAMAH PERDANA BERSAMA USTAZ FAIDZURRAHIM. 'PENYATUAN FIKRAH UMMAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH'




 Ceramah Perdana Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).                          
 Bertarikh 26-11-2015 Khamis Mlm Jumaat (Selepas Maghrib).                                  
 Lokasi: Masjid Khalid Al-Walid (Mindef-Kementerian Pertahanan), Kampung Datuk Keramat, 56100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia                               
Akan bersama al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
                                           (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com).                                                    
Ceramah Perdana bertajuk: ' PENYATUAN FIKRAH UMMAH'.                                    
Anjuran: Masjid khalid bin Walid (Mindef).                                        
Semua dijemput hadir!!! Terbuka kepada Semua.. Sebarkan!!!.

Wednesday 4 November 2015

Bukti Umat Islam di Malaysia tolak kesesatan Wahabi dan Syiah. Syiah, Wahabi: Kedah pantau kemasukan penceramah.

Sumber rasmi:  http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/syiah-wahabi-kedah-pantau-kemasukan-penceramah-1.439613


ALOR SETAR - Kerajaan Kedah dengan kerjasama Jabatan Mufti akan memantau kemasukan penceramah bagi mengelak penularan fahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), kata Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.


Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri itu berkata, usaha tersebut penting untuk menyekat penyebaran ajaran seperti Wahabbi dan Syiah di Kedah.
    
"Individu dikenal pasti akan disenaraikan bagi memastikan mereka tidak dipanggil mengadakan ceramah di sini, bertujuan utama untuk menjaga keharmonian negara," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah peringkat negeri Kedah di sini hari ini.
    
Pejabat Mufti, beliau berkata akan memantau penceramah yang ingin mengadakan ceramah di jabatan-jabatan kerajaan, dan akan menghalang sekiranya mereka berniat menyampaikan ajaran selain fahaman ASWJ.
    
Mohd Rawi bimbang fahaman lain yang menular di Kedah dan Malaysia, boleh menyebabkan huru-hara sehingga berlaku pertumpahan darah sebagaimana berlaku di negara Islam lain.
    
Beliau berkata, tindakan boleh dikenakan ke atas individu menyebarkan fahaman agama seperti Wahabbi dan Syiah di bawah Enakmen Jenayah Syariah yang diwartakan kerajaan Kedah dua tahun lepas.
    
Enakmen itu dikuatkuasakan mulai 1 Mac lepas, dan ia membolehkan tindakan diambil terhadap pengikut dan penyebar fahaman Syiah, kata beliau.
    
"Sekiranya kita mendapat aduan, tindakan akan diambil dan dibawa ke Mahkamah Syariah," katanya.
    
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan pusat telah menyumbang dana pembangunan sebanyak RM3.6 juta kepada 64 Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Maahad Tahfiz bagi membaiki dan membina infrastruktur baharu sekolah berkenaan. - Bernama

Thursday 15 October 2015

GERAKAN DAKWAH AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI AWAL MUHARRAN 1437, BERSAMA USTAZ FAIDZURRAHIM 2015

 Tazkirah dan khutbah Jumaat berkisar 'Penjelasan  Ahli Sunnah Wal Jamaah'   
Pada jumaat 16-10-2015,  
 Lokasi: Surau (solat Jumaat) Al-Taqwa, Up 3, Taman Ukay Perdana Ampang Selangor.
Kuliah aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di tempat anda (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com)
. Pada 18-10-2015 hari ahad selepas maghrib, 
lokasi:  Surau Attendee
Ariza, Semarak & Penaga 

Taman Raintree, 68100 Batu Caves, Selangor. 
  
Tazkirah dan Khutbah Jumaat berkisar Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pada: 23-10-2015 bersamaan 10 Muharram 1437 H
Lokasi: Surau Perdana (Surau solat Jumaat), 
No 13, Jalan PJU 8/6, Damansara Perdana,47820 Petaling Jaya, Selangor.
PENGAJIAN KITAN BERSANAD
KITAB AQIDAH MUSLIMIN
PADA: 25-10-2015 AHAD SELEPAS MAGHRIB
LOKASI: SURAU PERDANA DAMANSARA PERDANA, SELANGOR

Kuliah Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,
Selepas Maghrib
Pada: 2-Nov-2015
Lokasi: Masjid Al-Ubudiah, Segambut Dalam, Kuala Lumpur.
-SEMUA DIJEMPUT HADIR DAN DOAKAN DAKWAH AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BERJAYA-

Tuesday 22 September 2015

PUTRA JAYA BERAKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH -PROGARM-PROGRAM HARI RAYA BERSAMA USTAZ FAIDZURRAHIM 2015-

PROGRAM-PROGRAM AKIDAH DI MUSIM HARI RAYA AIDIL ADHA BERSAMA USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM 2015
Khutbah Hari Raya Aidul Adha
Disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim Mohd Alwi ( http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/ )
Lokasi: Surau Saidina Othman, Persint 9 Putra Jaya.
Tarikh: 24-9-2015 Hari Khamis.

Tazkirah dan Khutbah Jumaat
Disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim Mohd Alwi (http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/  )
Lokasi: Masjid Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam Selangor.
Tarikh: 25-9-2015 Hari Jumaat.

Ceramah Akidah Jemputan
Tajuk: Aqidah Ahli Snnah Wal Jamaah penjelasan dan huraian
Disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim Mohd Alwi ( http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/ )
Lokasi: Surau Al-Istiqomah Flat Camar (Belakang Nsk Selayang) Selangor.
Tarikh: 29-9-2015 Hari Selasa. Selepas solat Maghrib

-SEMUA DIJEMPUT HADIR DAN DOAKAN AGAR DAKWAH AKIDAH BERJAYA-

Wednesday 29 July 2015

PENJELASAN ISU YAQAZAH. TIGA KUHTBAH JUMAAT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BERSAMA USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM AKHIR BULAN JULAI DAN PERTENGAHAN OGOS

Tazkirah dan khutbah Jumaat berkisar 'Penjelasan isu Yaqazah dari sudut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah', Pada: Jumaat 31-7-2015, 
Lokasi: Masjid Jamek seksyen 7, jalan Kristal Seksyan 7 Shah Alam Selangor.                          

 .Tazkirah dan khutbah Jumaat berkisar 'Penjelasan Akidah Salafiyyah masa kini',
 Pada Jumaat 14-8-2015,
 Lokasi: Dewan Solat Jumaat IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor) Surau Khalid al-Walid, seksyen 9 Shah Alam Selangor.                                              

  Tazkirah dan khutbah Jumaat berkisar 'Penjelasan Hadis Nuzul dari Kacamata Ahli Sunnah Wal Jamaah'
 Pada jumaat 28-8-2015, 
Lokasi: Surau (solat Jumaat) Al-Taqwa, Up 3, Taman Ukay Perdana Ampang Selangor.


 -SEMUA DIJEMPUT HADIR DN DOAKAN DAKWAH AKIDAH BERJAYA-

Friday 10 July 2015

TAZKIRAH-TAZKIRAH AKIDAH DI AKHIR RAMADHAN DAN KHUTBAH JUMAAT BERSAMA USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM DI AWAL SYAWAL 2015

TAZKIRAH ZOHOR
MASJID AL-KHAIRIYAH TAMAN SERI GOMBAK SELANGOR
TAZKIRAH RAMADHAN
Waktu: Pada 11 Julai 2015 Sabtu Malam Ahad, Selepas solat Isyak dan sebelum solat Taraweh
Bersama dengan Ustaz Ahmad.
Lokasi: Masjid Kampung Klang Gate

TAZKIRAH DAN KHUTBAH JUMAAT
Waktu: Pada 17 Julai 2015 hari Jumaat, bersamaan Satu Syawwal
Disampaikan oleh: USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
Lokasi: Surau (solat Jumaat) Al-Taqwa, Up 3, Taman Ukay Perdana, Ampang Selangor

-SEMUA DIJEMPUT HADIR-

Monday 29 June 2015

TAZKIRAH-TAZKIRAH AKIDAH DI BULAN RAMADHAN BERSAMA USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM

Bertarikh 1-7-2015 Hari Rabu
1- Tazkirah zohor.
Lokasi: Surau Falkulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM Serdang.
Waktu: 12.30 Tengahari.
2- Tazkirah Taraweh,
Lokasi: Masjid Bukit Antarabangsa Hulu Kelang Ampang Selangor.
-SEMUA DIJEMPUT HADIR-



ISU KEADAAN IBU BAPA NABI MUHAMMAD DARI HURAIAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

ISU KEADAAN IBU BAPA NABI MUHAMMAD DARI HURAIAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Suka hatinya penulis di sini menukilkan apa yang berkaitan dengan tajuk dari al-Hafiz al-Faqih al-`Arif Billah Sheikh Abdullah al-Harari al-Habasyi di dalam beberapa kitabnya antaranya kitab "Bughyah at-Thalib", hal.149:
قال الإمام أبو حنيفة رضي الله عنه "والِدا الرسولِ ما ماتا كافِرَين" لكن بعضُ النُّسَّاخ حرّفوا فكتبوا ماتا كافِرين وهذا غلط شنيع.
Maknanya: " Imam Abu Hanifah (dalam kitabnya al-Fiqh al-Akbar) berkata bahawa ayahanda dan ibunda Rasulullah صل الله عليه وسلم tidak meninggal dunia sebagai kafir". Tetapi sesetengah pencetak kitab mengubahnya, lalu mereka menulis:
ماتا كافرين
maknanya: "mereka berdua meninggal dunia dalam keadaan kafir". Ini adalah kesalahan yg amat keji.

Berkata Sheikh Abdullah al-Harari lagi:
نحن لا نقول ماتا كافرَين إذ لا مانع من أن يكونا أُلهِما الإيمانَ بالله فعاشا مؤمنين لا يَعبُدان الوَثَن. أمّا حديث "إنّ أبي وأبَاكَ في النّار" فهو حديثٌ معلولٌ وإن أخرجه مسلم. في مسلم أحاديثُ انتقدَها بعض المحدّثين وهذا الحديث منها
Maknanya: “Kita tidak berpendirian bahawa keduanya mati sebagai kafir kerana tiada halangan untuk mengatakan bahawa keduanya diilhamkan iman kpd Allah, lalu hidup mereka sebagai orang Mukmin dan keduanya tidak menyembah berhala (bahkan ayahanda dan bonda Rasulullah adalah insan yg beriman dan mentauhidkan Allah serta berpegang teguh dgn Agama Hanif iaitu ajaran Nabi Ibrahim alaihissallam). Adapun hadith yg berbunyi:
إن أبي وأباك في النار
Terjemahannya: "Sesungguhnya ayahku dan ayahmu berada di dalam neraka". Hadith ini berstatus ma`lul (hadith dhoif) walaupun ia diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Dan di dalam Sahih Muslim terdapat beberapa hadith yg dikritik oleh ulama al-Huffaz (ulama hadith). Hadith ini salah satu darinya.
Syeikh al-Harari berkata lagi:
. وأمّا حديث: إن الرسولَ مكثَ عند قبر أمّه فأطال وبكى فقيل له: يا رسول الله رأيناك أطلْتَ عند قبرِ أمّكَ وبكَيْتَ فقال "إنّي استأذَنتُ ربّي في زيارتها فأذِن لي وطلَبتُ أن أستغفر لها فمنعني" هذا الحديث أيضًا في مسلم وهذا الحديثُ مؤوّل بأن يقالَ إنّما منَعَه من أن يستغفرَ لها حتى لا يلتبس الأمر على الناس الذينَ مات ءاباؤهم وأمّهاتُهم على عبادة الوَثن فيستغفروا لآبائِهم وأمّهاتِهمُ المشركينَ لا لأنّ أمَّ الرسولِ كانت كافرةً، وهكذا يُرَدُّ على الذين أخذوا بظاهر الحديث فقالوا إنّ والدةَ الرسولِ مُشركةٌ لذلك ما أُذِنَ له بأن يستغفر لها،

Maknanya: “Adapun hadith yg berbunyi: "Sesungguhnya Rasulullah duduklama di sisi kubur ibunya lalu dia menangis. Apabila dikatakan kepadanya; Wahai Rasulullah, kami telah melihat kamu telah duduk lama berada di kubur ibumu dan kamu telah menangis. Maka Nabi  telah bersabda:
"إنّي استأذَنتُ ربّي في زيارتها فأذِن لي وطلَبتُ أن أستغفر لها فمنعني
Mafhumnya: "Sesungguhnya aku telah meminta kebenaran dari Tuhanku untuk menziarahi kuburnya (Ibunda Nabi), maka Dia telah membenarkanku. Dan aku memohon dari-Nya untuk berdoa bagi memohon keampunan daripada Allah kepadanya lantas Dia menegahku".
Hadith ini juga terdapat di dalam [Sahih] Muslim. Hadith ini ditakwil (dipalingkan maknanya) seperti  dikatakan: "Sesungguhnya Allah menegahnya dari beristighfar (meminta ampun) bagi ibunya supaya tiada berlaku kesamaran atau kecelaruan kepada orang lain yang ibubapa mereka sudah meninggal dunia sedang mereka menyembah berhala lantas mereka beristigfar untuk ibubapa mereka yang musyrik, bukan kerana Ibu Rasulullah dianggap sebagai  kafir (kerana ibu Baginda tidak menyembah berhala).
Dan begitulah disangkal mereka yg mengambil zahir hadith tersebut yang mana mereka berkata; "Sesungguhnya ibu Rasulullah adalah seorang yang musyrik (menyekutukan ALlah dalam penyembahan) kerana itulah dia tiada diberi keizinan untuk meminta keampunan baginya".
Sheikh al-Harari berkata lagi:
والدليلُ على أنّ أمَّه كانت مؤمنةً أنها لما ولدته أضاء نورٌ حتى أبْصَرت قصورَ الشام وبين المدينة والشام مسافةٌ بعيدةٌ، رأت قصورَ بُصرَى وبُصْرى هذه من مدُن الشام القديمةِ وهي تُعَدّ من أرضِ حَوران مما يلي الأردن. فأمّه عليه السلام رأت بهذا النّور الذي خرجَ منها لما ولدتهُ قصورَ بُصرَى وهذا الحديثُ ثابتٌ رواه الحافظ ابنُ حجرٍ في الأماليّ وحسّنه، ورؤيةُ ءامنة لقصور بُصرَى يُعَدُّ كرامةً لها لأن هذا خارق للعادة.
Maknanya: “Dalil yg menunjukkan ibu Rasulullah adalah seorg yg beriman ialah sesungguhnya ketika mana dia melahirkan Rasulullah صل الله عليه وسلم maka keluar suatu cahaya yg bersinar hingga ia menerangi istana-istana di bumi Syam (Syria). [sudah menjadi perkara yg maklum] bahawa jarak dari Mekah ke Syam adalah suatu jarak yang sangat jauh. Ibunya melihat istana Bushra. Bushra berlokasi antara kota-kota Syam yang lama dan ia dikira antara bumi Hawran yang terletak selepas negara Jordan. Ibunya صل الله عليه وسلم melihat istana-istana Bushra dengan bantuan cahaya yang keluar darinya ini tatkala melahirkan Rasulullah صل الله عليه وسلم. Hadith ini adalah thabit diriwayatkan oleh al-Hafidz Ibn Hajar di dalam kitabnya "al-Amaliy" dan dia menghukumnya sebagai hadith yg hasan (elok). Penglihatan Aminah Ibunda Rasulullah kepada istana-istana Bushra dikira karomah baginya kerana perkara sebegini adalah suatu yg mencarik adat”.
Berkata Sheikh al-Harari lagi:
مسلم لما ألّف كتابه صحيح مسلم عرضه على بعض الحفاظ فأقرّوه كله إلا أربعة أحاديث، هو قال هذا في خطبة كتابه ولم يسم تلك الأربعة ولم يذكرها والبخاري ضعف حديثين من أحاديث مسلم قاله الحافظُ ابن حجر.

Makananya:   “Imam Muslim pula ketika mengarang kitabnya "Sahih Muslim", dia membentangkannya kepada setengah para al-Huffaz lalu mereka memperakuinya kesemuanya hadith tersebut, melainkan 4 buah hadith sahaja. Dia menyatakan perkara ini di dalam khutbah kitabnya pada muqaddimah kitabnya, tanpa menamakan 4 buah hadith tersebut dan tidak pula menyebutkannya. Imam al-Bukhari telah melemahkan dua buah hadith dari hadith-hadis Muslim. Perkara ini disebut oleh Ibn Hajar al-Asqolani”.
Berkata Sheikh al-Harari lagi:
ثم على فرض أنهم لم يكونا مسلمين فهما من أهل الفترة وأهل الفترة الذين ما بلغتهم دعوة الأنبياء السابقين لا يعذبون في الأخرة. قال الله تعالى (( وما كنا معذبين حتى نبعث رسولا)) وعلى هذا جمهور العلماء الأشاعرة وغيرهم.
Maknanya: “Kemudian andaikata mereka bukan tergolong daripad orang-orang Islam, maka mereka berdua [boleh dikatakan] tergolong dari ahl al-fatrah. Ahlu al-fatrah yang tidak sampai kepada mereka dakwah Islam dari para Nabi yang terdahulu, yang tidak akan sekali-kali diazab di akhirat kelak. Allah Ta'ala berfirman [di dalam surah al-Isra'] :
وما كنا معذبين حتى نبعث رسولا
Maknanya: "Dan kami tidak akan di'azab sehinggalah diutuskan kepada kami seorang rasul".
Pendapat sebegini adalah pendapat jumhur ulama (majoriti ulama) dari golongan al-Asya`irah dan selainnya” Intaha.

Huraian seumpama ini ada disebut oleh al-Baijuri dalam kitabnya "Tuhfah al Murid `ala Jauhar al-Tauhid", hal.68.