Dakwah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Tazkirah bersama Ustaz Ahmad (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com). BAHAYA PANDANGAN AL-AIN YG MEMUDARATKAN-. Sabda Nabi: عن عائشة قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم استعيذوا بالله فإن العين حق
Dari ‘Aisyah bahawa Nabi bersabda : “Mintalah perlindungan dgn Allah dari Al-‘Ain, kerana sesungguhnya Al-‘Ain itu adalah benar berlaku ” [HR. Ibnu Majah dan selainnya]. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata :
قوله باب العين حق أي الإصابة بالعين شيء ثابت موجود.
Maknanya: “bab Al-‘Ain Haqqun (pandangan mata adalah benar) , yakni terkena Al-‘Ain adalah sesuatu yang benar.” [Kitb Fathul-Bari, penjelasan atas Bab : Al-‘Ainu haqqun].
Ibnul-Atsir berkata :
يقال: أصَابَت فُلاناً عيْنٌ إذا نَظر إليه عَدُوّ أو حَسُود فأثَّرتْ فيه فمَرِض بِسَببها
Maknanya: “Dikatakan: Si Fulan terkena ‘Ain kerana dipandang oleh musuh atau orang-orang yg dengki, pemandangnya memberi kesan lalu menyebabkannya sakit” [An-Nihayah].
-Amalan pelindung dari pandangan al-Ain: 1-Antaranya perbanyakkan baca doa-doan perlindung dan membaca tiga Qul. 2- Boleh dibaca pada org yg kene al-Ain doa ini: بِسْمِ اللهِ أَرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ حَاسِدٍ اللهُ يَشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أَرْقِيْكَ
Maknanya “Dengan nama Allah, aku meruqyahmu dari setiap sesuatu yang menyakitimu dan dari kejahatan setiap jiwa atau mata yang dengki. Allah-lah yang menyembuhmu, dengan nama Allah aku meruqyahmu” [HR. Muslim]. Semoga kita dpt menjaga diri2 kita agar selamat dan mudah beribadah dan menuntut ilmu aqidah 'Allah Wujud Tanpa Tempat'.. Sebar2kan- (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com-.
No comments:
Post a Comment