IMAM AL-HARARI AL-HABASYI SEORANG ULAMAK SUNNAH DAN HADIS BERKATA:
(فَصْلٌ):يَجِبُ عَلَى وَلِيِّ الصَّبِيِّ وَالصَّبِيَّةِ الْمُمَيِّزَيْنِ أَنْ يَأْمُرَهُمَا بِالصَّلاةِ وَ يُعَلِّمَهُمَا أَحْكَامَهَا بَعْدَ سَبْعِ سِنِينَ قَمَرِيَّةٍ وَ يَضْرِبَهُمَا عَلَى تَرْكِهَا بَعْدَ عَشْرِ سِنِينَ كَصَوْمٍ أَطَاقَاهُ
وَيَجِبُ عَلَيْهِ أَيْضًا تَعْلِيمُهُمَا مِنْ الْعَقَائِدِ وَ الأَحْكَامِ يَجِبُ كَذَا وَيَحْرُمُ كَذَا وَ مَشْرُوعِيَّةَ السِّوَاكِ وَالْجَمَاعَةِ
قَالَ ابْنُ الْجَوْزِي فِي كِتَابِهِ حِفْظ الْعِلم: الْوَلَدُ إِنْ صَارَ مُمَيِّزًا فَإِنَّ أَوَّلَ مَا يُعَلَّمُ شَئٌ فِي الْعَقِيْدَةِ ثُمَّ شَئٌ فِي الطَّهَارَةِ
ثُمَّ شَئٌ مِنَ الْقُرْآنِ
Fasal: Wajib ke atas wali (penjaga kanak-kanak) kepada anak lelaki dan perempuan yang telah mumayyiz supaya menyuruh keduanya (anak jagaannya) itu menunaikan solat, dan wajib mengajar keduanya tentang hukum hakam solat setelah anak-anak itu berumur tujuh tahun (tahun Hijrah), dan memukul keduanya apabila meninggalkan solat setelah mereka berumur sepuluh tahun. Begitu juga hal yang sama pada ibadah puasa apabila ana-anak tersebut mampu melakukannnya. Dan wajib juga ke atas wali tersebut mengajarkan keduanya apa yang berkaitan dengan akidah dan hukum hakam seperti memberitahu perkara sebegini adalah wajib dan haram, dan seperti dikatakan kepada mereka bahawa amalan bersiwak dan solat berjemaaah adalah disyariatkan oleh Islam.
Ibnu al-Jauzi (Imam Ibnu Jauzi al-Hanbali, bukan Ibnu Qoyyim Jauziah yang berfahaman sesat tajsim dan tasybih) berkata di dalam kitabnya Hifzu al Ilmi:
“Kanak-kanak yang sudah mumayyiz, perkara yang pertama mesti diajar kepadanya ialah akidah, kemudian bersuci kemudian al Quran”.
Petikan dari terjemahan kitab Mukhtasar Abdillah al-Harari yang diterjemah oleh AHMAD FAIDZURRAHIM
No comments:
Post a Comment