USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp:019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/
Assalamualaikum. Telah berkata salah seorang ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah: Hp:019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/
الإنْسانُ يُمدَحُ او يُذُم على حسبِ شريعةِ الله بميزانِ شَريعَةِ الله يُمْدَحُ إنْ وافقَ ميزانَ الشريعةِ ويُذًمُ على حسبِ ميزانِ الشريعة
Mafhumnya:
"MANUSIA DIPUJI DAN DICELA MENGIKUT SYARIAT ALLAH, JIKA DIA SELARI
DENGAN TIMBANGAN SYARIAT MAKA DIA DIPUJI, DAN DICELA DENGAN TIMBANGAN
SYARIAT(Jika dia bercanggah dengan syariat)".
Wahai para sahabat sekalian!!, jagan mudah kita memuji seseorang hanya kerana zohir dan luarannya semata-mata. Terdapat
sebahagian manusia sentiasa dipuji dan dipuja, dikatakan alim dan mahir dalam ilmu agama akan tetapi pada hakikatnya mereka tidak sehebat mana, dikatakan seorang yang hebat beribadah, akan tetapi pada hakikatnya biasa-biasa sahaja, dikatakan wali yang tinggi kedudukannya, akan tetapi pada hakikatnya amat jauh
sekali, dikatakan ikut sunnah padahal pada hakikatnya tak ikut apa-apa langsung bahkan banyak melakukan benda-benda yang bercanggah dengan sunnah, dikatakan
banyak berguru, akan tetapi pada hakikatnya hanya berguru dengan buku, cd, komputer dan internet sahaja, dikatakan banyak
sanad-sanad dan ijazah-ijazah dalam ilmu agama padahal pada hakikatnya satu kitab agama pun dia tidak memahaminya, dikatakan
hebat dan mantap dalam dunia tarikat, akan tetapi ilmu fadrhu ain pun tidak memahaminya, dikatakan
pengikut ahli hadis padahal pada hakikatnya menyelewengkan makna hadis, dikatakan
berpegang dengan akidah Ahli sunnah padahal banyak pegangannya bercanggah dgn Islam.
Itulah ia kehidupan di atas muka bumi ini, macam-macam jenis manusia. Ada yang menitikberatkan dengan kemasyhuran dan kemewahan dengan menggunakan nama ilmu agama, dalam satu masa mengambil kemewahan dunia dari keuntungan orang lain.
Jangan mudah terpengaruh dengan luaran semata-mata