Wednesday 4 November 2015

Bukti Umat Islam di Malaysia tolak kesesatan Wahabi dan Syiah. Syiah, Wahabi: Kedah pantau kemasukan penceramah.

Sumber rasmi:  http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/syiah-wahabi-kedah-pantau-kemasukan-penceramah-1.439613


ALOR SETAR - Kerajaan Kedah dengan kerjasama Jabatan Mufti akan memantau kemasukan penceramah bagi mengelak penularan fahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), kata Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.


Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri itu berkata, usaha tersebut penting untuk menyekat penyebaran ajaran seperti Wahabbi dan Syiah di Kedah.
    
"Individu dikenal pasti akan disenaraikan bagi memastikan mereka tidak dipanggil mengadakan ceramah di sini, bertujuan utama untuk menjaga keharmonian negara," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah peringkat negeri Kedah di sini hari ini.
    
Pejabat Mufti, beliau berkata akan memantau penceramah yang ingin mengadakan ceramah di jabatan-jabatan kerajaan, dan akan menghalang sekiranya mereka berniat menyampaikan ajaran selain fahaman ASWJ.
    
Mohd Rawi bimbang fahaman lain yang menular di Kedah dan Malaysia, boleh menyebabkan huru-hara sehingga berlaku pertumpahan darah sebagaimana berlaku di negara Islam lain.
    
Beliau berkata, tindakan boleh dikenakan ke atas individu menyebarkan fahaman agama seperti Wahabbi dan Syiah di bawah Enakmen Jenayah Syariah yang diwartakan kerajaan Kedah dua tahun lepas.
    
Enakmen itu dikuatkuasakan mulai 1 Mac lepas, dan ia membolehkan tindakan diambil terhadap pengikut dan penyebar fahaman Syiah, kata beliau.
    
"Sekiranya kita mendapat aduan, tindakan akan diambil dan dibawa ke Mahkamah Syariah," katanya.
    
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan pusat telah menyumbang dana pembangunan sebanyak RM3.6 juta kepada 64 Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Maahad Tahfiz bagi membaiki dan membina infrastruktur baharu sekolah berkenaan. - Bernama

1 comment:

  1. Salam ustaz.. saya ingin membeli buku ustaz yang bertajuk asas fardhu ain, amalan ibadah dalam mazhab syafi'e dan tasawuf. Dimana saya boleh mendapatkannya?

    ReplyDelete