Sumber: Sinar Harian edisi Pahang, Bertarikh: 4/5/2017 Khamis, bil 3885.
Beliau sangat lantang memperjuangkan akidah dan menentang fahaman songsang Wahabi Syiah dan Hizbut Tahrir sehingga pernah dilemparkan kata-kata kesat oleh penonton yang mengecam ceramahnya yang mendedahkan kesesatan fahamaan tersebut.
"Dugaan dan cabaran selaku pendakwah itu ada. Sementara kita berada di zaman serba canggih dengan pembangunan sosial media dan pelbagai aplikasi serba pantas.
"Masyarakat cenderung mempercayai apa yang mereka lihat, dengar dan terima tanpa membuat penyelidikan berdasarkan al Quran dan sunnah malah ada yang tidak berpaksikan agama dan akidah. Namun saya tidak gentar dan tidak memandang semua pembangunan dan kemodenan itu sebagai negatif semata-mata. Banyak dakwah yang boleh disampaikan secara terus dan jelas jika kemudahan ini tidak disalahguna.
"Cumanya jgn mudah kita memuji sesorang kerana zahirnya semata-mata, kerana pada akhir zaman ini ada sebahagian manusia dipuji dan dipuja padahal berdusta semata-mata serta berselindung dgn pelbagai nama. Dikatakan hebat dan dikatakan wali padahal jauh sekali. Dikatakan ikut sunnah padahal tak ikutaa langsung. Dikatakan banyak berguru padahal berguru dengan buku sahaja. Dikatakan banyak sanad dan ijazah padahal satu kitab pun tak faham. Dikatakan hebat dalam tarikat dan dunia tasawuf padahal yang fadrhu ain pun tak lepas. Dikatakan pengikut ahli hadis padahal menyelewengkan makna hadis. Itulah kehidupan di atas muka bumi ini, pelbagai jenis manusia. Wallaualam," katanya.
No comments:
Post a Comment