Thursday 26 January 2012

HOMOSEKSUALITI MEGAH DI TEL AVIV. PERBUATAN TERKUTUK INI SERING DIKAITAKAN DENGAN PENGIKUT TEGAR WAHHABI

 HOMOSEKSUALITI MEGAH DI TEL AVIV.PERBUATAN TERKUTUK INI SERING DIKAITAKAN DENGAN PENGIKUT TEGAR WAHHABI

Assalamualaikum para pembaca yang budiman Perbuatan seumpama ini sering dikaitkan dengan Wahhabi. Perbuatan terkutuk sudah berani diadakan di bumi Syam bumi yg mana bumi tersebut pernah didoakan oleh Nabi keberkatannya. Perbuatan kaum Nabi Lut diteruskan lagi. Kalaulah di bumi yg pernah aoleh Nabi berlaku benda yg terkutuk ini , apatah lagi di kawasan-kawasan yg lain. Di Malaysia sudah ade suara bebas meminta hubung seks bebas berlaku... 
TEL Aviv telah lama menjadi syurga golongan gay dan merupakan antara sebilangan kecil kawasan di Asia Barat di mana individu homoseksual berasa bebas berjalan berpegangan tangan dan bercumbuan di khalayak ramai.Kini, iklim nyaman, hiburan waktu malam dan kempen penjenamaan kreatif yang disokong kerajaan Israel telah mengangkat bandar Tel Aviv sebagai antara destinasi utama pelancong gay dari seluruh dunia.
Pentadbiran bandar Tel Aviv telah memperuntukkan kira-kira AS$100,000 (RM307,850) atau lebih daripada satu pertiga bajet pemasaran antarabangsa mereka untuk menarik kedatangan pelancong homoseksual.
Walaupun tiada perangkaan khusus direkodkan, pegawai kerajaan menjangkakan puluhan ribu pelancong gay dari luar negara datang ke Tel Aviv setiap tahun.
Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai menegaskan, pihaknya sedang cuba membentuk sebuah model untuk keterbukaan, pluralisme dan toleransi.
Hotel pertama yang dimiliki golongan gay secara terbuka di bandar tersebut dibuka baru-baru ini dan banyak tapak pelancongan yang disokong kerajaan Tel Aviv membawa pelancong homoseksual terus ke kelab-kelab malam terhangat, bar dan resort ternama di sana.
Seorang pegawai Kementerian Pelancongan Israel, Pini Shani yang terlibat dalam kempen tersebut menjelaskan, pihaknya telah lama mengiktiraf potensi ekonomi komuniti gay dunia.
"Pelancong gay adalah pelancong berkualiti yang membelanjakan wang dan menetapkan trend semasa.
"Tanpa rasa ragu, pelancong yang mempunyai pengalaman positif di sini juga mempunyai nilai PR tersendiri. Jika mereka pulang dengan rasa puas, mereka akan menjadi duta muhibah untuk Israel," katanya.
Bandar itu juga mengadakan pesta perarakan homoseksual tahunan yang meriah dan Tel Aviv juga mempunyai pusat komuniti sendiri untuk golongan gay.
Tel Aviv juga baru-baru ini memenangi anugerah Bandar Gay Terbaik Dunia 2011 daripada pelanggan American Airlines dan laman sesawang GayCities, menumpaskan New York, Toronto (Kanada) dan London.
Antara komen yang diterima daripada pelancong gay termasuk lelaki Israel amat eksotik dan Tel Aviv umpama buih keamanan untuk golongan homoseksual atau LGBT di Asia Barat.
Tel Aviv sebenarnya turut menjadi syurga bagi golongan homoseksual Palestin yang berhadapan dengan pemulauan atau penindasan di tanah air mereka sekitar Tebing Barat.
Perkara sama berlaku di kalangan Yahudi ultra ortodoks yang meninggalkan 'penjara' rumah mereka untuk kebebasan bandar besar di Tel Aviv.
Di sebalik imej sebuah masyarakat yang bergelut dengan paksaan agama dan ancaman peperangan yang berterusan, Israel merupakan antara negara paling progesif dari sudut hak golongan homoseksual.
Golongan gay berkhidmat secara terbuka dalam tentera dan Parlimen Israel, sementara Mahkamah Agung negara itu juga telah menganugerahkan bermacam hak kekeluargaan kepada individu homoseksual seperti hak warisan harta dan manfaat kepada individu gay yang pasangannya meninggal dunia.
Israel juga merupakan negara pertama di dunia yang memaparkan penyertaan pasangan sama jantina dalam versi pertandingan televisyen Dancing With the Stars mereka.
Selain itu, golongan gay, lesbian mahupun transeksual merupakan antara ahli muzik dan pelakon paling popular di Israel.
Secara rasmi, tiada perkahwinan gay di Israel terutamanya kerana tiada perkahwinan sivil di sana. Semua perkahwinan perlu melalui Rabai Yahudi yang menganggap homoseksualiti satu dosa besar dan melanggar undang-undang Yahudi.
Bagaimanapun, kerajaan Israel tetap mengiktiraf pasangan sama jantina yang berkahwin di luar negara.
Mengambil anak angkat di kalangan pasangan homoseksual juga secara rasminya diharamkan tetapi ini boleh diatasi kebanyakan pasangan sama jantina melalui kaedah ibu tumpang atau mengambil anak angkat di luar negara.
Pasangan kepada invidu homoseksual juga boleh mengambil anak kepada pasangan hidup mereka sebagai anak angkat.
Namun, situasi di bandar Baitulmuqaddis, sejam perjalanan dari Tel Aviv, jauh berbeza dengan dua pertiga daripada lebih 800,000 penduduknya terdiri daripada golongan Yahudi ultra Ortodoks atau bangsa Arab.
Ya Allah!!! jauhilah generasi kami dari segala musibah-musibah seumpama ini, aamin, Admin.

No comments:

Post a Comment