Sunday, 25 December 2016

IMAM SYAFEI AMBIL BERKAT DENGAN WALI & KELEBIHAN BERDOA DI KUBUR ORANG SOLEH

Blog: ustaz-faidzurrahim.blogspot.com.          Diriwayatkan dalam kitab 'Tarikh Baghdad' bahawa Imam Syafei ketika di Baghdad berkata:                                                              إني لأتبرّكُ بأبي حنيفة و أجيء إلى قبره في كل يوم ــ يعني زائرا ــ فإذا عرضت لي حاجةٌ صلّيتُ ركعتين و جئتُ إلى قبره و سألت الله تعالى الحاجة عنده، فما تبعد عني حتى تُقضَى.                              Maknanya " Sesungguhnya aku bertabarruk dengan Abu Hanifah dan aku menziarahi kubur beliau setiap hari, apabila aku mempunyai suatu hajat keperluan, aku bersolat dua rakaat, kemudian pergi ke kubur Abu Hanifah dan berdoa kepada Allah di sisinya, maka dalam masa yang singkat sahaja hajat tersebut ditunaikan. ".             Dan di sebut dalam kitab yang sama jua (Kitab Taariikh Baghdad)  bahawa Imam Ibrahim Al-Harbi, murid Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata, "Makam Ma'ruf Al-Karkhi merupakan penawar yang mujarab." Maksudnya, berdoa di sisi kuburnya dipermudahkan  makbul  hajat.".          Semoga Allah memakbulkan doa-doa dan hajat-hajat Umat Islam.

No comments:

Post a Comment