CERAMAH PERDANA PERINGKAT DUN SUNGAI RAMBAI
SEMPENA MAAL HIJRaah 2014/1436H
Anjuran: PARLIMEN JASIN
Disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim Mohd Alwi
Tajuk Berkisar: PEMERKASAAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN PEMBONGKARAN GOLONGAN-GOLONGAN YANG MENYELEWENG
Tarikh: 22 November 2014 (Sabtu)
Masa: 7.30 Malam Selepas Maghrib
GOLONGAN YANG BERCANGGAH DENGAN AHLI
SUNNAH ADALAH SESAT
Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
وَاحِدَة إِلاَّ النَّارِ فِي كُلّهَا فِرْقَةً وَسَبْعِيْنَ ثَلاَثًا أُمَّتِيسَتَفْتَرِقُ
قِيْلَ وَمَنْ هُمْ. قَالَ الَّذِيْنَ هُمْ عَلَى مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي
Maksudnya:
“Dan umatku akan menjadi 73 golongan, semuanya dalam neraka melainkan satu golongan20. Para sahabat bertanya: golongan yang mana satu? Nabi menjawab: mereka adalah golongan yang mengikut perjalanan hidupku dan para sahabatku”. ( Riwayat al Tirmizi, juz X, h. 109.)
Berdasarkan hadis ini maka para ilmuan Islam membuat kesimpulan bahawa mereka yang mengikut sunnah Nabi dan para sahabat, maka mereka dikenali sebagai Ahli Sunnah Wal Jama`ah, dan golongan inilah yang terselamat. Imam al Mufti Syeikh Sayyid Abdurrahman bin Muhammad bin Husain bin Umar Ba’alawi (Kitabnya Bughyah al Mustarsyidin, m/s: 398, cetakan Matbaah Amin Abdu al-Majid, Kaherah Mesir) membuat kesimpulan tersebut:
1-Syiah berpecah kepada 22 aliran
2-Khawarij berpecah kepada 20 aliran
3-Muktazilah kepada 20 aliran
4-Murjiah kepada 5 aliran
5-Najjariah kepada 3 aliran
6- Al Jabbariah 1
7-Al Musyabbihah 1
JUMLAH SEMUA 72 -TOLAK AHLI SUNNAH
Ketahuilah bahawa memberi peringatan kepada orang Islam tentang golongan yang sesat sepertimana memberi peringatan kepada para pembeli supaya tidak tertipu dengan penjual yang menipu dalam hal jual beli yang dilakukan adalah satu kewajipan, maka begitu juga memberi peringatan kepada manusia agar tidak mengikut dah terjebak dengan golongan yang menyelewengkan ajaran agama Islam dan melakukan pendustaan terhadap Allah dan Rasul-Nya, turut menjadi satu kewajipan bahkan ia merupakan satu perkara yang lebih patut diutamakan.
Firman Allah Taala mafhumnya:
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”.
Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
"حَتَّى مَتَى تَرِعُوْنَ عَنْ ذِكْرِ الْفَاجِرِ, أُذْكُرُوْهُ بِمَا فِيْهِ كَيْ يَحْذَرَهُ
“Sampai bila kalian segan untuk menyebutkan kesesatan orang yang sesat, sebutkanlah apa yang ada padanya (kesesatannya) hingga ia dijauhi masyarakat dan diwaspadai bahayanya”.
[Diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi]
Tiga ajaran golongan yang menyeleweng bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sedang bergerak dalam masyarakat Islam dan umat Islam perlu berhat-hati:
1- SYIAH
2- WAHHABI
No comments:
Post a Comment