Wednesday, 17 May 2017

FATWA RASMI BERKAITAN AJARAN SESAT DR SHEIKH ISMAIL KASIM

Ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim (PERAHMAT)

Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 2/2017-1438H yang bersidang pada 30 Mac 2017 bersamaan 2 Rejab 1438H telah bersetuju dan memutuskan dengan sighah seperti berikut :
1.  Ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim adalah menyeleweng dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,
2.  Penyelewengan ajaran Ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim ini adalah seperti berikut:
i.  Terbatal Kesemua Rukun Islam Sekiranya Tidak Mempelajari Ilmu Syahadah yang Dibawa Oleh Ismail bin Kassim (IBK). Rukun Islam yang pertama, iaitu mengucap dua kalimah Syahadah bagi seseorang itu terbatal sekiranya dia tidak mempelajari Ilmu Syahadah (Ilmu Penyaksian) yang dibawa oleh Ismail bin Kassim. Ilmu Syahadah yang dimaksudkan ialah ilmu penyaksian roh yang sedang bersyahadah.
ii.  Tuntutan Mencari Penyaksi Di Alam Arwah. Seseorang itu hendaklah berusaha mencari penyaksinya yang akan dibawa sebagai saksi pada hari akhirat kelak. Sekiranya penyaksi tersebut tidak dapat ditemui, ia akan menyebabkan amalan Zikir Nafasnya tidak dapat berjalan dengan lancar. Namun begitu, dia tidak perlu bersusah payah untuk mencari penyaksi kerana penyaksi itu akan diutuskan oleh Allah s.w.t di alam shahadah, apabila mengamalkan Zikir Nafas.
iii.  Wajib Mempelajari Zikir Nafas Kerana Tiada Cara Lain Untuk Mencari Allah Kecuali Melaluinya. Seseorang itu Wajib Mempelajari Zikir Nafas, kerana tiada cara lain untuk mencari Allah kecuali melaluinya. Mencari Allah s.w.t melibatkan peranan yang dimainkan oleh qalbu. Anggota pancaindera manusia yang lain, seperti mata dan telinga peranannya terhad kepada alam zahir sahaja, berbeza dengan qalbu yang mempunyai peranan ghaib. Hanya dengan amalan Zikir Nafas boleh membuka mata hati qalbu. Oleh yang demikian, apabila mata hati qalbu seseorang telah terbuka, maka dia akan dapat melihat penyaksian roh, dan perkara-perkara ghaib yang lain dengan berterusan secaraautopilot. Manakala untuk mengambil ilmu Zikir Nafas pula, hendaklah melalui guru yang berketurunan Ahli Bait sahaja.
iv.  Mengisi Nafas Dengan Zikir لا إله إلا الله .Seseorang itu perlu mengisi nafasnya dengan zikir لا إله إلا اللهSetiap orang yang mengikuti ajaran Zikir Nafas diminta agar mencari danmengambil bai’ah kalimah لا إله إلا الله.Zikrullah ini hendaklah dilakukan secara berterusan selama 24 jam tanpa henti. Kaedah untuk mendapatkan zikir tanpa henti tersebut ialah melalui pengisian zikir dalam pernafasan. Apabila kalimah zikir telah diisi dalam pernafasan, setiap kali manusia bernafas, nafasnya akan berzikir mengingati Allah s.w.t (لا إله إلا الله). Perkiraan yang dibuat terhadap bilangan zikir yang akan terhasil daripada pernafasan tersebut adalah sebanyak 2,592 (108x24) zikir sehari. Inilah yang dinamakan Zikir Nafas. Zikir Nafas ini tidak boleh ditalqinkan kepada seseorang, kecuali setelah meyakininya dan melakukan solat Istikharah.
v.  Amalan Zikir Nafas Telah Wujud Sejak Dari Zaman Nabi Adam AS Dan Baginda Adalah Orang Pertama Yang Mempraktikkannya. Allah s.w.t telah meniupkan roh-Nya ke dalam jasad Nabi Adam AS dan seterusnya bernafas, dan nafas pertama yang naik dan turun daripada Adam AS adalah bentuk Zikir Nafas.
vi.  Zikir Nafas Adalah Amalan 124,000 Para Rasul Dan Para Wali Allah. Justeru,para rasul AS diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk berkhalwat di dalam gua, kerana apabila berada di dalam gua akan didengar secara jelas bunyi perkataan Zikir Nafas, iaitu ‘hu’, ‘hu’, ‘hu’.
vii. Amalan Zikir Nafas IBK Adalah Sabit Melalui al-Quran, dan Mengingkarinya Bermakna Syak terhadap Ayat al-Quran.Amalan Zikir Nafas adalah sahih dan sabit melalui al-Quran dan al-Hadith, dan sesiapa yang mengingkarinya dianggap telah menaruh syak terhadap al-Quran dan al-sunnah.
viii.  Semua Makhluk Hidup Dengan Rahsia “Hu” (Nama Allah). Hu juga merupakan bunyi nafas yang sedia ada, bunyi oksigen, segala bunyian, peredaran bintang, planet bulan dan mata hari.
ix.  Hari Kiamat Akan Berlaku Apabila Tiada Lagi Makhluk Yang Nafasnya Berzikir Dengan Kalimah Allah. Semua makhluk termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia akan mati dan diikuti dengan berlakunya hari kiamat apabila tiada lagi makhluk yang nafasnya berzikir dengan kalimah Allah (Allah, Allah, Allah).
x.  Kelebihan Luar Biasa Apabila Mengamalkan Zikir Nafas. Kelebihan luar biasa apabila mengamalkan Zikir Nafas ialah:
  1. Menyambung talian dengan Allah s.w.t;
  2. Menyambung talian dengan Nabi Muhammad s.a.w;
  3. Menyambung talian emas dengan guru-guru yang sampai sanadnya kepada Nabi Muhammad s.a.w;
  4. Nafas terkawal daripada segala gangguan syaitan,iblis,ifrit dan jin;
  5. Dianggap berada di landasan sirat al-mustaqeem;
  6. Nafas sentiasa rasa dikawal;
  7. Nafas berjalan dengan kelajuan yang begitu normal walaupun mendengar berita buruk dan menakutkan;
  8. Hidup dan mati menjadi kesedaran diri walaupun berada di mana jua;
  9. Apabila lalai dan alpa, nafas akan datang menyedarkan diri kepada Allah;
  10. Akan mendapat husnu al-khatimah.
xi. Mengamalkan Kepercayaan Wahdat al-Wujud. Ismail bin Kassim pernah mengungkapkan kata-kata yang jelas membawa kepada makna Wahdat al-Wujud, iaitu “Aku berkata-kata dengan lidah ni, ini lidah Allah, ini lidah Allah, kafir kamu pergi, kalau kamu menolak, pergi, ini lidah Allah, ini perkataan Allah, di mana kau, kafir terus…’
xii. Mentakwil Ayat-ayat al-Quran secara Bathil. Mentakwil ayat-ayat al-quran secara batil, antaranya seperti berikut:
Pada ayat dalam surah al-Fatihah : إهدنا الصراط المستقيم , Allah SWT akan menjawab: صراط الذين انعمت عليهم, iaituا لصا لحين , الشهدأ, والصديقين
Tafsiran bagi ketiga-tiga perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:
  1. الصالحين: Mempunyai zikir nafas dan kenal Allah dengan aqal;
  2. الشهداء : mempunyai Zikir Nafas dan syahadah dengan qalbu;
  3. الصديقين : Mempunyai Zikir Nafas dan rohnya bersyahadah;
xiii. Kaedah Penafsiran al-Quran (Usul Tafsir) Yang MenyelewengAyat-ayat al-Quran tidak boleh difahami semata-mata dengan membaca terjemahannya, kitab-kitab tafsir, mahupun asbab al-nuzul, bahkan hanya boleh difahami dengan ilmu al-Quran (Ilmu Takwil, Ilmu al-Furqan, Ilmu Ma’na, ilmu Maqsud, Ilmu Hikmah, Ilmu Makrifat, Ilmu Hakikat, Ilmu Asrar, Ilmu Ghaib dan Ilmu Yaqin).
xiv.   Berpegang Kepada Hadith Palsu. Antaranya adalah seperti yang berikut:
“Sesiapa yang menyakiti seorang tolibul-ilmi seperti menyakiti 124,000 nabi, sesiapa menyakiti 124,000 nabi seperti menyakiti Rasulullah s.a.w, sesiapa yang menyakiti Rasulullah s.a.w seperti menyakiti Allah, dan sesiapa yang menyakiti Allah, neraka tempatnya”.
“Barang siapa yang mencariku, pasti menjumpai-Nya, barang siapa yang menjumpai-Nya, maka dia telah menjumpai segala-galanya, Nabi Muhammad s.a.w bertanya bagaimana ingin mencari Allah, dan Allah pun menjawab: “Shahadah”.
“Barang siapa yang datang berjumpa dengan Aku dalam pada mana dia mengenal aku, setiap kebajikan aku beri dia sedunia bilangan makhluk yang pernah Aku cipta dan akan aku cipta”.
xv.  Ghuluw (Melampau) dalam Menghormati Guru. Peraturan yang wajib dipatuhi oleh murid kepada Ismail bin Kassim selaku guru atau sheikh seperti berikut: 
  1. Sesiapa yang hendak bersalaman dengan Ismail Bin Kassim wajib mengambil wuduk terlebih dahulu kerana Ismail Bin Kassim dianggap membawa al-Quran yang hidup;
  2. Setiap murid berkeadaan yakin bahawa guru dapat mengesan ketaatan murid, atas izin Allah s.w.t;
  3. Setiap murid jangan menderhaka kepada guru atas amanah-amanahnya;
  4. Setiap murid jangan ada sangkaan bahawa guru tidak mengetahui kelakuan dan perbuatan mereka;
  5. Setiap murid jangan meragui atau membantah di hadapan guru atau dibelakangnya kerana guru hanya mengajar ilmu kalimah la ila ha illallah;
  6. Setiap murid jangan sekali-kali melanggar panduan di atas, kelak akan terjerumus ke dalam kecelakaan dan kebinasaan.
3. Mana-mana orang Islam, samaada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk berpegang kepada fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim termasuklah:- 
i.  Menjadi pengikut kepada fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengan fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim; atau,
ii.  Berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim; atau,
iii. Mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya, sama ada melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain seperti berbai’ah (taat setia) dengan fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim; atau,
iv. Berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim; atau,
v.  Terlibat dengan pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim; atau,
vi.  Mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim; atau,
vii.  Memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman, audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen menggunakan apa-apa bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim; atau,
viii.  Mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim di Negeri Sembilan.
4.  Mana-mana orang Islam yang mengamalkan Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan Allah s.w.t.
5.  Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
6.  Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail Bin Kassim atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana sesawang, blog, facebooktwitter atau media sosial lain adalah diharamkan.
7.  Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Sembilan.

Status pewartaan : Diwartakan

Thursday, 11 May 2017

PILIHAN AMALAN & DOA MALAM NISFU SYA'BAN YANG TERBAIK DARI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

               PILIHAN AMALAN & DOA MALAM NISFU SYA'BAN YANG TERBAIK DARI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH                            ustaz-faidzurrahim.blogspot.com.                     
*دعاء ليلة النصف من شعبان*

دعاءٌ مباركٌ لليلة النصف من شعبان:

يـقرأ سورة الفاتحة 3 مرات،
وآية الكرسيّ 3 مرات،
وسورة ألم نشرح 3 مرات،
وسورة يس والقرآن الحكيم مرة واحدة،
ثم يقول بخشوع قلبي والدمعة في عينه من خشية الله، مُستحضراً محبة الله تعالى ورسوله الكريم عليه الصلاة والسلام:

*"اللهمّ صلّ على ســـيّدنا مُحمّد النـّـبـيّ الأمّــيّ الذي تـنـحـلّ به العُقدُ وتنفـرجُ به الكُربُ وعلى آله وصحبه وسلم (10 مرات).

يا أرحم الراحمين (3 مرات)

*"اللهمّ إني أسألك بأنّ لك الحمدَ، لا إله إلا أنت المنانُ، بديعُ السموات والأرض، يا ذا الجلال والإكرام، يا حيُّ يا قيّوم، اللهمّ رحمتَك أرجو فلا تكلني إلى نفسي طرفة عين، وأصلح لي شأني كله لا إله إلا أنت، اللهمّ إني أسألكَ من فجأةِ الخيرِ، وأعوذ بكَ من فجأةِ الشرّ، وأسألك الموت على دين نبيّك محمد صلى الله عليه وسلم والراحة في القبر وأن تنوّره لي وتوسّعه وتملأه لي نوراً وسروراً".*

*"اللهمَّ أنتَ ربي لا إله إلا أنتَ عليكَ تـوكلتُ وأنتَ ربُّ العـرش الكريم، ما شـاءَ الله كان وما لم يـشـأ لم يـكن، لا حولَ ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم، أعلـمُ أنّ الله على كل شيءٍ قديرٌ وأنّ الله قد أحاطَ بكلّ شيءٍ علماً، اللهمّ إني أعوذ بكَ من شرّ نفسي ومن شرّ كلّ دابّة أنتَ آخذٌ بناصيَتِهَا إن ربي على صراط مستقيم".*

*"اللهمّ إني أعوذُ بكَ من الهَمّ والحزنِ، وأعوذ بكَ من العجزِ والكَسَلِ، وأعوذ بكَ من الجُبنِ والبُخلِ، وأعوذ بكَ من غلبة الدَّين وقهر الرجالِ. اللهمّ اكفني بحلالك عن حرامك وأغنني بفضلك عمّن سواك، يا غـنـيّ أغــنـنـي. اللهمّ إني أعوذُ بك من عذاب القبر ومن عذاب النار، ومن فتنة المحيا والممات، ومن فتنة المسيح الدجال".*

*"اللهمّ إني أعوذُ برضاك من سَخَطك، وبمعافاتك من عقوبتك، لا أحصي ثناءً عليكَ أنتَ كما أثنيتَ على نفسك. اللهمّ فاطـرَ السّموات والأرض عالـمَ الغيب والشهادة، رَبَّ كلّ شيء ومَليكَه، أشهدُ والملائكةُ يشهدون أنك أنت اللهُ لا إله إلا أنت"،*

*"اللهمّ إنا نعوذ بكَ من شرور أنفسنا ومن شرّ الشيطان الـرّجيم وشِركِه، وأن نقترفَ على أنفسنا سوءًا أو نَـجُـرّه إلى مسلم".*

اللهم صلّ على سيدنا محمّد وعلى آله وصحبه وسلم والحمدلله، آمين آمين.

Monday, 8 May 2017

TIDAK GENTAR UGUTAN- SINAR HARIAN EDISI PAHANG BERTARIKH 4/5/2017 Khamis


          
     
                              Ujian pendakwah
Sumber: Sinar Harian edisi Pahang, Bertarikh: 4/5/2017 Khamis, bil 3885.

Beliau sangat lantang memperjuangkan akidah dan menentang fahaman songsang Wahabi Syiah dan Hizbut Tahrir sehingga pernah dilemparkan kata-kata kesat oleh penonton yang mengecam ceramahnya yang mendedahkan kesesatan fahamaan tersebut.

"Dugaan dan cabaran selaku pendakwah itu ada. Sementara kita berada di zaman serba canggih dengan pembangunan sosial media dan pelbagai aplikasi serba pantas.

"Masyarakat cenderung mempercayai apa yang mereka lihat, dengar dan terima tanpa membuat penyelidikan berdasarkan al Quran dan sunnah malah ada yang tidak berpaksikan agama dan akidah. Namun saya tidak gentar dan tidak memandang semua pembangunan dan kemodenan itu sebagai negatif semata-mata. Banyak dakwah yang boleh disampaikan secara terus dan jelas jika kemudahan ini tidak disalahguna.

"Cumanya jgn mudah kita memuji sesorang kerana zahirnya semata-mata, kerana pada akhir zaman ini ada sebahagian manusia dipuji dan dipuja padahal berdusta semata-mata serta berselindung  dgn pelbagai nama. Dikatakan hebat dan dikatakan wali padahal jauh sekali. Dikatakan ikut sunnah padahal tak ikutaa langsung. Dikatakan banyak berguru padahal berguru dengan buku sahaja. Dikatakan banyak sanad dan ijazah padahal satu kitab pun tak faham. Dikatakan hebat dalam tarikat dan dunia tasawuf padahal yang fadrhu ain pun tak lepas. Dikatakan pengikut ahli hadis padahal menyelewengkan makna hadis. Itulah  kehidupan di atas muka bumi ini, pelbagai jenis manusia. Wallaualam," katanya.