Tuesday, 23 December 2014

WASPADA GERAKAN DEMOKRASI LIBERAL -WAHABI-

Waspada gerakan demokrasi liberal


Disediakan oleh: AHMAD FAIDZURRAHIM
Email: faidzurrahim@gmail.com
Assalamualaikum semua sahabat Islam yg sejati:
Sesungguhnya dewasa ini umat Islam menghadapi cabaran fahaman dan agenda demokrasi liberal yang dijana melalui organisasi terancang yang kekadang terkabur oleh ketidaktelitian sendiri walau berpartikan politik Islam. Rangkaian dan konsistensi pasti kedapatan jika kita bersama meneliti sehalusnya dengan multi-disiplin keilmuan keantarabangsaan dan keilmuan agama yang benar daripada pensanadan ilmu yang thiqah yang berkredibiliti. Tidak semestinya kemasyhuran intelektualisme mengatasi kebenaran kerana di sana memungkinkan terdapatnya kekeliruan dan kesamaran jika tidak berhati-hati.
Umat Islam kini berdepan cabaran fahaman-fahaman sesat dan merbahaya serta bersifat pegganas dlm bentuk pemikiran, contoh yg boleh kita utarakan di sini seperti golongan Wahhabiy yg berfahaman songsang dlm bab akidah dan   juga fahaman demokrasi liberal yg begitu bebas dan ianya melemahkan integriti perpaduan ummah khususnya di negara tercinta kita Malaysia dan sekitarnya. 
Bila dinilai semula gerakan dan fahaman Wahhabi memang jelas didefinisi oleh pendokong demokrasi liberal. Mereka memahami sejarah Islam dan membiarkan kita dicabar dari luar dan dalam. Dari dalam melalui fahaman yang menjejaskan akdah di samping kemunculan ajaran-ajaran sesat lain yg mengambil kesempatan di tgh2 masyarakat Islam seperti mutasawwifah (ahli Tarikat dan sufi yg sesat), manakala dari luar pula melalui gerakan demokrasi liberal dan sekularisme.
Maka gerakan demokrasi liberal (acuan Yahudi moden) mendefinisi Muslim kepada 4 kumpulan iaitu;
1- fundamentalist,
2-traditionalist,
3-modernist
4-dan sekularist.
Di samping itu, disebabkan umat Islam kurang pengetahuan sejarah Islam silam kerana sibuk main internet dan Facebook serta lepak di kedai mamak sehingga lewat malam dan sibuk mengumpat dan maki hamun dan ada juga sibuk mengumpul kekayaan harta dunia menyebabkan umat Islam dewasa ini alpa ditambah pula ketidakjelasan ilmu akidah membuntukan lagi pencerahan mereka dalam mengenal yang benar dan yang mana batil dari sudut akidah dan Islam.
Hatta yang bertopeng Islam pun tidak dapat dapat dikenalpasti oleh org Islam, natijah dan kesannya alah ajaran sesat mungkin diiktiraf disebab kegagalan menguasai keilmuan akidah. Betapalah sedihnya umat Islam akhir zaman.
Oleh itu marilah bersama mempelajari usul al-din akidah yg benar berdasarkan metod yang sistematik yang telah disusun melalui pengajian sifat 20 ulama terdahulu dan seumpamanya. Namun ilmu ini sekarang sedikit demi sedikit terhakis dan kurang diminati, dan kebanyakkan lebih mengutamakan ilmu kaifiat fiqh ataupun usul fiqh, tasawuf, kerohanian, hiburan Islam umpama nasyid daripada mempelajari ilmu yang wajib kita pelajari ini.
Kita juga sedih dengan realiti yg berlaku di Malaysia sekarang yg mana tanah air umpama syurga ajaran sesat dan bangsa asing dari luar serta yg mengambil keuntungan org kita melalui jemputan orang2 luar (tanpa ditapis dgn teliti oleh pihak yg berkeahlian) yg bertopengkan agama dan kononnya memberi ceramah di Malaysia padahal pada hakikatnya mereka umpama penjajah terdahulu yg hanya ingin keuntungan tanah air dan nama serta kemsyahuran semata-mata.
Sedih juga di negara kita seolah-olah sudah ketandusan ulamak sendiri, seolah-olah kita berada di zaman Jahiliyyah sudah tidak ada seorang ulamak melayu yg boleh diiktiraf oleh rakyat Islam sendiri, Subhanallah. Padahalah orang melayu memang hebat dlm ilmu agama.

Marilah bersama kita merenungi mengkaji sejarah, memahami cabaran fahaman-fahaman sesat tersebut seperti demokrasi liberal, Wahhabi, Syiah, Mutasawifah, Hizbut Tahrir, Syiah yg bertopengkan dgn nama Habib dan habaib, muktazikah moden, khawarij moden dan lain-lain.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Disediakan:
http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/
AHMAD FAIDZURRAHIM

No comments:

Post a Comment