Friday, 15 July 2016

TAFSIRAN RINGKAS SURAH AL-IKHLAS DARI KACAMATA AHLI SUNNH WAL JAMAAH

                    Disebarkan oleh:                                    http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/?m=1.                                                                           .           KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS                   BERDASARKAN HADITH NABI:

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallambersabda:

"وَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ".
Terjemahan:
"Demi jiwaku yang berada di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran".                                                              (Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari)   
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallambersabda kepada sahabat-sahabat baginda:
"أَيُعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِيْ لَيْلَةٍ".
Terjemahan:
"Adakah lemah seorang daripada kamu untuk membaca satu pertiga al-Quran dalam satu malam".
Para sahabat merasa begitu sukar untuk melakukannya, lalu bertanya kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam:
“Dimanakah kemampuan itu boleh kami dapatkan wahai Rasulullah?
Sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam:

"قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ، اللهُ الصَّمَدُ، ثُلُثُ الْقُرْآنِ".
Terjemahan:
"Surah al-Ikhlas itu menyamai satu pertiga al-Quran".
                                                             (Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari)
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallambersabda:
"إِنَّ اللهَ جَزَأَ الْقُرْآنَ ثَلَاثَةَ أَجْزَاءِ، فَجَعَلَ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ، جُزْءًا مِنَ الْقُرْآنِ".

Terjemahan:
"Sesungguhnya Allah membahagikan al-Quran kepada tiga bahagian. Maka Dia menjadikan surah al-Ikhlas satu bahagian daripada al-Quran".
                                                                  (Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)
Daripada Abi Hurairah radiyallahu`anhuberkata, pada suatu hari Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam keluar menemui kami lalu bersabda:

"أَقْرَأُ عَلَيْكُمْ ثُلُثَ الْقُرْآنِ، فَقَرَأَ: قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ، اللهُ الصَّمَدُ، حَتَّى خَتَمَهَا".

Terjemahan:

"Aku akan membacakan kepada kalian satu pertiga al-Quran, maka Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam membaca surah al-Ikhlas sehingga mengkhatamkannya".
                                                                     (Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْـمَـــٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

تَفْسِيْرُ سُوْرَةِ الْإِخْلَاصِ

رَوَى الْبُخَارِيُّ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ الْيَهُوْدَ أَتَوْ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ فَقَالُوْا لَهُ يَا مُـحَمَّدُ صِفْ لَنَا رَبَّكَ الَّذِيْ تَعْبُدْهُ. فَأَنْزَلَ اللهُ عَلَى نَبِيِّهِ سُوْرَةَ الْإِخْلَاصِ.
Terjemahan:
“Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, daripada Ibn `Abbas: Bahawasanya kaum Yahudi telah datang kepada Rasulullah, maka mereka [Yahudi] berkata: “Wahai Muhammad beritahu kepada kami sifat tuhan yang kamu sembah”. Maka Allah menurunkan kepada nabi-Nya surah al-Ikhlas”.
قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ

Terjemahan:

“Katakanlah Wahai Muhammad Dialah Allah Yang Maha Esa”.

"قُلْ" أَيْ قُلْ يَا مُـحَمَّدُ
Terjemahan:

“Katakanlah” iaitu Katakanlah Wahai Muhammad

"هُوَ اللهُ أَحَدٌ أَيْ أَنَّ اللهَ وَاحِدٌ لَا شَرِيْكَ لَهُ. الْوَاحِدُ إِذَا أُطْلِقَ عَلَى اللهِ فَمَعْنَاهُ الَّذِيْ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَلَيْسَ مَعْنَاهُ أَنَّهُ وَاحِدٌ مِنْ طَرِيْقِ الْعَدَدِ لِأَنَّ الْوَاحِدَ مِنْ طَرِيْقِ الْعَدَدِ يَكُوْنُ جِسْمًا وَيـَجُوْزُ عَليْهِ الاِنْقِسَامُ. وَأَمَّا اللهُ فَلَا يُشْبِهُ الْـجِسْمَ وَلَا يَـجُوْزُ عَلَيْهِ الاِنْقِسَامُ".

"Dialah Yang Maha Esa iaitu bahawasanya Allah esa‚ tiada sekutu bagi-Nya. Perkataan wahid apabila digunakan pada Dzat Allah, maka ia membawa makna tiada sekutu bagi-Nya dan bukan membawa makna ‘SATU’daripada cara yang boleh dikira, kerana sesungguhnya satu daripada cara yang boleh dikira itu adalah jisim dan boleh ke atasnya [jisim] menerima bahagi. Dan adapun Allah tidak menyerupai jisim dan tidak harus ke atas-Nya [Allah] menerima bahagi."            
"الْوَاحِدُ إِذَا أُطْلِقَ عَلَى اللهِ فَمَعْنَى أَيْ الَّذِي لَا شَرِيْكَ لَهُ فِي الْأُلُوْهِيَّةِ".

Terjemahan:

"Al-Wahid apabila disandarkan kepada Allah, maka maknyanya iaitulah yang tidak ada sekutu bagi-Nya dalam hal-hal ketuhanan."

  1. Makna al-Wahid di sini kata ulama` ertinya Esa iaitu tiada sekutu bagi-Nya. Bukanlah yang dimaksudkan dengan makna Esa di sini adalah satu kerana satu adalah bilangan nombor menerima bilangan itu adalah sifat makhluk dan setiap makhluk itu berjisim dan berjirim dan boleh dipotong-potong atau dibelah bahagi.

  1. Maka makna al-Wahid di sini dengan makna yang sebenar iaitulah tiada sekutu bagi-Nya. Sebab itulah al-Wahidditerjemahkan kepada Esa kerana apabila ia diterjemahkan kepada satu, maka ia akan menjadi bilangan yang boleh dikira. Maha Suci Allah Ta`ala daripada sifat berbilang-bilang.

  1. Berbeza dengan al-Wahid apabila disandarkan kepada manusia ia akan membawa makna satu iaitu merujuk kepada bilangan.

  1. Perkataan al-Wahid apabila disandarkan kepada Allah Ta`ala, maksudnya Esa.

  1. Esa maksudnya tiada sekutu bagi-Nya.

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit radiyallahu`anhu (W. 150 H) berkata dalam kitabnya al-Fiqh al-Akbar, halaman; 30:

"إِنَّ الله َوَاحِدٌ لَا مِنْ طَرِيْقِ الْعَدَدِ وَلَـــٰكِنْ مِنْ طَرِيْقِ أَنَّهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ فِي الْأُلُوْهِيَّةِ."
Terjemahan:
"Sesungguhnya Allah itu Esa bukan dengan cara bilangan [yang boleh dikira], tetapi Ia Esa dengan cara, tidak ada sekutu bagi-Nya dalam hal-hal ketuhanan."

Kesimpulannya, berdasarkan kata-kata al-Imam Abu Hanifah [pengasas Mazhab Hanafi] ini jelas menunjukkan bahawa  maksud Esa yang dikehendaki bukanlah bermaksud satu iaitu nombor [boleh dikira] tetapi Esa yang bermaksud iaitu tiada sekutu bagi-Nya. Hal ini telah menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Esa adalah satu. Hal ini menyebabkan seseorang itu menjisimkan Allah Ta`ala kerana satu itu bilangan nombor dan boleh menerima bahagi dan boleh dibayangkan. Adapun Allah Ta`ala selama-lamanya tidak menyamai makhluk-Nya dari segala sudut dan tidak ada sesuatupun yang menyamai-Nya.

Firman Allah ta`ala:
اللهُ الصَّمَدُ
Terjemahan:
“Dia tempat meminta segala sesuatu”.

مَعْنىَ "الصَّمَدُ" الَّذِيْ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى شَيْءٍ، فَاللهُ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى شَيْءٍ.
Terjemahan:
“Makna “assomad” iaitu yang tidak berhajat kepada sesuatu, maka Allah tidak berhajat [berkehendak] kepada sesuatu”.


Telah berkata ulama’ Salaf dan Khalaf:

اللهُ خَلَقَ الْإِنْسَانَ لَا يَـحْتَاجُ لِلْإِنْسَانِ.
اللهُ خَلَقَ الْـجِنَّ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى الْـجِنِّ.
اللهُ خَلَقَ الْمَلَائِكَةَ لَا يـَحْتَاجُ إِلَى الْمَلَائِكَةِ.
اللهُ خَلَقَ السَّمَاءَ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى السَّمَاءِ.
اللهُ خَلَقَ الْعَرْشَ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى الْعَرْشِ.
اللهُ خَلَقَ الْكُرْسِيَّ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى الْكُرْسِيِّ.
اللهُ خَلَقَ الْمَكَانَ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى الْمَكَانِ.
Allah yang menciptakan Manusia tetapi Allah tidak berhajat kepada Manusia.
Allah yang menciptakan Jin tetapi Allah tidak berhajat kepada kepada Jin.
Allah yang menciptakan Malaikat tetapi Allah tidak berhajat kepada Malaikat.
Allah yang menciptakan Langit tetapi Allah tidak berhajat kepada Langit.
Allah yang menciptakan `Arasy tetapi Allah tidak berhajat kepada `Arasy.
Allah yang menciptakan Kursi tetapi Allah tidak berhajat kepada Kursi.
Allah yang menciptakan Tempat tetapi Allah tidak berhajat kepada Tempat.


Oleh itu, jelaslah bahawa Allah ta`ala tidak berhajat kepada sesuatupun daripada makhluk-Nya. Bahkan Allah tidak berhajat kepada segala ibadah yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. Walaupun Allah ta`ala telah mensyariatkan solat, puasa, zakat, haji, sedekah dan sebagainya, maka yang demikian itu bukan bermakna Allah berhajat kepada segala ibadat yang disyariatkan-Nya itu. Bahkan, segala manfaat hasil daripada pelaksanaan amal ibadat tersebut akan dipersembahkan kepada si pelaku-Nya di akhirat nanti. Jadi ibadah tersebut BUKANmerupakan suatu kepentingan bagi Allah ta`ala, tetapi ia tidak lain hanyalah merupakan suatu kewajipan bagi manusia selaku hamba Allah ta`ala.

بَلِ اللهُ كَانَ مَوْجُوْدًا قَبْلَ أَنْ يَـخْلُقَ الْمَكَانَ بِلَا مَكَانٍ. وَبَعْدَ أَنْ خَلَقَ الْمَكَانَ لَا يَتَغَيَّرُ فَهُوَ مَوْجُوْدٌ بِلَا مَكَانٍ.
Terjemahan:
“Bahkan Allah itu wujud sebelum Dia menciptakan tempat dengan tidak bertempat. Dan selepas Dia menciptakan tempat, Allah tidak berubah [daripada tidak bertempat kepada bertempat], maka Allah wujud tanpa bertempat”.

فَلَا يَـجُوْزُ اعْتِقَادُ أَنَّ اللهَ فِي جِهَةِ فَوْقٍ أَوْ تَـحْتٍ أَوِ الْيَمِيْنِ أَوِ الشِّمَالِ أَوِ الْأَمَامِ أَوِ الْـخَلْفِ لِأَنَّ اللهَ خَالِقُ الْمَكَانِ وَالْـجِهَاتِ.                                                     
Terjemahan:
“Maka tidak boleh beri`tiqad bahawa Allah berada padaarah atas atau arah bawahatau arah kanan atau arah kiri atau arah hadapan atauarah belakang. Kerana sesungguhnya Allah yang menciptakan tempat dan juga arah”.
وَهُوَ الصَّمَدُ أَيْ الَّذِيْ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى شَيْءٍ فَلَا يـَحْتَاجُ لِلْمَكَانِ وَلَا لِلْجِهَةِ.
Terjemahan:
“Dan Dialah “assomad” iaitu yang tidak berhajat kepada kepada sesuatu. Maka Dia [Allah] tidak berhajat kepada tempat dan juga tidak berhajat kepada arah”.

Firman Allah ta`ala:
لَـمْ يَلِدْ وَلَـمْ يُوْلَدْ
Terjemahan:
“Dia tidak mempunyai anak dan tidak diperanakkan”.


اللهُ لَيْسَ لَهُ وَلَدٌ وَلَا أَبٌ وَلَا أُمٌّ وَهُوَ مُنَزَّهٌ عَنْ أَنْ يـَحُلَّ فِيْ مَـخْلُوْقَاتِهِ وَلَا يـَجُوْزُ اعْتِقَادُ أَنَّ اللهَ حَالُّ فِي الْأَمَاكِنِ فَلَا يـَجُوْزُ أَنْ يُقَالَ اللهُ مَوْجُوْدٌ فِيْ كُلِّ مَكَانٍ.

Terjemahan:
“Allah tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai bapa dan tidak mempunyai ibu dan Dia Maha Suci daripada memasuki [masuk/meresap] kedalam makhluk-Nya dan tidak boleh beri`tiqad bahawasanya Allah itu memasuki [masuk/meresap] kedalam tempat-tempat. Maka tidak boleh berkata Allah wujud dimana-mana atau disetiap tempat”.

Firman Allah ta`ala:
وَلَـمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَد

Terjemahan:
“Dan tidak ada sesuatupun yang serupa dengan-Nya “.

"الْكُفْءُ هُوَ الْمَثِيْلُ".
Terjemahan:
“Al-Kuf’u” ialah persamaan “.

فَمَعْنَى الْآيَةُ أَنَّ اللهَ تَعَالَى لَيْسَ لَهُ شَبِيْهٌ فَهُوَ لَا يُشْبِهُ شَيْئًا مِنَ الْمَخْلُوْقَاتِ وَلَا يُشْبِهُهُ شَيْءٌ.
Terjemahan:
“Maka makna ayat ini, bahawa sesungguhnya Allah ta`ala tidak ada penyerupaan [sesuatu persamaan atau penserupaan atau bandingan] Maka Dia tidak menyerupai sesuatupun daripada makhluk-makhluk-Nya dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya”.


Maka Allah tidak menyerupai segala sesuatu:

اللهُ خَلَقَ النُّوْرَ لَا يُشْبِهُ النُّوْرَ.
اللهُ خَلَقَ الظَّلَامَ لَا يُشْبِهُ الظَّلَامَ.
اللهُ خَلَقَ الْإِنْسَانَ لَا يُشْبِهُ الْإِنْسَانَ.
اللهُ خَلَقَ الْـجِنَّ لَا يُشْبِهُ الْـجِنَّ.
اللهُ خَلَقَ الْمَلَائِكَةَ لَا يُشْبِهُ الْمَلَائِكَةَ.
اللهُ خَلَقَ الْـجَمَادَاتَ لَا يُشْبِهُ الْـجَمَادَاتَ.
Allah yang menciptakan Nur (cahaya) tetapi Dia tidak menyerupai Nur (cahaya).
Allah yang menciptakan Gelap tetapi Dia tidak menyerupai Gelap.
Allah yang menciptakan Manusia tetapi Dia tidak menyerupai Manusia.
Allah yang menciptakan Jin tetapi Dia tidak menyerupai Jin.
Allah yang menciptakan Malaikat tetapi Dia tidak menyerupai Malaikat .



اللهُ خَلَقَ الْأَجْسَامَ الْكَبِيْرَةَ وَخَلَقَ الْأَجْسَامَ الصَّغِيْرَةَ فَلَا يُشْبِهُ الْأَجْسَامَ الْكَبِيْرَةَ وَلَا يُشْبِهُ الْأَجْسَامَ الصَّغِيْرَةَ.
Terjemahan:
“Allah yang menciptakan segala jisim yang besar [benda-benda yang besar] dan Dia yang menciptakan segala jisim yang kecil [benda-benda kecil], maka oleh sebab itu, Dia tidak menyerupai jisim-jisim yang besar dan jisim-jisim yang kecil”.


Kesimpulannya, mustahil Allah ta`ala menyamai makhluk yang dicipta oleh-Nya dan mustahil Allah ta`ala menyamai sesuatu kerana Maha Suci Allah daripada menyamai makhluk-makhluk-Nya.

فَلَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ السُّوْرَةَ قَالَ النَّبِــيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْيَهُوْدِ: "هَذِهِ صِفَةُ رَبـِّـيْ عَزَّ وَجَلَّ".  اهــــــ.
Terjemahan:
“Tatkala turun ayat ini, Nabi sallallahu`alaihi wasallam bersabda kepada kaum Yahudi itu: “Inilah sifat Tuhanku Azza wa Jalla”. Intaha.                             Disebarkan oleh:                 http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/?m=1.                                           

Saturday, 9 July 2016

KARAMAH WALI IMAM AL-RIFAEI AL-KABIR, TANGAN NABI MUHAMMAD KELUAR DARI KUBUR BAGINDA

TANGAN NABI KELUAR DARI KUBURNYA
(Petikan dari Tausiah Maulid di Taman Hilliview Taman Sri Ukay Hulu Kelang Ampang yg disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim-(berjubah hitam dalam gambar) pada 9 jan 2015 Jumaat mlm Sabtu-Ustaz Ahmad berserban dan berjubah hitam dalam gambar sedang menyampaikan syarahan)                                                                 Telah diriwayatkan oleh al-Imam al-Rafie  dalam kitab “Sawad al-`Ainain fi Manaqib al-Ghaus Abi al-`Aalamain” bahawa dia berkata:                                          
“ Telah dikhabarkan kepadaku daripada guruku al-Imam al-Hujjah al-Qudwah Abu al-Farj Umar al-Farusi al-Wasiti berkata : Guru kami Sayyid Ahmad al-Rifaie telah mengerjakan ibadah haji pada tahun 555 Hijrah. Tatkala beliau sampai ke Madinah Munawwarah  beliau telah  memuliakan datuknya dengan menziarahi maqam baginda Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam.(Imam al-Rifaei adalah ketuturnan Nabi dari susur jalur Husain). Beliau telah berdiri mengadap maqam baginda dan kami pula berdiri di belakang beliau lalu beliau berkata: "Salam sejahtera wahai datukku", lalu dijawab oleh suatu suara daripada maqam Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam: "Dan sejahtera ke atas engkau wahai cucuku". Maka al-Imam al-Rifaie mengungkapkan satu syair dengan suara yang amat merdu:
فِي حَالَةِ الْبُعْدِ رُوحِي كُنْتُ أُرْسِلُهَا       تُقَبِّلُ الأَرْضَ عَنِّي وَهِيَ نَائِبَتِي

وَهَذِهِ دَولَةُ الأَشْبَاحِ قَدْ حَضَرَتْ         فَامْدُدْ يَمِيْنَكَ كَي تَحْظَى بِهَا شَفَتِيْ

Maknannya: "Dari kejauhan kukirimkan rohku,
Untuk mencium tanah sebagai pengganti diriku,
Inilah diriku sekarang hadir,
Maka hulurkanlah tanganmu agar bibirku dpt mengucupinya".

Ketika itu juga keluar tangan melalui maqam baginda sallallahu`alaihiwasallam yang amat wangi lalu imam Ahmad al-Rifai menciumnya. Peristiwa tersebut disaksikan oleh lebih kurang 90 ribu manusia yang berada di sekitar maqam ketika itu. Mereka semua mendengar suara Rasulullah dan juga telah melihat tangan baginda. Antara ulama lain yang berada di situ ketika kejadian tersebut ialah Sheikh Hayat ibn Qais al-Harrani, Sheikh `Adi al-Syami dan ramai lagi.”... Alhmdulillah sesungguhnya karamah para wali adalah hujjah atas kebenaran Dakwah Nabi Muhammad.dan Alhmdulillah kita di atas akidah yg benar 'ALLAH ADA TANPA TEMPAT'.. Renung2kan.                                                 Antara kata-kata Imam al-Rifaei al-Kabir (Petikan dari kitab al-Burhan al-Muayyad) :
وَصُونُوا عَقَائِدَكُم مِنَ التَّمَسُّكِ بِظَاهِرِ مَا تَشَابَهَ مِنَ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ لِأَنَّ ذَلِكَ مِن أُصُولِ الْكُفْرِ
Terjemahannya: "Dan jagalah pegangan-pegangan akidahmu daripada berpegang dengan zahir ayat mutasyabihah daripada kitab al-Quran dan al-Sunah kerana yang demikian adalah daripada asal kekufuran".

Beliau berkata:
نَزِّهُوا اللهَ عَن سَمَات المحدثِين, وَصِفَات المخلوقِين, وَطَهِّرُوا عَقَائِدَكُمْ مِن تَفْسِيرِ مَعْنَى الِاسْتِوَاءِ فِي حَقِّهِ تَعَالَى بِالِاسْتِقْرَارِ كَاسْتِوَاءِ الأَجْسَامِ عَلَى الأَجْسَامِ الْمُستلزم لِلْحُلُولِ, تَعَالَى عَن ذَلِكَ, وَإِيَّاكُمْ وَالْقَولَ بِالْفَوقِيَّةِ وَالسُّفْلِيَّة وَالْمَكَان وَالْيَد وَالْعَين بِالْجَارِحَة, وَالنُّزولِ بِالِإتْيَانِ وَالِانْتِقَال.
Terjemahannya: "Sucikanlah Allah olehmu daripada mempernamakan dengan perkara baru, sifat-sifat makhluk, dan bersihkanlah pegangan akidahmu daripada mentafsirkan makna ‘al-Istiwa’ pada hak Allah Ta`ala dengan menetap seumpama menetapnya suatu jisim yang melazimi kesatuan. (dikatakan bersatu apabila suatu jisim melekat dengan jisim lain), Maha suci Allah daripada sedemikian. Jaga-jagalah daripada menyandarkan kepada Allah dengan atas, bawah, tempat, tangan dan mata dengan makna anggota, turun, datang dan berpindah".

Beliau berkata:
” يَا وَلَدِي إِذَا تَعَلَّمْتَ عِلْمًا وَسَمِعْتَ نَقْلًا حسنًا فَاعْمَلْ بهِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَلَا يَعْمَلُونَ “
Terjemahannya: 'Wahai anakku apabila engkau menuntut suatu ilmu dan mendengar nukilan yang baik maka beramallah dan janganlah engkau menjadi golongan mereka yang menuntut ilmu tetapi tidak mengamalkannya".      
                                                                                     Beliau berkata:
 ” العَجَبُ مِمَّنْ يَعْلَمُ أَنَّهُ يَمُوتُ كَيفَ يَنْسَى الْمَوتَ, وَالْعَجَبُ مِمَّنْ يَعْلَمُ أَنَّهُ مُفَارِقُ الدُّنْيَا كَيفَ يَنْكَبُّ عَلَيهَا وَيَقْطَعُ أَيَّامَهُ بِمَحَبَّتِهَا “
Terjemahannya: "Adalah satu kepelikan bagi mereka yang mengetahui bahawasanya dia akan mati bagaimana dia boleh melupakan mati, Dan satu kepelikan bagi mereka yang tahu dia akan berpisah dengan dunia bagaimana dia mengharungi hari-harinya dengan kecintaan kepadanya".
                                                                                   Beliau berkata:
” الدُّنْيَا أَوَّلُهَا ضَعْفٌ وَفُتُورٌ وَآخِرُهَا مَوتٌ وَقُبُورٌ “
Terjemahannya: "Dunia ini permulaannya lemah dan pengakhirannya adalah kematian dan kubur".         
 (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com).

MENOLAK FAHAMAN SONGSANG WAHABI YG MENGKAFIRKAN PERBUATAN TABARRUK DGN NABI.

 MENOLAK FAHAMAN SONGSANG WAHABI YG MENGKAFIRKAN PERBUATAN TABARRUK DGN NABI.                                                                                                              (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com).           Assalmualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.                                                         🕋Ketahuilah bahawa Nabi pernah bersabda mafhumnnya:  "Sesiapa yg melihat kemungkaran maka ubahlah ia dgn tgnnya (hingga akhir hadis)".. Maka atas dasar "al-Amru Bil Ma'ruf Wa al-Nahyu 'anil Munkar", kita mestilah menyebarkan pada masyarakat umum akan kebenaran pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yg sebenar. Antara perkara yg perlu kita ketahui adalah keharusan mengambil keberkatan (Tabarruk).                              Sedia maklum bahawa menziarahi kubur org Islam adalah digalakkan apatah lagi menziarahi maqam Rasulullah, dan terdapat di sana banyak dalil yg mengharuskan sedemikian. Kita diharuskan juga mengambil keberkatan Nabi dan org-org Soleh , dan diharuskan  mengambil keberkatan peninggalan2 seperti menyentuh, sapu, usap, mencium mimbar masjid Nabi dan selainnya. Antara bukti keharusan perbuatan sedemikian adalah seperti berikut:                                               1)- Di dalam kitab.                                              كشاف القناع  (Kasyaf al-Qina') jilid 2 muka surat 150 disebut bahawa Abdullah bin Ahmad bin Hanbal berkata:                                                                     " سألت أبي عن مس الرجل رمانة المنبر يقصد التبرك, وكذلك عن مس القبر ", فقال:" لا بأس بذلك"                                     Maknanya:  "Aku bertanya bapaku tentang org yg menyentuh mimbar masjid dgn tujuan mengambil berkat, dan tentang menyentuh Kubur, lalu beliau menjawab: Tak apa dgn hal sedemikian".                                 2)- Dan hal yg sama di dlm kitab  العلل ومعرفة الرجال  (al-'Elal Wa Ma'rifatur Rijaal) pada jilid 2 muka surat 492 bahawa Abdullah bin Ahmad bin Hanbal berkata:                                                                                          سألته عن الرجل يمس منبر النبي (صلّى الله عليه و سلّم) و يتبرك بمسّه ويقبله ويفعل بالقبر مثل ذلك أو نحو هذا يريد التقرب إلى الله جل وعز فقال: لا بأس بذلك. .                                                                         Maknanya: "Aku bertanya Imam Ahmad bin Hanbal tentang org yg menyentuh mimbar Nabi dan mengambil keberkatannya dgn menyentuh
dan mencium, dan perkara yg sama dilakukan pada kubur Rasulullah, ia dilakukan semata2 Taqarrub kpd Allah, lalu Imam Ahmad bin Hanbal menjawab: Tidak ada apa2 dgn perbuatan tersebut".                          3)- Di dalam Kassyaf al-Qina' juga  dlm bab Jenazah telah berkata Sheikh Mansur bin Yunus al-Buhuti al-Hanbali:                                               ((قلت بل قال إبراهيم الحربي: يستحب تقبيل حجرة النبي صلى الله عليه وسلم)).                                        Maknanya:  "Aku berkata bahawa Ibrahim al-Harbi berkata: Digalakkan mencium batu kubur Nabi..."     Bahkan di sana banyak lagi dalil2 akan keharusan perkara sedemikian. Secara  ringkasnya adalah memadai dgn apa yg dinyatakan tadi. Dewasa ini golongan WAHABI yg bertopeng dgn mazhab Hanbali berdusta dgn melarang perbuatan mengambil keberkatan Nabi dan org2 soleh serta peninggalanye, bahkan ada di antara mereka menyesatkan dan mensyirikkan perbuatan tersebut sedangkan Imam Ahmad bin Hanbal mengharuskan sedemikian. Ini menunjuk kpd kita bahawa WAHABI adalah pembohong dan pendusta.  maka kita diseru agar berhati-hati dgn mana2 kenyataan seperti ini agar tidak terkeliru terhadap manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yg sebenar. Semoga pendedahan sebegini memberi kesedaran kpd kita agar lebih berjaga2 dlm menyebarkan sesuatu.. Harap sebarkan pendedahan ini. (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com).    - "KEHIDUPAN YG BERKAT MEMBAWA KEBAIKAN"- .Tq...                                 Disediakan Oleh: Al-Faqir.                                       AHMAD FAIDZURRAHIM                                        (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com)

Friday, 8 July 2016

BENARKAH IMAM AL-MAHDI DARI KETURUNAN BANGSA MELAYU?

                        IMAM AL-MAHDI
Soalan : Assalamualaikum Dato', Saya telah beberapa kali menerima e-mail berkenaan Imam Mahadi. Di sini saya lampirkan. Harap Dato' dapat memberi sedikit penerangan kepada saya terutamanya Imam Mahadi berasal dari Bani Jawi. Jazakallahukhairan Kathira.                                                                                        Jawapan : Imam Mahadi berketurunan Arab bukan dari bangsa lain. Manakala berita yang disebarkan tidak wajar diyakini kerana dianggap sebagai ramalan atau tilikan. Tilikan dilarang dalam Islam.  .            SUMBER:http://www.muftiselangor.gov.my/ms/akidah.          

Friday, 1 July 2016

SYAIR DALAM MELAYU MENJELASKAN KEHARUSAN BERTABARRUK (AMBIL BERKAT)




Assalamualaikum. ada sahabat berhajat agar disebarkan syair ini (Dari seberang): 
Bismillahirrahmanirrahim.

Dgn baca asma Allah aku awali
Dari segala serupa, Dia Maha Suci
 .......
 Puji syukur pada Ilahi Rabbi
atas limpahan anugerah dan rizki
  .......
Shalawat dan salam atas Nabi
Sang penyeru kebahagiaan abadi
  .......
Ketahuilah ikhwan akhawati
Tabarruk diajarkan oleh Nabi
  .......
Jika datang padamu Wahhabi
Mengharamkan tabarruk yg kau lakoni
  .......
 Melarang tabarruk dgn peninggalan Nabi
 Katakan pdnya dgn keteguhan hati
  .......
Wahai pengikut Ibnu ‘Abdil Wahhabi
Segala ocehanmu tak punya arti
  .......
 Aswaja punya hujjah yg qath’i
 Dalil hadits tabarruk sahabat Nabi
  .......
Kisah pembagian rambut Nabi
 Diriwayatkan Muslim, jg al-Bukhari
  .......
Bukan utk dimakan atau dikoleksi
Diambil berkahnya, alasan yg pasti
  .......
 Hadits kisah pembagian kuku Nabi
Shahih, riwayat Ahmad sang perawi
  .......
Tanya Asma’ ihwal jubah Nabi
Dari air celupannya, sakit terobati
  .......
 Sahabat Abu Ayyub al-Anshari
Terdorong kerinduan, menaruh pipi
  .......
 Di atas tanah makam Nabi yg diberkati
Yg ia datangi bkn batu, tp Nabi yg dicintai
  .......
Hadits Asma’ riwayat Muslim santri al-Bukhari
Hadits Abu Ayyub riwayat pendiri madzhab Hanbali
Sahabat Khalid bin Walid sang pemberani
Memerintah pasukannya ‘tuk cari topi
  .......

 Saat hilang tak keruan dan tak pasti
Ketika terjadi perang Yarmuki
  .......
 Khalid bin Walid galau jiwa dan hati
Karena dalam topi itu ada rambut Nabi
  .......
Khalid bertabarruk dengannya acapkali
 Hadits riwayat imam al-Baihaqi
Hadits tabarruk dgn peninggalan Nabi
 Yg blm disebut masih banyak lagi
  .......
 Tapi yg tersebut cukup jadi bukti
Atas kebolehan perkara ini
  .......
 Wahai saudara-saudari fillahi
Sadarilah kesesatan Wahhabi
  .......
 Senantiasa waspada dan hati-hati
 Bentengi keluarga dan diri
  .......
Agar tak teracuni dan terinfeksi
Bahaya virus QarnusSyaithani

Sekian Wassalam.

Thursday, 30 June 2016

TARBIAH ANAK-ANAK DENGAN ILMU AHLI SUNNAH WAL JAMAAH



IMAM AL-HARARI AL-HABASYI SEORANG ULAMAK SUNNAH DAN HADIS BERKATA:
 (فَصْلٌ):يَجِبُ عَلَى وَلِيِّ الصَّبِيِّ وَالصَّبِيَّةِ الْمُمَيِّزَيْنِ أَنْ يَأْمُرَهُمَا بِالصَّلاةِ وَ يُعَلِّمَهُمَا أَحْكَامَهَا بَعْدَ سَبْعِ سِنِينَ قَمَرِيَّةٍ وَ                   يَضْرِبَهُمَا عَلَى تَرْكِهَا بَعْدَ عَشْرِ سِنِينَ كَصَوْمٍ أَطَاقَاهُ
وَيَجِبُ عَلَيْهِ أَيْضًا تَعْلِيمُهُمَا مِنْ الْعَقَائِدِ وَ الأَحْكَامِ يَجِبُ كَذَا وَيَحْرُمُ كَذَا وَ مَشْرُوعِيَّةَ السِّوَاكِ وَالْجَمَاعَةِ
قَالَ ابْنُ الْجَوْزِي فِي كِتَابِهِ حِفْظ الْعِلم: الْوَلَدُ إِنْ صَارَ مُمَيِّزًا فَإِنَّ أَوَّلَ مَا يُعَلَّمُ شَئٌ فِي الْعَقِيْدَةِ ثُمَّ شَئٌ فِي الطَّهَارَةِ 
ثُمَّ شَئٌ مِنَ الْقُرْآنِ

Fasal: Wajib ke atas wali (penjaga kanak-kanak) kepada anak lelaki dan perempuan yang telah mumayyiz supaya menyuruh keduanya (anak jagaannya) itu menunaikan solat, dan wajib mengajar keduanya tentang hukum hakam solat setelah anak-anak itu berumur tujuh tahun (tahun Hijrah), dan memukul keduanya apabila meninggalkan solat setelah mereka berumur sepuluh tahun. Begitu juga hal yang sama pada ibadah puasa apabila ana-anak tersebut mampu melakukannnya.  Dan wajib juga ke atas wali tersebut mengajarkan keduanya apa yang berkaitan dengan akidah dan hukum hakam seperti memberitahu perkara sebegini adalah wajib dan haram, dan seperti dikatakan kepada mereka bahawa amalan bersiwak dan solat berjemaaah adalah disyariatkan oleh Islam.    
Ibnu al-Jauzi (Imam Ibnu Jauzi al-Hanbali, bukan Ibnu Qoyyim Jauziah yang berfahaman sesat tajsim dan tasybih) berkata di dalam kitabnya Hifzu al Ilmi:
“Kanak-kanak yang sudah mumayyiz, perkara yang pertama mesti diajar kepadanya ialah akidah, kemudian bersuci kemudian al Quran”.

Petikan dari terjemahan kitab Mukhtasar Abdillah al-Harari yang diterjemah oleh AHMAD FAIDZURRAHIM




Saturday, 11 June 2016

SEKITAR TAZKIRAH RAMADHAN DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA, BERKISAR AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH, TURUT BERSAMA DATO MUSTPHA MENTERI PERDAGANGAN BERSAMA USTAZ FAIDZURRAHIM 2016




Antara pengisian Tazkirah Ramadhan di Kementerian Perdagangan ialah penjelasan akidah Nabi yang sebenar iaitu Allah Wujud Tanpa Tempat dan itulah aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Allah bukan di atas langit dan arasy, dan Allah tidak boleh disifatkan dengan sifat turun dari arah atas ke arah bawah kerana Allah tidak menyerupai makhluq. 
- RAMADHAN KARIM-



Wednesday, 1 June 2016