Saturday, 11 April 2015

AMALAN TAWASSUL DARI KACAMATA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH -USTAZ FAIDZURRAHIM-

AMALAN TAWASSUL DARI KACAMATA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Disediakan oleh AHMAD FAIDZURRAHIM

Petikan dari pengajian syarah kitab Aqidah Muslimin yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim Hj Mohd Alwi al Azhari al Beiruti di Masjid Sobirin, Lembah Keramat, Selangor Darul Ehsan.Bertawasul dengan para anbiyak dan awliyak adalah harus dan dianggap sebagai perbuatan yang baik. Ini merupakan antara perkara yang lumrah di kalangan orang Islam yang mengamalkan agama yang diambil dari perbuatan Nabi dan para rasul yang lain, juga perjalanan hidup para alim ulamak dan golongan para solihin. Tidak ada seorang ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah menolak keharusan amalan bertawasul sehingga muncul Ibnu Taimiah yang mempersoalkan perkara tersebut sehingga mengelirukan orang ramai.
Salah seorang ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah yang hebat dan pakar dalam ilmu hadis iaitu al Marhum al Muhaddis al Musnid sheikh Abdullah al Harari al Habasyi telah menyatakan dalam bukunya Sirot al mustaqim bahawa tiada dalil yang kukuh yang menunjukkan tidak boleh bertawassul dengan para nabi dan wali sama ada pada waktu ketiadaan mereka atau selepas kewafatan mereka dengan mendakwa perbuatan ini merupakan satu ibadat kepada sesuatu selain Allah. Sesungguhnya tidak benar jika dianggap perbuatan menyeru orang yang masih hidup atau yang sudah mati sebagai suatu ibadat kepada selain Allah.
Makna tawassul ialah memohon sesuatu daripada Allah Taala dengan menyebut nama nabi atau wali (sebagai penghormatan kepada keduanya) supaya tercapai hajat atau tertolak mudarat daripada diri seseorang.
DALIL-DALIL KEHARUSAN BERTAWASSUL
1-Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَابْتَغُواْ إِلَيهِ الْوَسِيلَةَ
Maknanya: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepada-Nya
Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan Wasilah ialah sesuatu yang boleh mendekatkan kepada yang lain (perantaraan), dan dimaksudkan dengannya juga setiap perkara yang dijadikan oleh Allah sebagai sebab menghampirkan kepada-Nya, dan sebagai tali perhubungan untuk menunaikan hajat-hajat daripada-Nya, seterusnya hendaklah yang dijadikan wasilah itu mempunyai kedudukan dan kehormatan di sisi orang yang mengharapkan wasilah tersebut.
2- Al-Thabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir dan Al-Mu’jam Al-Saghir telah mengeluarkan suatu hadis daripada Usman bin Hunaif bahawa seorang lelaki telah berulang-alik kepada Usman bin Affan tetapi Usman bin Affan tidak mengendahkan dirinya serta menunaikan hajatnya. Maka lelaki itu telah bertemu dengan Usman bin Hunaif dan mengadu kepadanya akan hal tersebut. Lalu Usman bin Hunaif mengatakan: “Pergilah ke tempat berwuduk dan berwuduklah, kemudian hendaklah kamu sembahyang dua rakaat. Kemudian hendaklah kamu berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada engkau dan aku bertawajjuh (menghadapkan diriku) kepada-Mu dengan (kedudukan) nabi kami, Nabi Muhammad, nabi yang membawa rahmat. Wahai Muhammad, sesungguhnya aku bertawajjuh dengan engkau kepada tuhanku pada hajatku ini supaya ditunaikan bagiku. Kemudian pergilah dan aku akan pergi bersama kamu. Maka lelaki itu pun pergi dan melakukan seperti apa yang disuruh oleh Usman bin Hunaif. Kemudian dia pun pergi kepada Usman bin Affan, di sana dia disambut oleh pengawal yang membawanya masuk kepada Usman bin Affan. Usman bin Affan telah meminta lelaki itu duduk di atas hamparan yang disediakan olehnya dan bertanya kepada lelaki itu: Apakah hajat kamu?. Lelaki itupun menyatakan hajatnya kepada Usman bin Affan dan beliau pun menunaikan hajat lelaki tersebut. Usman bin Affan menyatakan: Saya tidak mengingati hajat kamu melainkan pada ketika ini. Kemudian lelaki itu keluar dari rumah Usman bin Affan dan dia telah bertemu dengan Usman bin Hunaif. Lelaki itu mengatakan: Semoga Allah membalas kebaikan kepada kamu. Beliau (Usman bin Affan) tidak memandang kepada hajatku dan juga tidak mempedulikan diriku sehinggalah engkau memberitahunya mengenaiku. Usman bin Hunaif berkata: Demi Allah, aku langsung tidak memberitahunya tetapi aku telah menyaksikan bahawa telah datang kepada Rasulullah seorang lelaki buta yang mengadu kepada baginda akan kehilangan penglihatannya. Maka baginda berkata: Jika engkau dapat bersabar, maka bersabarlah, dan jika engkau hendak, aku akan mendoakannya untuk engkau. Dia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya kehilangan penglihatanku amat menyukarkan aku kerana tiada bagi diriku orang yang memanduku. Lalu baginda berkata kepada lelaki buta itu: Pergilah ke tempat berwuduk dan berwuduklah. Kemudian hendaklah kamu bersolat dua rakaat, Selepas itu hendaklah kamu menyatakan…(seperti apa yang telah disebutkan di atas). Maka lelaki itu melakukan seperti apa yang diperintahkan. Demi Allah, sebelum kami berpisah dan belum pun lama majlis kami bermula, lelaki buta itu telah masuk semula kepada kami dan dia sudah boleh melihat seolah-olahnya dia tidak pernah ditimpa penyakit tersebut”.
Al-Thabrani di dalam Muk’amnya berkata: Hadis ini hadis sahih.
Pada hadis ini terdapat dalil bahawa lelaki buta itu telah bertawassul dengan nabi di tempat lain (bukan di hadapan nabi) kerana Usman bin Hunaif di dalam hadis tersebut menyatakan: “Lelaki itu telah masuk semula kepada kami”. Pada hadis ini juga terdapat dalil bahawa bertawassul dengan nabi adalah harus sama ada sewaktu hayat baginda atau sesudah baginda wafat. Maka nyatalah kebatilan seperti kenyataan dari Ibnu Taimiyah yang berbunyi: “Tidak boleh bertawassul melainkan dengan orang yang masih hidup dan berada di hadapan kita”.
Ketahuilah bahawa setiap syarat yang tidak terdapat di dalam kitab Allah (Al-Qur’an) maka ia adalah batil sekalipun ia seratus syarat. Wallahhu a’lam.
Dalam hadis ini berdoa dengan bertawassul lebih dekat dikabulkan oleh Allah. Sekiranya perkara ini tidak diharuskan sudah tentu dilarang oleh nabi, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya iaitu baginda menganjur dan mengajar doa yang perlu dibaca oleh si buta tersebut.
PERBEZAAN ANTARA IBADAT DENGAN TAWASSUL
Para ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah telah mengatakan bahawa perbuatan sujud tidak dikira ibadat dan tidak dianggap kufur kecuali bergantung kepada niatnya. Sujud para malaikat kepada Adam adalah ibadah kepada Allah, bukan kepada Adam kerana para malaikat mematuhi perintah Allah dan mengagungkan-Nya. Sujud kerana memberi penghormatan adalah diamalkan pada syariat-syariat yang lalu sebelum daripada Islam. Ini dibuktikan melalui sujudnya Nabi Yaakob dan anak-anaknya kepada Nabi Yusuf sebagaimana disebut dalam surah Yusuf ayat 100:
َرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ وَخَرُّواْ لَهُ سُجَّداً
Terjemahannya: Dan di dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf
Sesungguhnya telah pasti (tsabit) bahawa Muaz bin Jabal apabila beliau kembali dari Syam telah bersujud kepada Rasulullah, lalu Rasulullah menyatakan: “Apakah yang kamu lakukan ini?. Lalu Muaz menjawab: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku melihat ahli Syam sujud kepada para pendeta mereka dan engkau sebenarnya lebih utama untuk aku berbuat demikian. Rasulullah berkata: Jangan kamu lakukan sedemikian, jika aku diperintahkan supaya setiap manusia boleh sujud kepada manusia yang lain, nescaya akan aku perintahkan perempuan supaya sujud kepada suaminya”. (Hadis riwayat Ibnu Hibban & Ibnu Majah dan juga selain mereka). Rasulullah tidak pula menyatakan kepada Muaz: “Sesungguhnya engkau telah kafir atau engkau telah melakukan syirik” sedangkan perbuatan sujud yang dilakukan kepada nabi merupakan salah satu tanda ketaatan yang tinggi kepada sesuatu.
Begitu juga tidak benar sama sekali jika seseorang itu memandang syirik terhadap perbuatan memuliakan sesuatu atau meminta pertolongan kepada selain Allah atau perbuatan mengambil berkat daripada kubur para wali. Tidak boleh juga terus dihukumkan syirik terhadap perbuatan meminta sesuatu yang luar biasa, atau menyebut lafaz yang berbentuk pertolongan kepada sesuatu selain Allah, selagi si pelakunya beriktikad bahawa yang memberi manfaat dan mudarat yang sebenar hanyalah Allah Taala. Hal ini demikian kerana melakukan perkara-perkara yang disebutkan itu tadi tidak bererti seseorang itu telah menyembah sesuatu selain daripada Allah, kerana makna ibadat di sisi ulama bahasa Arab ialah taat beserta tunduk kepada sesuatu dengan secara mutlak tanpa berbelah bahagi.
Kenyataan dari buku si Rasul Dahri yang mengharamkan tawasul
GOLONGAN SESAT, PELAMPAU DAN PENGGANAS WAHABI MENOLAK TAWASSUL:
1-Ibnu Baz berkata dalam bukunya Aqidah Sahihah Wama Yudhodhihuha m/s:22, cetakan Darul Watan Riyadh, mengatakan bahawa Istighasah dengan para anibyak adalah syirik. Dia juga berkata bahawa hadis-hadis yang menceritakan kelebihan menziarahi kubur nabi adalah palsu dalam bukunya Tahqiq Wal Idhoh Likasir Min Masail Alhaj Wal Umrah, m/s: 89
2-Abu Bakar al Jazaeiri dalam kitabnya Aqidah Al Mukmin m/s: 144 berkata bahawa bertawasul dengan kemulian mereka adalah syirik dan boleh mengeluarkan mereka dari Islam dan berkekalan dalam neraka”
3-Soleh bin Fauzan dalam bukunya Attauhid,m/s: 70, cetakan Riyadh mengatakan bahawa tidak boleh betawasul dengan kemulian nabi.
Kesimpulannya, menurut fahaman Ahli Sunnah Wal jamaah adalah harus dan sah bertawasul dengan Nabi Muhammad, baik ketika baginda masih hidup mahu pun sesudah baginda wafat. Begitu juga boleh bertwassul dengan nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain, dengan para wali dan orang-orang yang solih sebagaimana dianjurkan oleh hadis-hadis sahih.
Ahli Sunnah Wal JAmaah juga beriktiqad bahawa tiada seorang pun yang dapa memberi bekas dan kesan, mengadakan , menjadikan, meniadakan, memberi manfaat dan member mudharat kecuali hanya Allah Taala sahaja Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya
Disediakan oleh AHMAD FAIDZURRAHIM
http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/
WAHABI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM YANG BERTAWASUL

Friday, 10 April 2015

ANTARA JEMPUTAN CERAMAH BERKAITAN DENGAN KEKUFURAN AKIDAH WAHABI

 Ceramah Perdana Bertajuk: 
"Militan Wahabi, satu Penjelasan"Pada 11-4-2015 Sabtu selepas Maghrib, lokasi: Surau Perumahan Polis Batu 16 jalan melaka.Jasin Melaka.Disampaikan oleh Ustaz Ahmad(ustaz-faidzurrahim.blogspot.com) Anjuran: Pejabat Parlimen Jasin.Semua dijemput hadir!!!

Kuliah Zohor Bertajuk: "Isu Akidah; Wahabi atau Syiah mana lebih Bahaya?".Pada 13-4-2015 Isnin, jam 12.55 tengahari. Lokasi: Surau Menara Perkeso Lot 281,Menara Perkeso,Tkt 8, Jln ampang 50538.Kl.



USTAZ FAIDZURRAHIM MENGUCAP TAHNIAH KEPADA ASWJ NEGERI SEMBILAN KERANA MENOLAK KESESATAN WAHABI

FATWA BERKAITAN DENGAN ALIRAN DAN DAKYAH WAHHABIAH


FATWA BERKAITAN DENGAN ALIRAN DAN DAKYAH WAHHABIAH

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan telah membincangkan fatwa berkaitan Aliran dan Dakyah Wahhabiah pada mesyuaratnya bertarikh 17 Disember 2014, 25 Februari 2015 dan 24 Mac 2015. Mesyuarat telah memutuskan Aliran dan dakyah Wahhabiah didapati bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan. Percanggahan tersebut berdasarkan kepercayaan, perbuatan dan pengamalan aliran Wahhabiah seperti berikut :
  1. Menolak dan menyesatkan pengamal pendekatan Tauhid Sifat 20;
  2. Menganggap syirik amalan-amalan ahli sunnah seperti perbuatan tawassul, tabarruk dan istighathah dan selawat-selawat yang mengandungi pujian kepada Rasulullah seperti Selawat Syifa' dan Selawat Tafrijiyyah;
  3. Mendakwa bahawa pengikut aliran Asya'irah dan Maturidiyah tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;
  4. Membid’ahkan pelbagai amalan ahli sunnah yang bersifat khilafiah sebagai melakukan bid'ah dhalalah dan pengamalnya akan menjadi penghuni neraka;
  5. Menganggap amalan dan sambutan-sambutan yang dilakukan bertujuan memuliakan Rasulullah saw sebagai perbuatan syirik;
  6. Menolak sepenuhnya beramal dengan hadith dhaif;
  7. Memahami al-Quran dan al-Sunnah secara makna zahir semata-mata dan menolak pentakwilan dalam memahami teks al-Quran;
  8. Menolak fahaman bermazhab;
  9. Menolak kefahaman dan amalan tariqat tasawuf yang muktabar;
  10. Mempertikaikan ulama Nusantara yang muktabar serta kitab-kitab karya mereka;
  11. Mempertikaikan fatwa-fatwa atau keputusan pihak berkuasa agama;
  12. Berpegang dengan kefahaman tasybih dan tajsim berdasarkan zahir ayat dan hadith yang mutasyabihat; dan
  13. Mudah mengkafirkan, membid’ahkan dan memfasikkan golongan yang tidak sealiran dengan mereka;
 Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan mengambil keputusan bahawa;

  1. mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi penyebar aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan berfahaman Wahhabiah yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al- Jamaah;  
  2. mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang menjadi ahli jamaah atau pengikut aliran dan dakyah Wahhabiah dengan berselindung di sebalik apa-apa nama, aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;
  3. mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan   aliran dan dakyah Wahhabiah, sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;
  4. apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah adalah bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah; atau
  5. apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan tokoh, aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang.
  6. Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.
Mesyuarat bersetuju untuk mewartakan fatwa ini. Orang ramai hendaklah membuat aduan kepada pihak berkuasa agama yang berhampiran sekiranya terdapat sebarang keraguan seperti mana dinyatakan.

Wednesday, 1 April 2015

ANDA AKAN BERSAMA USTAZ FAIDZURRAHIM DI SEMINAR PENGUKUHAN ‘AQIDAH DAN KEPENTINGAN ‘ILMU DALAM IBADAH

ALHAMDULILLAH PROGRAM AKIDAH YANG DULU DI PAHANG DITANGGUHKAN SEKARANG BERJAYA AKAN DILAKSANAKAN. SEMULA DIJEMPUT HADIR!!!

SEMINAR PENGUKUHAN ‘AQIDAH DAN KEPENTINGAN ‘ILMU DALAM IBADAH
Tema:
PENCERAHAN TASAWWUR AHLI SUNNAH WAL JAMA‘AH
 Anjuran:
Pihak Pengurusan Felda Lurah Bilut dan
Imam dan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Falahi
 Kerjasama:
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
TARIKH:
4hb April 2015 (Sabtu)
 Bersamaan
14 Jamadil Akhir 1436H
MASA:
9:00 pagi – 5:00 petang
TEMPAT:
Masjid Al-Falahi Felda Lurah Bilut
Bentong, Pahang
Kertas kerja 1
Kepentingan Ilmu Dalam Ibadah
Prof Madya Dr Fakhrudin Abdul Mukti
Universiti Malaya

Kertas kerja 2
ASWJ: Mazhab Asya'irah dan Maturidiyyah
Ust. Ahmad Faidzurrahim Mohd Alwi (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com)
Pendakwah Bebas

Kertas kerja 3
Konsep Bid'ah di dalam Islam: Menolak Fahaman Pembid'ahan Wahhabi
Ust. Mohd Mustakim Mohamood
Pejabat Mufti WP

Kertas kerja 4
Ancaman Gerakan Liberalisme dan Pluralisme Agama di Malaysia
AR Hj Mohd Amin Hashim
MUAFAKAT.   

Saturday, 28 March 2015

SEKITAR PROGRAM CERAMAH USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM DI JB JOHOR BAHRU

PROGRAM MEMPERKASAKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN MEMBONGKAR KESESATAN WAHABI, HIZBUT TAHRIR DAN SYIAH DI JB

 Ceramah Perdana selepas Maghrib


                                                   Ceramah Perdana Selepas Subuh


 Tazkirah Jumaat di Masjid Anggerik Skudai JB

SHEIKH IMAM IDRIS AL-MARBAWI ADALAH SALAH SEORANG ULAMAK ISLAM YANG MENOLAK FAHAMAN WAHABI MUJASSIMAH

 KEHEBATAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI



 Penjelasan dari sheikh Idris Marbawi bahawa kalimah 'Istawa' datang dengan makna 'berkuasa', maka benarlah penakwilan para ulamak Ahli Sunnah wal jamaah terhadap kalimah 'Istawa', bukan seperti WAHABI yang mengkafirkan orang Islam yang menakwil, dan wahabi menganggap 'Istawa' itu dengan makna 'Duduk',  yakni di sisi akidah Wahabi Allah adalah duduk. Dan ini adalah mustahil bagi Allah


 Ini kenyataan dari beliau yang menjelaskan bahawa NAJAD adalah negeri wahabi yang keluar daripadanya orang-orang Wahabi. Kenyataan beliau ini menolak dakwaan wahabi yang menafikan Najad itu adalah tempat keluarnya Wahabi yang songsang.

Thursday, 5 March 2015

ANDA AKAN BERSAMA USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM DI PROGRAM DAKWAH AKIDAH SALAFIYYAH DI SKUDAI JOHOR

SEMUA DIJEMPUT HADIR.  
Ceramah Perdana berkisar Akidah Salafiyyah dan pendedahan Wahabi, Syiah dan Hizbut Tahrir
Ada dua sesi:
1- Hari Khamis 19-3-2015
Masa selepas maghrib
2- Pagi Jumaat 20-3-2015
Masa Selepas Solat subuh

Surau al-Fateh Taman Impian Emas, jalan Persiaran Impian Emas, Taman impian Emas, 81300 Skudai Johor


 Masjid Taman Impian emas, Jalan Bukit impian, 81300 Skudai, johor Darul Takzim




MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS AKIDAH YANG MURNI INI. KEIKHLASAN DALAM IBADAH MEMANDU KITA KE DALAM MANHAJ YANG SEBENAR AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


Thursday, 12 February 2015

SEMINAR AKIDAH DI PAHANG DITANGGUHKAN -Kerta kerja yang ketiga-


Antara kertas kerja yang sangat menarik adalah  'AJARAN WAHABI DAN PERCANGGAHANNYA DENGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH'. Oleh: Ustaz Ahmad Faidzurrahim Mohd Alwi. Tapi dukacitanya program ini ditangguhkaN. tetapi berjaya dilaksanakan kemudian, sila baca di sini: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/2015/04/anda-akan-bersama-ustaz-faidzurrahim-di.html    http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/2015/04/anda-akan-bersama-ustaz-faidzurrahim-di.html



Maaf semua kerana Seminar akidah ini ditangguhkah atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan. Mungkin ini adalah cabaran dalam dakwah Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, apatah lagi dalam membongkar ajaran songsang Wahabi. Kertas kerja d iatas pun tidak dapat dibentangkan, tapi admin nak kongsi sedikit intipati kertas kerja tersebut, antaranya yang menarik adalah bukti kukuh bahawa Pengasas Golongan Wahabi iaitu Muhammad Ibn Abdul Wahab sebenarnya adalah seorang PENJENAYAH dan PEMBUNUH. Subhanallah sangat dahsyat golongan ini yang bertopeng dengan istilah Salafi.

Disediakan oleh: 
AHMAD FAIDZURRAHIM  
Email: faidzurrahim@gmail.com  

MUFTI MAZHAB HANBALI MENDEDAHKAN HAKIKAT PENGASAS WAHABI

Wahabi selalu mendakwa bahawa mereka bermazhab Hanbali apabila mereka dilebelkan dengan golongan tidak bermazhab. Tetapi Mufti Mazhab Hanbali sendiri hanya mengiktirafkan Sheikh Abdul Wahab sahaja sebagai salah seorang alim dalam mazhab Hanbali dan mendedahkan kesesatan Muhammad bin Abdul Wahab.
Mufti Hanbali di Mekah yang meninggal pada tahun 1295 H iaitu Muhamman bin Abdullah di dalam kitabnya yang berjudul al-Suhubu al-Wabilah Ala  Dhorouihi al-Hanabilah ketika menceritakan biodata ayah Muhammad Ibn Abdul Wahab, antara kenyataan beliau. antara kenyataan dalam kitab tersebut:

وسمى الشيخ سليمان رده على أخيه “فصل الخطاب في الرد على محمّد بن عبد الوهاب” وسلّمه الله من شرّه ومكره مع تلك الصولة الهائلة التي أرعبت الأباعد. ، فإنه كان إذا باينه أحد ورد عليه ولم يقدر على قتله مجاهرة يرسل إليه من يغتاله في فراشه أو في السوق ليلا لقوله بتكفير من خالفه واستحلاله قتله،

Maknanya:
Sheikh Sulaiman menjudulkan penulisannya yang menyangkal  saudaranya itu dengan judul Faslu al-khitob Fi al-Raddi ala Muhammad ibn Abdul Wahab.  Allah menyelamatkan beliau dari kejahatan dan tipu daya Muhammad bin Abdul Wahab yang disertai dengan serangan yang sangat dahsyat. Apabila ada seseorang  yang berselisihan pendapat dengannya (Muhammad)  dan beliau (Muhammad) tidak mampu berhujjah serta tidak mampu membunuh orang tersebut secara jelas, maka dia akan mengutus seseorang untuk membunuh orang yang berselisihan pendapat tersebut sama ada dibunuh di atas katil orang tersebut atau di pasar pada waktu malam. Ini semua kerana sesiapa yang berselisihan dengan beliau maka dihukum kafir dan dihalalkan darahnya. 

Disebut lagi dalam kitab tersebut:

Dikhabarkan bahawa terdapat di salah satu kampung seorang lelaki gila yang kebiasaanya  akan memukul sesiapa yang berdiri di hadapannya walaupun dengan senjata, lalu Muhammad memerintah agar diberi pedang pada lelaki gila tersebut supaya lelaki gila itu boleh memukul saudaranya Sheikh Sulaiman yang berada di masjid seorang diri, lalu dimasukkan lelaki tersebut ke dalam masjid, apabila sheikh Sulaiman melihat orang gila tersebut maka tiba-tiba orang gila tersebut menjadi takut dan terus membuang pedang dari tangannya seraya berkata: “Ya Sulaiman janganlah engkau takut sesungguhnya engkau adalah dari kalangan orang yang selamat”. Lelaki gila tersebut  mengulangi kata-katanya. Sesungguhnya tidak ragu lagi kejadian ini berlaku adalah satu karamat . -Tamat-                                                                                            
Maka jelas di sini bahawa Wajib mendedahkan hakikat Wahabi, dan penjelasan seperti ini bukanlah satu perbuatan melampau dan suka kafir mengkafirkan. Hanya orang jahil sahaja yang menganggap sedemikian. Semoga Allah melindungi Umat Islam.

Disediakan oleh: 
AHMAD FAIDZURRAHIM  
Email: faidzurrahim@gmail.com  

Tuesday, 10 February 2015

SEMINAR AKIDAH DI PAHANG. KERTA KERJA AJARAN WAHABI DAN PERCANGGAHANNYA DENGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. Oleh: Ustaz Ahmad Faidzurrahim Mohd Alwi


 SEMINAR PENGUKUHAN AQIDAH DAN KEPENTINGAN ILMU DALAM IBADAH.    


 Waktu: 14 feb 2015 Sabtu..                  
     Masa: 9.00 pagi.                                    
Tempat: Masjid Al-Falahi Lurah Bilut, Bentong Pahang Darul Makmur.     
Anjuran kerjasama dengan Ngo MUAFAKAT dan FELDA Lurah Bilut.        
                                       Antara kertas kerja yang akan dibentang:                                                               1) 8.30 Pagi: Pendaftaran dan Sarapan.

 2) 9.00: Ucapan perasmian.                  

 3) 9.30: Kertas kerja 1, KEPENTINGAN ILMU DALAM IBADAH. Oleh Prof. Madya Dato' Dr Mohd Fakhrudin Bin      Abdul Mukti. Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Unibersiti Malaya (UM)                         
 4) Kertas kerja 2 ASYAIRAH DAN MATURIDIAH TUMPUAN KEPADA SIFAT 20, Oleh Ustaz Abdul Raof bin            Ismail. Pengetua Kuliah Islamiah Wa Tarbiatul Banat (KITAB).                   
                      
 5) Kertas Kerja 3: AJARAN WAHABI DAN PERCANGGAHANNYA DENGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.      Oleh: Ustaz Ahmad Faidzurrahim Mohd Alwi (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com.).   
                                                                                -Sesi Soal Jawap-.                                                     
 6) Jam 1.00 Tgh: Makan Tengahari dan Solat.           
                                           
 7) 2.00 petang: Kertas Kerja 4, KONSEP BIDAAH DALAM ISLAM, MENOLAK FAHAMAN PEMBIDAAHAN WAHABI. Oleh Ustaz Muhammad Mustaqim, Pagawai Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (JAWI).                     
                                 
 8) Kertas Kerja 5: ANCAMAN GERAKAN LIBERALISME DAN PLURALISME AGAMA DI MALAYSIA, olehh TUAN HJ MOHD AMIN HASHIM . Bendahari Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT).           
                                  
 9) 4.30 petang: Sesi soal Jawap. Solat, minum dan bersurai.                              
 Pernyertaan Percuma!!! Semua dijemput hadir.. Segala pertanyaan boleh hubungi:  http://muafakatmalaysia.com/.





Saturday, 7 February 2015

SEJARAH HITAM WAHABI -Wahabi membunuh umat Islam dan menyembelih mereka sambil menyanyi-nyanyi

                                SEJARAH HITAM WAHABI 
Disediakan oleh: AHMAD FAIDZURRAHIM 
Email: faidzurrahim@gmail.com


 JENAYAH WAHABI DAN BERKETURUNAN KAFIR YAHUDI- JENAYAH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB 
PENJELASAN DARI ULAMAK AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TENTANG BAHAYA GERAKAN WAHHABIAH DI SELURUH DUNIA DAN YAHUDI YANG DENGAN WAHABI PETIKAN DARI RAKAMAN ULAMA MESIR:
 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH 
(Disampaikan oleh ulamak Mesir
Sesungguhnya Imam Zaini Dahlan (Mufti Syafie di Makkah) adalah di antara ulamak Ahli Sunnah yang mendedahkan sejarah hitam wahabi - Muhammad Bin Abdul Wahab bekerjasama dengan pengintip British bagi menghancurkan Daulah Islamiah, gerak kerjanya berpusat di kerajaan yang dikenali dengan negara keluarga Saud (al Saudi) -Wahabi mengkafirkan umat Islam dan merampas segala harta mereka. -Wahabi menangkap orang Islam dari kalangan lelaki lalu dijadikan hamba dijual di pasar Nukhas, manakala dari kalangan wanita Islam pula dijadikan jawari(hamba-hamba perempuan). -Wahabi membunuh umat Islam dan menyembelih mereka sambil menyanyi-nyanyi. Beberapa Cadangan-cadangan dari pihak kafir British kepada Muhmmad bin Abdul Wahab: 
1- Meruntuhkan kaabah dengan hujah bahawa ia adalah kesan sejarah berhala serta menghalang umat Islam dari melakukan ibadah haji
2- Menjatuhkan khilafah Islamiah dengan bantuan dari British seperti menyediakan bala tentera bagi melawan khalifah dan ini mereka berjaya melakukannya. 
3- Memerangi serta membunuh umat Islam yang berketurunan nabi (asyraf) dengan menggunakan berbagai cara. 
4- Menghancurkan kubur-kubur umat Islam dan juga kesan-kesan sejarah Islam yang di Makkah dan Madinah dan juga kawasan-kawasn lain dengan hujah bahawa ia adalah sejarah berhala dan syirik 
5- Menghina dan mencela Nabi Muhammad dan para khulafa serta pemimpin-pemimpin Islam 
6- Menyebarkan huru hara dan keganasan di setiap negara Islam 
7-Menyebarkan al Quran yang diubah oleh mereka (wahabi) Inilah cadangan yang dibuat oleh pihak kuffar British kepada pengasas Wahabiah iaitu Muhammad bin Abdul Wahab, dan dia sendiri telah menerima cadangan-cadangan tersebut dengan rela hati tetapi semua cadangan tersebut tidak mampu dilakukan dalam satu masa lalu dilakukannya secara berperingkat. -Muhammad bin Abdul Wahab takut jika rancangan-rancangan ini diketahui oleh khalifah kerajaan Usmaniah pada masa itu (tiada kaitan dengan ajaran sesat Hizbu Tahrir), lalu dia meminta dari pihak kuffar British agar mengediakan baginya bantuan dan pertahanan yang kuat seperti kententeraan dan selainnya supaya dapat melawan khalifah jika khalifah menyerangnya. -Doktor Nasir Said penulis kitab tarikh al Su'ud bahawa kaum kerabat al Sauud adalah dari keturunan kafir yahudi -Wilayah Diri'yyah dijadikan pusat utama dalam melakukan operasi-operasi ini dan ia dibantu oleh kerajaan kuffar British secara rahsia 
- Asas ajaran wahabi ada tiga: 
1-Membenci orang yang tidak beraliran Wahabi 
2-Mengkafirkan umat Islam 
3-Menghalalkan darah dan harta umat Islam 
Wassalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 
HIDUP AHLI SUNNAH DAN BUKANNYA WAHHABIAH!!!


Disediakan oleh: AHMAD FAIDZURRAHIM 
Email: faidzurrahim@gmail.com