SIAPAKAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH?
Oleh: USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp:019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/
Hp:019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/
Ahli Sunnah Wal Jama`ah
adalah majoriti umat Islam. Mereka adalah dari kalangan para sahabat dan juga
orang yang mengikut pegangan dan manhajnya dalam enam perkara yang telah
disebut dalam hadis nabi, iaitu:
"الإِيْمَانُ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ
وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ
وَشَرِّهِ".
Maksudnya:
“Iman
adalah beriman dengan Allah, para malaikat-Nya kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya,
hari akhirat dan beriman dengan qadar baik dan buruknya.
[Diriwayatkan
oleh Imam Muslim]
Ahli Sunnah Wal Jama`ah adalah
golongan yang terselamat, sesiapa yang keluar darinya maka dia tidak akan
terselamat dari mendapat balasan neraka jahanam di akhirat kelak. Antara
golongan yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama`ah ialah Muktazilah,
Khawarij, Syiah, Ahmadiah Qodyaniah, Musyabbihah, Wahhabiyyah, Hizbut Tahrir
tarekat sesat dan lain-lain.
Ahli al-Sunnah membawa maksud bahawa mereka yang mengikut dan
berpegang dengan pagangan Nabi atau jalan hidup Nabi. Manakala Al-Jama`ah
ialah para sahabat, terutama sekali para Khulafa al-Rasyidin dan semua umat
Islam (majoriti umat Islam). Manhaj Ahli Sunnah Wal Jama`ah merangkumi
ajaran-ajaran Islam iaitu aqidah, syariah dan akhlak seperti yang dibawa dan
dijelaskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam,
kemudian disambung penyebarannya oleh para sahabat, kemudian disusun secara
bersistematik dan teratur oleh dua tokoh yang hebat iaitu Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari
dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Kemudian penyebaran sebegini diteruskan oleh para ilmuan Ahli Sunnah Wal
Jama`ah seperti al-Hafiz Abu Bakar al-Isma`ili, al-Hafiz al-Baihaqi, al-Hafiz
Ibnu Hajar al-`Asqalani, seorang mujaddid pada kurun keempat Imam Abu Tayyib al-Bahili,
Imam Abu Bakar bin Furak, Imam Abu Bakar al-Baqillani, Imam Abu Ishaq al-Asfarayini,
al-Hafiz al-Asfahani, Imam al-Haramain al-Juwaini, al- Hafiz al-Syirazi, al-Hafiz
al-Khatib al-Baghdadi, Al-Hafiz al-Subki, al-Hafiz Ibnu al- Jauzi( Bukan Ibnu Qayyim al Jauziyyah. Kerana beliau banyak membawa penyelewengan kerana
terpengaruh dengan gurunya yang sesat
iaitu Ibnu Taimiyah.),
Imam al-Murtadha al- Zabidi, Syeikh Ahmad Zaini Dahlan mufti mazhab Syafi`i di
Makkah, Syeikh al-Azhar Abdullah al-Syarqawi, Syeikh al-Sanusi, Syeikh al-‘Alalawi
bin Tahir al-Haddad, al-Hafiz Abdullah al- Ghummari, al Hafiz Sayyid Alawi al
Maliki al-Makki, al-Marhum al-Muhaddith Syeikh Abdullah al- Harari dan ramai
lagi. Di kalangan ulamak Nusantara pula ialah syeikh Ibrahim al-Banjari, syeikh
Nawawi al-Bentani, Syeikh Daud al-Fathani, Syeikh Abdul Samad al- Falembani, Syeikh
al-Muhaddith Yasin al-Fadani dan ramai lagi. Kesemua mereka ini telah berpegang dengan kaedah al-Asy`ariyyah atau al
Maturidiyyah dalam menjelaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama`ah. Kerana ini
seorang ulama` iaitu Al Hafiz Murtadha Al Zabidi (W. 1205 H) telah berkata:
"إِذَا
أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّة وَالْجَمَاعَةِ فَالْمُرَادُ بِهِمْ الأَشَاعِرَة
والْمَاتُرِدِيَّة".
Maksudnya:
“Apabila disebut Ahlu Sunnah Wal Jama`ah maka
yang dimaksudkan dengan mereka ialah Al Asya`irah dan Al Maturidiyyah” (Kitab Itthaf Sadat al- Muttaqin, jilid 2, m/s 6.)
Akidah Ahli
Sunnah Wal Jama`ah adalah akidah bagi semua umat Islam yang mengikut jejak
langkah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam yang mana baginda telah
bersabda:
“Dua perkara yang akan aku
tinggalkan kepada kamu sekalian jika kamu semua berpegang dengannya pasti tidak
akan sesat selama-lamanya , iaitu Kitabullah (al Quran ) dan sunnahku (syariat
dan akidah ). ”(Kitab al Mustadrak karangan al-Hakim, Sunan
al Kubra karangan al-Baihaqi).
Atas dasar inilah golongan Ahli Sunnah berjuang untuk menegakkan kalimah
Allah di atas muka bumi dengan cara mentanzihkan Allah tabaraka wata`ala daripada
sifat-sifat makhluk dengan berpandukan firman Allah ta`ala:
"Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan-Nya dan Dia Maha
mendengar lagi Maha melihat".
(Surah
Al-Syura : 11(
Terdapat hadis sahih yang telah menceritakan
kebenaran pegangan Imam al- Asy`ari yang mana beliau adalah cucu kepada seorang
sahabat nabi iaitu Abu Musa al-Asy`ari, ketika turunnya ayat ini:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa antara kamu murtad dari agamanya,
maka Allah akan datangkan suatu kaum yang dicintai oleh Allah dan mereka pula mencintainya,
yang bersifat lemah lembut terhadap orang yang beriman dan bersikap tegas
terhadap orang kafir. Mereka berjihad(berjuang bersungguh-sungguh) pada jalan
Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Demikian itu
adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya. Allah maha Luas limpah kurniaan-Nya, lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Maidah : 54)
Al-Hafiz Ibn
`Asakir meriwayatkan dalam kitabnya Tabyin Kadzibi Al-Muftari dan
al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya al-Mustadrak sebab turun ayat di atas:
"لَمَّا نَزَلَتْ:
{فَسَوْفَ يَأْتِي اللهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبٌّونَهُ} قَالَ رَسُوْلُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (هُمْ قَوْمكَ يَا أَبَا مُوسَى)
وَأَوْمَأَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ إِلَى أَبِي
مُوسَى الأَشْعَرِي".
Maksudnya:
“Tatkala ayat {فسوف يأتي الله بقوم يحبهم
ويحبونه} turun, lalu Rasulullah sallallahhu`alaihi wasallam
bersabda: “Mereka kaummu wahai Abu Musa”, dan Rasulullah sallallahhu`alaihi
wa-sallam menunjukkan dengan tangan baginda kepada Abu Musa al Asy`ari”.
Al-Hakim menghukumkan hadis di atas sebagai hadis
sahih `ala Sahih Muslim. Hadis di atas juga diriwayatkan oleh al-Tabari dalam
kitab tafsirnya, Ibn Abi Hatim, Ibn Sa`d dalam kitabnya al-Tabaqat al-Kubra
dan al-Tabrani dalam kitab al-Mu`jam al-Kabir. Al-Hafiz al-Haithami
berkata dalam kitabnya Mujma’ al--Zawa’id bahawa rijal hadis tersebut
rija al-shahih.
Al-Imam al-Qurtubi berkata dalam kitab tafsirnya jilid. VI, halaman. 220: “Imam Al-Qushayri berkata:
“Maka para pengikut Abu al-Hasan
al-Asy`ari adalah termasuk kaumnya kerana setiap tempat yang disandarkan di
dalamnya oleh suatu kaum kepada seseorang nabi maka maksudnya ialah para
pengikut”.
Berkaitan dengan
hadis yang semakna dengan hadis di atas iaitu dengan lafaz (هم قوم هذا) yang mafhumnya: “Mereka
adalah kaum lelaki ini” sambil Nabi sallallahu`alaihi wasallam mengisyarat
tangannya kepada Abu Musa al-Asy`ari." Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:
"هم قوم هذا".
Mafhumnya:
"Mereka adalah
kaum orang ini."
[Diriwayatkan
oleh Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak]
Oleh yang demikian, hadis ini adalah busyra
(berita gembira) bagi seluruh pengikut Al-Asy`ariyyah dan Al-Maturidiyyah
bahawa mereka sesuai dengan aqidah Rasulullah, maka berbahagialah orang yang
sentiasa mengikuti jalan mereka. Aqidah Al-Asy`ariyyah dan Al-Maturidiyyah
adalah aqidah kaum muslimin dari kalangan al-Salaf dan al-Khalaf, aqidah para
khalifah dan Sultan seperti Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad
Al-Fatih.
Al-Imam al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa
sesungguhnya Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda tentang Abu Musa
Al-Asy`ari dan
kaumnya.
Rasulullah sallallahu`alaihi
wa sallam bersabda:
"هم
مني وأنا منهم".
Mafhumnya:
"Mereka dariku dan aku dari
mereka".
(Diriwayatkan oleh
Al-Imam al-Bukhari dalam kitab Shahih al-Bukhari : Kitab Al-Maghaziy, Bab
Quduum al-Asy`ariyyun Wa Ahlal-Yaman (bab kedatangan al-Asy`ariyyun dan orang
Yaman).
Maka dapat difahami daripada hadis ini, bahawa
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menegaskan kaum Abu Musa
Al-Asy`ari merupakan kaum yang dikasihi Allah ta`ala dan mereka mengasihi Allah
Ta`ala kerana keshohihan pegangan agama mereka dan kekuatan keyakinan mereka
dan semangat mereka dalam memperjuangkan akidah yang haq dan menghapuskan kebatilan. Maka tidak hairanlah, Abu al-Hassan
Al-Asy`ari mendapat ketinggian menjadi ketua Ahli Sunnah Wal Jama`ah pada
zamannya dan sehingga hari kiamat. Beliau keturunan Abu Musa Al-Asy`ari iaitu
salah seorang sahabat Nabi sallallahu`alaihi wasallam yang mempunyai
kedudukan yang tinggi di sisi Allah ta`ala dan Rasul-Nya. Justeru, sebahagian
ulama` berpendapat keberkatan ini berkemungkinan kerana tepukan tangan Nabi sallallahu`alaihi
wasallam ke bahu Abu Musa Al-Asy`ari radhiyallahu`anhu.
Justeru, mesti ada di sana pendedahan dan
penjelasan rapi tentang pegangan Ahli Sunnah Wal Jama`ah. Insya Allah terjemahan
dan penyusunan ini dapat membantu dalam menjelaskan sedikit sebanyak pegangan
dan akidah Ahli Sunnah Wal Jama`ah.Kita sentiasa memohon kepada Allah supaya berkekalan dalan Akidah AhliSunnah Wal Jamaah di bawah pimpinan Imam al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-maturidi.
Disediakan oleh:
Disediakan oleh:
USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp:019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/
Hp:019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/