Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan rahsia Yahudi yang kononnya bersifat persaudaraan yang mula muncul sejak antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka. Antara orang yang disanjung oleh sebahagian umat Islam yang menjadi Ahli pertubuhan Yahudi rahsia ini ialah Jamaludin al-Afghani. Dokumen di atas membuktikan sedemikian.
No comments:
Post a Comment