PENJELASAN NISFU SYAABAN DARI KACAMATA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Disediakan
oleh: al-Faqir AHMAD FAIDZURRAHIM
Email:
faidzurrahim@gmail.com
MUKADIMAH
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Yang Wujud tanpa tempat dan
arah serta tidak diliputi masa. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad dan ke atas kaum keluarganya serta para sahabatnya.
Sesungguhnya manhaj Ahli Sunnah Wal
Jamaah adalah pegangan umat Islam. Mana-mana fahaman yang bertentangan
dengannya seperti Wahabi, Syiah, Hizbut tahrir dan selainnya maka mestilah
ditolak. Antara pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah:
'ALLAH
WUJUD TANPA TEMPAT'
Ketahuilah
bahawasanya bulan Sya’aban mempunyai kelebihan dan catatan sejarah yang
tersendiri. Junjungan besar Nabi kita apabila ditanya tentang amalan baginda
yang banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’aban lalu baginda menjelaskan bahawa
Sya’aban adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan
Ramadhan. Sya’aban merupakan bulan yang di dalamnya diangkat amalan-amalan
kepada Allah. Maka Nabi ingin amalan diangkat sedangkan baginda dalam keadaan
berpuasa. Hadis Nabi dari Usamah bin Zaid yang berbunyi mafhumnya:
عن أسامة بن زيد قال: قلت يا رسول الله لم أرك تصوم شهرا من الشهور ما تصوم من
شعبان قال ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال
إلى رب العالمين فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم ". رواه النسائي.
Maknanya: “Aku(Usamah) berkata: Wahai Rasulallah!, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sebulan pada bulan-bulan yang lain kecuali engkau berpuasa di bulan Syaaban. Baginda bersabda: Sya’aban adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Sya’aban merupakan bulan yang di dalamnya diangkat amalan-amalan kepada Allah, maka saya inginkan amalan saya diangkat dalam keadaan saya berpuasa”.
Ibarat kata sebahagian Ulama’:
“Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan
menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.”.
Begitu juga sebahagian alim ulamak
menyifatkan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta keampunan daripada
segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala
macam celaan. Manakala bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan
jiwa. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai
amalan soleh sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani
sebelum datangnya Ramadhan.
Antara
amalan sunat yang paling baik dan digalakkan di bulan Sya’aban ialah berpuasa
sunat selain daripada memperbanyakkan doa, membaca al-Quran dan memohon
keampunan kepada Allah.
Diriwayatkan bahawa keadaan di zaman
Salafus Soleh, apabila tibanya bulan Syaaban adalah seperti berikut:
إنَّهُمْ كَانُوا إِذَا دَخَلَ شَهْرُ شَعْبَانَ، أَقْبَلُوا عَلَى مَصَاحِفِهْمِ فَقَرَأُوهَا، وَأَخْرَجُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ لِيُعِينُوا غَيْرَهُمْ عَلَى طَاعَةِ اللهِ فِي رَمَضَانَ. وَتَرَكُوا الْكَثِيرَ مِنْ مَشَاغِلِ الدُّنْيَا، وَأَخَذُوا يَسْتَعِدُّونَ فِيهِ لاِسْتِقْبَالِ شَهْرِ رَمَضَانَ، وَأَكْثَرُوا فِيهِ مِنَ الصِّيَامِ وَالذِّكْرِ وَالْقِيَامِ، وَكَانُوا يَقُولُونَ عَنْ شَهْرِ شَعْبَانَ إِنَّهُ شَهْرُ الْقُرَّاءِ.
Maknanya: “Sesungguhnya apabil tiba bulan syaaban mereka
berlumba-lumba mendapatkan mushaf dan membacanya, dan mereka mengeluarkan zakat
untuk membantu orang lain dalam melakukan ketaatan kepada Allah pada bulan
Ramadhan nanti, dan mereka meninggalkan banyak dari urusan dunia dan membuat
persediaan untuk sambutan bulan Ramadhan, bahkan mereka memperbanyakkan puasa,
zikir dan qiyam, mereka menggelarkan bulan syaaban dengan bulan pembaca
al-Quraan”.
عن عائشة رضي الله عنها قالت:" كان رسول الله صلى الله عليه وسلم
يصوم حتى نقول لا يفطر، ويفطر حتى نقول لا يصوم، وما رأيتُ رسول الله صلى الله
عليه وسلم استكمل صيام شهر إلا رمضان، وما رأيته أكثر صياماً منه في شعبان".
أخرجه البخاري في الصيام، باب: صوم شعبان، ومسلم في الصيام.
Maknanya: Dari
Aisyah berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah apabila berpuasa maka kami
akan berkata bahawa baginda apabila berpuasa maka seolah-olah tidak pernah
berbuka, dan apabila baginda berbuka maka seolah-olah baginda tidak pernah
berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa sebulan
kecuali di bulan ramadhan, dan aku melihat baginda banyak berpuasa sunat di
bulan syaaban".
وعن عائشة رضي الله عنها قالت: "كان أحبَّ الشهور إلى رسول الله صلى الله
عليه وسلم أن يصومه شعبانُ ثم يصله برمضان". أخرجه أحمد في المسند، وأبو
داود في الصوم، باب في صوم شعبان ، والنسائي في الصيام، باب: صوم النبي صلى الله
عليه وسلم ، وقال الحاكم: "صحيح على شرط الشيخين"
Maknanya: Dan dari
Aisyah berkata:
"Sesungguhnya antara bulan-bulan yang disukai oleh
Rasulullah untuk berpuasa padanya adalah bulan Syaaban, kemudian beliau
menyambungnya pada bulan ramadhan”.
MALAM NISFU SYA’ABAN
Antara
keistimewaan bulan Sya’ban adalah terdapat satu malam yang mana Allah Subhanahu
Wataala menganugerahkan keistimewaan dan keberkatan pada malam tersebut, iaitu
malam Nisfu Sya’ban (malam pertengahan bulan Nisfu Sya’ban). Hal ini ada
dikhabarkan oleh Rasulullah Sollollahu
alaihiwasallam dalam sabdanya:
"إذا كانت ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها وصوموا
نهارها" رواه ابن ماجه
Maksudnya: “Jika tiba malam Nisfu Sya’ban maka dirikanlah solat
malam dan berpuasalah pada keesokan harinya”
(HR. Ibnu Majah).
Sabda Rasulullah Sollollahu
alaihiwasallam ini menunjukkan akan keistimewaan malam pertengahan bulan
Sya’ban (Nisfu Sya’ban). Rasulullah Sollollahu alaihiwasallam menyarankankan
kepada umatnya agar mengisi pada malam tersebut dengan ibadah solat di waktu
malam, puasa pada keesokan harinya dan juga
dengan memperbanyakan zikir-zikir serta mengingati kematian, mengingati hari
kebangkitan dari kubur dan hari perhitungan (hisab) semua amalan–amalan
manusia, di mana orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan beruntung dan orang
yang kufur dan zalim akan rugi.
Berkaitan dengan tajuk ini, ada seperkara yang wajar
disebutkan di sini berkaitan dengan sambutan malam Nisfu Syaaban, terdapat
beberapa pihak yang lantang mempertikaikan sambutan ini kononnya berhujjahkan bahawa sambutan
sebegini tidak pernah berlaku di Zaman Rasulullah, bahkan mereka menghukum
sambutan tersebut sebagai perkara bidaah yang sesat dan perkara baru dalam
agama yang mana pelakunya layak dihumban ke dalam neraka. Sesungguhnya
menghidupkan malam Nisfu Syaaban tidak hanya dilakukan di tanah air kita
sahaja, bahkan al-Azhar yang dianggap rujukan ilmu agama yang tertua sekali di
atas muka bumi ini juga meyambut dan memperingati malam Nisfu Syaaban bahkan
seluruh dunia Islam menyambutnya. Keutamaan malam nisfu syaaban juga dijelaskan
oleh imam al-Ghazali di dalam kitabnya 'Ihyak Ulumiddin'. Namun menyedihkan
kita terdapat pihak-pihak yang membenci amalan Islam sering menyalahi mejoriti
umat Islam yang menyambut malam Nisfu syaaban. Yang sering mempertikai hal ini
ialah golongan songsang yang menyimpang dari jalan yang benar iaitru golongan
dinamakan sebagai 'WAHABI' yang sering mengkafirkan umat Islam dari dulu smpai
sekarang
Imam Syafei
pernah berkata:
المحدثات من الْأُمُور ضَرْبَان
أَحدهمَا مَا أحدث يُخَالف كتابا أَو سنة أَو اجماعا أَو أثرا فَهَذِهِ الْبِدْعَة
الضَّلَالَة وَالثَّانِي مَا أحدث من الْخَيْر لَا خلاف فِيهِ لوَاحِد من هَذَا
فَهِيَ محدثة غير مذمومة
Maknanya: “Perkara baru terbahagi kepada dua, apa yang
dicetuskan dan bercanggah dengan kitab atau sunnah atau ijmak atau atsar maka
ini adalah bidaah yang sesat, manakala yang kedua ialah apa yang dicetuskan
dari kebaikan dan tidak bercanggah dengan salah satu sumber yang dinyatakan
tadi maka ia bukanlah perkara baru yang dicela”.
(Diriwayatkan
oleh Imam al-Baihaqi dalam kitabnya Manaqib al-Syafei)
Antara
amalan yang disarankan pada malam nisfu Syaaban ialah membaca surat yasin
sebanyak 3 kali dengan bacaan yang betul serta dengan niat yang ikhlas. Amalan
ini adalah perbuatan yang sangat baik, dan sesiapa yang membacanya dengan penuh
keikhlasan maka akan mendapat pahala dari Allah ta’ala. Namun perlu diketahui
bahawa hakikatnya tidak ada satu hadis pun yang menjelaskan bahawa perbuatan
membaca surah yasin pada malam tersebut secara khusus adalah sunnah. Tetapi ia
sama sekali tidak dilarang untuk dilaksanakannya.
Berkaitan dengan kelebihan bacaan
surah Yasin pada malam nisfu Syaaban adalah berdasarkan beberapa saranan dari
ajaran Islam agar memperbanyakan doa dan beribadah pada malam tersebut. Sabda Rasulullah, mafhumnya:
‘ Yasin adalah satu pertiga
al-Quraan, tidaklah membacanya seseorang
yang menginginkan Allah dan kehidupan hari akhirat kecuali Allah memberi keampunan baginya, bacakanlah Yasin
itu atas orang yang meninggal dunia di antara kalian’. Hadisdi riwayatkan
oleh Imam Ahmad dan Ibnu hibban serta beliau mensahihkannya.
Imam
Sayfei berkata di dalam kitab al-Um:
: وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ: إِنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ فِي لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ الأَضْحَى، وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مَنْ رَجَب، وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ
Maknanya: “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan sesungguhnya
doa mustajab pada lima malam, pada malam jumaat, pada malam aidil adha, pada
malam aidilfitri, pada awal malam dari bulan rejab dan pada malam nisfu
syaaban”.
Dan diriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
" يطـلع الله إلى جميع خلقـه
ليلـةالنصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن "
Maknanya: “Sesungguhnya Allah menetapkan keistimewaan bagi para
hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, lalu Dia mengampuni semua makhluk-Nya
kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan benci dengki sesama muslim
dalam urusan dunia”.
Ada
sebahagian alim ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah menyebut: “Di antara keistimewaan surah Yasin menurut sebahagian ulamak adalah
dibaca pada malam nisfu Syaaban sebanyak tiga kali, yang pertama dengan niat
dipanjangkan usia, yang kedua dengan niat dihindari dari musibah dan bencana,
dan yang ketiga dengan niat tidak bergantung kepada manusia”. Ini semua menjadi bukti kukuh akan keharusan
bacaan surah Yasin pada malam nisfu Syaban berdasarkan saranan memperbanyakan
berdoa dan beribadah pada malam tersebut. Maka tak perlu dilayan pandangan
songsang golongan Wahabi yang
mengkafirkan orang Islam yang membaca yasin pada malam Nisfu Syaaban.
DOA PADA MALAM NISFU SYA’ABAN TIDAK
MENGUBAH
TAKDIR ALLAH
Ketahuilah
bahawa takdir Allah tidak berubah, kerana takdir-Nya bersifat azali, tiada
sesuatu pun yang boleh mengubahnya, samaada doa orang yang berdoa, sedekah
orang yang melakukan sedekah, ibadah solat yang dilakukan oleh orang yang
menunaikan solat atau selainnya dari kebaikan dan ketaatan. Apabila sesoarang
itu telah ditetapkan agar ditimpa ke atasnya musibah maka pasti musibah itu
akan menimpanya walau pun dia bersedekah, berdoa, mengeratkan hubungan silaturrahim
dan selainnya dari kebaikan. Inilah pegangan sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Maka seorang mukmin tidak harus beriktiqad jika dia berdoa atau melakukan
amalan kebaikan maka dia terselamat dari apa yang telah ditakdirkan oleh Allah
baginya.
Menyedihkan kita terdapat segelintir
masyarakat Islam menganggap bahawa takdir Allah boleh berubah dengan doa pada
waktu malam Nisfu Syaaban. Dalam hal ini perlu dijelaskan akan pembahagian
taqdir. Ketahuilah bahawa Qadar (taqdir Allah) ada dua jenis, pertama qadar
mubram dan kedua qadar muallaq, kedua-dua jenis qadar ini tidak berubah dan
tidak ada sesuatu yang mengubahnya.
1-Taqdir
Mubram bermaksud ketentuan Allah yang tidak berubah, tidak ada sesuatu
pun yang mampu mengubahnya.
2-Manakala
Qadar (taqdir) Muallaq juga tidak berubah dan ia bermaksud takdir
yang diikatkan dengan sesuatu yang lain. Iaitu tergantung pada kitab-kitab
tulisan para malaikat yang mana para malaikat tersebut menukilkannya dari
lauhul mahfuz, maka tertulis contohnya si fulan jika dia mengeratkan hubungan
silaturrahim atau melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapanya atau berdoa
dengan doa tertentu maka dia akan hidup sampai umur seratus tahun dan
dianugerahkan kepadanya rezeki dan kesihatan. Dan bukan bermaksud taqdir Allah
yang azali yang mana ia adalah sifat-Nya tergantung mengikut perbuatan si fulan
tersebut atau doa si fulan tersebut. Atau dengan contoh yang lain disebut
bahawa si fulan telah ditetapkan hidup sampai umur 60 tahun sahaja, tetapi jika
dia melakukan kebaikan seperti berdoa, atau mengeratkan hubungan silaturrahim
atau selainnya dari kebaikan maka akan dipanjangkan usianya hingga seratus
tahun. Semua itu telah ditakdirkan dan ditetapkan oleh Allah Taala, dan
ketetapan itu telah termaktub di Lauhul Mahfuz.
Seperkara yang sangat penting yang
perlu dinyatakan di sini berkaitan dengan tradisi sebahagian masyarakat Islam di sebahagian
Negara Islam pada malam nisfu Sya’ban, iaitu berkaitan dengan do’a yang sering
dibaca pada malam tersebut. Mereka mendakwa dengan sekadar membaca Do’a
tersebut maka boleh mengubahkan taqdir Allah Taala. Hal ini perlu diperbetulkan
kerana ia berkaitan dengan masalah tauhid atau keimanan terhadap taqdir Allah
ta’ala. Lafaz Doa itu adalah sedemikian:
اَللّهُمَّ ِإنْ ُكْنتَ َكَتْبتَنِي ِفىْ أُمِّ اْلِكَتاِب
َمْحُرْومًا أَوْ َمْطرُوْدًا أَوْ ُمقَتَّرًا عَلَيَّ فِي الرّزْقِ فَامْحُ
أَللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَاِني وَطَرْدِي وَإِقْتَارَ رِزْقِي
Terjemahannya: “Ya Allah, jika Engkau telah menetapkan aku dalam
kitab-Mu sebagai orang yang terhalang, yang tersingkir atau yang yang terputus
rezekinya. Maka hapuskanlah ia Ya Allah dengan limpahan-Mu akan kesengsaraan,
halangan, singkiran dan kekurangan rezekiku…”.
Sesungguhnya berkaitan dengan riwayat doa ini
para alim ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah menjelaskan bahawa doa tersebut adalah tidak benar sama sekali dan bukan dari
riwayat Saydina Omar seperti yang didakwa oleh sebahagian pihak. Bahkan pernah
dinyatakan oleh Imam al-Hafiz al-Baihaqi bahawa doa tersebut sebenarnya bukan
dari Saydina Omar, beliau menyebut isu ini di dalam kitabnya yang sangat
masyhur membicarakan bab taqdir yang berjudul 'al-Qadar', bahkan Imam
al-Baihaqi menyebut juga doa tersebut bukan dari Mujahid, ianya hanya diriwayat
dalam beberapa kitab tapi hakiktanya ia bukan dari Saydina Omar mahu pun dari
Mujahid. Mereka yang menganggap dengan membaca doa tersebut maka taqdir Allah
boleh berubah-ubah amatlah bertentangan dengan pegangan alim Ulamak Ahli Sunnah
Wal Jamaah yang hakiki yang telah bersepakat berdasarkan nas alqur’an dan hadis
Nabi bahawa taqdir dan kehendak Allah tidak dapat diubah dengan sesuatu apa
pun, kerana perubahan itu menunjukkan sesuatu itu baharu sedangkan Allah dan
sifat-sifat-Nya adalah azali, yakni tidak ada permulaan dan abadi yakni tidak
ada pengakhiran, ertinya taqdir Allah tidak berubah. Maka jelas di sini bahawa Takdir Allah tidak
dapat diubah dengan doa mahu pun dengan amalan sedekah kerana takdir-Nya adalah
bersifat azali dan abadi.
Ada hadis
menyebut
فلقد روى مسلم عن ثوبان عن رسول الله صلى الله عليه
وسلم: "سألت ربِّي ثلاثًا فأعطاني ثنتين ومنعني واحدة" . وفي
رواية: "قال لي يا محمد إني إذا قضيت قضاء فإنه لا يُردّ " .
Maknanya: “Aku meminta pada Tuhanku tiga perkara, maka
dianugerahkan kepadaku dua dan tidak diberi kepadaku yang satu lagi. Dalam
lafaz lain baginda berkata bahawa Allah berfirman Wahai Muhammad, apabila Aku
telah menetapkan satu ketentuan maka ia tidak akan ditolak”.
Manakala mereka yang membaca doa
tersebut tetapi menganggap bahawa jika Allah berkehendak di azali agar
menyelamatkan kita dari musibah dan mala petaka serta diluaskan rezeki kepada
kita dengan kita berdoa pada malam nisfu Syaaban, maka hal sedemikian tidak
memudaratkan akidah, tetapi lafaz doa tersebut adalah salah. Berbeza dengan
mereka yang menganggap Allah mengubah kehendak-Nya untuk mereka jika dibaca doa
tersebut pada malam nisfu Syaaban, maka ini adalah terkeluar dari keimanan yang
sebenar.
ANTARA SEJARAH YANG BERLAKU PADA BULAN SYAABAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1-Difardhukan puasa ramadhan pada bulan syaaban pada tahun 2 hijrah.
2- Peringatan perperangan bani al-mustalaq pada bulan syaaban di tahun enam
hijrah
3- Imam besar Ahli sunnah Wal jamaah iaitu Imam Abu Mansur al-Maturidi
meninggal dunia pada tahun 330 hijrah di bulan Syaaban
4- Imam besar Ahli sunnah Wal jamaah iaitu imam Abu al-Hasan al-Asyaari
meninggal pada tahun 324 hijrah.
Disediakan
oleh: al-Faqir AHMAD FAIDZURRAHIM
Email:
faidzurrahim@gmail.com
No comments:
Post a Comment