Friday 7 November 2014

SEKITAR SEMINAR "Pencerahan Tasawwur Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah" 2014 DI PENDANG KEDAH DIRASMIKAM OLEH MB KEDAH Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir


Majlis perasmian yg dirasmikan oleh MB Kedah Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir 

DO Pendang menghadiri majlis seminar

 Hadhirin dan hadirat bersana dengan MB Kedah




 Ahmad faidzurrahim (tengah) diantara pembentang kertas kerja berkisar akidah Ahli Sunnah wal jamaah dan bahaya ajaran Syiah, Wahabi dan Hizbut Tahrir










Di waktu malam pula diadakan Forum berkisar Wahabi dan Syiah adalah virus umat Islam



Salah seorang pembentang pada seminar Dr Aziz Hanafi



ANTARA INTISARI KERTAS KERJA
Dibentang oleh AHMAD FAIDZURRAHIM
http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/


Ahli Sunnah Wal Jama`ah adalah majoriti umat Islam. Mereka adalah dari kalangan para sahabat dan juga orang yang mengikut pegangan dan manhajnya  dalam enam perkara yang telah disebut dalam hadis nabi, iaitu: 

“Iman adalah beriman dengan Allah, para malaikat-Nya kitab-kitab-Nya,  para rasul-Nya, hari akhirat dan beriman dengan qadar baik dan  buruknya. 

Ahli Sunnah Wal Jama`ah adalah golongan yang terselamat, sesiapa yang keluar  darinya maka dia tidak akan terselamat dari mendapat balasan neraka jahanam di akhirat kelak. Antara golongan yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama`ah  ialah Muktazilah, Khawarij, Syiah, Ahmadiah Qodyaniah, Musyabbihah,  Wahhabiyyah, Hizbut Tahrir, tarekat yang menyeleweng  dan lain-lain. 

Ahli al-Sunnah membawa maksud bahawa mereka yang mengikut dan berpegang  dengan pegangan Nabi atau jalan hidup Nabi, manakala Al-Jama`ah ialah para sahabat,  terutama sekali para Khulafa al-Rasyidin dan semua umat Islam (majoriti umat Islam). 

Manhaj Ahli Sunnah Wal Jama`ah merangkumi ajaran-ajaran Islam iaitu aqidah, syariah dan akhlak seperti yang dibawa dan dijelaskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, kemudian disambung penyebarannya oleh para sahabat, kemudian disusun secara bersistematik dan teratur oleh dua tokoh yang hebat iaitu Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Kemudian penyebaran sebegini  diteruskan oleh para ilmuan Ahli Sunnah Wal Jama`ah seperti al-Hafiz Abu Bakar al-Isma`ili,  al-Hafiz al-Baihaqi, al-Hafiz Ibnu Hajar al-`Asqalani, seorang mujaddid pada kurun keempat  Imam Abu Tayyib al-Bahili, Imam Abu Bakar bin Furak, Imam Abu Bakar al-Baqillani, Imam Abu Ishaq al-Asfarayini, al-Hafiz al-Asfahani, Imam al-Haramain al-Juwaini, al- Hafiz al-Syirazi, al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi, Al-Hafiz al-Subki, al-Hafiz Ibnu al- Jauzi3, Imam al-Murtadha al- Zabidi, Syeikh Ahmad Zaini Dahlan mufti mazhab Syafi`i di Makkah, Syeikh al-Azhar Abdullah al-Syarqawi, Syeikh al-Sanusi, Syeikh al-‘Alawi bin Tahir al-Haddad, al-Hafiz Abdullah al- Ghummari, al Hafiz Sayyid Alawi al Maliki al-Makki, al-Marhum al-Muhaddith Syeikh Abdullah al- Harari dan ramai lagi. Di kalangan ulamak Nusantara pula ialah syeikh Ibrahim al-Banjari, syeikh Nawawi al-Bentani, Syeikh Daud al-Fathani, Syeikh Abdul Samad al- Falembani, Syeikh al-Muhaddith Yasin al-Fadani dan ramai lagi. Kesemua mereka ini telah  berpegang dengan kaedah al-Asy`ariyyah atau al-Maturidiyyah dalam menjelaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama`ah. Kerana ini terdapat seorang ulama’ iaitu Al-Hafiz Murtadha al-Zabidi (W. 1205 H) telah berkata:

"إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ فَالْمُرَادُ بِهِمْ الأَشَاعِرَةُ والْمَاتُرِدِيَّةُ".

“Apabila disebut Ahlu Sunnah Wal Jama`ah maka yang dimaksudkan dengan mereka ialah Al-Asya`irah dan Al-Maturidiyyah”

 Akidah Ahli Sunnah Wal Jama`ah adalah akidah bagi semua umat Islam yang mengikut jejak langkah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam yang mana baginda telah 
 “Dua perkara yang akan aku tinggalkan kepada kamu sekalian jika kamu semua berpegang dengannya pasti tidak akan sesat selama-lamanya , iaitu Kitabullah (al Quran ) dan sunnahku (syariat dan akidah )”.


KEPENTINGAN ILMU AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA`AH
Sesungguhnya kedudukan hal-hal yang berkaitan dengan agama tidaklah sama dengan hal-hal yang lain kerana ianya lebih tinggi martabatnya dari yang lain. Umat Islam diwajibkan mempelajari ilmu-ilmu agama agar tidak hidup dalam kejahilan sepanjang hayat. Namun perlu diketahui bahawa ilmu yang paling wajib dan utama serta kedudukannya tinggi dalam Islam adalah ilmu akidah memandangkan ilmu ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan zat Allah ta`ala. Maka kerana itulah ilmu aqidah dianggap sebagai perkara asas dalam Islam. Apabila terbatalnya aqidah seseorang maka sia-sia segala amalannya dan dirinya dianggap murtad iaitu terkeluar dari Islam serta dihukum sebagai orang kafir. Firman Allah ta`ala yang berbunyi:  
“Dan barangsiapa melakukan amalan salih dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit”.  (Surah Al-Nisa’ ayat : 124)

Ayat ini menunjukkan bahawa iman adalah syarat utama untuk diterima amal ibadah seseorang.Kita bersyukur kepada Allah kerana aqidah Ahli Sunnah Wal Jama`ah telah menjadi pegangan kita sejati, kerana itu ia adalah merupakan suatu pegangan Rasulullah, para sahabat dan para tabein yang mulia. Disebabkan itu Rasulullah telah memuji sesiapa yang berpegang dengannya. Telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Bazzar dan al-Tabrani serta al-Hakim dengan sanad yang sahih bahawa Nabi Sallahu 1alaihi Wasallam bersabda:

"لَتُفْتَحَنَّ الْقَسْطَنْطِيْنِيَّةُ فَلَنِعْمَ الأَمِيْرُ أَمِيْرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ  الْجَيْشُ"

Maksudnya: “Konstantinopel (Istanbul sekarang) pasti akan dikuasai, maka sebaik-baik pemimpin adalah yang berhasil menguasainya dan sebaik-baik tentera adalah tentera tersebut”.

Sejarah telah membuktikan bahawa kota Kostantinopel telah dibuka setelah sembilan ratus tahun hijrah oleh Sultan Muhammad al Fatih al Maturidi rahimahullah, beliau adalah seorang sunni yang berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jama`ah iaitu  ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT dan cinta kepada para sufi yang benar dan beliau turut bertawassul dengan Nabi sallallahu`alaihi wasallam.

Begitu juga pegangan Ahli Sunnah Wal Jama`ah iaitu ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT juga telah diakui oleh salah seorang panglima Islam yang hebat Sultan Solahuddin al Ayyubi yang telah memerintahkan kepada semua tukang azan agar dikumandangkan bacaan risalah aqidah Mursyidah pada setiap waktu sebelum waktu solat subuh (tasbih) seperti yang dikahabarkan oleh Imam al-Suyuti dalam kitabnya Al-Wasaeil ila Ma’ rifati al- Awaeil. Isi kandung risalah aqidah tersebut antara lain ada menyebut ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT, yang telah ditulis oleh seorang ulama` yang bernama Muhammad Hibatillah. Beliau telah menamakannya sebagai Hadaeiq al-Fusul Wa Jawahiru al-Usul. Sesungguhnya para ulama` Ahli Sunnah Wal Jama`ah telah bersepakat bahawa Allah ta`ala tidak diliputi oleh arah dan tempat, Maha suci Allah daripada berada di mana-mana tempat. Inilah aqidah Ahli Sunnah Wal Jama`ah yang telah dipelopori oleh al-Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi. Kedua-dua imam ini telah menerangkan aqidah yang sebenar kepada umat Islam ketika itu kerana telah muncul pada zaman tersebut golongan-golongan musyabbihah, muktazilah dan selainnya. Namun dewasa ini, aqidah tasybih tersebut telah dihidupkan semula serta disebarkan oleh satu golongan yang tidak asing lagi iaitu golongan yang digelar Wahhabi. Mereka telah bertopengkan nama Salafi sedangkan pegangan mereka adalah bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

"PENYELEWENGAN SYIAH "

Syiah ialah satu mazhab yang mendakwa Saidina Ali sebagai pengganti Nabi Muhammad  yang sah dan lebih utama daripada para sahabat lain. Golonga Syiah merendah-rendahkan kedudukan para sahabat Nabi serta mengkafirkan mereka terutamanya tiga khalifahal-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan SaidinaUthman. Ringkasnya, Syiah memperkatakan sesuatu yang tidak layak serta merendahkan kedudukan khulafa al-Rasyidin, para sahabat dan sebahagian isteri-isteri Nabi. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syiah daripada golongan-golongan Islam yang lain terutamanya Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebelum ini kita telah dengar dan mengetahui beberapa siri serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap markaz perkumpulan yang menganut fahaman Syiah. Fahaman Syiah telah lama diwarta dan difatwakan kerana bercanggah dan menyeleweng daripada Ahli Sunnah wal Jamaah di negeri-negeri seluruh Malaysia. 
Di sini ingi dikongsikan dari fatwa kerajaan negeri Selangor, fatwa pengharaman Syiah telah  dikeluarkan pada 14 Februari 1998 yang menyatakan bahawa;

“Fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya. Terdapat beberapa percanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut aqidah, syariah dan lain-lain”.

Pegangan-pegangan Syiah: 
Pertama: Syiah percaya bahawa para imam mereka adalah maksum sehingga mengatasi Nabi dan bebas daripada dosa atau tidak berdosa. Menurut Syiah lagi, para Imam Syiah bebas daripada kesalahan, ghaflah (lalai) dan lupa sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja serta kedudukan imam itu mengatasi kedudukan kenabian. Perkara ini menurut ulama Syiah adalah ijmak atau kesepakatan golongan terdahulu dan terkemudian Syiah.Oleh kerana itu para imam Syiah mempunyai kuasa mutlak dan hak serta pemilihan dalam menghalalkanyang haram dan mengharamkan yang 

Kedua: Syiah percaya bahawa al-Quran yang wujud di tangan kaum muslimin pada hari ini telah mengalami perubahan.Perkara ini diakui oleh ulama mereka seperti al-Kulaini dan Muhammad Baqir al-Majlisi dalam karangan mereka.Syiah juga mendakwa mereka memiliki al-Quran yang disebut sebagai “Mashaf Fatimah” dan ianya tiga kali ganda banyaknya daripada al-Quran yang kita miliki.

Ketiga: Syiah tidak mengiktiraf hadis-hadis Nabi yang diriwayatkan oleh kebanyakan para sahabat. Menurut Syiah, umat Islam telah kufur selepas kewafatan Nabi Muhammad kecuali tiga atau empat orang sahabat iaitu al-Miqdad bin al-Aswad, Abu Dzar al-Ghifari  dan Salman al-Farisi. Syiah hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ahli al- bait atau kerabat Nabi sahaja.

Keempat: Penganut fahaman Syiah mengamalkan taqiyyah atau berpura-pura. Ianya bermaksud melaksanakan sesuatu yang bersalahan dan berlainan daripada kepercayaan. Sebagai contoh penganut fahaman Syiah membawa batu atau tanah Karbala dan sujud di atasnya ketika solat di masjid penganut Syiah dan menyembunyikan batu tersebut ketika solat di masjid-masjid bukan penganut Syiah.

Kelima: Penganut fahaman Syiah mengadakan upacara perkabungan ke atas kematian Saidina Husain pada Hari Asyura, 10 Muharram dengan berdukacita meratap dan menangis kesedihan, memalu (memukul) serta menyeksa tubuh badan dengan rantai besi, benda tajam atau sebagainya. 

Keenam: Penganut fahaman Syiah mengamalkan Mutaah yang bermaksud kahwin kontrak atau sementara. Iaitu berkahwin dengan seorang perempuan atau lebih tanpa saksi dan tanggungjawab nafkah dalam tempoh beberapa jam, semalaman, seharian atau lebih. Mereka berpendapat bahawa kahwin Mutaah adalah diharuskan dengan syarat wanita itu tidak bernikah atau bermutaah dengan sesiapa.

Ketujuh: Penganut fahaman Syiah sujud di atas batu atau tanah Karbala yang dibawa oleh mereka ketika solat. Mereka juga menganggap wujudnya keberkatan daripada batu tersebut dengan menciumnya ataupun memakannya sebagai penawar menyembuhkan penyakit. Batu tersebut adalah cebisan tanah yang diambil daripada perkuburan Saidina Husain di Karbala.

Kelapan: Penganut fahaman Syiah meninggalkan Solat Jumaat dengan alasan Solat Jumaat hanya wajib ketika wujud atau hadirnya Imam al-Mahdi. Namun, ketika ketiadaan Imam al-Mahdi, mereka boleh memilih sama ada melaksanakan Solat Jumaat atau melaksanakan solat Zohor. Umumnya, penganut Syiah meninggalkan 

Kesembilan: Penganut fahaman Syiah mengamalkan jamak solat fardu iaitu Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir atau tidak tanpa sebarang Sesungguhnya penyelewengan kepercayaan dan pengamalan Syiah yang berbeza daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah jelas. Syiah menafikan dan menolak al-Quran yang ada di tangan kita pada hari ini. Syiah menolak hadis-hadis atau riwayat-riwayat para sahabat besar Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan lain-lain. Penganut fahaman Syiah mengamalkan amalan-amalan yang telah difatwakan bercanggah dengan ajaran islam yang sebenar oleh para ulama dan institusi-institusi Islam. 

HAKIKAT FITNAH WAHHABI

Wahhabi dinisbahkan kepada Muhammad bin Abdu al-Wahhab telah mendorong para pengikutnya mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka. Saudara kandungnya Syeikh Sulaiman bin Abdu al-Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam pada zamannya agar tidak mengikut ajaran Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ajaran tersebut menghina ulama‟ Islam serta mengkafirkan umat Islam22. Bapanya juga yang bernama Abdul Wahhab, salah seorang alim ulama` dalam mazhab Hanbali turut memarahi anaknya iaitu Muhammad bin Abdul Wahhab kerana enggan mempelajari ilmu Islam mengikut cara-cara ulama` yang terdahulu. Beliau menyatakan kepada para ulama: “Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini”23. Demikian saudara kandungnya sendiri dan bapanya mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan ajaran yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab yang sesat ini.Kumpulan ini sering menyuarakan ‘tajdid’ dan kononnya membawa pembaharuan atau penyegaran semula fahaman yang betul dan amalan dalam agama.Tajdid ala Wahabi ini bermula dari abad ke-18 itu. Antara yang berlaku ialah tuduhan umat Islam melakukan kesyirikan dan bidaah, lalu atas nama mengembalikan sunnah dan memerangi bidaah, berlaku penentangan terhadap ulil amri waktu itu iaitu kerajaan Uthmaniah Turki yang berabad mempertahankan Islam yang sedang dimusuhi Barat. Golongan ini, akibatnya senang menghukum kafir sesama Muslimin; tauhid hasil tajdid segera mereka juga membawa kepada timbulnya kepercayaan mujassimah terhadap Allah walau bagaimana kuatnya mereka menolak hal ini dan akibatnya timbul kekacauan dalam masyarakat. Tajdid mereka juga lahir dalam bentuk menghukum bidaah terhadap amalan Muslimin seperti talkin, qunut Subuh, berdoa beramai-ramai, membaca Yasin malam Jumaat, mengadakan majlis Maulud Nabi, mengadakan kenduri arwah, tahlil, berzikir beramai-ramai, mempelajari Sifat 20 dan seterusnya ditolak terus, tidak ada bidaah yang baik.

HADIS-HADIS YANG DIKAITKAN DENGAN FITNAH WAHHABIAH

Telah berkata salah seorang ulama` Ahli Sunnah Wal Jama`ah yang berketurunan Nabi (ahli Bait) iaitu Sayyid Imam Ahmad bin Zaini Dahlan :

“Sesungguhnya Nabi Muhammad telah memberitahu bahawa ada banyak perkara yang berkaitan dengan golongan al Khawarij melalui banyak hadis, dan hadis tersebut adalah daripada tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad. Sesungguhnya segala hadis itu adalah sebahagian pemberitahuan berhubung perkara-perkara yang ghaib dan semua hadis itu juga adalah bertaraf sahih. Sebahagian riwayat dari Imam al Bukhari, Imam Muslim manakala bakinya adalah riwayat Imam-Imam yang lainnya. Antara hadis-hadis yang berkenaan ialah sabda Nabi Muhammad:Akan terdapat segolongan manusia dari sebelah timur dan mereka membaca al Quran tetapi tidak menghalang kepada mereka keluar daripada agama, sebagaimana keluar anak panah dari busarnya dan mereka tidak akan kembali, sehingga anak panah itu kembali ke busar. Tanda mereka ialah membotakkan kepala sebagai pengenalan tetap bagi mereka”.

Dalam hadis lain Rasulullah telah berdoa: Ya Allah! berkatilah pada negara Syam dan Yaman kami, lalu para sahabat berkata: Doakanlah untuk negara Najad kami, lalu baginda pun berdoa lagi: Ya Allah! berkatilah pada negara Syam dan Yaman kami, sehingga tiga kali, kemudian baginda berkata di sana nanti (Najad) akan tercetusnya fitnah dan tanduk Syaitan

Beliau (Sayyid Ahamd Zaini Dahlan) berkata lagi:
Para ulama` mentafsirkan sabda rasulullah, maksudnya: “Tanda mereka ialah membotakkan kepala sebagai pengenalan tetap bagi mereka”. Golongan yang akan keluar dari timur yang mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab pada segala sesuatu perkara bid‟ah yang diada-adakan olehnya kerana mereka menyuruh sesiapa yang mengikut akan mereka mestilah mencukur kepalanya dan mereka tidak membiarkan sesiapa berpisah dari majlis sehingga berbuat demikan. Hal ini tidak pernah berlaku sebelum ini pada golongan-golongan sesat yang menjadikan lambang para pengikutnya membotakkan kepala sebagai pengenalan tetap bagi mereka.

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan berkata lagi:

Sayyid Abdu Rahman al-Ahdal Mufti Zabid berkata: Tidak ada sebab mengapa para penulis dan pengarang buku menolak fahaman Muhammad bin Abdul Wahhab berdasarkan sabda Rasulullah: “Tanda mereka ialah membotakkan kepala sebagai pengenalan tetap bagi mereka”. Ini kerana Muhammad bin Abdul Wahhab turut memerintah para wanita pengikutnya mencukur rambut mereka. Pada satu ketika berlaku ke atas seorang wanita yang mengikut beliau secara paksa dan membaharui Islamnya dan dia (Muhammad) menyuruh wanita berkenaan mencukur rambutnya. Wanita itu berkata kepadanya: Kamu menyuruh orang lelaki mencukur rambut mereka!. Apakah boleh kamu menyuruh mereka turut mencukur janggut? Kamu menyuruh wanita mencukur rambutnya sedangakan rambut wanita sama taraf dengan janggut lelaki. Muhammad bin Abdul Wahhab terdiam dan tidak dapat menjawab. Tindakan Muhammad Bin Abdul Wahhab melakukan demikian adalah bagi menepati kebenaran hadis Rasulullah tentang para pengikutnya, lantas membuktikan kebenaran sabda Rasulullah, maksudnya: Tanda mereka ialah mencukur rambut mereka kerana yang lebih utama sekali ialah mencukur rambut.

SEKILAS PANDANG TENTANG SEJARAH HITAM GERAKAN 

1- Sheikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan Mufti Syafi`yyah di Makkah telah menceritakan sejarah hitam gerakan Wahhabiyah di dalam kitabnya Khulasah al-Kalam Fi Bayan Umara‟ al Balad al-Haram. Kisah Kekejaman Wahhabi ini berlaku pada akhir bulan Syawal, tahun 1217h (1809M) iaitu dua tahun selepas mereka menyerang kota Mekah pada 1215H (1807M). Pada tarikh tersebut, kaum Wahhabi telah menyerang Kota Taif dengan ganas sekali. Mereka telah melakukan penyembelihan dan pembunuhan terhadap ramai umat Islam dari kalangan lelaki, wanita mahupun kanak-kanak atas alasan mereka telah melakukan syirik semata-

2-  Di Basrah, Iraq, Ibn Abd al-Wahhab telah bersekongkol dengan seorang pengintip Inggeris yang dikenali dengan nama Hempher yang sedang menyamar, beliau adalah salah seorang utusan London kepada negera-negara Islam di Timur Tengah dengan tujuan menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah dan mencetuskan konflik di antara sesama kaum Muslim. Hempher telah berpura-pura menjadi seorang Muslim, dengan memakai nama Muhammad, dan dengan cara yang licik, dia melakukan pendekatan bersahabat dengan Ibn `Abd al-Wahhab dalam waktu yang begitu lama. Di dalam catatannya, Hempher menggambarkan Ibn `Abdul-Wahhab sebagai orang yang berjiwa “sangat tidak stabil” (extremely unstable), “sangat kasar” (extremely rude), berakhlak rosak (morally depraved), selalu gelisah (nervous), sombong (arrogant), 

3- Telah berlaku satu peristiwa yang amat menyayati hati umat Islam pada 1920an iaitu pembunuhan yang dilakukan oleh gerakan Wahhabi terhadap umat Islam di Timur Jordan. Di situ Wahhabi telah membunuh lebih kurang 3000 orang Islam yang tidak mengikut mereka dengan menyembelih umat Islam seperti kambing. Dalam penyembelihan itu Wahhabi mengatakan: “Ayuh kita bunuh kafir ini kerana tidak ikut kita!”. Kisah pembunuhan Wahhabi terhadap 3000 umat islam di Timur Jordan ini tertera di kebanyakan perpustakaan di Jordan.

CARA DAKWAH WAHHABIAH

1- Mendakwa hanya merujuk kepada zahir al Quran dan al Sunnah dan tidak perlu 

2- Mendakwa berpegangan dengan manhaj Ahli Sunnah yang beraliran Salafiah 

(berdasarkan dakwaan mereka) dan bukannya beraliran al-Asyairah dan al-Maturidiah

3- Perlu ada Tajdid iaitu pembaharuan

4- Mendakwa sebagai golongan yang melaksanakan islah iaitu membaiki hal ehwal 

kaum muslimin dan kononnya membanteras khurafat-khurafat.

5- Mengaplikasikan/memperjuangkan nama Imam Syafie yang kononnya beliau 

mewajibkan kita beriman bahawa Allah berada di langit.

6- Mendakwa sebagai pengikut mazhab Syafie yang tulen (ini bercanggah pula 

dengan pegangan asas mereka yang menolak bermazhab).

7-Sebahagian golongan sesat Wahhabi di Malaysia ini mendakwa sebagai pengamal 

mazhab Syafi`i yang tulen. Mereka menyebut “yang tulen” kononnya hanya mengikut 

kata-kata Imam Syafie sahaja. Manakala ulama-ulama lain yang dalam mazhab Syafie 

tidak dijadikan rujukan pada mereka.


BAHAYA HIZBU TAHRIR
Hizbu at Tahrir telah diasaskan pada tahun 1953 di al-Quds (Bait al-Maqdis), Palestin yang dipelopori oleh Taqiyuddin an-Nabhani. Walaupun Hizbu at-Tahrir menitikberatkan untuk mengembalikan semula kehidupan Islam melalui usahanya dengan menegakkan sistem Khilafah Islamiyyah, namun terdapat banyak masalah yang dipertikaikan lebih-lebih lagi yang berkaitan masalah usul yang melibatkan pegangan akidah umat Islam.

Sesungguhnya usaha mengembalikan sistem pemerintahan khalifah dilihat murni, apatah lagi gerakan ini sering mendokong pembebasan Palestin yang dilihat mampu mengaburi pemikiran umat Islam sejati tanpa diselidiki perkara-perkara berkaitan akidah yang merupakan perkara yang paling utama yang perlu dititikberatkan sebagai asas perpaduan umat Islam sejagat. RasuluLlah SallaLlahualaihi wasallam menyatupadukan umat Islam melalui kesatuan akidah dalam perjuangan dakwahnya hingga berjaya memimpin negara dengan menerapkan sistem Islam dengan jayanya yang perlu umat Islam kini memahami dan dihayati. Malah, sejarah telah membuktikan bahawa penyatuan dan persamaan dalam pegangan akidah Ahlu as-Sunnah wa al-Jama‟ah telah berjaya membebaskan Palestin dan memertabatkan umat 
Islam di seluruh dunia oleh pemimpin agung Islam Sultan Sallehuddin al-Ayubi. 

Hanya atas dasar kesatuan dalam akidah yang mampu mengembalikan perpaduan umat Islam, dan mampu mengembalikan sistem Khilafah Islamiyyah serta kegemilangan ummah. Justeru, umat Islam sesekali tidak akan bersatu dan tidak akan berjaya memertabatkan sistem Khilafah Islamiyyah jika perkara pokok akidah tidak dititikberatkan dan dihayati.Hizbu at-Tahrir meletakkan matlamat untuk menguasai pemerintahan dalam masa 13 tahun, tetapi mereka tidak berjaya untuk mencapai matlamat mereka.Ironinya gerakan Hizbu at-Tahrir sangat bijak dengan memainkan Isu Khalifah untuk menegakkan sistem Khilafah Islamiyyah tetapi jika dikaji pemimpinnya Taqiyuddin an-Nabhani dan risalah-risalah terbitannya telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah termasuk perkara-perkara furu’. Berikut masalah gerakan Hizbu at Tahrir yang perlu dititikberatkan yang menjadi virus kepada umat Islam sejagat:

1 - Perbuatan manusia tiada kaitan dengan Qadha` Allah Ta’ala.

2- Mengatakan pegangan Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah adalah seperti pegangan 

golongan Jabariyyah dalam perkara perbuatan hamba (Af‟al al-Ibad).

3- Terdapat perkara yang wajib untuk dilakukan oleh Allah Ta‟ala.

4- Penafian kemaksuman Nabi & Rasul sebelum diangkat menjadi Nabi atau Rasul.

5- Khalifah boleh disingkirkan jika melakukan maksiat dan kefasikan.

6- Orang yang mati tanpa membai’ah seorang Khalifah, maka kematiannya dalam

keadaan mati jahiliyyah.

7- Mengatakan semua negara yang didiami oleh kaum muslimin sebagai Dar Kufr.

8- Semua kaum muslimin hidup di Dar Kufr kerana tidak menjalankan hukum

9- Mencetuskan kekacauan untuk menggulingkan kerajaan pemerintahan di negara

10- Pengingkaran terhadap adanya siksa kubur, peringatan Mawlid Nabi dan tawassul

11- Membuka pintu Fatwa walaupun tidak mencapai syarat keilmuan untuk menjadi 

12- Keharusan bersalaman di antara lelaki dan perempuan tanpa pelapik dan 

mengingkari hukum keharaman menyentuh perempuan ajnabiyyah tanpa pelapik.

13- Tidak haram berjalan dengan tujuan untuk berzina atau liwat, dan lain-lainMaka kebatilan perkara usul yang dipegang oleh pemimpinnya dan sesetengah pengikutnya adalah merupakan virus bagi umat Islam yang dilihat sebagai siri dakyah halus memporak-porandakan umat Islam sejagat. Malah kebanyakan pengikutnya mungkin tidak menyelidiki siapakah pemimpin mereka dan apakah agenda pemimpin mereka yang secara tidak langsung bertentangan dengan pegangan sejati umat Islam. Oleh itu, gerakan ini sering diperdebatkan di luar negara seperti di Britain, Jordan, Lubnan dan negara-negara lain malah sesetengah negara tersebut menempelak kewujudannya. Kini gerakan Hizbu at-Tahrir telah pun bertapak di Malaysia yang menyerang di kebanyakan institusi pengajian tinggi sebagai sasaran mengembangkan dakyah dan pengaruhnya. Kehalusan metodologi dakyahnya yang lebih cenderung untuk menarik perhatian golongan professional dan para pelajar bukan aliran agama agar mudah untuk dipengaruhi bagi mereka yang sebenarnya sedang tercari-cari jama’ah Islam tanpa mempunyai asas ilmu dan pegangan „aqidah yang utuh.Gerakan ini juga sering menyebarkan risalahnya ‘Saut an-Nahdah’ bagi mempromosi kepada masyarakat dengan isu-isu yang mampu dikaburi khususnya di masjid-masjid ketika solat fardhu Jumaaat. Gerakan ini dilihat bukan hanya bercanggah terhadap perkara-perkara akidah, bahkan mampu menggugat keamanan negara dengan menyanggahi sistem pemerintahan negara yang diamalkan kini melalui sanggahan terhadap kaedah sistem pilihanraya negara. Provokasi yang boleh meracuni pemikiran masyarakat ini boleh mengakibatkan ketidakstabilan politik negara apabila gerakan ini mengiktiraf dirinya sebagai parti politik untuk berdakwah. Usaha Pengelewengan dan bahaya gerakan Hizbu Tahrir ini juga pernah dipaparkan dalam Majalah al-Kuliyyah terbitan Majlis Agama Islam Selangor (keluaran Bil 14/Tahun 4, Disember 2008). Sehubungan itu, laporan dan analisa yang disediakan ini adalah selari dengan penyanggahan atas permasalahan dalam pegangan gerakan ini berserta hujah ilmiah dan lampiran asal rujukan daripada kitab-kitab dan risalah mereka. Oleh itu, amatlah sukacita agar pihak yang mempunyai autoriti memantau gerakan ini malah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap gerakan Hizbu at-Tahrir ini. Mudah-mudahan perpaduan akidah ummah sejagat dan keamanan negara 



SEBELUM PENUTUP YANG MANFAAT
               Al `Allamah Al-Muhaddith Al Faqih Sheikh Abdullah Al Harari[1] berkata: “Ketahuilah, Ahli Sunnah adalah majoriti umat Muhammad yang terdiri daripada para sahabat dan orang yang mengikut jejak langkah mereka dalam kepercayaan iaitu asas-asas aqidah terhadap enam perkara” yang disebutkan di dalam hadis Jibril, bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda :
الإِيْمَانُ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ
Iman ialah beriman dengan Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan beriman dengan qadar baik dan buruknya.”
(Imam Muslim)
               Sebaik-baik mereka adalah generasi pada tiga kurun yang pertama Hijrah sepertimana yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam :
"خَيْرُ الْقُرُوْنِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُم".
"Sebaik-baik kurun  adalah zamanku kemudian yang seterusnya dan kemudian yang seterusnya".
Satu kurun adalah seratus tahun seperti yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Abu al-Qosim bin `Asakir dan selainnya. Generasi itu  juga yang dimaksudkan dalam hadis al-Tirmidzi dan yang lainnya:
"أٌوْصِيْكُمْ بِأَصْحَابِي ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ".
Saya mewasiatkan para sahabatku kemudian yang seterusnya dan kemudian seterusnya.”
Sabda Rasulullah
"عَلَيْكٌمْ بِالْجَمَاعَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفرقَة فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِدِ وَهُوَ مِنَ الاثْنَيْنِ أَبْعَد، فَمَنْ أَرَادَ بُحْبُوحَةَ الْجَنَّةِ فَلْيَلْزِمِ الْجَمَاعَةِ"
Berpegang teguhlah kalian dengan Al-jama`ah dan jauhilah kalian akan perpecahan, kerana syaitan bersama satu orang, dan jika ada dua orang dia lebih jauh. Sesiapa yang menginginkan kelapangan di dalam syurga, berpegang teguhlah dengan al-Jama`ah.”
(Al-Hakim, kemudian Imam Al-Tirmizi berkata hadis ini bertaraf hasan sahih.)
Mereka yang dimaksudkan dengan Al-Jama`ah juga adalah sebagaimana yang terkandung di dalam hadits Muawiyah yang disampaikan oleh Abu Daud:
"وَإِنَّ هَذِهَ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلاَث وَسَبْعِيْنَ، ثنْتَان وَسَبْعٌوْنَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَة فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَة".
Agama ini akan berpecah menjadi 73 golongan, 72 di neraka dan satu di syurga iaitu Al Jama`ah”.
               Al-Jama`ah adalah kumpulan yang paling besar, bukan bermaksud solat jama`ah, Ini dapat difahami dari hadis Zaid bin Tsabit, Rasulullah bersabda:
"ثَلاَثٌ لاَ يُغَل عَلَيْهِنَّ قَلْبُ الْمُؤْمِنِ: إِخْلاَصُ الْعَمَلِ، وَالنَّصِيْحَة لِوَلِيِّ الأَمْرِ، وَلُزُوْم الْجَمَاعَة، فَإِنَّ دَعَْوتَهُمْ تَكُوْنُ مِنْ وَرَائِهِمْ".
“Tiga perkara yang membuatkan hati orang mukmin tidak akan terbelenggu niat yang ikhlas, memberi nasihat kepada pemerintah dan berpegang teguh kepada Al-Jama`ah. Apabila engkau mengundang mereka, jadilah engkau orang yang berada di belakangnya.”
               Setelah 260 tahun hijrah, bid`ah muktazilah telah tersebar lalu Allah ta`ala mentakdirkan dua orang imam yang agung iaitu Abu al-Hasan Al-Asy`ari dan Abu Mansur Al Maturidi radhiyallahu`anhuma. Kedua-dua imam ini menjelaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama`ah adalah jalan para sahabat dan para pengikut mereka dengan dalil-dalil naqli dan aqli. Ia juga bagi menyangkal, menolak dan menentang syubhat (kesamaran) golongan muktazilah yang bilangan pada ketika itu mencecah sehingga 20 golongan dengan sanggahan yang sangat hebat dan menakjubkan. Oleh sebab itu, kalimah “Ahli Sunnah” telah disandarkan kepada kedua-dua imam itu dan para pengikutnya digelar sebagai Asy`ariyyun dan Maturidiyyun. Jadi, diwajibkan menjaga pengetahuan akidah golongan yang selamat yang mana mereka adalah golongan yang paling besar.  Ilmu yang paling utama ialah ilmu akidah kerana ilmu itu menjelaskan dasar-dasar agama. Al-Imam Abu Hanifah menamakan ilmu itu sebagai al-Fiqhu al-Akbar.
               Wahai para pencari kebenaran, jangan dihiraukan, apatah lagi terpengaruh dengan celaan para musyabbihah dan mujassimah terhadap ilmu yang hebat ini dengan mengatakan ilmu Tauhid adalah ilmu kalam yang dicela menurut ulama salaf. Sedangkan pada hakikatnya, mereka jahil dan tidak mengetahui, ilmu kalam yang dicela itu adalah ilmu kalam yang diada-adakan oleh golongan muktazilah dan cabang-cabang dari mereka, dan juga yang telah diada-adakan oleh golongan musyabbihah dan cabang-cabangnya seperti karromiyah dan selainnya. Mereka berpecah kepada bilangan yang sangat banyak seperti yang telah dinyatakan oleh para ulama tentang perpecahan umat ini. Salah satunya adalah seperti kenyataan Al-Imam Abu Mansur Abd al-Qahir bin Thahir al- Baghdadi.
            Segala puji bagi Allah, di awal dan akhir. Semoga Dia memberikan rahmat kepada Sayyidina Muhammad al-Amin, para keluarga baginda yang suci dan para sahabat baginda yang baik-baik.
-Tamat kata-kata al-Muhaddis Sheikh Abdullah al-Harari al-Habasyi al-Asyary-



ANTARA INTISARI KERTAS KERJA
Dibentang oleh AHMAD FAIDZURRAHIM


[1] Beliau  adalah seorang yang alim, al-Muhaddith, pakar dalam ilmu feqh dan kuat berhujah menentang golongan-golongan sesat yang terpesong dari manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa. Namanya ialah Abdullah bin Muhammad bim Yusuf bin Abdullah bin Jamie. Beliau yang berasal dari Harar, berketurunan al-Syaibi dan al-Abdary, beliau juga adalah mufti Harar. Diriwayatkan bahawa beliau telah dilahirkan di bandar Harar[1] pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah. Beliau dibesarkan di dalam sebuah rumah yang dilimpahi sepenuhnya dengan kasih sayang kepada ilmu agama. Beliau selesai menghafal al-Quran seawal usia 7 tahun. Bapa beliau adalah seorang pencinta ilmu dan telah membacakannya al Muqaddimah al Hadhramiah dan kitab al Mukhtasar al Soghir dalam ilmu feqh. Kitab itu amat terkenal di kawasannya. Kemudian beliau mula menghafal ilmu-ilmu agama yang lain terutama matan-matan ilmu agama, kemudian beliau mendalami ilmu hadis dan berjaya menghafal semua 6 buah. kitab hadis bersama sanad-sanadnya sehingga beliau diijazahkan untuk menyampaikan hadis-hadis Rasulullah ketika berusia kurang 18 tahun. Beliau juga pernah mengambil Ijazah amalan zikir Tarikat Naqsyabandi dari Syeikh `Abd al-Ghafur al-Afghani al-Naqsyabandi. Ketika di Madinah Munawwarah, beliau sempat belajar ilmu hadis dan membaca hadis-hadis Rasulullah dengan Syeikh al-Muhaddith Muhammad bin Ali al-Siddiq al-Bakry al-Hindi al-Hanafi. Syeikh itu mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke Maktabah `Arif Hikmat dan Maktabah Mahmudiah untuk mengkaji ilmu-ilmu di sana. Dikatakan beliau telah menghafal hampir semua kitab dalam maktabah-maktabah itu. Di sana juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulama hadis yang terkenal iaitu Syeikh al-Muhaddith Ibrahim al-Kattani, anak murid seorang ulama yang masyhur iaitu Syeikh al-Muhaddith Abd al-Qadir Syalbi. Manakala sanad-sanad dan ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari para alim ulama memang sangat banyak tetapi tidak sempat disebutkan di sini. Kemudian beliau telah bermusafir ke dataran Syam yang pada suatu ketika dahulu terkenal dengan seorang ulamak yang sangat alim iaitu al-Muhaddith Syeikh Badruddin al-Hasani. Tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan Syeikh Abdullah al Harari ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al-Harari menjadi rujukan dalam masalah-masalah agama sehingga para alim ulama Syam merujuk kepada Syeikh Abdullah al-Harari tentang pelbagai masalah sehingga mereka menganggap dan mengatakan bahawa Syeikh Abdullah al-Harari adalah pengganti al-Muhaddith Syeikh Badruddin al-Hasani dari segi ilmu dan kedudukannya. Kemudian Syeikh Abdullah dikenali dengan gelaran al-Muhadis al-Diyyar al-Syamiah (pakar Hadis di bumi Syam) Syeikh Abdullah juga telah menerima ijazah tarikat al-Rifaeyyah dari Syeikh Abd al-Rahman al-Sabsabi al-Hamawi dan juga dari Syeikh Tohir al-Kayali al-Humsy. Beliau juga sempat menerima ijazah tarikat al-Qadariyyah dari Syeikh Ahmad al-Arbiny dan dari Syeikh al-Toyyib al-Dimasyqi. Al-Muhaddith Sheikh Abdullah al-Harari mempunyai perwatakan dan peribadi yang sangat mulia. Tidak hairan jika ramai yang mengatakan kata-kata: “Walaupun kulitnya gelap, namun hatinya putih.” Sifat mulianya ini menyebabkan beliau diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat di Syam tanpa mengira latar belakang mereka. Satu perkara yang membezakan beliau dengan para pejuang agama yang lain adalah kebijaksanaannya menyampaikan dakwah serta cara ia ditujukan kepada masyarakat umum. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada waktu Subuh, 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008 selepas waktu Subuh di Beirut, Lubnan. Jenazahnya telah disolatkan oleh ribuan umat Islam di Masjid Burj Abi Haidar, Beirut. Semoga roh beliau dicucuri rahmat, amin.






1 comment:

  1. Assalamualaikum ustaz, saya ada baca buku ustaz yang bertajuk Ibnu Arabi menyingkap tadbir fitnah. Pada muka surat 90, ustaz ada menulis:

    "Dalam pada itu Ibnu Arabi ada mengutip perkataan Syeikh Ali al-Khawwas..."

    Ibnu Arabi meninggal tahun 638 H, Ali al-Khawwas meninggal tahun 939 H.

    Saya tak jumpa bila tarikh lahir Ali al-Khawwas, tetapi saya rasa Ibnu Arabi dah lama meninggal ketika Ali al-Khawwas lahir kerana perbezaan sekitar 300 tahun.

    Macam mana Ibnu Arabi boleh mengutip perkataan orang yang lahir jauh selepas dia meninggal?

    Ataupun Ali al-Khawwas itu Ali al-Khawwas yang lain, bukan Ali al-Khawwas guru kepada Abdul Wahab al-Sya'rani?

    ReplyDelete