Friday 14 October 2016

APABILA KALIMAH ISTAWA DITERJEMAHKAN DGN MAKNA BERSEMAYAM. Dalam bahasa Melayu bersemayam bermaksud duduk atas sesuatu. Rujuk kamus Dewan

Penjelasan ulamak Islam berkaitan dengan makna ISTAWA yang disandarkan kepada Allah adalah seperti berikut:                                                                            Al-Hafiz al-Muhaddith al-^Ārif biLlah al-Syaikh ^Abdullah al-Harari al-Habasyi menyebut di dalam kitabnya  _Syarh al-^Aqidah al-Tohawiyyah_ (hlm. 188):

والتفسير الصحيح تفسير من قال الرحمن على العرش استوى قهر لأن القهر صفة كمال لله تعالى ، هو وصف نفسه به قال تعالى " قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ "، فيصح تأويل الاستواء بالاستيلاء وإن كانت المعتزلة وافقت أهل السنة في ذلك

وأقبح هذه الاعتقادات الفاسدة اعتقد أن الله تعالى جالس على العرش أو واقف عليه ، لأن فيه جعل الله تعالى محمولا للعرش والعرش محمول للملائكة فالملائكة على هذا الاعتقاد قد حملوا الله تعالى، فكيف يليق بلإلة الذي أوجد العالم بأسره أن يحمله شيء من خلقه ، فعلى قول هؤلاء يلزم أن يكون الله محمول حامل محفوظ حافظ، وهذا ما لا يقوله عاقل

Maksudnya: _”Tafsir yang sahih adalah tafsir orang yang berkata “الرحمن على العرش استوى” dengan makna “qahara” (menguasai)  kerana al-qahr (menguasai) adalah suatu sifat yang sempurna bagi Allah ta^ala. Dia-lah yang mensifatkan diri-Nya dengan al-qahr. Firman Allah ta^ala dalam surah al-Ra^d, ayat 16:_

قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

Mafhumnya: _“Katakanlah bahawa Allah itu pencipta bagi segala sesuatu dan Dia adalah al-Wahid (Yang Maha Esa) dan al-Qahhar (Yang Maha Berkuasa)”._

_Oleh itu, adalah sahih mentakwilkan al-istiwa’ dengan makna al-istila’ (menguasai) walaupun puak Muktazilah bersetuju dengan Ahlus-Sunnah dalam perkara tersebut._

_Seburuk-buruk keyakinan yang rosak adalah keyakinan bahawa Allah ta^ala duduk bersemayam di atas Arasy atau berhenti atas Arasy kerana pegangan ini menjadikan Allah ta^ala dipikul oleh Arasy dan Arasy pula dipikul oleh para malaikat. Justeru mengikut keyakinan ini para malaikat tersebut memikul Allah ta^ala. Bagaimana mungkin layak untuk Tuhan yang menjadikan alam ini keseluruhannya untuk dipikul oleh sesuatu daripada makhluk-Nya. Berdasarkan pendapat mereka ini melazimkan Allah dipikul dan Dia juga yang memikul, Dia dijaga dan Dia juga menjaga. Hal ini tidak disebut oleh orang yang berakal.”

No comments:

Post a Comment