Tuesday, 18 October 2016

TAZKIRAH SEBELUM JUMAAT & KHUTBAH JUMAAT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI MASJID BUKIT ANTARABANGSA SELANGOR

🎙TAZKIRAH & KHUTBAH JUMAAT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. Jgn lupa pada tarikh yang telah ditetapkan.                            Lokasi:  MASJID BUKIT ANTARABANGSA HULU KELANG SELANGOR.                               Tazkirah bermula 12.20 tengahari.                                   Tajuk: ' Kepentingan Ahli Sunnah Wal Jamaah'.                                                                          🗓Tarikh:  21-10-2016 /20 Muharram 1438 H hari Jumaat.                                                        📽      Penyampai tazkirah & Khutbah: Ustaz Ahmad Faidzurrahim.                                  (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com).                                 📚Semua yg berkesempatan dijemput hadir &viralkan!!!. POSTER.

Friday, 14 October 2016

APABILA KALIMAH ISTAWA DITERJEMAHKAN DGN MAKNA BERSEMAYAM. Dalam bahasa Melayu bersemayam bermaksud duduk atas sesuatu. Rujuk kamus Dewan

Penjelasan ulamak Islam berkaitan dengan makna ISTAWA yang disandarkan kepada Allah adalah seperti berikut:                                                                            Al-Hafiz al-Muhaddith al-^Ārif biLlah al-Syaikh ^Abdullah al-Harari al-Habasyi menyebut di dalam kitabnya  _Syarh al-^Aqidah al-Tohawiyyah_ (hlm. 188):

والتفسير الصحيح تفسير من قال الرحمن على العرش استوى قهر لأن القهر صفة كمال لله تعالى ، هو وصف نفسه به قال تعالى " قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ "، فيصح تأويل الاستواء بالاستيلاء وإن كانت المعتزلة وافقت أهل السنة في ذلك

وأقبح هذه الاعتقادات الفاسدة اعتقد أن الله تعالى جالس على العرش أو واقف عليه ، لأن فيه جعل الله تعالى محمولا للعرش والعرش محمول للملائكة فالملائكة على هذا الاعتقاد قد حملوا الله تعالى، فكيف يليق بلإلة الذي أوجد العالم بأسره أن يحمله شيء من خلقه ، فعلى قول هؤلاء يلزم أن يكون الله محمول حامل محفوظ حافظ، وهذا ما لا يقوله عاقل

Maksudnya: _”Tafsir yang sahih adalah tafsir orang yang berkata “الرحمن على العرش استوى” dengan makna “qahara” (menguasai)  kerana al-qahr (menguasai) adalah suatu sifat yang sempurna bagi Allah ta^ala. Dia-lah yang mensifatkan diri-Nya dengan al-qahr. Firman Allah ta^ala dalam surah al-Ra^d, ayat 16:_

قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

Mafhumnya: _“Katakanlah bahawa Allah itu pencipta bagi segala sesuatu dan Dia adalah al-Wahid (Yang Maha Esa) dan al-Qahhar (Yang Maha Berkuasa)”._

_Oleh itu, adalah sahih mentakwilkan al-istiwa’ dengan makna al-istila’ (menguasai) walaupun puak Muktazilah bersetuju dengan Ahlus-Sunnah dalam perkara tersebut._

_Seburuk-buruk keyakinan yang rosak adalah keyakinan bahawa Allah ta^ala duduk bersemayam di atas Arasy atau berhenti atas Arasy kerana pegangan ini menjadikan Allah ta^ala dipikul oleh Arasy dan Arasy pula dipikul oleh para malaikat. Justeru mengikut keyakinan ini para malaikat tersebut memikul Allah ta^ala. Bagaimana mungkin layak untuk Tuhan yang menjadikan alam ini keseluruhannya untuk dipikul oleh sesuatu daripada makhluk-Nya. Berdasarkan pendapat mereka ini melazimkan Allah dipikul dan Dia juga yang memikul, Dia dijaga dan Dia juga menjaga. Hal ini tidak disebut oleh orang yang berakal.”

Kenyataan Yusuf al-Qardhawi yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. PENGHARAMAN BELIAU KEHARUSAN TABARRUK

Yusuf al-Qardhawi telah berkata dalam kitabnya yang berjudul 'Al-Ibadah Fil Islam':                                                                           "والتبرك بآثار الصالحين و بقبورهم بعد مماتهم هما أوسع أبواب الشرك بالله".                            Maknanya" Dan Tabarruk (mengambil keberkatan) dengan peninggalan-peninggalan org soleh dan dgn kubur-kubur mereka selepas kematian mereka, semua itu adalah seluas-luas pintu Syirik kepada Allah".  

Saturday, 8 October 2016

Siri Mempertahankan Imam al-Asyary.PEMALSUAN KITAB AL-IBĀNAH

                       Disebarkan Oleh blog: ustaz-faidzurrahim.blogspot.com.                                 *PEMALSUAN KITAB AL-IBĀNAH*

Kitab _al-Ibānah_ yang dikarang oleh al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari rahimahullah bukan cetakan kitab yang ada tangan manusia pada hari ini. Kitab al-Ibanah yang dikarang oleh al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari adalah bertepatan dengan akidah Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah.

Dalam muqaddimah kitab _Tabyīn Kadhibil-Muftari_ yang ditaaliq oleh Al-^Allamah al-Muhaddith Muhammad Zahid al-Kauthari (w. 1371 H), beliau menyebut:

والنسخة المطبوعة في الهند من الإبانة نسخة مصحَّفة محرَّفة تلاعبت بها الأيدي الأثيمة، فيجب إعادة طبعها من أصل موثوق. اهـ

_“Salinan yang dicetak di Hindi bagi kitab al-Ibanah adalah naskhah yang diubah dan diselewengkan, ia dipermain-main oleh tangan-tangan yang berdosa. Maka wajib kembali mencetaknya daripada asal manuskrip yang boleh dipercayai”._

Katanya lagi:

ومن العزيز جدّاً الظفر بأصل صحيح من مؤلفاته على كثرتها البالغة، وطبع كتاب الإبانة لم يكن من أصل وثيق، وفي المقالات المنشورة باسمه وقفة. اهـ

_“Antara perkara yang sangat mulia adalah berpegang dengan asal manuskrip yang sahih dari karya-karyanya yang sangat banyak. Telah pun dicetak al-Ibanah namun ia bukan dari manuskrip yang asal boleh dipercayai. Dan pada kitab al-Maqālāt yang tersebar dengan namanya ada kesangsian”._

Dr ^Abdur-Raĥmān Badawi menyokong kenyataan al-^Allāmah al-Kauthari, kata beliau :

وقد لاحظ الكوثري بحق أن النسخة المطبوعة في الهند تلاعبت بها الأيدي الأثيمة.. اهـ.

_“Al-Kauthari telah memperingatkan dengan benar bahawa salinan yang telah dicetak di India dipermain-mainkan oleh tangan-tangan yang berdosa”._

Juga telah dicetak kitab al-Ibanah dengan suatu cetakan lagi yang merupakan hasil penelitian empat salinan manuskrip di bawah tahqiq Dr Fauqiyyah Husain. Cetakan ini lebih baik dari cetakan sebelumnya namun masih lagi tidak sunyi daripada _tahrif_, kekurangan dan pertambahan.

Antara hujah yang menyokong bahawa kitab tersebut telah pun dimasukkan penyelewengan dan pemalsuan adalah al-Hāfiz Ibn ^Asākir Rahimahullah taala telah menukilkan dua fasal daripada al-Ibanah dalam kitabnya yang berjudul _Tabyīn Kadhibil-Muftari._ Ketika dibuat perbandingan teliti antara _al-Ibanah_ bagi salinan cetakan yang ada merata-rata sekarang ini dengan cetakan Dr. Fauqiyyah beserta dengan dua fasal yang dinukilkan oleh al-Hāfiz Ibn ^Asākir maka ternyata jelas kadar tahrif dan penyelewengan yang telah terjadi terhadap kitab ini.

Ini beberapa petikan yang boleh dilihat bersama:

1. Dalam kitab cetakan yang ada sekarang di pasaran (hlm. 16) menyebutkan:

وأنكروا أن يكون له عينان مـع قوله تجري بأعيننا 

Manakala nukilan al-Hāfiz Ibn ^Asākir (hlm. 157) menyebutkan:

وأنكروا أن يكون له عين

2. Dalam kitab cetakan yang ada sekarang (hlm. 16) menyebutkan:

 وأن له سبحانه عينين بلا كيف

Manakala nukilan al-Hāfiz Ibn ^Asākir (hlm. 22) menyebutkan:
وأن له عيناً بلا كيف

3. Dalam kitab cetakan yang ada sekarang di pasaran (hlm. 69) menyebutkan:

إن قال قائل: ما تقولون في الاستواء؟ قيل له نقول: إن الله عز وجل مستوٍ على عرشه كما قال الرحمن على العرش استوى 

Manakala cetakan Dr. Fauqiyyah (hlm. 105) menyebutkan:

إن الله عز وجل استوى على عرشه استواءً يليق به من غير حلول ولا استقرار

Jelas kita dapati ibarat terakhir “من غير حلول ولا استقرار" dibuang dalam cetakan yang ada di pasaran sedang pernyataan itu jelas menunjukkan bahawa al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari menolak sifat bertempat dan menetap di tempat.

4. Dalam kitab cetakan yang ada sekarang di pasaran (hlm. 73) menyebutkan:

فكل ذلك يدل على أنه تعالى في السماء مستوٍ على عرشه، والسماء بإجماع الناس ليست الأرض، فدل على أن الله تعالى منفرد بوحدانيته مستوٍ على عرشه

Manakala cetakan Dr. Fauqiyyah (hlm. 113) menyebutkan:

فدل على أنه تعالى منفرد بوحدانيته مستوٍ على عرشه استواءً منزهاً عن الحلول والاتحاد" اهـ

Ternyata golongan al-Hasywiyyah (golongan  yang menjisimkan Allah) telah membuang perkataan tanzih yang disebut oleh al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari rahimahullah iaitu “استواءً منزهاً عن الحلول والاتحاد” yang mengandungi penyucian Allah daripada bertempat dan bersatu dengan makhluk.

5. Dalam kitab cetakan yang ada sekarang di pasaran (hlm. 57) menyebutkan:

"وذكر هارون بن إسحاق قال سمعت إسماعيل بن أبي الحكم يذكر عن عمر بن عبيد الطنافسي أن حمّاداً بعث إلى أبي حنيفة: إني بريء مما تقول، إلا أن تتوب. وكان عنده ابن أبي عقبة، قال، فقال: أخبرني جارك أن أبا حنيفة دعاه إلى ما استتيب منه بعد ما استتيب . وذكر عن أبي يوسف قال: ناظرت أبا حنيفة شهرين حتى رجع عن خلق القرآن اهـ

_“Harun ibn Ishaq menyebutkan katanya: "Aku mendengar Ismā^īl ibn Abī Hakam menyebut daripada ^Umar ibn ^Ubaid al-Țonāfasi bahawa Hammad diutuskan kepada al-Imam Abu Hanifah: Aku berlepas diri daripada apa yang kamu sebutkan melainkan jika kamu bertaubat ketika itu ada di sisinya Ibn Abi ^Uqbah. Katanya: Maka dia telah berkata: Jiran kamu telah mengkhabarkan kepadaku bahawa Abu Hanifah menyeru kepada sesuatu yang perlu diistitabahkan (istitabah bererti khalifah meminta daripadanya agar bertaubat) setelah apa yang diistitabahkan. Disebut daripada Abu Yusuf bahawa dia berkata: “Aku telah berdebat dengan imam Abu Hanifah dua bulan hingga dia kembali dari masalah al-Quran makhluk”_.

Manakala jika dilihat dalam kitab al-I^tiqad karangan al-Baihaqi (hlm. 112) ada diriwayatkan:

"روّينا عن محمد بن سعيد بن سابق أنه قال : سألت أبا يوسف فقلت : أكان أبو حنيفة يقول القرآن مخلوق؟ فقال : معاذ الله، ولا أنا أقوله. فقلت : أكان يرى رأي جهم؟ فقال : معاذ الله، ولا أنا أقوله. رواته ثقات" اهـ.

_“Kami riwayatkan daripada Muhammad bin Sa^id bin Sabiq bahawa dia berkata: "Aku tanya Abu Yusuf dengan berkata: "Adakah Abu Hanifah mengatakan al-Quran (yang merupakan kalamullah itu) makhluk? Katanya: “Mohon perlindungan daripada Allah,  aku juga (sepertinya) tidak aku katakan begitu”. Aku bertanya lagi: "Adakah dia sependapat dengan pendapat Jahm (Jahm Bin Safwan pengasas ajaran sesat Jahmiyyah) lalu katanya (Abu Yusuf): “Mohon perlindungan daripada Allah, aku juga (sepertinya) tidak aku katakan begitu”. Periwayat-periwayatnya adalah thiqāt”._

Bukankah hal ini jelas menunjukkan betapa kitab ini diselewengkan dan masukkan ibarat-ibarat yang membantu akidah mereka??!

Al-Hāfiz al-Muhaddith al-^Arif biLlāh al-Syaikh ^Abdullah al-Harari al-Habasyi menyebut di dalam kitabnya _al-Syarĥul-Qawīm_, hlm. 302 - 303:

قال الامام أبو القاسم عمر بن الحسين بن الحسن المكي في كتابه المسمى نهاية المرام في علم الكلام حكى القاضي أبو بكر يعني ابن الباقلاني عن أبي الحسن رحمه يعني الأشعري أنه قال في كتاب النوادر عند سؤاله هل يعرف الله تعالى عبد اعتقد أنه جسم؟ فقال : إن هذا القائل غير عارف بالله وإنه كافر به. اھ. قال القاضي رحمه الله : وكذلك القول عنده على من زعم أن كلام الله تعالى مخلوق .اھ. وهذا هو الذي يصح عن أبي الحسن قال بعض العلماء أما كتاب الإبانة لم يكن طبعه من أصل وثيق وفي المقالات المنشورة باسمه وفقة لأن جميع النسخ الموجودة اليوم من أصل وحيد كان في حيازة أحد كبار الحشوية ممن لا يؤتمن على الاسم ولا المسمى. بل لو صح الكتابان عنه على وضعهما الحاضر لما بقي وجه لمناصبة الحشوية المجسمة العداء له على وجه معروف. ومعلوم طعن الحشوية المجسمة فيه قديما وحديثا

ويكفي في ذلك ما اشتهر عند الوهابية من ذمه وتضليله وتصريح بعضهم بتكفيره، فلو كانت نسخة صحيحة من الكتابين لاكتفوا بهما لإثبات أنه موافق لهم ولم يحتاجوا إلى الشتائم الغليظة والتكفير، حتى إنه بلغ بعضهم في شدة كراهيته أنه ذهب إلى قبره فأحدث عليه ، ثم الله تعالى انتقم منه فمات بنزيف الدم بعد ثلاثة أيام وفي هذا دلالة ظاهرة على أن هذين الكتابين ليسا له. لو كان عندهم نسخة صحيحة من هذين الكتابين ما احتاجوا إلى الشتم بل لجاهروا بأن الأشعري معنا وليس معكم وهذان الكتابان من كلامه فهو معنا لا معكم. ومعلوم عند المحدثين وغيرهم أن صحة النسخة شرط في الرواية

_“Al-Imām Abul-Qāsim ^Umar bin Husain bin Hasan al-Makki di dalam kitabnya yang berjudul Nihāyatul-Marām fī ^Ilmil-Kalām telah berkata; “ al-Qadhi Abu Bakar iaitu ibn al-Baaqillani menceritakan daripada Abul-Hasan - semoga Allah merahmatinya - iaitu al-Asy^ari bahawa dia berkata di dalam kitab al-Nawadir ketika ditanya:_

هل يعرف الله تعالى عبد اعتقد أنه جسم

_“Adakah hamba yang meyakini Allah taala berjisim itu dikira sebagai orang yang mengenal Allah ta^ala? Dia menjawab:_

إن هذا القائل غير عارف بربه وإنه كافر به

_“Sesungguhnya orang yang berbicara dengan perkataan ini tidak mengenal akan Tuhannya dan dia kafir dengan-Nya”._

_Al-Qađī (al-Baqillānī) berkata lagi ; Pendapat yang sama juga di sisinya (al-Asy^ari) berhubung orang yang menyangka bahawa kalam Allah taala itu adalah makhluk. Perkara tersebut ini adalah sebenarnya perkataan yang sahih dari imam Abul-Hasan al-Asy^ari._

_Sebahagian ulama ada berkata:_
_“Adapun kitab al-Ibanah, tiada terdapat cetakan yang boleh dipercayai. Kitab al-Maqālāt yang tersebar pada hari ini atas namanya memang ada kesangsian kerana kesemua salinan yang ada hari ini berasal dari (sumber) yang satu yang sebelumnya berada dalam simpanan salah seorang pembesar golongan al-Hasywiyyah/al-Hasyawiyyah yang tidak dirasai selamat pada judul kitab tersebut dan pengarang kitabnya. Bahkan  kalaulah benar-benar dua buah kitab (yang ada hari ini dan diubah dari asalnya) ini daripadanya sebagaimana yang ada sekarang ini nescaya pasti tiada lagi sebab atau sebarang bentuk untuk bangkit menentang golongan al-Hasywiyyah al-Mujassimah yang memusuhi beliau atas jalan yang diketahui semua._

_Sudah menjadi perkara yang sudah dimaklum akan cercaan terhadapnya oleh golongan al-Hasywiyyah al-Mujassimah (golongan yang menjisimkan Allah) dulu dan kini. Memadailah dalam menjelaskan hal tersebut apa yang menjadi masyhur di sisi  golongan al-Wahhabiyah berhubung sikap mereka mencaci-makinya (al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari), menyesatkannya, bahkan sebahagiannya menyatakan pengkafiran terhadapnya. Jika salinan cetakan 2 buah kitab ini benar-benar sahih nescaya memadailah mereka dengan keduanya untuk mengithbatkan bahawa al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari seiring dengan akidah mereka dan tiada pula mereka perlu bersusah payah mencelanya dengan teruk dan mengkafirkannya._

_Sehingga ada sebahagian mereka melampaui batasan kerana sangat membencinya. Lalu dia pergi ke kubur al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari dan dia berhadas di atasnya (buang air kecil dan besar di atas kubur beliau). Lalu Allah ta^ala mengenakan balasan buruk kepadanya dan dia mati disebabkan pendarahan yang kuat selepas 3 hari. Perkara ini adalah petanda yang amat jelas menunjukkan kedua kitab ini (yang ada dipasaran) bukan karangan beliau. Sekiranya mereka betul-betul mempunyai salinan yang sahih bagi kedua-dua kitab ini pasti mereka tidak perlu lagi mencaci makinya bahkan mereka mewarwarkan atau menyatakan secara terang terangan bahawa al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari bersama dengan kami bukan dengan kamu dan kedua kitab ini adalah perkataannya dan ini seiringan dengan kami bukan dengan kamu. Padahal sudah maklum di sisi ulama hadith dan selainnya bahawa kesahihan naskhah atau salinan adalah syarat dalam periwayatan.”_ Intaha


*Hujah tambahan:*

Jika benar apa yang ada dalam kitab _al-Ibanah_ nescaya ia akan diikuti oleh seluruh murid-murid al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari sebagaimana golongan al-Wahhabiyah pada hari ini mengikut kitab-kitab imam-imam mereka Muhammad ibn ^Abdul-Wahhāb dan sebagainya namun hakikatnya murid-murid terdekat dengan al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari yang terkenal telah menelusuri jalan takwil sekaligus mensabitkan perkara yang bertentangan dengan kitab al-Ibanah yang diselewengkan oleh golongan al-Hasyawiyyah.

Penyelewengan terhadap kitab al-Ibanah dan kitab-kitab Ahlus Sunnah yang lain adalah bertujuan menarik masyarakat kepada akidah tajsim dengan menyandarkanna kepada ulama muktabar terutamanya ulama pada zaman salaf padahal ia adalah dusta dan nista yang dipermain-permainkan oleh tangan-tangan pendosa padahal salaf berlepas diri daripada golongan ini.


*Tanbih:*

Ketahuilah bahawa al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari  tidak pernah melakukan mazhab yang baru dalam akidah bahkan beliau telah mensilibuskan mazhab Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah. Inilah yang disebut oleh al-Imām Qađil-Quđoh Tājud-Dīn ^Abdul-Wahhāb ibn ^Alī ibn ^Abdil-Kāfī al-Subkī al-Syāfi^ī (w 771 H) dalam kitabnya _Țobaqāt al-Syafi^iyyah al-Kubra_, jil. 2 hlm. 254:

"واعلم أن أبا الحسن الأشعري لم يبدع رأيًا ولم يُنشئ مذهبًا، وإنما هو مقرر لمذاهب السلف، مناضل عما كانت عليه صحابة رسول الله صلى الله عليه وسلم، فالانتساب إليه إنما هو باعتبار أنه عقد على طريق السلف نطاقا وتمسك به، وأقام الحجج والبراهين عليه، فصار المقتدي به في ذلك السالك سبيله في الدلائل؛ يسمى أشعريًّا"

_"Ketahuilah bahawa Abul-Hasan al-Asy^ari tidak membawa pemikiran (ajaran) baru dan tidak pula mendirikan mazhab baru, bahkan beliau hanya menetapkan atau merumuskan kembali mazhab salaf, memperjuangkan apa yang telah diyakini oleh para sahabat Rasulullah ﷺ maka berintisab atau menandarkan diri kepadanya adalah diksebabkan beliau menetapkan keyakinan salaf dan berpegang teguh dengannya, mengukuhkan dalil dan penghujahannya, maka orang yang mengikuti jalan dan jejak langkah beliau dalam keyakinan (aqidah) disebut "Asy^ari", iaitu seorang pengikut al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari”._

Seterusnya al-Syaikh Tajud-Din al-Subki menyebut: _“Puji-pujian bagi Allah, mazhab-mazhab yang empat berada di dalam akidah yang satu, melainkan mereka yang terlibat dengan pendokong Mu^tazilah dan Mujassimah. Manakala golongan jumhur bagi golongan ini adalah golongan yang benar. Kesemua mereka membenarkan akidah Abū Ja^far al-Toĥāwī yang telah diterima oleh para oleh para ulama salaf dan khalaf. Mereka juga telah berpegang dengan agama Allah berdasarkan manhaj Syaikhus-Sunnah Abu al-Hasan al-Asy^ari yang mana tidak ada seorangpun yang akan membantah beliau melainkan golongan yang melakukan bidaah”._ (Lihat Tajud-Din ^Abdul-Wahhab ibn ^Ali al-Subki, _Mu^īdun-Ni^am wa Mubīdun-Niqam_, Kaherah, Maktabah al-Khanji, cet. 2, 1413H/1993R, hlm. 22 - 23)
 Disebarkan oleh blog: ustaz-faidzurrahim.blogspot.com

Monday, 3 October 2016

BUKTI AKIDAH IMAM ALI ADALAH 'ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT'. Wahabi menuduh sebagai Syiah.


                                              يقولُ الإمام عليٌ رضي الله عنه : «كَانَ اللَّهُ وَلاَ مَكَانَ وَهُوَ الآنَ عَلَى مَا عَلَيْهِ كَانَ». ويقول أيضاً في تنـزيه الله عن الجلوس : «إنَّ الله خَلَقَ العَرْشَ إِظْهَارًا لِقُدْرَتِهِ وَلَمْ يَتَّخِذهُ مَكَاناً لِذَاتِهِ». رواه أبو منصور البغدادي في كتابه الفرق بين الفرق.                                                                                                                               Berkata Imam Ali bahawa Allah Wujud Tanpa Tempat Dan bukan berada di atas arasy. Diriwayatkan oleh Imam Abu Mansur al-Baghdadi dalam kitab 'Al-Farqu Banal Firoq'

CERAMAH AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BERSAMA USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM 1438 H. Membongkar kesesatan Wahabi, Syiah &Hizbut Tahrir. 2016



CERAMAH PERDANA MAAL HIJRAH DI SELANGOR. BERSAMA USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM. Bongkar Wahabi, Syiah & Hizbut Tahrir. 1438H




          🕋CERAMAH PERDANA Sempena Maal Hijrah 1438H.                                        .                          📚Tajuk: 'PENJELASAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. Syiah, Wahabi & Hizbut Tahrir ikutan @ ancaman?'                                                                    .                                            ⏰Masa: 9-10-2016 (8 Muharram) Ahad malam Isnin selepas maghrib.              .                 🕌Lokasi: Masjid Dato' Dagang Kg Jawa, Kelang Selangor Darul Ehsan.                     .                                                                     🎙Penceramah Jemputan:                                    Ustaz Ahmad Faidzurrahim.              (Tauliah JAIS).                                        Jemputan Bersama:👇                                                 Asmaul Husna Islamic Remaja MDD.      👉Anjuran rasmi oleh Masjid Dato Dagang.    Semua dijemput hadir dan war-warkan.