Sunday 24 July 2016

TERENGGANU BERAQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. CERAMAH PERDANA

BERSAMA USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM DI MAJLIS CERAMAH PERDANA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI TERENGGANU 2016.

      Lokasi: Masjid Jamek Kijal Kemaman Terengganu.                                                            Tarikh: 26-7-2016 (Selasa Malam Rabu. Masa: 7.30  Malam. Sesi soal Jawab.  Penceramah: Ustaz Ahmad Faidzurrahim.        (http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/?m=1 )                                                                             -SEMUA DIJEMPUT HADIR

TERENGGANU BERAQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. CERAMAH PERDANA

BERSAMA USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM DI MAJLIS CERAMAH PERDANA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI TERENGGANU 2016.
               Lokasi: Masjid Jamek Kijal Kemaman Terengganu.                                                            Tarikh: 26-7-2016 (Selasa Malam Rabu. Masa: 7.30  Malam. Sesi soal Jawab.  Penceramah: Ustaz Ahmad Faidzurrahim.        (http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/?m=1 )                                                                             -SEMUA DIJEMPUT HADIR

Tuesday 19 July 2016

FATWA RASMI MALAYSIA BERKAITAN DENGAN AJARAN SESAT HIZBUT TAHRIR

Kedudukan Hizb Al-Tahrir Di Malaysia. Rujukan rasmi: http://mufti.pahang.gov.my/index.php/2012-12-11-06-41-06/2012-12-11-06-44-13/2012-12-11-06-44-58/2009/29-kedudukan-hizb-al-tahrir-di-malaysia

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2009, pada 27 Februari 2009
Keputusan : Ajaran Hizb Al-tahrir ini tidak sesuai dan haram diamalkan oleh umat Islam di Negeri Pahang
Keterangan/Hujah :
  1. Hizb tahrir ialah sebuah kumpulan berideologi ekstrim dalam menegakkan khilafah Islam menurut fahaman mereka sendiri.
  2. Keterlampauan kumpulan Hizb Al-Tahrir menyebabkan mereka menghukum kafir terhadap masyarakat Islam yang tidak menerima doktrin mereka dengan alasan redha atau tunduk di bawah sistem kafir tanpa berusaha mengubah keadaa.
  3. Fitnah terbesar kumpulan Hizb Tahrir ialah tuduhan kafir terhadap pemerintah Islam dan dakwaan dar Al-Kufur kepada seluruh Negara-negara Islam kecuali Makkah dan Madinah.
  4. Pemikiran yang mirip kepada doktrin Khawrij di dalam masalah politik serta doktrin Mu’tazilah di dalam masalah aqidah.
  5. Setakat ini Hizb Al-Tahrir dilihat masih berselindung di sebalik aktiviti-aktiviti ilmiah yang memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kewajipan menegakkan khilafah dengan membawa justifikasi berdasarkan isu-isu semasa yang sedang berlaku di dalam dan luar Negara.
  6. Hizb Al-Tahrir harus disekat berasaskan kaedah dan sadd al-zarai’ ( menyekat jalan-jalan kerosakan ) serta ‘dar ’ al-mafasid muqaddam ‘ala jalb al-masalih’ ( menyekat kerosakan lebih utama daripada membawa kebaikan), kerana pemikiran ekstrim yang dipegang oleh Hizb Tahrir konsep “khilafah” boleh membawa implikasi kepada keharmonian aqidah dan keselamatan Negara.                                    .                            FATWA NEGERI SELANGOR: Rujukan Rasmi Selangor:  http://www.muftiselangor.gov.my/ms/fatwa-tahunan/pewartaan/2010-terkini/442-fatwa-dasar-pengurusanagihan-manfaat-sewaan-perbadanan-wakaf-selangor-pws-3  

    Fatwa Kedudukan Hizbut Tahrir

    Fatwa Kedudukan Hizbut Tahrir
    1. -"Fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah".-                          Untuk mengenal lebih detail lagi apa itu HIZBUT TAHRIR bolehlah baca artikel di sini: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/2012/07/buku-terbaru-2012-menyingkap-hakikat.html?m=1.     
        

Monday 18 July 2016

DILARANG MENGANGGAP ALLAH DI MANA-MANA TEMPAT

*Penjelasan Bahawa Tidak Boleh Berkata: “Allah Di Setiap Tempat atau Di Mana-mana”*
Disebarkan oleh: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/?m=1

Ketahuilah bahawa seseorang itu tidak boleh berkata: “Allah di setiap tempat atau di mana-mana” meskipun dia memahami ungkapan yang fasid ini dengan makna bahawa Allah mengetahui setiap perkara. Berikut adalah dalil larangan tersebut:

Al-Mutakallim al-Imam Ibn Furak al-Ash^ari (w. 407 H) berkata dalam kitabnya Mushkilul-Hadith[1]:
اعلم أن الثلجي كان يذهب مذهب النجار في القول بأن الله في كل مكان وهو مذهب المعتزلة وهذا التأويل عندنا منكر من أجل أنه لا يجوز أن يقال إن الله تعالى في مكان أو في كل مكان
Maksudnya:
“Ketahuilah bahawa al-Thalji pernah berpegang dengan mazhab al-Najjar dalam pendapat bahawa Allah itu di setiap tempat, sedangkan ini juga mazhab al-Mu^tazilah. Takwil ini di sisi kami adalah suatu kemunkaran dari kerana tidak boleh dikatakan bahawa Allah taala itu berada di suatu tempat atau di setiap tempat”. Intaha.

Al-Mutakallim Ibn Furak berkata lagi[2]:
فمتى ما رجعوا في معنى إطلاق ذلك إلى العلم والتدبير كان معناهم صحيحًا واللفظ ممنوعًا ألا ترى أنه لا يسوغ أن يقال إن الله تعالى مجاور لكل مكان أو مماس له أو حال أو متمكن فيه على معنى أنه عالم بذلك مدبرٌ له
Maksudnya:
“Maka apabila mereka merujuk makna ungkapan itu kepada ilmu dan tadbir maka makna mereka itu sahih dan lafaz pula dilarang. Bukankah anda melihat bahawa tidak boleh mengungkap untuk berkata bahawa Allah taala itu bersebelahan di setiap tempat, atau bersentuhan dengan setiap tempat, atau meresap di setiap tempat, atau bertempat di setiap tempat dengan makna bahawa Dia mengetahui dan mentadbir setiap tempat?”. Intaha.

Al-Imam al-Hafiz Abu Bakr al-Bayhaqi al-Shafi^i al-Ash^ari (w. 458 H) berkata dalam kitabnya al-I^tiqad wal-Hidayah ila Sabilir-Rashad[3]:
وفيما كتبنا من الآيات دلالة على إبطال قول من زعم من الجهمية أن الله سبحانه وتعالى بذاته في كل مكان وقوله عز وجل: ((وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ)) إنما أراد به بعلمه لا بذاته
Maksudnya:
“Dan dalam ayat-ayat yang telah kami tulis itu ada suatu pendalilan bagi membatalkan pendapat daripada sangkaan golongan al-Jahmiyyah bahawa Allah subhanahu wa-ta^ala itu berada di setiap tempat dengan zat-Nya. Dan firman Allah ^azza wa-jall: وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ sebenarnya bermaksud dengan ilmu-Nya bukannya dengan zat-Nya”. Intaha.

Hujjatul-Islam al-Shaykh Abu Hamid al-Ghazali al-Shafi^i al-Ash^ari (w. 505 H) berkata bagi menyanggah Jahm ibn Safwan yang merupakan salah seorang daripada pemuka-pemuka ahli bidaah dalam kitabnya al-Arba^in fi Usulid-Din[4]:

ولا ترتبك في مواقع غلطه فمنه غلط من قال: إنه في كل مكان. وكل من نسبه إلى مكان أو جهة فقد زلّ فضلّ ورجع غاية نظره إلى التصرف في محسوسات البهائم ولم يجاوز الأجسام وعلائقها
Maksudnya:
“Dan jangan anda meragukan diri anda tentang beberapa tempat kesalahannya. Antaranya ialah kesalahan orang yang berkata bahawa Dia (Allah) itu di setiap tempat. Dan setiap orang yang menisbahkan-Nya kepada suatu tempat atau suatu arah maka dia telah menyeleweng dan sesat, dan kemuncak pandangannya merujuk kepada beralih dalam perkara yang dirasai oleh binatang, sedangkan Allah tidak ada kaitan dengan segala jisim dan perkara yang ada kaitan dengan jisim dan perkara-perkara yang berkaitan dengan jisim..”. Intaha.

Ibn Kathir (w. 774 H) berkata dalam kitabnya Tafsir al-Qur’anil-^Azim[5]:
اتفق المفسرون على إنكار قول الجهمية الأول القائل تعالى عن قولهم علوًّا كبيرًا بأنه في كل مكان
Maksudnya:
“Ulama tafsir bersepakat bagi menginkar pendapat al-Jahmiyyah golongan pertama yang berkata – Allah maha suci dari pendapat mereka ini – bahawa Allah itu di setiap tempat”. Intaha.

Al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani al-Shafi^i al-Ash^ari (w. 852 H) dalam kitabnya Fathul-Bari[6]:
وقد نزع به بعض المعتزلة القائلين بأن الله في كل مكان وهو جهل واضح وفيه – أي في حديث: (إن أحدكم إذا قام في صلاته فإنه يناجي ربّه إن ربّه بينه وبين القبلة) – الردّ على من زعم أنه على العرش بذاته
Maksudnya:
“Dan sesungguhnya hadis ini dipertikai oleh sebahagian golongan al-Mu^tazilah yang berkata bahawa Allah itu di setiap tempat, sedangkan ini suatu kejahilan yang nyata. Dan dalamnya – iaitu dalam hadis (إن أحدكم إذا قام في صلاته فإنه يناجي ربّه إن ربّه بينه وبين القبلة) - ada sanggahan ke atas sesiapa yang menganggap bahawa Dia di atas Arasy dengan zat-Nya”. Intaha.

Al-Shaykh ^Abdul-Wahhab ibn Ahmad al-Sha^rani berkata dalam kitabnya al-Yawaqit wal-Jawahir:
لا يجوز أن يقال إنه تعالى في كل مكان كما تقول المعتزلة والقدرية
Maksudnya:
“Tidak boleh dikatakan bahawa Dia (Allah) taala itu di setiap tempat seperti yang dikatakan oleh golongan al-Mu^tazilah dan al-Qadariyyah”. Intaha.

Di sini pengingkaran ditegaskan setegas-tegasnya ke atas kaum Mu^tazilah dan Jahmiyyah yang berpegang dengan kalimah seperti yang dinaqalkan di atas. Penyelewengan aqidah seperti ini juga kita akan mendapatinya di dalam tulisan Sayyid Qutb iaitu dalam karangannya Fi Zilalil-Qur’an ketika mentafsir ayat 4 surah al-Hadid: (( وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ)) - [yang makna zahirnya: dan Dia bersama kamu di mana jua kamu berada] - dia berkata[7]:
وهو كلمة على الحقيقة لا على الكناية والمجاز. فالله سبحانه مع كل واحد ومع كل شيء في كل وقت وفي كل مكان
Maksudnya:
“Dan ia suatu kalimah yang menurut hakikat bukannya menurut kinayah (sindiran makna) dan majaz (memaksudkan suatu makna daripada makna-makna yang pelbagai). Maka Allah subhanahu bersama setiap orang dan bersama setiap sesuatu pada setiap waktu dan di setiap tempat.”. Intaha.
Ini suatu kejahilan nyata. Inna liLlah wa inna ilayhi raji^un... Allah maha suci dari segala sifat yang disifatkan oleh kaum yang zalim...

WaLlahu a^lam.
_________________________

[1] Ibn Furak, Mushkilul-Hadith, Dar al-Kutub al-^Ilmiyyah, Beirut, hlm. 63.
[2] Ibid, hlm. 65 – 66.
[3] Al-Bayhaqi, al-I^tiqad wal-Hidayah ila Sabilir-Rashad, ^Alam al-Kutub, Beirut, hlm. 70.
[4] Al-Ghazali, al-Arba^in fi Usulid-Din, Dar al-Afaq al-Jadidah, Beirut, hlm. 198.
[5] Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’anil-^Azim, Dar al-Andalus, Beirut, jil. 3, hlm. 7.
[6] Ibn Hajar al-^Asqalani, Fathul-Bari bi-Sharh Sahihil-Bukhari, Dar al-Ma^rifah, Beirut, juz. 1, hlm. 508.
[7] Sayyid Qutb, Fi Zilalil-Qur’an, Dar al-Shuruq, jil. 6, juz. 27, hlm. 3481.                                    Disebarkan oleh: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/?m=1

BUKTI ULAMA NUSANTARA MENOLAK AJARAN SONGSANG WAHABI

✨ *WAHHABI DI SISI PANDANGAN AL-SYAIKH AHMAD IBN MUHAMMAD ZAIN AL-FATONI* ✨                                  Disebarkan oleh:http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/?m=1     

📖 Ketika menceritakan tentang fitnah yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Salim, al-Syaikh Ahmad al-Fatoni (w.1325 H) berkata:

"...[dan] setengah daripadanya (( *fitnah to'ifah Wahhabiyyah* )) yang melampaui mereka itu sehingga memerintah mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia dan mereka itu🔸satu kaum yang mempunyai *mazhab yang jahat dan jalan yang sesat dan i^tiqad yang mudarat*🔸dan adalah yang me[ng]hantarkan mazhab mereka itu yang keji dan yang meri[ng]tahkan dia [memerintahkan dia] Muhammad anak ^Abdul-Wahhab dan asalnya daripada masyriq daripada Bani Tamim dan adalah permulaan pekerjaannya bahawasanya ia adalah setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu pada negeri Madinah al-Munawwarah ^ala sohibiha afdol al-solat wa al-salam dan adalah bapanya laki-laki yang solih demikian lagi saudaranya🔸dan adalah bapanya dan saudaranya dan sekalian guru-gurunya *memfirasat mereka itu padanya bahawasanya lagi akan jadi daripadanya menyesat dan zaigh dan ilhad* dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya dan perbuatannya dan bantahan-bantahannya daripada beberapa masalah...🔸...maka mereka ia bagi dirinya akan mazhab yang sesat dan *menyalahi ia akan segala imam agama* dan menyesat ia akan segala yang jahilin🔸dan *me[ng]kufur ia akan segala mereka yang tiada mengikut mazhabnya daripada mukmin*🔸dan *me[ng]hukum ia dengan syirik mereka yang ziarah akan kubur Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam dan auliya' dan solihin dan yang bertawassul dengan mereka itu* dan🔸me[ng]haram ia akan berselawat atas Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam🔸dan beberapa i^tiqad yang lain daripada demikian itu dan *bahawasa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah enam ratus tahun hingga kepada masanya itu dan [ia]lah yang membaharukan bagi mereka itu akan Islam mereka itu*..." Intaha.

🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸

📚 *Rujukan:* Kitab _Hadiqatul-Azhar war-Rayahin fi Manaqib al-Akhyar wa Akhbaris-Solihin,_ *al-Syaikh Ahmad ibn Muhammad Zain ibn Mustafa al-Fatoni*, Persama Press, Pulau Pinang, t. th., hlm 169 - 170.

✒Beliau adalah *guru bagi ramai ulama dan mufti di Nusantara* seperti Syaikhul-Islam dan Mufti Selangor Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur-Rahman al-Fatoni, Tok Kenali, Tok Selehor, Kiyai Hasyim Asy'ari pengasas Nahdotul-^Ulama' dan lain-lain.

✒Beliau juga *penasihat dan rujukan sultan-sultan Melayu* seperti Sultan Fatoni, Sultan Kelantan, Sultan Kedah, Sultan Terengganu (Sultan Zainal Abidin III), Sultan Johor, Sultan Riau - Lingga, Sultan Deli, Sultan Langkat, Sultan Pontianak dan Sultan Sambas secara tidak rasmi dan beliau juga *penasihat Syarif/ Raja Mekah secara rasmi*.                                                            Disebarkan oleh:http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/?m=1

Friday 15 July 2016

TAFSIRAN RINGKAS SURAH AL-IKHLAS DARI KACAMATA AHLI SUNNH WAL JAMAAH

                    Disebarkan oleh:                                    http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/?m=1.                                                                           .           KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS                   BERDASARKAN HADITH NABI:

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallambersabda:

"وَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ".
Terjemahan:
"Demi jiwaku yang berada di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran".                                                              (Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari)   
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallambersabda kepada sahabat-sahabat baginda:
"أَيُعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِيْ لَيْلَةٍ".
Terjemahan:
"Adakah lemah seorang daripada kamu untuk membaca satu pertiga al-Quran dalam satu malam".
Para sahabat merasa begitu sukar untuk melakukannya, lalu bertanya kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam:
“Dimanakah kemampuan itu boleh kami dapatkan wahai Rasulullah?
Sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam:

"قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ، اللهُ الصَّمَدُ، ثُلُثُ الْقُرْآنِ".
Terjemahan:
"Surah al-Ikhlas itu menyamai satu pertiga al-Quran".
                                                             (Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari)
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallambersabda:
"إِنَّ اللهَ جَزَأَ الْقُرْآنَ ثَلَاثَةَ أَجْزَاءِ، فَجَعَلَ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ، جُزْءًا مِنَ الْقُرْآنِ".

Terjemahan:
"Sesungguhnya Allah membahagikan al-Quran kepada tiga bahagian. Maka Dia menjadikan surah al-Ikhlas satu bahagian daripada al-Quran".
                                                                  (Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)
Daripada Abi Hurairah radiyallahu`anhuberkata, pada suatu hari Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam keluar menemui kami lalu bersabda:

"أَقْرَأُ عَلَيْكُمْ ثُلُثَ الْقُرْآنِ، فَقَرَأَ: قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ، اللهُ الصَّمَدُ، حَتَّى خَتَمَهَا".

Terjemahan:

"Aku akan membacakan kepada kalian satu pertiga al-Quran, maka Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam membaca surah al-Ikhlas sehingga mengkhatamkannya".
                                                                     (Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْـمَـــٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

تَفْسِيْرُ سُوْرَةِ الْإِخْلَاصِ

رَوَى الْبُخَارِيُّ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ الْيَهُوْدَ أَتَوْ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ فَقَالُوْا لَهُ يَا مُـحَمَّدُ صِفْ لَنَا رَبَّكَ الَّذِيْ تَعْبُدْهُ. فَأَنْزَلَ اللهُ عَلَى نَبِيِّهِ سُوْرَةَ الْإِخْلَاصِ.
Terjemahan:
“Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, daripada Ibn `Abbas: Bahawasanya kaum Yahudi telah datang kepada Rasulullah, maka mereka [Yahudi] berkata: “Wahai Muhammad beritahu kepada kami sifat tuhan yang kamu sembah”. Maka Allah menurunkan kepada nabi-Nya surah al-Ikhlas”.
قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ

Terjemahan:

“Katakanlah Wahai Muhammad Dialah Allah Yang Maha Esa”.

"قُلْ" أَيْ قُلْ يَا مُـحَمَّدُ
Terjemahan:

“Katakanlah” iaitu Katakanlah Wahai Muhammad

"هُوَ اللهُ أَحَدٌ أَيْ أَنَّ اللهَ وَاحِدٌ لَا شَرِيْكَ لَهُ. الْوَاحِدُ إِذَا أُطْلِقَ عَلَى اللهِ فَمَعْنَاهُ الَّذِيْ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَلَيْسَ مَعْنَاهُ أَنَّهُ وَاحِدٌ مِنْ طَرِيْقِ الْعَدَدِ لِأَنَّ الْوَاحِدَ مِنْ طَرِيْقِ الْعَدَدِ يَكُوْنُ جِسْمًا وَيـَجُوْزُ عَليْهِ الاِنْقِسَامُ. وَأَمَّا اللهُ فَلَا يُشْبِهُ الْـجِسْمَ وَلَا يَـجُوْزُ عَلَيْهِ الاِنْقِسَامُ".

"Dialah Yang Maha Esa iaitu bahawasanya Allah esa tiada sekutu bagi-Nya. Perkataan wahid apabila digunakan pada Dzat Allah, maka ia membawa makna tiada sekutu bagi-Nya dan bukan membawa makna ‘SATU’daripada cara yang boleh dikira, kerana sesungguhnya satu daripada cara yang boleh dikira itu adalah jisim dan boleh ke atasnya [jisim] menerima bahagi. Dan adapun Allah tidak menyerupai jisim dan tidak harus ke atas-Nya [Allah] menerima bahagi."            
"الْوَاحِدُ إِذَا أُطْلِقَ عَلَى اللهِ فَمَعْنَى أَيْ الَّذِي لَا شَرِيْكَ لَهُ فِي الْأُلُوْهِيَّةِ".

Terjemahan:

"Al-Wahid apabila disandarkan kepada Allah, maka maknyanya iaitulah yang tidak ada sekutu bagi-Nya dalam hal-hal ketuhanan."

  1. Makna al-Wahid di sini kata ulama` ertinya Esa iaitu tiada sekutu bagi-Nya. Bukanlah yang dimaksudkan dengan makna Esa di sini adalah satu kerana satu adalah bilangan nombor menerima bilangan itu adalah sifat makhluk dan setiap makhluk itu berjisim dan berjirim dan boleh dipotong-potong atau dibelah bahagi.

  1. Maka makna al-Wahid di sini dengan makna yang sebenar iaitulah tiada sekutu bagi-Nya. Sebab itulah al-Wahidditerjemahkan kepada Esa kerana apabila ia diterjemahkan kepada satu, maka ia akan menjadi bilangan yang boleh dikira. Maha Suci Allah Ta`ala daripada sifat berbilang-bilang.

  1. Berbeza dengan al-Wahid apabila disandarkan kepada manusia ia akan membawa makna satu iaitu merujuk kepada bilangan.

  1. Perkataan al-Wahid apabila disandarkan kepada Allah Ta`ala, maksudnya Esa.

  1. Esa maksudnya tiada sekutu bagi-Nya.

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit radiyallahu`anhu (W. 150 H) berkata dalam kitabnya al-Fiqh al-Akbar, halaman; 30:

"إِنَّ الله َوَاحِدٌ لَا مِنْ طَرِيْقِ الْعَدَدِ وَلَـــٰكِنْ مِنْ طَرِيْقِ أَنَّهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ فِي الْأُلُوْهِيَّةِ."
Terjemahan:
"Sesungguhnya Allah itu Esa bukan dengan cara bilangan [yang boleh dikira], tetapi Ia Esa dengan cara, tidak ada sekutu bagi-Nya dalam hal-hal ketuhanan."

Kesimpulannya, berdasarkan kata-kata al-Imam Abu Hanifah [pengasas Mazhab Hanafi] ini jelas menunjukkan bahawa  maksud Esa yang dikehendaki bukanlah bermaksud satu iaitu nombor [boleh dikira] tetapi Esa yang bermaksud iaitu tiada sekutu bagi-Nya. Hal ini telah menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Esa adalah satu. Hal ini menyebabkan seseorang itu menjisimkan Allah Ta`ala kerana satu itu bilangan nombor dan boleh menerima bahagi dan boleh dibayangkan. Adapun Allah Ta`ala selama-lamanya tidak menyamai makhluk-Nya dari segala sudut dan tidak ada sesuatupun yang menyamai-Nya.

Firman Allah ta`ala:
اللهُ الصَّمَدُ
Terjemahan:
“Dia tempat meminta segala sesuatu”.

مَعْنىَ "الصَّمَدُ" الَّذِيْ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى شَيْءٍ، فَاللهُ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى شَيْءٍ.
Terjemahan:
“Makna “assomad” iaitu yang tidak berhajat kepada sesuatu, maka Allah tidak berhajat [berkehendak] kepada sesuatu”.


Telah berkata ulama’ Salaf dan Khalaf:

اللهُ خَلَقَ الْإِنْسَانَ لَا يَـحْتَاجُ لِلْإِنْسَانِ.
اللهُ خَلَقَ الْـجِنَّ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى الْـجِنِّ.
اللهُ خَلَقَ الْمَلَائِكَةَ لَا يـَحْتَاجُ إِلَى الْمَلَائِكَةِ.
اللهُ خَلَقَ السَّمَاءَ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى السَّمَاءِ.
اللهُ خَلَقَ الْعَرْشَ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى الْعَرْشِ.
اللهُ خَلَقَ الْكُرْسِيَّ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى الْكُرْسِيِّ.
اللهُ خَلَقَ الْمَكَانَ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى الْمَكَانِ.
Allah yang menciptakan Manusia tetapi Allah tidak berhajat kepada Manusia.
Allah yang menciptakan Jin tetapi Allah tidak berhajat kepada kepada Jin.
Allah yang menciptakan Malaikat tetapi Allah tidak berhajat kepada Malaikat.
Allah yang menciptakan Langit tetapi Allah tidak berhajat kepada Langit.
Allah yang menciptakan `Arasy tetapi Allah tidak berhajat kepada `Arasy.
Allah yang menciptakan Kursi tetapi Allah tidak berhajat kepada Kursi.
Allah yang menciptakan Tempat tetapi Allah tidak berhajat kepada Tempat.


Oleh itu, jelaslah bahawa Allah ta`ala tidak berhajat kepada sesuatupun daripada makhluk-Nya. Bahkan Allah tidak berhajat kepada segala ibadah yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. Walaupun Allah ta`ala telah mensyariatkan solat, puasa, zakat, haji, sedekah dan sebagainya, maka yang demikian itu bukan bermakna Allah berhajat kepada segala ibadat yang disyariatkan-Nya itu. Bahkan, segala manfaat hasil daripada pelaksanaan amal ibadat tersebut akan dipersembahkan kepada si pelaku-Nya di akhirat nanti. Jadi ibadah tersebut BUKANmerupakan suatu kepentingan bagi Allah ta`ala, tetapi ia tidak lain hanyalah merupakan suatu kewajipan bagi manusia selaku hamba Allah ta`ala.

بَلِ اللهُ كَانَ مَوْجُوْدًا قَبْلَ أَنْ يَـخْلُقَ الْمَكَانَ بِلَا مَكَانٍ. وَبَعْدَ أَنْ خَلَقَ الْمَكَانَ لَا يَتَغَيَّرُ فَهُوَ مَوْجُوْدٌ بِلَا مَكَانٍ.
Terjemahan:
“Bahkan Allah itu wujud sebelum Dia menciptakan tempat dengan tidak bertempat. Dan selepas Dia menciptakan tempat, Allah tidak berubah [daripada tidak bertempat kepada bertempat], maka Allah wujud tanpa bertempat”.

فَلَا يَـجُوْزُ اعْتِقَادُ أَنَّ اللهَ فِي جِهَةِ فَوْقٍ أَوْ تَـحْتٍ أَوِ الْيَمِيْنِ أَوِ الشِّمَالِ أَوِ الْأَمَامِ أَوِ الْـخَلْفِ لِأَنَّ اللهَ خَالِقُ الْمَكَانِ وَالْـجِهَاتِ.                                                     
Terjemahan:
“Maka tidak boleh beri`tiqad bahawa Allah berada padaarah atas atau arah bawahatau arah kanan atau arah kiri atau arah hadapan atauarah belakang. Kerana sesungguhnya Allah yang menciptakan tempat dan juga arah”.
وَهُوَ الصَّمَدُ أَيْ الَّذِيْ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى شَيْءٍ فَلَا يـَحْتَاجُ لِلْمَكَانِ وَلَا لِلْجِهَةِ.
Terjemahan:
“Dan Dialah “assomad” iaitu yang tidak berhajat kepada kepada sesuatu. Maka Dia [Allah] tidak berhajat kepada tempat dan juga tidak berhajat kepada arah”.

Firman Allah ta`ala:
لَـمْ يَلِدْ وَلَـمْ يُوْلَدْ
Terjemahan:
“Dia tidak mempunyai anak dan tidak diperanakkan”.


اللهُ لَيْسَ لَهُ وَلَدٌ وَلَا أَبٌ وَلَا أُمٌّ وَهُوَ مُنَزَّهٌ عَنْ أَنْ يـَحُلَّ فِيْ مَـخْلُوْقَاتِهِ وَلَا يـَجُوْزُ اعْتِقَادُ أَنَّ اللهَ حَالُّ فِي الْأَمَاكِنِ فَلَا يـَجُوْزُ أَنْ يُقَالَ اللهُ مَوْجُوْدٌ فِيْ كُلِّ مَكَانٍ.

Terjemahan:
“Allah tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai bapa dan tidak mempunyai ibu dan Dia Maha Suci daripada memasuki [masuk/meresap] kedalam makhluk-Nya dan tidak boleh beri`tiqad bahawasanya Allah itu memasuki [masuk/meresap] kedalam tempat-tempat. Maka tidak boleh berkata Allah wujud dimana-mana atau disetiap tempat”.

Firman Allah ta`ala:
وَلَـمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَد

Terjemahan:
“Dan tidak ada sesuatupun yang serupa dengan-Nya “.

"الْكُفْءُ هُوَ الْمَثِيْلُ".
Terjemahan:
Al-Kuf’u” ialah persamaan “.

فَمَعْنَى الْآيَةُ أَنَّ اللهَ تَعَالَى لَيْسَ لَهُ شَبِيْهٌ فَهُوَ لَا يُشْبِهُ شَيْئًا مِنَ الْمَخْلُوْقَاتِ وَلَا يُشْبِهُهُ شَيْءٌ.
Terjemahan:
“Maka makna ayat ini, bahawa sesungguhnya Allah ta`ala tidak ada penyerupaan [sesuatu persamaan atau penserupaan atau bandingan] Maka Dia tidak menyerupai sesuatupun daripada makhluk-makhluk-Nya dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya”.


Maka Allah tidak menyerupai segala sesuatu:

اللهُ خَلَقَ النُّوْرَ لَا يُشْبِهُ النُّوْرَ.
اللهُ خَلَقَ الظَّلَامَ لَا يُشْبِهُ الظَّلَامَ.
اللهُ خَلَقَ الْإِنْسَانَ لَا يُشْبِهُ الْإِنْسَانَ.
اللهُ خَلَقَ الْـجِنَّ لَا يُشْبِهُ الْـجِنَّ.
اللهُ خَلَقَ الْمَلَائِكَةَ لَا يُشْبِهُ الْمَلَائِكَةَ.
اللهُ خَلَقَ الْـجَمَادَاتَ لَا يُشْبِهُ الْـجَمَادَاتَ.
Allah yang menciptakan Nur (cahaya) tetapi Dia tidak menyerupai Nur (cahaya).
Allah yang menciptakan Gelap tetapi Dia tidak menyerupai Gelap.
Allah yang menciptakan Manusia tetapi Dia tidak menyerupai Manusia.
Allah yang menciptakan Jin tetapi Dia tidak menyerupai Jin.
Allah yang menciptakan Malaikat tetapi Dia tidak menyerupai Malaikat .



اللهُ خَلَقَ الْأَجْسَامَ الْكَبِيْرَةَ وَخَلَقَ الْأَجْسَامَ الصَّغِيْرَةَ فَلَا يُشْبِهُ الْأَجْسَامَ الْكَبِيْرَةَ وَلَا يُشْبِهُ الْأَجْسَامَ الصَّغِيْرَةَ.
Terjemahan:
“Allah yang menciptakan segala jisim yang besar [benda-benda yang besar] dan Dia yang menciptakan segala jisim yang kecil [benda-benda kecil], maka oleh sebab itu, Dia tidak menyerupai jisim-jisim yang besar dan jisim-jisim yang kecil”.


Kesimpulannya, mustahil Allah ta`ala menyamai makhluk yang dicipta oleh-Nya dan mustahil Allah ta`ala menyamai sesuatu kerana Maha Suci Allah daripada menyamai makhluk-makhluk-Nya.

فَلَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ السُّوْرَةَ قَالَ النَّبِــيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْيَهُوْدِ: "هَذِهِ صِفَةُ رَبـِّـيْ عَزَّ وَجَلَّ".  اهــــــ.
Terjemahan:
“Tatkala turun ayat ini, Nabi sallallahu`alaihi wasallam bersabda kepada kaum Yahudi itu: “Inilah sifat Tuhanku Azza wa Jalla”. Intaha.                             Disebarkan oleh:                 http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/?m=1.