Wednesday 17 May 2017

FATWA RASMI BERKAITAN AJARAN SESAT DR SHEIKH ISMAIL KASIM

Ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim (PERAHMAT)

Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 2/2017-1438H yang bersidang pada 30 Mac 2017 bersamaan 2 Rejab 1438H telah bersetuju dan memutuskan dengan sighah seperti berikut :
1.  Ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim adalah menyeleweng dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,
2.  Penyelewengan ajaran Ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim ini adalah seperti berikut:
i.  Terbatal Kesemua Rukun Islam Sekiranya Tidak Mempelajari Ilmu Syahadah yang Dibawa Oleh Ismail bin Kassim (IBK). Rukun Islam yang pertama, iaitu mengucap dua kalimah Syahadah bagi seseorang itu terbatal sekiranya dia tidak mempelajari Ilmu Syahadah (Ilmu Penyaksian) yang dibawa oleh Ismail bin Kassim. Ilmu Syahadah yang dimaksudkan ialah ilmu penyaksian roh yang sedang bersyahadah.
ii.  Tuntutan Mencari Penyaksi Di Alam Arwah. Seseorang itu hendaklah berusaha mencari penyaksinya yang akan dibawa sebagai saksi pada hari akhirat kelak. Sekiranya penyaksi tersebut tidak dapat ditemui, ia akan menyebabkan amalan Zikir Nafasnya tidak dapat berjalan dengan lancar. Namun begitu, dia tidak perlu bersusah payah untuk mencari penyaksi kerana penyaksi itu akan diutuskan oleh Allah s.w.t di alam shahadah, apabila mengamalkan Zikir Nafas.
iii.  Wajib Mempelajari Zikir Nafas Kerana Tiada Cara Lain Untuk Mencari Allah Kecuali Melaluinya. Seseorang itu Wajib Mempelajari Zikir Nafas, kerana tiada cara lain untuk mencari Allah kecuali melaluinya. Mencari Allah s.w.t melibatkan peranan yang dimainkan oleh qalbu. Anggota pancaindera manusia yang lain, seperti mata dan telinga peranannya terhad kepada alam zahir sahaja, berbeza dengan qalbu yang mempunyai peranan ghaib. Hanya dengan amalan Zikir Nafas boleh membuka mata hati qalbu. Oleh yang demikian, apabila mata hati qalbu seseorang telah terbuka, maka dia akan dapat melihat penyaksian roh, dan perkara-perkara ghaib yang lain dengan berterusan secaraautopilot. Manakala untuk mengambil ilmu Zikir Nafas pula, hendaklah melalui guru yang berketurunan Ahli Bait sahaja.
iv.  Mengisi Nafas Dengan Zikir لا إله إلا الله .Seseorang itu perlu mengisi nafasnya dengan zikir لا إله إلا اللهSetiap orang yang mengikuti ajaran Zikir Nafas diminta agar mencari danmengambil bai’ah kalimah لا إله إلا الله.Zikrullah ini hendaklah dilakukan secara berterusan selama 24 jam tanpa henti. Kaedah untuk mendapatkan zikir tanpa henti tersebut ialah melalui pengisian zikir dalam pernafasan. Apabila kalimah zikir telah diisi dalam pernafasan, setiap kali manusia bernafas, nafasnya akan berzikir mengingati Allah s.w.t (لا إله إلا الله). Perkiraan yang dibuat terhadap bilangan zikir yang akan terhasil daripada pernafasan tersebut adalah sebanyak 2,592 (108x24) zikir sehari. Inilah yang dinamakan Zikir Nafas. Zikir Nafas ini tidak boleh ditalqinkan kepada seseorang, kecuali setelah meyakininya dan melakukan solat Istikharah.
v.  Amalan Zikir Nafas Telah Wujud Sejak Dari Zaman Nabi Adam AS Dan Baginda Adalah Orang Pertama Yang Mempraktikkannya. Allah s.w.t telah meniupkan roh-Nya ke dalam jasad Nabi Adam AS dan seterusnya bernafas, dan nafas pertama yang naik dan turun daripada Adam AS adalah bentuk Zikir Nafas.
vi.  Zikir Nafas Adalah Amalan 124,000 Para Rasul Dan Para Wali Allah. Justeru,para rasul AS diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk berkhalwat di dalam gua, kerana apabila berada di dalam gua akan didengar secara jelas bunyi perkataan Zikir Nafas, iaitu ‘hu’, ‘hu’, ‘hu’.
vii. Amalan Zikir Nafas IBK Adalah Sabit Melalui al-Quran, dan Mengingkarinya Bermakna Syak terhadap Ayat al-Quran.Amalan Zikir Nafas adalah sahih dan sabit melalui al-Quran dan al-Hadith, dan sesiapa yang mengingkarinya dianggap telah menaruh syak terhadap al-Quran dan al-sunnah.
viii.  Semua Makhluk Hidup Dengan Rahsia “Hu” (Nama Allah). Hu juga merupakan bunyi nafas yang sedia ada, bunyi oksigen, segala bunyian, peredaran bintang, planet bulan dan mata hari.
ix.  Hari Kiamat Akan Berlaku Apabila Tiada Lagi Makhluk Yang Nafasnya Berzikir Dengan Kalimah Allah. Semua makhluk termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia akan mati dan diikuti dengan berlakunya hari kiamat apabila tiada lagi makhluk yang nafasnya berzikir dengan kalimah Allah (Allah, Allah, Allah).
x.  Kelebihan Luar Biasa Apabila Mengamalkan Zikir Nafas. Kelebihan luar biasa apabila mengamalkan Zikir Nafas ialah:
  1. Menyambung talian dengan Allah s.w.t;
  2. Menyambung talian dengan Nabi Muhammad s.a.w;
  3. Menyambung talian emas dengan guru-guru yang sampai sanadnya kepada Nabi Muhammad s.a.w;
  4. Nafas terkawal daripada segala gangguan syaitan,iblis,ifrit dan jin;
  5. Dianggap berada di landasan sirat al-mustaqeem;
  6. Nafas sentiasa rasa dikawal;
  7. Nafas berjalan dengan kelajuan yang begitu normal walaupun mendengar berita buruk dan menakutkan;
  8. Hidup dan mati menjadi kesedaran diri walaupun berada di mana jua;
  9. Apabila lalai dan alpa, nafas akan datang menyedarkan diri kepada Allah;
  10. Akan mendapat husnu al-khatimah.
xi. Mengamalkan Kepercayaan Wahdat al-Wujud. Ismail bin Kassim pernah mengungkapkan kata-kata yang jelas membawa kepada makna Wahdat al-Wujud, iaitu “Aku berkata-kata dengan lidah ni, ini lidah Allah, ini lidah Allah, kafir kamu pergi, kalau kamu menolak, pergi, ini lidah Allah, ini perkataan Allah, di mana kau, kafir terus…’
xii. Mentakwil Ayat-ayat al-Quran secara Bathil. Mentakwil ayat-ayat al-quran secara batil, antaranya seperti berikut:
Pada ayat dalam surah al-Fatihah : إهدنا الصراط المستقيم , Allah SWT akan menjawab: صراط الذين انعمت عليهم, iaituا لصا لحين , الشهدأ, والصديقين
Tafsiran bagi ketiga-tiga perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:
  1. الصالحين: Mempunyai zikir nafas dan kenal Allah dengan aqal;
  2. الشهداء : mempunyai Zikir Nafas dan syahadah dengan qalbu;
  3. الصديقين : Mempunyai Zikir Nafas dan rohnya bersyahadah;
xiii. Kaedah Penafsiran al-Quran (Usul Tafsir) Yang MenyelewengAyat-ayat al-Quran tidak boleh difahami semata-mata dengan membaca terjemahannya, kitab-kitab tafsir, mahupun asbab al-nuzul, bahkan hanya boleh difahami dengan ilmu al-Quran (Ilmu Takwil, Ilmu al-Furqan, Ilmu Ma’na, ilmu Maqsud, Ilmu Hikmah, Ilmu Makrifat, Ilmu Hakikat, Ilmu Asrar, Ilmu Ghaib dan Ilmu Yaqin).
xiv.   Berpegang Kepada Hadith Palsu. Antaranya adalah seperti yang berikut:
“Sesiapa yang menyakiti seorang tolibul-ilmi seperti menyakiti 124,000 nabi, sesiapa menyakiti 124,000 nabi seperti menyakiti Rasulullah s.a.w, sesiapa yang menyakiti Rasulullah s.a.w seperti menyakiti Allah, dan sesiapa yang menyakiti Allah, neraka tempatnya”.
“Barang siapa yang mencariku, pasti menjumpai-Nya, barang siapa yang menjumpai-Nya, maka dia telah menjumpai segala-galanya, Nabi Muhammad s.a.w bertanya bagaimana ingin mencari Allah, dan Allah pun menjawab: “Shahadah”.
“Barang siapa yang datang berjumpa dengan Aku dalam pada mana dia mengenal aku, setiap kebajikan aku beri dia sedunia bilangan makhluk yang pernah Aku cipta dan akan aku cipta”.
xv.  Ghuluw (Melampau) dalam Menghormati Guru. Peraturan yang wajib dipatuhi oleh murid kepada Ismail bin Kassim selaku guru atau sheikh seperti berikut: 
  1. Sesiapa yang hendak bersalaman dengan Ismail Bin Kassim wajib mengambil wuduk terlebih dahulu kerana Ismail Bin Kassim dianggap membawa al-Quran yang hidup;
  2. Setiap murid berkeadaan yakin bahawa guru dapat mengesan ketaatan murid, atas izin Allah s.w.t;
  3. Setiap murid jangan menderhaka kepada guru atas amanah-amanahnya;
  4. Setiap murid jangan ada sangkaan bahawa guru tidak mengetahui kelakuan dan perbuatan mereka;
  5. Setiap murid jangan meragui atau membantah di hadapan guru atau dibelakangnya kerana guru hanya mengajar ilmu kalimah la ila ha illallah;
  6. Setiap murid jangan sekali-kali melanggar panduan di atas, kelak akan terjerumus ke dalam kecelakaan dan kebinasaan.
3. Mana-mana orang Islam, samaada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk berpegang kepada fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim termasuklah:- 
i.  Menjadi pengikut kepada fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengan fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim; atau,
ii.  Berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim; atau,
iii. Mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya, sama ada melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain seperti berbai’ah (taat setia) dengan fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim; atau,
iv. Berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim; atau,
v.  Terlibat dengan pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim; atau,
vi.  Mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim; atau,
vii.  Memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman, audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen menggunakan apa-apa bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim; atau,
viii.  Mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim di Negeri Sembilan.
4.  Mana-mana orang Islam yang mengamalkan Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan Allah s.w.t.
5.  Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
6.  Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana sesawang, blog, facebooktwitter atau media sosial lain adalah diharamkan.
7.  Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Sembilan.

Status pewartaan : Diwartakan

4 comments:

  1. Alhamdulillah.. Semoga umat terselamat dari ajaran2 sesat ni. Memang dah lama perati, nmpk byk yg tak kena dgn sik ni tapi pengikut taksub buta.

    ReplyDelete
  2. https://www.facebook.com/beritatv9/videos/904284023079319/

    ReplyDelete
  3. Dr Syeikh bawa ajaran yg betul.. buktinya... Hati sentiasa berzikir secara auto selepas kami ambil ijazah ini... Boleh didengari oleh telinga sendiri... Subhanallah...

    ReplyDelete
  4. Syeikh Ismail Kassim dizalami oleh mereka. Mereka Jahil dalam bab ilmu Syahadahtain. Mereka bukan tidak tahu Arab. Asyhadu al Laa ILAHa illAllah terjemahnya AKU BERSAKSI tiada ILAH selain ALLAH. perlu kita kita faham perkataan bersaksi tu. ini beekaitan tapak agama kita. solat iti tiangnya. tiang peelukan tapak. tapak mestilah kukuh bukan rapuh yang membawa maksud klu tidak belajar ilmu RUKUN ISLAM PERTAMA, BERSAKSI dengan ILMU. bukan angan2, terdapat dlm hadis berkaitam Nabi sallallahu alaihi wassallam bersabda dengan lantang tentang Percakapan PALSU sehingga para sahbaat bwrkata di dlm hati kalau saja RasulAllah sallallahu alaihi wassallam boleh berhenti berkata demikian. percakapan apa paling teruk klu bikan mengatakan asyahadu Al Laa ILAHa illAllah wa Asyhadu anna MuhammadurasulAllah sallallahu alaoui wassallam.

    Diriwayatkan dari Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata,

    أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ

    “Apakah kalian mau aku beritahu dosa besar yang paling besar?”

    Beliau menyatakannya tiga kali. Mereka menjawab, “Mau, wahai Rasulullah.”

    Beliau pun bersabda,

    الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ

    “Menyekutukan Allah, durhaka kepada kedua orangtua.”

    Lalu beliau bangkit untuk duduk dari sebelumnya berbaring, kemudian melanjutkan sabdanya,

    أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ

    “Ketahuilah, juga ucapan palsu (curang).”

    Dia berkata, “Beliau terus saja mengatakannya berulang-ulang hingga kami mengatakan, ‘Duh, sekiranya beliau berhenti.” (HR. Bukhari no. 2654 dan Muslim no. 87)

    Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengubah posisi duduk beliau dan mengatakannya berulang kali, yang menunjukkan bahaya dan pentingnya perkara ini

    Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang al-kabaa’ir (dosa-dosa besar). Maka beliau bersabda,

    الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ

    “Menyekutukan Allah, durhaka kepada kedua orangtua, membunuh orang, dan SYAHADAH palsu.” (HR. Bukhari no. 2653 dan Muslim no. 88)


    surah Munafikun ayat pertama juga menceritakan SYAHADAH palsu oleh kaum munafik(mengucap bukan bersaksi dengan benar-benar) bersaksi.

    Surah Munafikun ayat 1:

    "Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami BERSAKSI, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah MENYAKSI bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta."

    nampak x kaitan hadith dan ayat ini? mereka memfitnah dengan satu fitnah yang sangat teruk. Wallaho saya sendiri mengikuti pengakian daripada Syeikh Ismail Kassim. beliau tidak
    pernah sebut siapa tidak belajar ilmu ini daripada beliau sebagai sesat. bahkan Beliau selalu mancadangkan kepada yang baru nak dtg menimbah ilmu agar berdoa dan dan solat istikharah dahulu. mohon Allah tunjukkam siapa guru/hamba Allah yang benar2 ada ilmu ni dan boleh mengajar kita. Mereka mengeluarkan fitnah daripada video pendek yang di cut. tanpa video FULL dari majlis. Tolong jangan fitnahkan Syeikh dan ilmu ini. Syeikh hanya menyeru manusia agar belajar ilmu Syahadahtain dari mereka yang benar benar ada ilmu ini agar kita tidak mendusta dlm SYAHADAH kita. Kesian majoriti umat islam tertipu disebabkan fitnah ini. mereka masij menyangka bahawa rukun islam itu MENGUCAP. yang memfatwakan ini juga JAHIL dalam bab SYAHADAH. Mereka bukan ahli ilmu ini. walaupun merela ahli dlm bnyk cabang ilmu tapo tidak ilmu Syahadahtain. baca statement mereka di atas, rukun islam islam pertama iaitu MENGUCAP!!! sungguh ini satu penipuan. Setiap rukun islam ada ilmu dan amalannya. ILMU dulu baru AMAL. soalan mudah. sudahoah kita kita memperoleh ilmu SYAHADAHTAIN? adakah kita telah beramal? dlm azan iqamat diulang lagi kalimah ini. dlm solat pun kita duduk YASYAHUD dan MELAFAZKAN SYAHADAHTAIN lagi. tolong perkara ini bukan perkara kecil atau main2. tolong beehenti makan fitnah dan menyebarkan fitnah

    ReplyDelete