Wednesday, 31 January 2018

NASIHAT PADA MAJALAH AL-ISLAM ISU 'ARASY ADALAH TEMPAT ALLAH BERSEMAYAM'

-PENCERAHAN ILMIAH PADA ARTIKEL DI MAJALAH AL-ISLAM 'ARASSY ADALAH SINGGAHSANA ALLAH’.- Merujuk kepada tajuk utama ‘BESARNYA ARAS ALLAH’ terbitan Majalah al-Islam keluaran bulan januari 2018. Saya (Ustaz Ahmad Faidzurrahim) secara peribadi telah dirakamkan secara bervideo untuk menjawab artikel tersebut dan sudah dimaklumkan kepada pihak majalah melalui page rasmi majalah tersebut. Tetapi tidak ada apa-apa tindak balas dari pihak majalah tersebut, maka saya menjawab isu artikel tersebut di blog saya ini. (Sila rujuk di Facebook: Koleksi Kuliah Ustaz Faidzurrahim @ Youtube: https://youtu.be/faEqb2KvE-o Antara isi kandung artikel tersebut adalah dakwaan bahawa ARASY ADALAH SINGGAHSANA ATAU TEMPAT ALLAH BERSEMAYAM dan juga dakwaan bahawa KURSI ADALAH TEMPAT MELETAKKAN KAKI ALLAH’. JAWAPAN: Berkaitan dengan Arasy adalah sebesar-besar ciptaan Allah, Saidina Ali telah berkata: ‘Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta arasy demi menzahirkan kekuasaan-Nya dan bukan menjadikannya sebagai tempat untuk zatNya (Diriwayatkan oleh Abu Mansur Al-Baghdad dalam kitab al-Farqu Bainal Firoq). Antara sebab dakwaan Allah bersemayam di atas arasy adalah salah faham terhadap ayat al-Istiwa’. Mereka menganggap Allah bersemayam dan duduk di atas Arasy. Menjawab isu ini kita nukilkan kenyataan Ulamak antaranya Imam Abu Ishaq asy-Syairazi(w 476 H) berkata : وَاِنَّ اِسْتِوَاءَهُ لَيْسَ بِاسْتِقْرَارٍ وَلاَ مُلاَصَقَةٍ لِأَنَّ اْلاِسْتِقْرَارَ وَاْلمُلاَصَقَةَ صِفَةُ اْلأَجْسَامِ اْلمَخْلُوْقَةِ، وَالرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ قَدِيْمٌ أَزَلِيٌّ، فَدَلَّ عَلىَ أَنَّهُ كَانَ وَلاَ مَكاَنَ ثُمَّ خَلَقَ اْلمَكاَنَ وَهُوَ عَلىَ مَا عَلَيْهِ كَانَ “ Dan sesungguhnya istiwa Allah tidaklah dengan makna istiqrar (bersemayam / menetap) dan mulasaqah (melekat), kerana ‘istiqrar’ dan ‘mulasaqah’ adalah sifat jisim makhluk sedangkan Allah Ta’ala Yang Tiada Permulaan dan Pengakhiran. Maka hal ini menunjukkan bahawa Allah itu ada tanpa tempat, kemudian menciptakan tempat dan Allah masih tetap seperti sediakala (Ada Tanpa Tempat)” . [ Lihat Aqidah asy-Syairazi dalam muqaddimah Syarh Luma’ : 1/101 ] Syeikhal-‘Arif billah Sayyid Ahmad ar-Rifa’ei al--Syafi’e (w 578 H) berkata : وَأَنَّهُ مُسْتَوٍ عَلىَ اْلعَرْشِ عَلىَ اْلوَجْهِ الَّذِي قَالَهُ وَبِالْمَعْنىَ الَّذِي أَرَادَهُ، اِسْتِوَاءً مُنَزَّهًا عَنِ اْلمُمَاسَةِ وَاْلاِسْتِقْرَارِ وَالتَّمَكُّنِ وَالتَّحّوُّلِ وَاْلاِنْتِقَالِ، لاَ يَحْمِلُهُ اْلعَرْشُ، بَلِ اْلعَرْشُ وَحَمَلَتُهُ مَحْمُوْلُوْنَ بِلُطْفِ قُدْرَتِهِ، وَمَقْهُوْرُوْنَ فيِ قَبْضَتِهِ، وَهُوَ فَوْقَ اْلعَرْشِ، وَفَوْقَ كُلِّ شَىْءٍ إِلىَ تُخُوْمِ الثَّرَى، فَوْقِيَّةٌ لاَ تَزِيْدُهُ قُرْبًا إِلىَ اْلعَرْشِ وَالسَّمَاءِ بَلْ هُوَ رَفِيْعُ الدَّرَجَاتِ عَنِ اْلعَرْشِ كَمَا أَنَّهُ رَفِيْعُ الدَّرَجَاتِ عَنِ الثَّر “ Dan sesungguhnya Allah beristiwa di atas Arsy dengan cara yang Allah firmankan dan dengan makna yang Allah kehendaki, beristiwa dengan istiwa yang suci dari persentuhan, persemayaman /duduk, pertempatan, perubahan dan perpindahan. Tidak dibawa oleh Arsy akan tetapi Arsy dan para malaikat pembawanya dibawa oleh kelembutan qudrah-Nya, di bawah kekusaan-Nya. Dia Maha Menguasai Arsy dan Maha Menguasai segala sesuatu hingga ujung angkasa dengan sifat atas yang tidak bermaksud dekat kepada Arsy dan langit, akan tetapi Dia Maha tinggi kedudukan-Nya dari Arsy sebagaimana Dia Maha tinggi kedudukan-Nya dari angkasa “. [ Al-Burhan al-Muayyad : 43 ] Dalam kitab_Syarh al-Aqidah al-Tohawiyyah muka surat: 188: والتفسير الصحيح تفسير من قال الرحمن على العرش استوى قهر لأن القهر صفة كمال لله تعالى ، هو وصف نفسه به قال تعالى " قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ "، فيصح تأويل الاستواء بالاستيلاء وإن كانت المعتزلة وافقت أهل السنة في ذلك وأقبح هذه الاعتقادات الفاسدة اعتقد أن الله تعالى جالس على العرش أو واقف عليه ، لأن فيه جعل الله تعالى محمولا للعرش والعرش محمول للملائكة فالملائكة على هذا الاعتقاد قد حملوا الله تعالى، فكيف يليق بلإلة الذي أوجد العالم بأسره أن يحمله شيء من خلقه ، فعلى قول هؤلاء يلزم أن يكون الله محمول حامل محفوظ حافظ، وهذا ما لا يقوله عاقل Maksudnya: ”Tafsir yang sahih adalah tafsir orang yang berkata “الرحمن على العرش استوى” dengan makna “qahara” (menguasai) kerana al-qahr (menguasai) adalah suatu sifat yang sempurna bagi Allah taala. Dialah yang mensifatkan diri-Nya dengan al-Qahr. Firman Allah taala dalam surah al-Ra’d, ayat 16:_ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ Mafhumnya: _“Katakanlah bahawa Allah itu Maha Pencipta bagi segala sesuatu dan Dia adalah al-Wahid (Yang Maha Esa) dan al-Qahhar (Yang Maha Berkuasa)”. Oleh itu, adalah sahih mentakwilkan al-istiwa’ dengan makna al-istila’ (menguasai) walaupun puak Muktazilah bersetuju dengan Ahlus-Sunnah dalam perkara tersebut. Seburuk-buruk keyakinan yang rosak adalah keyakinan bahawa Allah taala duduk bersemayam di atas Arasy atau berhenti atas Arasy kerana pegangan ini menjadikan Allah taala dipikul oleh Arasy dan Arasy pula dipikul oleh para malaikat. Justeru mengikut keyakinan ini para malaikat tersebut memikul Allah taala. Bagaimana mungkin layak untuk Tuhan yang menjadikan alam ini keseluruhannya untuk dipikul oleh sesuatu daripada makhluk-Nya. Berdasarkan pendapat mereka ini melazimkan Allah dipikul dan Dia juga yang memikul, Dia dijaga dan Dia juga menjaga. Hal ini sama sekali tidak disebut oleh orang yang berakal waras.” DALIL SYARIE ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT 1-DALIL DARI AL-QURAN Firman Allah Taala: "لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ". Maksudnya: “Tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya dalam apa jua bentuk sekalipun”. (Surah asy-Syura: 11) Sekiranya Allah itu berada pada suatu tempat, sudah tentu Allah sama dengan makhluk sedangkan Allah berfirman: Dia tidak menyerupai segala sesuatupun”. Sekiranya Allah berada di langit dengan zat-Nya, maka Allah setaraf dengan para malaikat. Sekiranya berada di bumi, maka setaraf dengan manusia sedangkan Allah berfirman: Dia tidak menyerupai segala sesuatupun Al-Imam al-Qurtubi berkata: "الصَّحِيْحُ تَكْفِيْرُ الْمُجَسِّمِ لِأَنَّهُ لَا فَرْقَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ عَابِدِ الصَّنَمِ". Maknanya: “Pendapat yang sahih adalah pengkafirkan ke atas mujassim kerana sesungguhnya tidak ada beza diantaranya [mujassim] di antara penyembah berhala”. Al-Imam Syafi`e juga berkata: "الْمُجَسِّمُ كَافِرٌ". Maknanya: “Orang yang menyifatkan Allah dengan jisim adalah kafir”. Lihatlah bahayanya orang yang meyakini Allah itu jisim, orang yang menyamakan Allah dengan makhluk dan jisim, maka ia telah dihukum kufur. 2- DALIL DARI HADIS Dalil daripada hadis, Allah Wujud Tanpa Bertempat iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari: "كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ". رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ Maksudnya: “Allah wujud azali [tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya] dan tidak ada sesuatupun selain-Nya”. Tempat dan alam,pada azali ia tidak bersama Allah. Maka tempat dan arah yang enam, kedua-duanya tidak wujud pada azali bersama Allah. Kemudian Allah telah mencipta seluruh makhluk dan seluruh tempat, Allah tidak berubah, maka Allah wujud tanpa bertempat. 3- DALIL IJMAK ULAMAK Dalil Ijma` Allah Wujud Tanpa Bertempat: قَالَ الْإِمَامُ أَبُوْ مَنْصُوْرٍ الْبَغْدَادِيُّ: "وَأَجْمَعُوا عَلَى أَنَّ اللهَ لَا يَحْوِيْهِ مَكَانٌ وَلَا يَجْرِيْ عَلَيْهِ زَمَانٌ". في كتابه الفرق بينالفرق Maksudnya: “Dan sekalian ulama [Ahlussunnah waljama`ah] berijma`[bersepakat] bahawa Allah tidak diliputi oleh tempat dan tidak dilalui keatas-Nya oleh masa”. (Sumber Kitab al-Farqu Bainal Firoq) 4- DALIL AKAL Dalil Akal Allah Wujud Tanpa Bertempat: الدَّلِيْلُ الْعَقْلِيُّ: "كَمَا صَحَّ وُجُوْدُ اللهِ قَبْلَ الْخَلْقِ الْأَمَاكِنِ وَالْجِهَاتِ بِلَا مَكَانٍ وَلَا جِهَةٍ فَكذَلِكَ يَصِحُّ وُجُوْدُهُ عَقْلًا بَعْدَ خَلْقِ الْأَمَاكِنِ وَالْجِهَاتِ بِلَا مَكَانٍ لِأَنَّهُ لَا يَتَغَيَّرُ". Maksudnya: “Dalil dari sudut akal:"Sepertimana sahnya kewujudan Allah sebelum menciptakan tempat-tempat dan arah-arah tanpa bertempat dan tanpa arah, begitu juga sah kewujudan Allah dari sudut akal setelahmana penciptaan tempat-tempat dan arah-arah tanpa bertempat kerana Allah tidak berubah". Kalau Allah bersifat dengan sifat baharu, maka Allah itu makhluk, baharu dan berubah. Perkara yang berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan adalah baharu, pasti berhajat kepada yang mengubahnya dan setiap yang berhajat tidak layak jadi tuhan tapi ia adalah satu makhluk. Kata ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah: التَّغَيُّرُ دَلِيْلُ الْحُدُوْثِ. Maksudnya: : "Perubahan merupakan dalil kepada baharu" Apa sahaja yang berubah pasti ia adalah bersifat baharu, pasti ia berhajat kepada yang mengubahnya, maka ia tidak boleh jadi tuhan. Maka telah menyimpang dari jalan yang benar orang yang beriktiqad bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy kerana Maha Suci Allah yang tidak menyerupai sesuatu pun bahkan kewujudanN-ya tanpa memerlukan tempat. Begitu juga telah menyeleweng seiapa yang menganggap Allah meletakkan kaki-Nya di atas Kursi Alangkah buruknya artikel yang tertulis di dalam majalah al-Islam keluaran januari 2018 yang mendakwa Allah Ta’ala duduk atau bersemayam di atas arasy dengan mendakwa arasy itu adalah tempat Allah bersemayam. Dimanakah letaknya akal mereka? Bagaimanakah Allah Ta’ala duduk di atas sesuatu yang telah diciptakan-Nya?Bukankah sifat ‘duduk’ atau ‘bersemayam’ adalah salah satu daripada sifat makhluk,dan semestinya yang duduk berhajat kepada tempat untuk didudukinya. Kesimpulannya di sini mustahil bagi Allah Ta’ala menyerupai makhluknya. PENUTUP Firman Allah Ta’ala: "لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ‘Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Allah’. Dan telah berkata Imam Tohawi: "وَمَنْ وَصَفَ اللهَ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِي الْبَشَر فَقَدْ كَفَرَ". ‘Sesiapa yang menyifatkan Allah dengan salah satu sifat daripada sifat-sifat manusia maka dia telah kufur (kafir). Kita lihat nanti apakah jawapan dari pihak Majalah al-Islam berkaitan dengan isu yang dibangkitkan tadi. Semoga Allah mrelindungi umat Islam dari segala kesesatan dan kekufuran USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM 1 / 2 / 2018 Khamis