Friday, 15 July 2016

TAFSIRAN RINGKAS SURAH AL-IKHLAS DARI KACAMATA AHLI SUNNH WAL JAMAAH

                    Disebarkan oleh:                                    http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/?m=1.                                                                           .           KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS                   BERDASARKAN HADITH NABI:

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallambersabda:

"وَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ".
Terjemahan:
"Demi jiwaku yang berada di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran".                                                              (Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari)   
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallambersabda kepada sahabat-sahabat baginda:
"أَيُعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِيْ لَيْلَةٍ".
Terjemahan:
"Adakah lemah seorang daripada kamu untuk membaca satu pertiga al-Quran dalam satu malam".
Para sahabat merasa begitu sukar untuk melakukannya, lalu bertanya kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam:
“Dimanakah kemampuan itu boleh kami dapatkan wahai Rasulullah?
Sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam:

"قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ، اللهُ الصَّمَدُ، ثُلُثُ الْقُرْآنِ".
Terjemahan:
"Surah al-Ikhlas itu menyamai satu pertiga al-Quran".
                                                             (Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari)
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallambersabda:
"إِنَّ اللهَ جَزَأَ الْقُرْآنَ ثَلَاثَةَ أَجْزَاءِ، فَجَعَلَ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ، جُزْءًا مِنَ الْقُرْآنِ".

Terjemahan:
"Sesungguhnya Allah membahagikan al-Quran kepada tiga bahagian. Maka Dia menjadikan surah al-Ikhlas satu bahagian daripada al-Quran".
                                                                  (Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)
Daripada Abi Hurairah radiyallahu`anhuberkata, pada suatu hari Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam keluar menemui kami lalu bersabda:

"أَقْرَأُ عَلَيْكُمْ ثُلُثَ الْقُرْآنِ، فَقَرَأَ: قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ، اللهُ الصَّمَدُ، حَتَّى خَتَمَهَا".

Terjemahan:

"Aku akan membacakan kepada kalian satu pertiga al-Quran, maka Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam membaca surah al-Ikhlas sehingga mengkhatamkannya".
                                                                     (Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْـمَـــٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

تَفْسِيْرُ سُوْرَةِ الْإِخْلَاصِ

رَوَى الْبُخَارِيُّ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ الْيَهُوْدَ أَتَوْ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ فَقَالُوْا لَهُ يَا مُـحَمَّدُ صِفْ لَنَا رَبَّكَ الَّذِيْ تَعْبُدْهُ. فَأَنْزَلَ اللهُ عَلَى نَبِيِّهِ سُوْرَةَ الْإِخْلَاصِ.
Terjemahan:
“Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, daripada Ibn `Abbas: Bahawasanya kaum Yahudi telah datang kepada Rasulullah, maka mereka [Yahudi] berkata: “Wahai Muhammad beritahu kepada kami sifat tuhan yang kamu sembah”. Maka Allah menurunkan kepada nabi-Nya surah al-Ikhlas”.
قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ

Terjemahan:

“Katakanlah Wahai Muhammad Dialah Allah Yang Maha Esa”.

"قُلْ" أَيْ قُلْ يَا مُـحَمَّدُ
Terjemahan:

“Katakanlah” iaitu Katakanlah Wahai Muhammad

"هُوَ اللهُ أَحَدٌ أَيْ أَنَّ اللهَ وَاحِدٌ لَا شَرِيْكَ لَهُ. الْوَاحِدُ إِذَا أُطْلِقَ عَلَى اللهِ فَمَعْنَاهُ الَّذِيْ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَلَيْسَ مَعْنَاهُ أَنَّهُ وَاحِدٌ مِنْ طَرِيْقِ الْعَدَدِ لِأَنَّ الْوَاحِدَ مِنْ طَرِيْقِ الْعَدَدِ يَكُوْنُ جِسْمًا وَيـَجُوْزُ عَليْهِ الاِنْقِسَامُ. وَأَمَّا اللهُ فَلَا يُشْبِهُ الْـجِسْمَ وَلَا يَـجُوْزُ عَلَيْهِ الاِنْقِسَامُ".

"Dialah Yang Maha Esa iaitu bahawasanya Allah esa tiada sekutu bagi-Nya. Perkataan wahid apabila digunakan pada Dzat Allah, maka ia membawa makna tiada sekutu bagi-Nya dan bukan membawa makna ‘SATU’daripada cara yang boleh dikira, kerana sesungguhnya satu daripada cara yang boleh dikira itu adalah jisim dan boleh ke atasnya [jisim] menerima bahagi. Dan adapun Allah tidak menyerupai jisim dan tidak harus ke atas-Nya [Allah] menerima bahagi."            
"الْوَاحِدُ إِذَا أُطْلِقَ عَلَى اللهِ فَمَعْنَى أَيْ الَّذِي لَا شَرِيْكَ لَهُ فِي الْأُلُوْهِيَّةِ".

Terjemahan:

"Al-Wahid apabila disandarkan kepada Allah, maka maknyanya iaitulah yang tidak ada sekutu bagi-Nya dalam hal-hal ketuhanan."

  1. Makna al-Wahid di sini kata ulama` ertinya Esa iaitu tiada sekutu bagi-Nya. Bukanlah yang dimaksudkan dengan makna Esa di sini adalah satu kerana satu adalah bilangan nombor menerima bilangan itu adalah sifat makhluk dan setiap makhluk itu berjisim dan berjirim dan boleh dipotong-potong atau dibelah bahagi.

  1. Maka makna al-Wahid di sini dengan makna yang sebenar iaitulah tiada sekutu bagi-Nya. Sebab itulah al-Wahidditerjemahkan kepada Esa kerana apabila ia diterjemahkan kepada satu, maka ia akan menjadi bilangan yang boleh dikira. Maha Suci Allah Ta`ala daripada sifat berbilang-bilang.

  1. Berbeza dengan al-Wahid apabila disandarkan kepada manusia ia akan membawa makna satu iaitu merujuk kepada bilangan.

  1. Perkataan al-Wahid apabila disandarkan kepada Allah Ta`ala, maksudnya Esa.

  1. Esa maksudnya tiada sekutu bagi-Nya.

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit radiyallahu`anhu (W. 150 H) berkata dalam kitabnya al-Fiqh al-Akbar, halaman; 30:

"إِنَّ الله َوَاحِدٌ لَا مِنْ طَرِيْقِ الْعَدَدِ وَلَـــٰكِنْ مِنْ طَرِيْقِ أَنَّهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ فِي الْأُلُوْهِيَّةِ."
Terjemahan:
"Sesungguhnya Allah itu Esa bukan dengan cara bilangan [yang boleh dikira], tetapi Ia Esa dengan cara, tidak ada sekutu bagi-Nya dalam hal-hal ketuhanan."

Kesimpulannya, berdasarkan kata-kata al-Imam Abu Hanifah [pengasas Mazhab Hanafi] ini jelas menunjukkan bahawa  maksud Esa yang dikehendaki bukanlah bermaksud satu iaitu nombor [boleh dikira] tetapi Esa yang bermaksud iaitu tiada sekutu bagi-Nya. Hal ini telah menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Esa adalah satu. Hal ini menyebabkan seseorang itu menjisimkan Allah Ta`ala kerana satu itu bilangan nombor dan boleh menerima bahagi dan boleh dibayangkan. Adapun Allah Ta`ala selama-lamanya tidak menyamai makhluk-Nya dari segala sudut dan tidak ada sesuatupun yang menyamai-Nya.

Firman Allah ta`ala:
اللهُ الصَّمَدُ
Terjemahan:
“Dia tempat meminta segala sesuatu”.

مَعْنىَ "الصَّمَدُ" الَّذِيْ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى شَيْءٍ، فَاللهُ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى شَيْءٍ.
Terjemahan:
“Makna “assomad” iaitu yang tidak berhajat kepada sesuatu, maka Allah tidak berhajat [berkehendak] kepada sesuatu”.


Telah berkata ulama’ Salaf dan Khalaf:

اللهُ خَلَقَ الْإِنْسَانَ لَا يَـحْتَاجُ لِلْإِنْسَانِ.
اللهُ خَلَقَ الْـجِنَّ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى الْـجِنِّ.
اللهُ خَلَقَ الْمَلَائِكَةَ لَا يـَحْتَاجُ إِلَى الْمَلَائِكَةِ.
اللهُ خَلَقَ السَّمَاءَ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى السَّمَاءِ.
اللهُ خَلَقَ الْعَرْشَ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى الْعَرْشِ.
اللهُ خَلَقَ الْكُرْسِيَّ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى الْكُرْسِيِّ.
اللهُ خَلَقَ الْمَكَانَ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى الْمَكَانِ.
Allah yang menciptakan Manusia tetapi Allah tidak berhajat kepada Manusia.
Allah yang menciptakan Jin tetapi Allah tidak berhajat kepada kepada Jin.
Allah yang menciptakan Malaikat tetapi Allah tidak berhajat kepada Malaikat.
Allah yang menciptakan Langit tetapi Allah tidak berhajat kepada Langit.
Allah yang menciptakan `Arasy tetapi Allah tidak berhajat kepada `Arasy.
Allah yang menciptakan Kursi tetapi Allah tidak berhajat kepada Kursi.
Allah yang menciptakan Tempat tetapi Allah tidak berhajat kepada Tempat.


Oleh itu, jelaslah bahawa Allah ta`ala tidak berhajat kepada sesuatupun daripada makhluk-Nya. Bahkan Allah tidak berhajat kepada segala ibadah yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. Walaupun Allah ta`ala telah mensyariatkan solat, puasa, zakat, haji, sedekah dan sebagainya, maka yang demikian itu bukan bermakna Allah berhajat kepada segala ibadat yang disyariatkan-Nya itu. Bahkan, segala manfaat hasil daripada pelaksanaan amal ibadat tersebut akan dipersembahkan kepada si pelaku-Nya di akhirat nanti. Jadi ibadah tersebut BUKANmerupakan suatu kepentingan bagi Allah ta`ala, tetapi ia tidak lain hanyalah merupakan suatu kewajipan bagi manusia selaku hamba Allah ta`ala.

بَلِ اللهُ كَانَ مَوْجُوْدًا قَبْلَ أَنْ يَـخْلُقَ الْمَكَانَ بِلَا مَكَانٍ. وَبَعْدَ أَنْ خَلَقَ الْمَكَانَ لَا يَتَغَيَّرُ فَهُوَ مَوْجُوْدٌ بِلَا مَكَانٍ.
Terjemahan:
“Bahkan Allah itu wujud sebelum Dia menciptakan tempat dengan tidak bertempat. Dan selepas Dia menciptakan tempat, Allah tidak berubah [daripada tidak bertempat kepada bertempat], maka Allah wujud tanpa bertempat”.

فَلَا يَـجُوْزُ اعْتِقَادُ أَنَّ اللهَ فِي جِهَةِ فَوْقٍ أَوْ تَـحْتٍ أَوِ الْيَمِيْنِ أَوِ الشِّمَالِ أَوِ الْأَمَامِ أَوِ الْـخَلْفِ لِأَنَّ اللهَ خَالِقُ الْمَكَانِ وَالْـجِهَاتِ.                                                     
Terjemahan:
“Maka tidak boleh beri`tiqad bahawa Allah berada padaarah atas atau arah bawahatau arah kanan atau arah kiri atau arah hadapan atauarah belakang. Kerana sesungguhnya Allah yang menciptakan tempat dan juga arah”.
وَهُوَ الصَّمَدُ أَيْ الَّذِيْ لَا يَـحْتَاجُ إِلَى شَيْءٍ فَلَا يـَحْتَاجُ لِلْمَكَانِ وَلَا لِلْجِهَةِ.
Terjemahan:
“Dan Dialah “assomad” iaitu yang tidak berhajat kepada kepada sesuatu. Maka Dia [Allah] tidak berhajat kepada tempat dan juga tidak berhajat kepada arah”.

Firman Allah ta`ala:
لَـمْ يَلِدْ وَلَـمْ يُوْلَدْ
Terjemahan:
“Dia tidak mempunyai anak dan tidak diperanakkan”.


اللهُ لَيْسَ لَهُ وَلَدٌ وَلَا أَبٌ وَلَا أُمٌّ وَهُوَ مُنَزَّهٌ عَنْ أَنْ يـَحُلَّ فِيْ مَـخْلُوْقَاتِهِ وَلَا يـَجُوْزُ اعْتِقَادُ أَنَّ اللهَ حَالُّ فِي الْأَمَاكِنِ فَلَا يـَجُوْزُ أَنْ يُقَالَ اللهُ مَوْجُوْدٌ فِيْ كُلِّ مَكَانٍ.

Terjemahan:
“Allah tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai bapa dan tidak mempunyai ibu dan Dia Maha Suci daripada memasuki [masuk/meresap] kedalam makhluk-Nya dan tidak boleh beri`tiqad bahawasanya Allah itu memasuki [masuk/meresap] kedalam tempat-tempat. Maka tidak boleh berkata Allah wujud dimana-mana atau disetiap tempat”.

Firman Allah ta`ala:
وَلَـمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَد

Terjemahan:
“Dan tidak ada sesuatupun yang serupa dengan-Nya “.

"الْكُفْءُ هُوَ الْمَثِيْلُ".
Terjemahan:
Al-Kuf’u” ialah persamaan “.

فَمَعْنَى الْآيَةُ أَنَّ اللهَ تَعَالَى لَيْسَ لَهُ شَبِيْهٌ فَهُوَ لَا يُشْبِهُ شَيْئًا مِنَ الْمَخْلُوْقَاتِ وَلَا يُشْبِهُهُ شَيْءٌ.
Terjemahan:
“Maka makna ayat ini, bahawa sesungguhnya Allah ta`ala tidak ada penyerupaan [sesuatu persamaan atau penserupaan atau bandingan] Maka Dia tidak menyerupai sesuatupun daripada makhluk-makhluk-Nya dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya”.


Maka Allah tidak menyerupai segala sesuatu:

اللهُ خَلَقَ النُّوْرَ لَا يُشْبِهُ النُّوْرَ.
اللهُ خَلَقَ الظَّلَامَ لَا يُشْبِهُ الظَّلَامَ.
اللهُ خَلَقَ الْإِنْسَانَ لَا يُشْبِهُ الْإِنْسَانَ.
اللهُ خَلَقَ الْـجِنَّ لَا يُشْبِهُ الْـجِنَّ.
اللهُ خَلَقَ الْمَلَائِكَةَ لَا يُشْبِهُ الْمَلَائِكَةَ.
اللهُ خَلَقَ الْـجَمَادَاتَ لَا يُشْبِهُ الْـجَمَادَاتَ.
Allah yang menciptakan Nur (cahaya) tetapi Dia tidak menyerupai Nur (cahaya).
Allah yang menciptakan Gelap tetapi Dia tidak menyerupai Gelap.
Allah yang menciptakan Manusia tetapi Dia tidak menyerupai Manusia.
Allah yang menciptakan Jin tetapi Dia tidak menyerupai Jin.
Allah yang menciptakan Malaikat tetapi Dia tidak menyerupai Malaikat .



اللهُ خَلَقَ الْأَجْسَامَ الْكَبِيْرَةَ وَخَلَقَ الْأَجْسَامَ الصَّغِيْرَةَ فَلَا يُشْبِهُ الْأَجْسَامَ الْكَبِيْرَةَ وَلَا يُشْبِهُ الْأَجْسَامَ الصَّغِيْرَةَ.
Terjemahan:
“Allah yang menciptakan segala jisim yang besar [benda-benda yang besar] dan Dia yang menciptakan segala jisim yang kecil [benda-benda kecil], maka oleh sebab itu, Dia tidak menyerupai jisim-jisim yang besar dan jisim-jisim yang kecil”.


Kesimpulannya, mustahil Allah ta`ala menyamai makhluk yang dicipta oleh-Nya dan mustahil Allah ta`ala menyamai sesuatu kerana Maha Suci Allah daripada menyamai makhluk-makhluk-Nya.

فَلَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ السُّوْرَةَ قَالَ النَّبِــيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْيَهُوْدِ: "هَذِهِ صِفَةُ رَبـِّـيْ عَزَّ وَجَلَّ".  اهــــــ.
Terjemahan:
“Tatkala turun ayat ini, Nabi sallallahu`alaihi wasallam bersabda kepada kaum Yahudi itu: “Inilah sifat Tuhanku Azza wa Jalla”. Intaha.                             Disebarkan oleh:                 http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.my/?m=1.                                           

No comments:

Post a Comment