Thursday, 26 January 2012

HOMOSEKSUALITI MEGAH DI TEL AVIV. PERBUATAN TERKUTUK INI SERING DIKAITAKAN DENGAN PENGIKUT TEGAR WAHHABI

 HOMOSEKSUALITI MEGAH DI TEL AVIV.PERBUATAN TERKUTUK INI SERING DIKAITAKAN DENGAN PENGIKUT TEGAR WAHHABI

Assalamualaikum para pembaca yang budiman Perbuatan seumpama ini sering dikaitkan dengan Wahhabi. Perbuatan terkutuk sudah berani diadakan di bumi Syam bumi yg mana bumi tersebut pernah didoakan oleh Nabi keberkatannya. Perbuatan kaum Nabi Lut diteruskan lagi. Kalaulah di bumi yg pernah aoleh Nabi berlaku benda yg terkutuk ini , apatah lagi di kawasan-kawasan yg lain. Di Malaysia sudah ade suara bebas meminta hubung seks bebas berlaku... 
TEL Aviv telah lama menjadi syurga golongan gay dan merupakan antara sebilangan kecil kawasan di Asia Barat di mana individu homoseksual berasa bebas berjalan berpegangan tangan dan bercumbuan di khalayak ramai.Kini, iklim nyaman, hiburan waktu malam dan kempen penjenamaan kreatif yang disokong kerajaan Israel telah mengangkat bandar Tel Aviv sebagai antara destinasi utama pelancong gay dari seluruh dunia.
Pentadbiran bandar Tel Aviv telah memperuntukkan kira-kira AS$100,000 (RM307,850) atau lebih daripada satu pertiga bajet pemasaran antarabangsa mereka untuk menarik kedatangan pelancong homoseksual.
Walaupun tiada perangkaan khusus direkodkan, pegawai kerajaan menjangkakan puluhan ribu pelancong gay dari luar negara datang ke Tel Aviv setiap tahun.
Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai menegaskan, pihaknya sedang cuba membentuk sebuah model untuk keterbukaan, pluralisme dan toleransi.
Hotel pertama yang dimiliki golongan gay secara terbuka di bandar tersebut dibuka baru-baru ini dan banyak tapak pelancongan yang disokong kerajaan Tel Aviv membawa pelancong homoseksual terus ke kelab-kelab malam terhangat, bar dan resort ternama di sana.
Seorang pegawai Kementerian Pelancongan Israel, Pini Shani yang terlibat dalam kempen tersebut menjelaskan, pihaknya telah lama mengiktiraf potensi ekonomi komuniti gay dunia.
"Pelancong gay adalah pelancong berkualiti yang membelanjakan wang dan menetapkan trend semasa.
"Tanpa rasa ragu, pelancong yang mempunyai pengalaman positif di sini juga mempunyai nilai PR tersendiri. Jika mereka pulang dengan rasa puas, mereka akan menjadi duta muhibah untuk Israel," katanya.
Bandar itu juga mengadakan pesta perarakan homoseksual tahunan yang meriah dan Tel Aviv juga mempunyai pusat komuniti sendiri untuk golongan gay.
Tel Aviv juga baru-baru ini memenangi anugerah Bandar Gay Terbaik Dunia 2011 daripada pelanggan American Airlines dan laman sesawang GayCities, menumpaskan New York, Toronto (Kanada) dan London.
Antara komen yang diterima daripada pelancong gay termasuk lelaki Israel amat eksotik dan Tel Aviv umpama buih keamanan untuk golongan homoseksual atau LGBT di Asia Barat.
Tel Aviv sebenarnya turut menjadi syurga bagi golongan homoseksual Palestin yang berhadapan dengan pemulauan atau penindasan di tanah air mereka sekitar Tebing Barat.
Perkara sama berlaku di kalangan Yahudi ultra ortodoks yang meninggalkan 'penjara' rumah mereka untuk kebebasan bandar besar di Tel Aviv.
Di sebalik imej sebuah masyarakat yang bergelut dengan paksaan agama dan ancaman peperangan yang berterusan, Israel merupakan antara negara paling progesif dari sudut hak golongan homoseksual.
Golongan gay berkhidmat secara terbuka dalam tentera dan Parlimen Israel, sementara Mahkamah Agung negara itu juga telah menganugerahkan bermacam hak kekeluargaan kepada individu homoseksual seperti hak warisan harta dan manfaat kepada individu gay yang pasangannya meninggal dunia.
Israel juga merupakan negara pertama di dunia yang memaparkan penyertaan pasangan sama jantina dalam versi pertandingan televisyen Dancing With the Stars mereka.
Selain itu, golongan gay, lesbian mahupun transeksual merupakan antara ahli muzik dan pelakon paling popular di Israel.
Secara rasmi, tiada perkahwinan gay di Israel terutamanya kerana tiada perkahwinan sivil di sana. Semua perkahwinan perlu melalui Rabai Yahudi yang menganggap homoseksualiti satu dosa besar dan melanggar undang-undang Yahudi.
Bagaimanapun, kerajaan Israel tetap mengiktiraf pasangan sama jantina yang berkahwin di luar negara.
Mengambil anak angkat di kalangan pasangan homoseksual juga secara rasminya diharamkan tetapi ini boleh diatasi kebanyakan pasangan sama jantina melalui kaedah ibu tumpang atau mengambil anak angkat di luar negara.
Pasangan kepada invidu homoseksual juga boleh mengambil anak kepada pasangan hidup mereka sebagai anak angkat.
Namun, situasi di bandar Baitulmuqaddis, sejam perjalanan dari Tel Aviv, jauh berbeza dengan dua pertiga daripada lebih 800,000 penduduknya terdiri daripada golongan Yahudi ultra Ortodoks atau bangsa Arab.
Ya Allah!!! jauhilah generasi kami dari segala musibah-musibah seumpama ini, aamin, Admin.

Monday, 23 January 2012

PERAYAAN MAULID NABI DARI KACAMATA AHLI SUNNAH WAL JAMA‘AH


PERAYAAN MAULID NABI DARI KACAMATA
AHLI SUNNAH WAL JAMA‘AH

Oleh: USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp:019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/



Assalamualaikum WarahMatullahi Wabarakatuh

Sesungguhnya kesabaran demi kesabaran dan perjuangan demi perjuangan yang dilalui dan dirasai oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad Sallahualaihi wasalam perlu dijadikan tauladan kepada kita. Sebenarnya riwayat kehidupan baginda perlu dijadikan asas untuk menghayati kemanisan satu perjuangan dalam menegakkan agama Islam. Oleh itu kelahiran baginda adalah satu nikmat yang amat besar bagi kita, dan menjadi penyemarak semangat untuk terus hidup sebagai seorang insan yang berguna pada agama dan umat Islam.
Allah azzawajalla memberi penghormatan kepada nabi-Nya yang mulia dengan dianugerahkan kepada baginda tanda-tanda kebesaran yang banyak. Antaranya ialah akhlak baginda dan budi pekertinya yang mulia. Firman Allah ta’ala berbunyi: 
وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ
Maknanya:. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.(Al Qalam: 4)

Begitu juga baginda dianugerahkan dengan keturunan yang mulia dan martabatnya yang tinggi, seperti yang telah dinyatakan dalam firman Allah azzawajalla: 
لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
Maknanya: Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin. (Al Taubah: 128)

Dan juga pujian Allah pada baginda yang mana pujian tersebut juga dinyatakan di dalam kitab-kitab Allah yang lain. Firman-Nya berbunyi:
مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاء عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاء بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْراً
Maknanya: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnian Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya Maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya Karena Allah hendak menambahkan lagi kemarahan pada hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (Al Fatah: 29) 

Ahli Sunnah Wal Jama‘ah adalah golongan Al Asya‘irah dan Al Maturidiah sepertimana yang dinyatakan oleh Al Hafiz Murtadha Al Zabidi (w.1205 H):
إذا أطلق أهل السنة و الجماعة فاالمراد بهم الأشاعرة و الماتريدية
Maknanya: “Apabila disebut Ahlu Sunnah Wal Jama‘ah maka yang dimaksudkan dengan mereka ialah Al Asya‘irah dan Al Maturidiah”. (Ithaf Sadatil Muttaqin, jilid 2, hlm 6).

Akidah Ahlu Sunnah Wal Jama‘ah adalah akidah bagi semua umat Islam yang mengikut jejak langkah Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wasallam yang mana baginda telah bersabda:
Dua perkara yang akan aku tinggalkan kepada kamu sekalian jika kamu semua berpegang dengannya pasti tidak akan sesat selama-lamanya , iaitu Kitabullah (al Quran ) dan sunnahku (syariat dan akidah)
Begitu juga ajaran Ahli Sunnah Wal jamaah menggalakkan kita menyambut perayaan Maulidurrasul, kerana ia tidak bertentangan sama sekali dengan syarak. Di bumi Melayu kita ini sudah menjadi adat dan kebiasaan menyambut Maulidurrasul yang mana adat ini tidak bercanggah dengan Islam. Sultan-sultan dan pemimpin-pemimpin rakyat Islam di Malaysia menyambutnya dengan penuh semangat sekali pada setiap tahun. 

Mengikut ajaran Ahli Sunnah, menyambut Maulidurrasul adalah diharuskan. Ulama Ahli Sunnah banyak menulis kitab-kitab yang menerangkan keharusan menyambut Maulid, antaranya Imam Assayuti dalam kitabnya Husnul Maqsid fi ‘Amalil Maulid, Al Hafiz al Sakhawi dalam Fatwanya, Ibn al Jauzi dalam kitab Mir’atul Zaman dan banyak lagi.
Al Hafiz al Sakhawi telah menyatakan dalam Fatwanya bahawa amalan maulid berlaku selepas kurun ketiga, kemudian umat Islam dari semua kawasan dan bandar-bandar besar meneruskan amalan sambutan perayaan maulid ini. Pada malam perayaan, mereka melakukan bermacam-macam jenis sedekah. Mereka membaca kesah kelahiran junjungan besar nabi yang mulia.
Imam Ibn al Jauzi telah menyebut dalam kitab Mir’atul Zaman bahawa beliau pernah menghadiri perayaan maulid yang dipenuhi dengan para ulama dan ahli sufi yang benar. Atas dasar inilah ulama-ulamak Ahli Sunnah telah menjelaskan bahawa perlu bagi kita untuk menyambut atau membuat perayaan maulid bagi membuktikan bahawa kita masih cinta dengan nabi Muhammad. Justeru, amalan menyambut maulid nabi amat digalakan oleh Islam dan bukanlah satu perkara bid’ah buruk yang dicela dalam syarak.
Perlu dinyatakan di sini bahawa Maulidurrasul adalah satu tanda rahmat yang dianugerahkan oleh Allah Ta’ala kepada hamba-hambaNya. Alhamdulillah kita sekarang masih lagi menyambut perayaan Maulidurrasul dan kita menjadikan ia sebagai hari perayaan setiap tahun. Maka jelas di sini bahawa sambutan perayaan maulid Nabi adalah bid’ah hasanah(baik), dan tiada sebab yang boleh menolak keharusan perkara tersebut, bahkan ia layak digelar sebagai sunah yang baik kerana ini merangkumi sabda Rasulullah:
"من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شىء"
Maknanya:: “ Sesiapa yang mula mewujudkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pundaripada pahala-pala mereka
Kesimpulannya di sini ialah, amalan menyambut maulid boleh diianggap sebagai bid’ah yang baik. Walaupun perbuatan ini tidak pernah dilakukan di zaman nabi dan zaman selepasnya, tetapi ia dilakukan pada awal pertama kurun ketujuh hijrah. Orang pertama yang melakukannya secara besar-besaran ialah seorang raja kawasan yang bernama Irbil. Dia seorang yang alim,bertaqwa lagi berani, namanya ialah al Muzaffar. Ketika beliau menyambut perayaan maulid secara besar-besaran beliau telah mengumpulkan ulama hadis dan sufi. Golongan ulamak pula telah menerima amalan ini dengan baik di timur dan di barat. Di kalangan mereka ialah al Hafiz al Sakhawi, al Hafiz al Sayuti dan selain mereka.
Di tanah Melayu kita, orang melayu pertama yang merayakan Maulid Nabi secara besar-besaran ialah seorang ulama yang masyhur, Haji Abdul Rahman bin Haji Osman bin Senik atau dikenali dengan panggilan Tok Selehor yang berasal dari Kelantan, anak murid kepada Syeikh Daud al Fattani. Beliau mengajak orang Islam agar berzanji dengan penuh perasaan. Perarakan besar-besaran yang diadakan olehnya dapat diterima oleh masyarakat setempat.
Wahai saudara-saudarku sekalian, hayatilah kelahiran Nabi kita ini dengan penuh keikhlasan dan kekhusyukkan serta dengan penuh kasih sayang, agar ia menjadi penawar bagi jiwa-jiwa kita untuk menyambung lagi pejuangan kita di atas muka bumi ini. Dan jangan sekali-kalai melayani bisikan-bisikan dan hasutan-hasutan syaitan dari golongan Musyabbihah Mujassimah seperti Wahhabiah yang bertopengkan dengan nama Islam, Salafi, Tajdid, mazhab Syafei tulen dan lain-lain, tetapi pada hakikatnya mereka ingin menghancurkan Islam dengan mengatakan bahawa amalan menyambut perayaan maulid Nabi adalah satu amalan yang yang tidak ada dalil dari Islam yang mengharuskannya bahkan ia adalah haram dan pelakunya layak dihumban ke dalam neraka. jahanam . Ada sebahagian Wahabi yang melampau mengatakan
bahawa daging yang disembelih pada malam maulid untuk diberi makan pada orang ramai pada malam itu, daging tersebut lebih haram dari daging babi. Sedangkan orang yang menjadi tempat rujuk dan idola mereka (mereka yang menafikan keharusan perayaan Maulid Nabi ) dalam agama mereka iaitu Ibnu Taimiah sendiri pun telah menghukumkan bahawa perayaan Maulid adalah harus sepertimana yang disebut dalam kitabnya Iqtidho Sirotil Mustaqim.
Wassalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Faidzurrahim Hj Mohd Alwi

 
 Selamat menyambut Maulid Nabi, Dapatkan Buku Risalah Maulid yg berjudul MAULID NABI DARI KACAMATA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH dengan harga 5 ringgit sahaja. Jika anda membeli buku MUKHTASAR ASAS FARDHU AIN DAN TASAWUF yg berharga rm:20 , dan buku SYARAH AKIDAH MURSYIDAH AKIDAHSULTAN SOLAHUDDIN dengan harga rm: 10, maka anda akan mendapat percuma tiga barang iaitu:
1- Buku MAULID NABI DARI KACAMATA AHLI SUNNAH
2- Pamplet mengenal Wahhabi.
3- Pelekat 'ALLAH ADA TANPA TEMPAT'
Rebutlah peluang ini untuk menambahkan lagi ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ikhlas dari saya.Sesiapa yang berminat boleh berhubung.Sila klik pada gambar.Sebarkan maklumat ini.Tq

Sunday, 22 January 2012

BERSATU HATI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP

BERSATU HATI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP

Oleh: USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp:019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog:  http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/

Assalamualaikum WarahMatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Solawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallahu alaihi wasallam. Terdapat di sana satu hadis yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim, Musnad Ahmad dan Sunan al Kubro bahawa Nabi bersabda:
لا تَحَاسَدوا وَلا تَبَاغَضُوا وَلا تَدَابروا وَكونوا عِبَادَ اللهِ إخْوَانا
Maknanya: Janganlah sesama kamu saling berdengki, membenci dan berpaling, tetapi jadilah hamba Allah yang bersaudara.
Ketahuilah bahawa di antara penyakit-penyakit hati ialah sifat kebencian yang mana ianya sangat memberi kemudaratan dan kecelakaan yang besar. Jika umat Islam saling berdengki dan membenci antara satu sama lain maka mereka akan berhenti dan tidak akan bersemangat lagi untuk melakukan ketaatan, ibadah dan melakukan amru bin maaruf dan nah an munkar . Mereka akan lemah semangat dan malas untuk berdakwah dan mendedahkan kesesatan serta kekufuran golongan sesat. Sifat malas seperti ini adalah bercanggah dengan kebaikan dan ketaqwaan. Umat Islam jika berdengki dan membenci antara satu sama lain maka mereka juga malas untuk melakukan ketaqwaan dan kebaikan.
Manakala tadabur yang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah memalingkan muka dari saudaranya yang muslim untuk menzahirkan bahawa dia amat membenci saudara seagamanya itu, atau dia memalingkan mukanya ke arah yang lain. Perbuatan ini adalah menyakiti jiwa seorang muslim dan memutuskan hubungan persaudaraan dalam Islam serta sama-sama mereka tidak melakukan kebaikan, ketaatan dan dakwah seperti membenteras kemungkaran. Dan juga akan menghasilkan natijah lain yang lebih buruk iaitu tidak melakukan amalan-amalan fardhu seperti menuntut ilmu agama fardhu ain.Cara mengatasi kemusykilan-kemuskilan ini adalah dengan melawan hawa nafsu kerana melawan nafsu dapat membantu untuk melakukan perkara-perkara baik yang boleh mendekatkan diri seorang kepada Allah Subhanahu Wataala. 

Para walil-wali Allah tidak akan sampai ke maqam dan martabat yang tinggi kecuali dengan melawan hawa nafsu. Diriwayatkan satu kisah pertemuan antara dua wali, salah seorangnya mendapati yang lain boleh duduk dan terbang di atas angin, lalu ditanya: Bagaimanakah kamu dapat melakukan sedemikiah? Lalu dia menjawab: Dengan melawan nafsu, yakni aku telah melawan nafsuku, aku telah jadikan nafsuku ini kalah dan dapat dikuasai dengan dilakukan segala amalan ibadah yang fardhu dan juga melakukan perkara-perkara sunat serta meninggalkan perkara-perkara yang haram. Dengan melawan nafsu sebeginilah Allah menganugerahkan kepadaku karamat ini.
Sesungguh jiwa itu sentiasa suka kepada kemalasan dan tidak semangat melakukan perkara-perkara ketaatan kerana dalam melakukan ketaatan itu kita terpaksa bersabar di atas beberapa perkara yang susah, misalnya ibadah sembahyang yang kadang-kalanya berlaku pada musim sejuk di negara-negara sejuk, maka seorang muslim itu payah dan tidak mahu menggunakan air untuk berwudhuk kerana kesejukan. Manakala seseorang yang ingin mendapat martabat yang tinggi dan keredhaan Allah maka dia pasti melawan nafsunya iaitu dia akan menggunakan air untuk berwuduk dan bersabar atas kesejukkan yang dihadapinya. Begitu juga dengan amalan ibadah puasa, kadangkalanya ia berlaku pada musim panas dan dalam keadaan yang sangat dahaga, tetapi ini dapat diatasi jika dia berjaya menmatahkan nafsunya dengan menahan dahaga. Dan begitu juga amalan-amalan ibadah yang lainyang lain.
Orang yang dalam kesakitan, kadangkala dia malas untuk melakukan solat dan juga ibadah-ibadah yang lain. Jika si pesakit tersebut melawan nafsunya untuk melakukan ibadah dalam keadaan dia sakit dan bercita-cita ingin mendapat keredhaan dari Allah Subhanahu Watala maka dia pasti menahan segala kepayahan. Begitu juga dengan keadaan seorang muslim yang melakukan kebaikan terhadap saudaranya yang muslim kemudian saudaranya itu membalas dengan keburukan, jika begini tindakannya maka kebiasaanya jiwa akan memaksa supaya memutuskan hubungan persaudaraan antara keduanya, jiwanya akan berkata-kata: Pulaukanlah serta tinggalkanlah dia kerana dia tidak membalas kamu dengan kebaikan sepertimana kamu lakukan kepadanya. Sedangkan firman Allah berbunyi:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
Maknanya: Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara(al Hujarat:10)

Para nabi ketika menyeru umat-umatnya kepada kebenaran, kebanyakan  umat mereka akan membalasnya dengan maki hamun dan tindakan yang tidak sewajarnya, tetapi para nabi tetap bersabar. Ada sebahagian umat yang kuffar telah memukul nabinya. Lihatlah nabi Nuh alaihi salam yang tinggal bersama kaumnya yang menyembah berhala selama 950 tahun, beliau menyeru mereka kepada Islam, tetapi umatnya telah membalasnya dengan pencelaan dan penindasan dan kadang-kala mereka memukul nabi mereka itu sehingga beliau jatuh pensan. Sepanjang masanya, beliau tidak mengubah halnya bahkan terus melakukan dakwah kepada mereka dan bersabar di atas keperitannya, kemudian Allah Taala mewahyukan kepada nabi Nuh bahawa mereka tidak akan beriman kecuali sedikit dari mereka iaitu lebih kurang 80 orang yang kebanyakannya dari kalangan kaum lelaki. Lalu nabi Nuh berdoa kepada Allah, kemudian Allah memerintah bumi agar mengeluarkan air maka air tersebut memenuhi bumi, kemudian ditambahkan lagi dengan turunnya air dari langit yang mana saiz setiap titisannya sebesar gunung, maka Allah Taala telah membinasakan kaum tersebut dan di akhirat nanti mereka juga akan mendapat azab yang lebih dahsyat.
Barangsiapa yang meneliti peninggalan-peninggalan dan sejarah para nabi seperti ini maka dia pasti akan bersungguh-sungguh untuk mempertingkatkan martabatnya di sisi Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan segala ketaatan-ketaatan dan ibadah.
Sesungguhnya menahan diri ketika marah juga adalah di antara cara untuk menyelamatkan diri dan agamanya kerana jika manusia mula marah maka dia akan bertindak untuk memudaratkan dan mencederakan orang lain dan kemungkinan dirinya akan tercedera.
Maka kesabaran di atas segala mala petaka dan musibah adalah di antara cara yang boleh melarang seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang haram dan juga terselamat dari terpengaruh dengan ajaran-ajaran songsang.
Wassalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Disediakan oleh: Tuan Blog