Wednesday 6 May 2015

SULTAN SELANGOR BERAKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 'ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT' - Ustaz faidzurrahim-

BUKTI DARI BUKU YANG BERJUDUL  "POHON AGAMA BAHAGIAN RUKUN IMAN" ATAS NAMA SULTAN AL-MUAAZAM 'ALAUDDIN SULAIMAN SYAH


 Sultan al-Muaazzam 'Ala’uddin Sulaiman Shah berkata:
“5. “Qiyamuhu bi-nafsi-hi” maka bukan Ia jirim (mengambil lapang) dan bukan Ia 'arad (barang yang berkehendak kepada tempat pendiriannya). Maka tiada Ia di atas sesuatu dan tiada Ia di bawah sesuatu dan tiada ada kanan sesuatu dan tiada di kiri sesuatu dan tiada di hadapan sesuatu dan tiada di belakang sesuatu dan tiada bagi-Nya atas dan tiada bagi-Nya bawah dan tiada bagi-Nya kanan dan [tiada] bagi-Nya kiri dan tiada bagi-Nya hadapan dan tiada bagi-Nya belakang dan tiada bermasa dan tiada bertempat dan tiada disifatkan zat-Nya dengan kecil atau besar atau panjang atau pendek dan tiada bersifat zat-Nya dengan warna putih atau kuning atau hijau atau barang sebagainya dan tiada bermasuk-masukkan dengan sesuatu dan tiada Ia mengambil manfaat atau kerana menolakkan mudarat.”

Ini adalah bukti bahawa Sultan-sulatan Melayu juga berakidah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan ini jua menolak fahaman kufur Musyabbihah mujassimah moden iaitu WAHABI dan sekutunya yang berakidah sama.
Wahabi yang menganggap Allah berada tinggal dan duduk di atas langit dan arasy adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad, justeru itu marilah sama-sama memperkukuhkah lagi akidah kita agar tidak terpengaruh dengan mana-mana fahaman songsang seperti Wahabi dan selainnya.
Gambar Sultan Selangor Sultan al-Muaazzam 'Ala’uddin Sulaiman Shah berada di atas mimbar Masjid
__________________________

2 comments: