HIDANGAN ILMU AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEBAGAI SANTAPAN ROHANI BAGI SETIAP MUSLIM. DAPATKAN BUKU-BUKU KELUARAN USTAZ AHMAD
Friday, 16 September 2016
SANGGAHAN KE ATAS FAHAHAMAN WAHABI YANG MENOLAK KEHARUSAN TAWASSUL
-KEHARUSAN TAWASSUL- Blog: ustaz-faidzurrahim.blogspot.com
Di dalam kitab _al-Bidayah Wal Nihayah_, jilid 14 halaman 135-136, Ibn Kathir menyebut mengenai kematian ibn Taimiyyah, pengikutnya datang membaca al-Quran, dan mereka mengambil berkat dengan melihatnya dan menciumnya:
*توفي بقلعة دمشق بالقاعة التي كان محبوساً بها، وحضر جمع كثير إلى القلعة، وأذن لهم في الدخول عليه، وجلس جماعة عنده قبل الغسل وقرؤا القرآن وتبركوا برؤيته وتقبيله، ثم انصرفوا، ثم حضر جماعة من النساء ففعلن مثل ذلك ثم انصرفن واقتصروا على من يغسله*
_“Ibn Taymiyyah meninggal di tahanan penjara di Dimasq/Damsyiq berdekatan dewan yang dia ditahan di situ. Ramai orang datang ke kubu tahanan tersebut. Mereka diberikan kebenaran untuk masuk. Ada beberapa kelompok (pengikutnya) duduk disebelahnya sebelum dimandikan jenazah dan mereka membacakan al-Quran dan mengambil berkat dengan melihatnya dan menciumnya kemudian mereka beredar. Kemudian hadir sekumpulan wanita lalu mereka juga melakukan perkara yang sama kemudian mereka beredar dan mereka membiarkan kepada orang yang memandikannya”._
Ibn Kathir menambah lagi pada halaman 136:
*وقد تضاعف اجتماع الناس على ما تقدم ذكره، ثم تزياد الجمع إلى أن ضاقت الرحاب والأزقة والأسواق بأهلها ومن فيها، ثم حمل بعد أن صلّي عليه على الرؤوس والأصابع، وخرج النعش به من باب البريد واشتد الزحام وعلت الأصوات بالبكاء والنحيب والترحم عليه والثناء والدعاء له".*
_“Maka makin bertambah perhimpunan ramai manusia sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Kemudian bertambah kehadiran lagi hingga sempit halaman masjid, laluan, pasar-pasar dengan manusia kemudian dibawa jenazahnya setelah disolatkan di atas kepala-kepala dan di bawa dengan tangan-tangan. Dibawa keluar keranda daripada pintu gerbang besar dan bersangatan sesak. Suara-suara berteriakan dengan tangisan, menangis teresak-esak, bertarahhum kepadanya, memujinya dan mendoakannya"._
Kemudian ibn Kathir menyebut lagi mengenai perihal ibn Taymiyyah ini pada halaman yang sama dalam kitab tersebut:
*وشرب جماعة الماء الذي فضل من غسله واقتسم جماعة بقية السدر الذي غسل به ودفع في الخيط الذي كان فيه الزئبق الذي كان في عنقه بسبب القمل مائة وخمسون درهما وقيل إن الطاقية التي كانت على رأسه دفع فيها خمسمائة درهما وحصل في الجنازة ضجيج وبكاء كثير وتضرع وختمت له ختمات كثيرة بالصالحية وبالبلد وتردد الناس إلى قبره أياما كثيرة ليلا ونهارا يبيتون عنده ويصبحون ورؤيت له منامات صالحة كثيرة ورثاه جماعة بقصائد جمة*
_“Ada jamaah yang meminum air yang merupakan lebihan daripada kerja memandikan jenazahnya, sebahagian jemaah yang hadir membahagi-bahagikan saki baki daripada daun bidara yang telah digunakan untuk membasuh jenazahnya. Ada yang mengatakan bahawa dibayar benang yang terdapat pada timah yang berada dilehernya disebabkan kutu dengan harga 150 dirham. Ada yang mengatakan bahawa kopiah yang berada atas kepalanya dibayar sebanyak 500 dirham. Berlaku pada jenazah ibn Taymiyyah suasana yang bising, tangisan yang banyak, menundukkan diri dan dikhatamkan al-Quran dengan beberapa kali khatam di al-Salhiyeh dan di al-Balad. Manusia berulang-alik ke kuburnya (Ibn Taymiyyah) dalam banyak hari, siang dan malam. Mereka tidur pada waktu malam di sisi kubur ibn Taymiyyah dan bangkit di paginya serta mereka melihat (kononnya) bagi ibn Taymiyyah itu mimpi-mimpi yang baik dan sekumpulannya menangisi dalam memperingatinya dengan qasidah-qasidah yang banyak”._
Ibn Abdul Hadi al-Maqdisi dalam kitabnya _al-^Uqud al-Durriyyah_ pada menceritakan sirah gurunya Ibn Taymiyyah, jilid 1 halaman 486:
*وشرب جماعة الماء الذي فضل من غسله ، واقتسم جماعة السدر الذي غسل به ،وقيل إن الطاقية التي كانت على رأسه دفع فيها خمسمائة درهم ،وقيل إن الخيط الذي فيه الزئبق الذي كان في عنقه بسبب القمل دفع فيه مائة وخمسون درهماً ، وحصل في الجنازة ضجيج وبكاء وتضرع ، وختمت له ختم كثيرة بالصالحية والبلد ، وتردد الناس الى قبره أياماً كثيرة ليلاً ونهاراً ، ورؤيت له منامات كثيرة صالحة*
_“Ada jamaah yang meminum air yang merupakan lebihan daripada kerja memandikan jenazahnya, sebahagian jemaah yang hadir membahagi-bahagikan saki baki daripada daun bidara yang telah digunakan untuk membasuh jenazahnya. Ada yang mengatakan bahawa kopiah yang berada atas kepalanya dibayar sebanyak 500 dirham. Ada yang mengatakan bahawa dibayar benang yang terdapat pada timah yang berada dilehernya disebabkan kutu dengan harga 150 dirham. Berlaku pada jenazah ibn Taymiyyah suasana yang sangat bising, tangisan yang banyak, menundukkan diri dan dikhatamkan al-Quran dengan banyak kali khatam di al-Salhiyeh dan di al-Balad. Manusia berulang-alik ke kuburnya (ibn Taymiyyah) dalam banyak hari, siang dan malam. Mereka tidur pada waktu malam di sisi kubur ibn Taymiyyah dan bangkit di paginya serta mereka melihat (kononnya) bagi ibn Taymiyyah itu mimpi-mimpi yang baik”._
Muhammad bin Abi Bakar bin Nasirudin al-Dimasqi dalam kitabnya _Rad al-Wafir_, halaman 136 menyebutkan:
*ينقل عن بعض الناس كانوا يكتحلون بتراب قبر ابن تيمية*
_“Dinukilkan oleh sebahagian manusia bahawa mereka meletakkan celak mata dengan menggunakan tanah kubur Ibn Taymiyyah”._
Ibn Kathir dalam kitab _al-Bidayah wal-Nihayah_, jilid 14 halaman 138 menyebut:
*فشرع عند ذلك الشيخان الصالحان الخيران عبد الله بن المحب وعبد الله الزرعي الضرير وكان الشيخ رحمه الله يحب قراءتهما فابتدآ من أول سورة الرحمن حتى ختموا القرآن وأنا حاضر أسمع وأرى*
_“Lalu masuk ketika itu dua orang syaikh yang soleh lagi baik Abdullah bin al-Muhib dan ^Abdullah al-Zar^i al-Dharir. As- Syaikh (ibn Taymiyyah) sebelum ini amat menyukai bacaan kedua-keduannya. Lalu kedua syaikh tersebut memulakan bacaan daripada awal surah al-Rahman hingga mereka mengkhatamkan al-Quran dan aku ( ibn Kathir) hadir dan dengar”._
Perkara yang sama juga disebut oleh Muhammad bin Abi Bakar bin Nasirudin al-Dimasyqi dalam kitabnya _Rad al-Wafir,_ halaman 93.
Berdasarkan apa yang disebutkan oleh Ibn Kathir dan selainnya, kita boleh melihat beberapa perkara penting:
1. Siapa sangka orang seperti ibn Taymiyyah pun ada orang yang telah bertabarruk dengannya ??! Padahal orang selayaknya ditabarrukkan adalah ulama Ahlus Sunnah yang soleh dan bertakwa lagi yang tidak memiliki sedikitpun perkaitan dengan pegangan tasybih dan tajsim. Al-^Aini dalam _^Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari_ jilid 14, halaman 471 menyebut:
*وقد روينا عن الإمام أحمد أنه غسل قميصا للشافعي وشرب الماء الذي غسله به وإذا كان هذا تعظيمه لأهل العلم فكيف بمقادير الصحابة وكيف بآثار الأنبياء عليهم الصلاة والسلام*
_“Kami riwayatkan daripada Imam Ahmad bahawa beliau membasuh pakaian milik imam Syafi^i dan dia telah meminum air yang dibasuhkan pakaian tersebut dengannya. Jika ini pengagungannya terhadap ahli ilmu bagaimana dengan status para sahabat, dan bagaimanakah pula dengan kesan peninggalan para nabi ^alayhimus-solatu wad-sallam”._
Kata-kata Ibn Kathir:
*وقرؤا القرآن وتبركوا برؤيته وتقبيله، ثم انصرفوا، ثم حضر جماعة من النساء ففعلن مثل ذلك*
_"Ada beberapa kelompok (pengikutnya) duduk disebelahnya sebelum dimandikan jenazah dan mereka membacakan al-Quran dan mengambil berkat dengan melihatnya dan menciumnya kemudian mereka beredar. Kemudian hadir sekumpulan wanita lalu mereka juga melakukan perkara yang sama”._
Hal ini membuktikan kepada kita bahawa mereka membaca al Quran setelah kematiannya,
mengambil berkat bahkan menciumnya. Juga lebih dahsyat ibn Kathir dan selainnya menyebut:
*وشرب جماعة الماء الذي فضل من غسله ، واقتسم جماعة السدر الذي غسل به*
_"Ada jamaah yang meminum air yang merupakan lebihan daripada kerja memandikan jenazahnya, sebahagian jemaah yang hadir membahagi-bahagikan saki baki daripada daun bidara yang telah digunakan untuk membasuh jenazahnya"_
Persoalannya, siapa yang lebih mulia Ibn Taymiyyah atau para sahabat dan Rasulullah _sollallah ^alaihi wa sallam_??!!.
2. Perkataan ibn Kathir dan Ibn Abdil-Hadi al-Maqdisi “وشرب جماعة الماء الذي فضل من غسله” memberi kefahaman bahawa tabarruk adalah harus di sisi mereka (mujassimah dan al-Wahhabiyyah) dengan syarat orang yang ditabarrukkan itu adalah ibn Taymiyyah dan sekutunya adapun orang selainnya maka dikira syirik di sisi mereka.
3. Perkataannya “إن الطاقية التي كانت على رأسه دفع فيها خمسمائة درهم” memberi kita kefahaman bahawa peninggalan Ibn Taymiyyah tidak dimusnahkan dan dibuang bersama sampah-sampah yang lain sebagaimana al-Wahhabiyyah telah perbuat pada athar-athar peninggalan Rasulullah, rumah-rumah para sahabat dan tempat kelahiran baginda Muhammad _sollallahu ^alaihi wa sallam._
4. Kenapa golongan al-Wahhabiyyah beria-ria menghukumkan amalan bertawassul dan bertabaruk ini sebagai syirik. Padahal Ibn Taymiyyah sendiri diperlakukan perkara yang sama oleh pengikutnya yang taksub?!!
5. Upacara tabarruk yang dilakukan oleh murid Ibn Taymiyyah ini sememangnya dimuatkan dalam kitab Ibn Kathir, jika ia syirik dan sesat maka sudah tentu ibn Kathir mencemuh dan menolak perkara tersebut. Saya sarankan elok disimpan bukti daripada kitab Ibn Kathir ini sebelum mereka mengubah maklumat ini dalam kitab Ibn Kathir.
6. Antara yang sering diingkari oleh golongan al-Wahhabiyyah adalah menghadiahkan bacaan al-Quran kepada si mati. Persoalannya imam yang menjadi rujukan terulung mereka seperti Ibnn Kathir dalam _al-Bidayah wan-Nihayah_, jilid 14 halaman 136 menyebut bagaimana pengikut Ibn Taymiyyah membacakan al-Quran di sisi kuburnya. Kata ibn Kathir : "وختمت له ختمات كثيرة بالصالحية وبالبلد " dikhatamkan bagi jenazah Ibn Taymiyyah dengan banyak kali khatam bacaan Al-Quran di Salhiyah dan di al-Balad". Apa yang mereka akan kata kepada perkataan Ibn Kathir:
*فشرع عند ذلك الشيخان الصالحان الخيران عبد الله بن المحب وعبد الله الزرعي الضرير وكان الشيخ رحمه الله يحب قراءتهما فابتدآ من أول سورة الرحمن حتى ختموا القرآن وأنا حاضر أسمع وأرى*
_“Lalu masuk ketika itu dua orang syaikh yang soleh lagi baik Abdullah bin al-Muhib dan ^Abdullah al-Zar^i al-Dharir. Al- Syaikh (Ibn Taymiyyah) sebelum ini amat menyukai bacaan kedua-keduannya. Lalu kedua syaikh tersebut memulakan bacaan daripada awal surah al-Rahman hingga mereka mengkhatamkan al-Quran dan aku (Ibn Kathir) hadir dan dengar” ????!!!
7. Ibn Kathir menyebut "ورؤيت له منامات كثيرة صالحة" dilihat bagi Ibn Taymiyyah itu (kononnya) mimpi mimpi yang baik". Persoalannya, sejak bila golongan mujasimah dan al Wahhabiyyah mengira mimpi sebagai rujukan agama dan sebagai bukti kebaikan ibn Taymiyyah setelah kematiannya???!!
8. Apa yang akan diulas oleh al- Wahhabiyyah mengenai perkataan ibn Kathir : "وتردد الناس الى قبره أياماً كثيرة ليلاً ونهارا " : Manusia (pengikutnya) banyak kali berulang alik ke kuburnya (ibn Taymiyyah) siang dan malam", Adakah mereka juga akan meletakkan hukum yang sama kepada mereka dengan gelaran quburiyyun, dan melakukan amalan amalan khurafaat??!!
9. Penjelasan Ibn Nasiruddin al-Dimasyqi tentang pengikutnya bertabarruk dengan tanah kubur ibn Taymiyyah adalah tamparan hebat yang menjadi titik pertanyaan. Bagaimana mereka memandang baik amalan seperti ini diperlakukan kepada kubur Ibn Taymiyyah sedangkan mereka mengingkari perkara yang sama diperlakukan kepada kubur seafdhal afdhal makhluk iaitu Muhammad. Di dalam _al-Tuhfah_ karangan Ibn ^Asakir daripada Ali, bahawa beliau berkata:
_"Apabila dikebumikan Rasululullah sollallah ^alaihi wa sallam datang Fatimah radiyallahu ^anha lalu dan beliau berhenti di kubur Rasulullah. Beliau mengambil segenggam tanah kubur baginda dan beliau meletakkannya di matanya dan menangis serta berkata:_
*ماذا على من شم تربة أحمد *** *أن لا يشم مدى الزمان غواليا*
*صبت علي مصائب لو أنها *** *صبت على الأيام عدن لياليا*
10. Al-Wahhabiyyah bekerja keras semenjak ajaran ini diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab untuk menyembunyikan dan merosakkan kesan-kesan peninggalan rasulullah dan para sahabat. Dan pada mutaakkhir mereka menghancurkan rumah Rasulullah dan menjadikannya sebagai bilik air/tandas untuk penggunaan umum. Adapun barang peninggalan Ibn Taymiyyah mereka jualnya dan mereka tawarkan dengan harga semahal-mahalnya!!! Begitu juga mereka perbuat kepada barang barang tokoh mereka yang lain.
-Blog: ustaz-faidzurrahim
blogspot.com-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment