Thursday, 20 December 2012

BUKU BARU BERJUDUL 'DARAH SYIAH MEMBONGKAR KEZALIMAN SYIAH' DAPATKAN SEGERA

Ramai orang melayu terikut dengan SYIAH sama ada dari segi pegangan akidahnya, amalannya dan juga pemikirannya sehingga ada juga ahli-ahli tertentu seperti ahli perniagaan dan juga ahli Politik terpengaruh dengan SYIAH ini. Alhamdulillah satu buku berjaya diterbitkan untuk membongkar siapakah SYIAH yang sebanar. Sebahagian pengkaji pernah mengatakan
 "Kemustahilan taqrib (pendekatan pemahaman) antara golongan kaum Muslimin (sunni) dengan golongan Syiah, disebabkan mereka berbeza dengan umat islam yang lain dalam masalah usul (dasar-dasar agama). Hal ini sebagaimana diakaui dan dijelaskan oleh al-Nasir al-tus serta disokong oleh Nikmatullah al-Musawi al-Khunsaari, malah diakaui oleh semua kaum Syiah. Dan, jika sikap tersebut sudah ada sejak zaman al-Nasir al-Tusi, maka pada zaman Bakir al-Majlisi berlangsung semakin tambah keras dan sengit." 
Dan ade juga pengkaji yang lain berkata:
"aku telah hidup berdampingan dengan kaum Syiah baik di Iraq, Saudi, mahupun Lebanon selama 80 tahun. kami biasa berdiskusi dan berdebat dengan mereka, dan nampak bagiku seyakin-yakinnya sebuah gambaran bahawa mereka telah melakukan penyelewengan-peneyelewengan dalam kitab-kitab rujukan dasar mereka." 
Seorang pengkaji berkata:
"aku telah memebentuk satu jawatankuasa untuk mewujudkan taqrib (penyatuan/pemahaman) antara Sunni dengan Syiah di Kaherah sejak empat dekad, akan tetapi sebaliknya kaum Syiah menolak untuk membentuk jawatankuasa yang sama di pusat-pusat kajian ilmiah mereka seperti Najaf, Qum dan selainya kerana mereka hanya menginginkan kita lebih dekat terhadap agama mereka." 
Alhamdulillah buku ini telah berjaya dipromosi di rancangan BERNAMA rangkaian HELLO MALAYSIA canel 502, bersama penulisnya.
Dapatkan buku ini segera dari:
1-Penulisnya: Hp 019-9181278, email: faidzurrahim@gmail.com
2- Semua kedai-kedai dan cawangan MPH dan POPULAR di seluruh Malaysia.

3-Pencetak Darul Taklim Taman Melawati Kualau Lumpur. Tel: 03-61873567 
-HIDUP KITAB-KITAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH!!!-

Tuesday, 27 November 2012

BUKU TASAWUF TERBARU BERJUDUL ' IBNU ARABI MENYINGKAP TABIR FITNAH' KELUARAN BARU TAHUN BARU ISLAM


 Penulis: AHMAD FAIDZURRAHIM MOHD ALWI
Hp: 019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog: ustaz-faidzurrahim.blogspot.com
Sekarang berjaya hasilkan satu buku tasawuf tentang seorang ulamak sufi yg seringkali dicela dan di ina oleh beberapa pihak seperti Wahhabi dan juga org Jahil yg mencela ulamak tersebut yang bernama IBNU ARABI, sehingga ada sebahagian pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri juga menolaknya, sangat sedih. Ingin mengethui hakikat sebenar ulamak ini boleh dapatkan buku berjudul IBNU ARABI MENYINGKAP TABIR FITNAH, buku yg mempertahankan ulama tasawuf. Sangat rugi seseorang yang masuk tasawuf dan tarikat tetapi tidak mengenal secara detailnya SIAPAKAH IBNU ARABI.
Sedikit maklumat pasal buku baru ini: Gelaran al-Syeikah al-Akbar yang disematkan kepada Ibn Arabi tidak lain kerana keahlian atau kepakaran beliau dalam berbagai-bagai disiplin ilmu. Selain telah mencapai darjat yang lebih tinggi dalam tasawuf, beliau juga menguasai hampir semua bidang ilmu dalam islam seperti fiqah, usul fiqh, tafsir, hadis, teologi dan lainnya. Semua itu dicurahkan dalam kitab-kitab hasil karya beliau yang bilangannya mencapai ratusan judul. Namun ramai umat islam yang keliru dalam menilai keyakinan Ibn Arabi. Merujuk kepada beberapa kitab beliau, Ibn Arabi dikatakan mempunyai keyakinan hulul (adanya kesatuan antara Allah dengan manusia) dan ittihad (setiap kompenan alam ini adalah bahagian daripada Zat Allah). Keyakinan sebegini jelas bertentangan dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah dan tergolong dalam keyakinan yang sesat. Anehnya dalam kitab-kitab Ibn Arabi yang didakwa mengandungi ungkapan-ungkapan hulul dan ittihad, terdapat banyak ungkapan-ungkapan tanzih yang menyerlahkan keyakinan Ibn Arabi selari dengan keyakinan Ahli Sunah Waljamaah. Persoalannya, bagaimana dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang pengarang mengandungi dua keyakianan yang bertentangan.Buku Ibn Arabi: Menyingkap Tabir Fitnah memberi jawapan terhadap persoalan yang aneh ini.Dapat segera dari:
1- Penulis, AHMAD FAIDZURRAHIM Hp: 019-9181278, email: faidzurrahim@gmail.com
2- Pencetak Yamani Angle: 2-111, Jalan Prima SG 3/2
Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
Telefon: +6 03 6187 3567
Faks: +6 03 6187 7567
3- Semua kedai-kedai dan cawangan MPH dan POPULAR di seluruh Malaysia.
Harga buku RM: 35
Muka surat: 280

l

Tuesday, 17 July 2012

BUKU TERBARU 2012, 'MENYINGKAP HAKIKAT SEBENAR HIZBUT TAHRIR' DAPATKAN SEGERA!!!

Disediakan oleh:
AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp: 019-9181278
Assalamualaikm 
Hizbu at Tahrir telah diasaskan pada tahun 1953 di al-Quds (Bait al-Maqdis), Palestin yang dipelopori oleh Taqiyuddin an-Nabhani. Walaupun Hizbu at-Tahrir menitikberatkan untuk mengembalikan semula kehidupan Islam melalui usahanya dengan menegakkan sistem Khilafah Islamiyyah, namun terdapat banyak masalah yang dipertikaikan lebih-lebih lagi yang berkaitan masalah usul yang melibatkan pegangan ‘aqidah umat Islam. Usaha mengembalikan sistem pemerintahan khalifah dilihat murni, apatah lagi gerakan ini sering mendokong pembebasan Palestin yang dilihat mampu mengaburi pemikiran umat Islam sejati tanpa diselidiki perkara-perkara berkaitan ‘aqidah yang merupakan perkara yang paling utama yang perlu dititikberatkan sebagai asas perpaduan umat Islam sejagat. Sesungguhnya RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi wasallam menyatupadukan umat Islam melalui kesatuan ‘aqidah dalam perjuangan dakwahnya hingga berjaya memimpin negara dengan menerapkan sistem Islam dengan jayanya yang perlu umat Islam kini memahami dan dihayati. Malah, sejarah telah membuktikan bahawa penyatuan dan persamaan dalam pegangan ‘aqidah Ahlu as-Sunnah wa al-Jama’ah telah berjaya membebaskan Palestin dan memertabatkan umat Islam di seluruh dunia oleh pemimpin agung Islam Sultan Sallehuddin al-Ayubi. Hanya atas dasar kesatuan dalam ‘aqidah yang mampu mengembalikan perpaduan umat Islam, dan mampu mengembalikan sistem Khilafah Islamiyyah serta kegemilangan ummah. Justeru, umat Islam sesekali tidak akan bersatu dan tidak akan berjaya memertabatkan sistem Khilafah Islamiyyah jika perkara pokok ‘aqidah tidak dititikberatkan dan dihayati. Ironinya gerakan Hizbu at-Tahrir sangat halus memainkan Isu Khalifah untuk menegakkan sistem Khilafah Islamiyyah tetapi jika dikaji pemimpinnya Taqiyuddin an-Nabhani dan risalah-risalah terbitannya telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan ‘aqidah Ahlu as-Sunnah wa al-Jama’ah termasuk perkara-perkara furu’. Jangan Lepaskan peluang untuk mendapat naskah yang julung kali di pasaran

Sesiapa berminat untuk mendapat buku ini boleh berhubung:
1- Penulis, Hp: 019-9181278, email: faidzurrahim@gmail.com
2- GALERI BUKU SYABAB, Lot 2.03, Kompleks PKNS 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-89253731
3- UIA Gombak, Jendela Ilmu DarAl-Kutub, Hp: 012-2281119
4- PUSTAKA MAJID, Batu Caves Selangor, Tel: 03-61842641
5- Pustaka Shuhadak, Sentul Kuala Lumpur, Hp: 012-2175979
6- JOHANNA BOOK STAT, 20G, Jalan Setiawangsa3, Taman Setiawangsa, 54200 KualaLumpur, Tel: 03-42571669
7- GALERI BUKU ALAT TULISMEHRAJ , No, 34c-0-3, Jalan 1/27F, Pusat BAndar Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Tel: 03-41494786
8- Kedai AS-SUNNAH DARUL AKHYAR, 36, Jalan Bola Tampar, Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor, Tel: 03-55196300,  Hp: 0163306300

Rebutlah Peluang ini untuk mengenal Siapakah Sebenar Hizbut Tahrir
Sebarkan Maklumat Ini!!!!

Saturday, 7 July 2012

KERTAS KERJA SEMINAR AKIDAH DAN AJARAN SESAT


Assalamualaikum
Kertas kerja berkaitan dengan Manhaj Ahli SUnnah Wal Jamaah
(Bahaya Wahhabi Syiah & Hizbut Tahrir)
Pada Seminar Akidah Anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Dibentang oleh:
AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp: 019-9181278
Untuk membaca isi kandung kertas kerja ini boleh upload terus dari sini: 

Atau Sesiapa berminat kertas kerja ini boleh 
emailkan insya Allah
 -SELAMAT MEMBACA-

Thursday, 28 June 2012

SEMINAR AKIDAH, AJARAN SESAT MEMESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM 2012

(Klik gambar di atas)
SEMINAR AKIDAH 
(Ajaran Sesat Memesongkan Akidah Umat Islam)
Anjuran
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) 

Tarikh: 30 Jun 2012 (SABTU)
Tempat: Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Kg Sungai Pencala Jalan Damansara 60000 Kuala Lumpur
Masa: 8.30 AM - 4.30 PM
Ahli panel:
1- USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM MOHD ALWI
Tajuk: Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Masa: 8.30-10.30

2- USTAZ DZIALULHAK BIN HASHIM
Tajuk: Pengukuhan Akidah dan strategi mendepani cabaran semasa
Masa: 11.00-1.00

3- USTAZ ARIFIN BIN USMAIL
Tajuk:  Pluralisme menghalang dakwah
Masa: 2.30-4.30

Penyertaan percuma dan terbuka kepada semua muslimin dan muslimat. Maklumat selanjutnya sila hubungi:
1-Ustaz Azrul, Hp:  0196758689
2- Ustaz Bukhari. Hp:  0193653213
Semua dijempu hadir, dan boleh dapatkan buku-buku karangan saya di sana nanti Insya Allah.

Friday, 1 June 2012

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ DARI KACAMATA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


Ada orang kata ini rupa sebenar tunggangan Nabi yang bernama al Buraq. Jangan percaya kerana ia adalah tidak sahih disebabkan tidak ada dalil-dalil yang kukuh mengatakan sedemikian
Petikan dari kuliah dan pengajian:
USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp:019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, ada-Nya tanpa berhajat kepada tempat dan arah, Dia tidak berada di bumi, di langit,di arash dan Dia juga tidak berada di mana-mana dengan zat-Nya. Inilah akidah umat Islam yang dipegangi oleh para anbiyak dan awliyak.
Firman Allah yang berbunyi:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maknanya: Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari masjid haram ke masjid aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat _Surah israk, ayat:1)
Terdapat dalil yang jelas daripada al-quran dan hadis yang sahih tentang mukjizat al-Israk, maka wajib kita beriman bahawa Allah Taala memperjalankan Nabi Muhammad pada waktu sepertiga malam dari Makkah ke Palestin.
Al-Mikraj adalah sebuah perjalanan yang dimulakan dari Masjid Al-Aqsa hingga ke langit yang ketujuh dengan menaiki tangga yang diperbuat daripada emas dan perak.

BEBERAPA PERKARA ANEH YANG DISAKSIKAN OLEH RASULULLAH KETIKA ISRAK:
1-Dunia dalam bentuk seorang wanita tua.
2-Iblis laknatullahialaihi.
3-Mashitah tukang sikat rambut anak perempuan firaun.
4-Para mujahid di jalan Allah.
5-Penyebar fitnah.
6-Orang yang meninggalkan solat.

BEBERAPA KEAJAIBAN YANG DILIHAT OLEH BAGINDA KETIKA AL MIKRAJ:
1-Penjaga neraka.
2-Albaitul Makmur.
3-Sidratulmuntaha
.4-Syurga.
5-Al arasy.
Berkaitan dengan arasy, saidina Ali telah berkata:
‘sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta arasy demi menzahirkan kekuasaan-Nya dan bukan menjadikannya sebagai tempat untuk zatNya (diriwayatkan oleh Abu Mansur Al-Baghdad).Maka telah kafir orang yang beriktiqad bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy kerana Maha Suci Allah yang tidak menyerupai sesuatu pun bahkan kewujudanN-ya tanpa memerlukan tempat.
Alangkah buruknya tohmahan yang dilemparkan oleh Wahhabiah yang mendakwa Allah Ta’ala duduk atau bersemayam di atas arasy tetapi duduk atau bersemayamNya bukan seperti kita.Dimanakah letaknya akal mereka?Bagaimanakah Allah Ta’ala duduk di atas sesuatu yang telah diciptakan-Nya?Bukankah sifat ‘duduk’ atau ‘bersemayam’ adalah salah satu daripada sifat makhluk,dan semestinya yang duduk berhajat kepada tempat untuk didudukinya.Kesimpulannya di sini mustahil bagi Allah Ta’ala menyerupai makhluknya.
Firman Allah Ta’ala:
‘Tidak ada sesuatu pun yang menyerupainya’. 
Dan telah berkata Imam Tohawi:
 ‘sesiapa yang menyifatkan Allah dengan salah satu sifat daripada sifat-sifat manusia maka dia telah kufur (kafir).
Perkara yang paling mashur dalam peristiwa Israk dan Mikraj ialah difardhukan solat lima waktu.Dalam peristiwa ini, telah menjadi dalil bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa para nabi dan wali boleh berinteraksi dan memberi syafaat selepas kewafatan mereka.
Nabi Musa alaihissalam sudah lama wafat sebelum kelahiran Nabi Muhammad,tetapi Nabi Musa boleh berinteraksi dengan orang yang masih hidup walaupun dia sudah wafat sekian lama. Hal ini menunjukkan bahawa orang yang telah mati di dalam agama Islam boleh memberi manfaat kepada orang yang masih hidup.Bukankah Nabi Musa telah memberi manfaat kepada umat Muhammad?Oleh sebab inilah ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah berpendapat bahawa harus dan tidak syirik orang yang bertawassul samaada bertawassul dengan orang yang telah hidup ataupun orang yang telah mati.Bukankah nabi kita sendiri yang telah mengajar sahabatnya agar bertawassul sepertimana yang telah dinyatakan oleh Imam Al-Thobarani dalam dua kitabnya: Al-Mukjam Al-Kabir dan Al-Mukjam Al-Soghir. Alangkah jahilnya mereka seperti golongan Wahhabi yang bertopengkan dengan nama Salafi mengatakan bahawa Tawassul itu adalah diantara sebesar-besar unsur syirik dan dengan secara tidak langsung mengikut pandangan mereka (wahhabi) yang melarang perbuatan Tawassul bahawa Nabi telah mengajar satu amalan syirik kepada sahabat baginda wal iyazubillah min zalik.Memadailah dengan kita berhujah dengan amalan imam kita yang paling masyhur iaitu Imam Syafie yang pernah bertawassul dengan Imam Abu Hanifah selepas kewafatan beliau untuk menyangkal pandangan Wahhabi tersebut, sepertimana yang disebut oleh Imam Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikh Baghdad.
Peristiwa Al-Israk dan Al-Mikraj adalah salah satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad oleh Allah Ta’ala.Dalam peristiwa Al-Israk Dan Al-Mikraj solat lima waktu difardhukan ketika mana baginda bertemu dengan Nabi Musa dan baginda menyuruh Nabi Muhammad agar meminta kepada Allah Ta’ala supaya dikurangkan solat yang asalnya difardhukan 50 solat kepada lima solat.Hasilnya ialah setiap solat itu mendapat 10 ganjaran.Maka solat lima waktu itu samalah dengan solat yang 50 itu dari segi ganjarannya.
Untuk mengetahui perkara yang berkaitan dengan peristiwa Israk dan Mikraj, maka dapatlah segera buku ini:
Terbitan :
PUSTAKA HAJI ABDUL MAJID SDN. BHD
No 54 Jln SBC 3, Tmn Sri
Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor
Tel : 03-61842641
Faks : 03 6184 2671
Atau hubungi:
1. Saudara Khairul (Shah Alam)
016 3306300
2. Saudara Humaidi (Shah Alam)
019 6054234
SELAMAT MENYAMBUT ISRAK MIKRAJ BERSAMA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Sunday, 20 May 2012

SEKADAR LUARAN SESEORANG TIDAK MENUNJUKKAN KESEMPURANAAN DIRINYA

USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp:019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/
Assalamualaikum. Telah berkata salah seorang ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah: 
الإنْسانُ يُمدَحُ او يُذُم على حسبِ شريعةِ الله بميزانِ شَريعَةِ الله يُمْدَحُ إنْ وافقَ ميزانَ الشريعةِ ويُذًمُ على حسبِ ميزانِ الشريعة
Mafhumnya: "MANUSIA DIPUJI DAN DICELA MENGIKUT SYARIAT ALLAH, JIKA DIA SELARI DENGAN TIMBANGAN SYARIAT MAKA DIA DIPUJI, DAN DICELA DENGAN TIMBANGAN SYARIAT(Jika dia bercanggah dengan syariat)".
Wahai para sahabat sekalian!!, jagan mudah kita memuji seseorang hanya kerana zohir dan luarannya semata-mata. Terdapat sebahagian manusia sentiasa dipuji dan dipuja, dikatakan alim dan mahir dalam ilmu agama akan tetapi pada hakikatnya mereka tidak sehebat mana, dikatakan seorang yang hebat beribadah, akan tetapi pada hakikatnya biasa-biasa sahaja, dikatakan wali yang tinggi kedudukannya, akan tetapi pada hakikatnya amat jauh sekali, dikatakan ikut sunnah padahal pada hakikatnya tak ikut apa-apa  langsung bahkan banyak melakukan benda-benda yang bercanggah dengan sunnah, dikatakan banyak berguru, akan tetapi pada hakikatnya hanya berguru dengan buku, cd, komputer dan internet sahaja, dikatakan banyak sanad-sanad dan ijazah-ijazah dalam ilmu agama padahal pada hakikatnya satu kitab agama pun dia tidak memahaminya, dikatakan hebat dan mantap dalam dunia tarikat, akan tetapi ilmu fadrhu ain pun tidak memahaminya, dikatakan pengikut ahli hadis padahal pada hakikatnya menyelewengkan makna hadis, dikatakan berpegang dengan akidah Ahli sunnah padahal banyak  pegangannya bercanggah dgn Islam. Itulah ia kehidupan di atas muka bumi ini, macam-macam jenis manusia. Ada yang menitikberatkan dengan kemasyhuran dan kemewahan dengan menggunakan nama ilmu agama, dalam satu masa mengambil kemewahan dunia dari keuntungan orang lain. 
Jangan mudah terpengaruh dengan luaran semata-mata

Tuesday, 3 April 2012

BUKU AHLI SUNNAH WAL JAMAAH YANG TERBAIK 2012


Assalamualaikum semua para sahabat, sebarkan ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Buku ASAS FARDHU AIN IBADAH DALAM MAZHAB SYAFEI DAN TASAWUF. Buku ini adalah terjemahan dan syarahan ringkas dari salah seorang ulamak Yaman iaitu Syeikh Abdullah Ibn Tohir Baa'lawi, ulamak dari Yaman. Buku ini merangkumi hal-hal 'aqidah mengikut landasan Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Diselitkan dalam buku ini juga periwayatan sanad sampai kepada Imam Ahli SUnnah iaitu Imam Abu Hasan al-Asyari. Buku ini amat sesuai bagi setiap lapisan masyarakat terutama sekali bagi mereka yg baru mula ingin mendalami ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah yg merangkumi Asas Fardhu ain dan tasawuf. Sangat sesuai utk dijadikan slibus pengajian, panduan bagi penuntut ilmu dan pendakwah Islam serta pengajar agama dan bahan ilmiah bagi motivasi, forum dan seminar. Dan sangat sesuai untuk dijadikan hadiah kepada orang yg teristimewa. Penulis juga bersedia memberi ulasan dan kupasan berkaitan dengan buku ini (Bedah Buku) kepada mereka yang sudi menjemput dalam apa-apa program dan majlis ilmu.Buku ini dibahagikan kepada 9 bab iatu:-
BAB 1- Asas-asas 'aqidah
BAB 2- Bersuci dan solat
BAB 3- Zakat
BAB 4- Puasa
BAB 5- Haji
BAB 6- Muamalat
BAB 7- Riba
BAB 8- Tasawuf
BAB 9- Taubat

Dapatkan segera sebelum terlambat, dengan harga rm: 20sahaja. Sesiapa berminat boleh menghubungi terus kepada Penulis Ustaz Ahmad (Penulis Kitab-Kitab Ahli SUnnah Wal Jamaah):
1- Blog: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/
2- Hp:019-9181278
3- Email: faidzurrahim@gmail,com

Atau boleh bertemu terus dengan Penulis di Pusat pengajian Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di rumah Dato' yg mana alamatnya tertera di blog ini Semoga berjaya di dunia dan di akhirat..Tq

Friday, 23 March 2012

HAKIKAT IBNU TAIMIYYAH SOKONG KRISTIAN- SIRI PERTAMA-

 KENYATAAN ASAL IBNU TAIMIYYAH
 Petikan dari:
USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp:019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/
Assalamualaikum.:Ibnu Taimiyyah berhujah menggunakan buku-buku kristian untuk membenarkan akidahnya yang menyeleweng. Beliau menyatakan pada Nabi Isa yang kononnya berkata: Dan ayah kamu di langit. Gambar di atas adalah bukti kenyataan Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya sendiri
Dan ada penyokong Wahhabi tegar mengatakan dengan menakwil buku Ibnu Taimiyyah tersebut, si Wahhabi mengatakan bahawa ini terdapat pada kitab injil yg benar.
Sedangkan para alim ulamak Ahli SUnnah seperti Imam al-Qorrofi al-Malaki menukilkan ijmak ulamak bahawa barang siapa yg menyandarkan anak atau ayah kepada Allah maka dia telah terkeluar dari Islam. Imam al-Andalusi dalam Tafsirnya mengatakan bahawa sesiapa yg menamakan Allah dgn bapa maka dia telah kafir walaupun dia mendakwa takwil. 
Berhati-hati semua dengan penulisan-penulisan seumpama ini,

Sunday, 4 March 2012

AKIDAH AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH -Siri 1-

AKIDAH  AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


Oleh: USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp:019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Ahli Sunnah bererti mereka yang berpegang dengan apa yang dipegangi oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Manakala Al Jamaah bermaksud jamaah muslimin yakni mejoriti umat Islam yang bermula dari zaman Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam hingga ke zaman ini. Semuannya berpegang dengan tauhid dalam mengesakan Allah Subhanahu Wataala, yakni tidak menyamakan Allah dengan setiap makhluk. Mereka mengisbatkan bagi Allah sifat-sifat yang menunjukkan kesempurnaan-Nya serta layak bagi-Nya seperti yang dinyatakan oleh para ulamak, sifat tersebut dikenali dengan sifat 13 iaitu:
الوجود والقدم والبقاء والمخالفة للحوادث والوحدانية والقدرة والإرادة والسمع والبصر والكلام والقيام بالنفس
Semua sifat-sifat ini telah diketahui dan diyakini oleh semua umat Islam bermula dari generasi para sahabat dan generasi terkemudian sehingga ke dewasa ini.
Di zaman pemerintahan khalifah Al Abbasi ada seorang hamba Allah yang amat terkenal dengan kealimannya, baik, soleh, bertaqwa dan berani. Beliau dadalah sultan Solahuddin al Ayyubi. Beliau telah menghafal al Quran dan alim dalam ilmu feqah sehingga beliau berjaya menghafal salah satu kitab fekah mazhab Syafie yang masyhur iaitu kitab al Tanbih, begitu juga beliau berjaya menghafal kitab al Hamasah. Beliau selalu menghadiri majlis-majlis ilmu hadis yang menggunakan kaedah cara ulamak-ulamak terdahulu. Beliau juga sentiasa menjaga dan mengambil berat terhadap pengajian ilmu akidah. Di zaman beliau ada seorang ulamak yang bernama Muhammad bin Hibatillah al Barmaki. Orang alim ini telah mengarang satu kitab yangmana isi kandungnya berbentuk syair yang menjelaskan manhaj dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Maha Suci Allah dari tempat, anggota, arah, mengisbatkan sifat kalam bagi Allah yang mana kalam-Nya bukan dengan huruf, suara dan bahasa. Imam Hibatullah al Barmaki ini telah menunjukkan kitabnya itersebut kepada Sultan Solahudin al Ayubi, lalu Sultan Solahudin amat kagum dengan kitab tersebut sehingga beliau telah mengeluarkan arahan supaya isi kandung kitab tersebut menjadi sukatan pembelajaran bagi kanak-kanak yang belum baligh (Sibyan) dan juga pada sekolah-sekolah lama (al Kuttab) dalam pembalajaran ilmu akidah. Beliau juga mengeluarkan arahan agar syair akidah tersebut dibaca di atas mimbar-mimbar masjid sebelum azan solat subuh kerana zaman dahulu sudah menjadi kebiasaan umat Islam bangun sebelum fajar dan berqiamulail sehingga mereka menunggu ketibaan waktu subuh.
Di antara isi kandung buku tersebut yang menjelaskan akidah Islam ialah:
وصانـع العالـم لا يحـويـه ,,, قطر تعالى الله عـن تشبيـه
قد كـان موجـودا ولا مكانـا ,,, وحكمه الآن علـى مـا كانـا
سبحانـه جـل عـن المكـان ,,,, وعـزّ عـن تغيـر الزمـان
Maknanya: Yang Pencipta alam (Allah)  tidak diliputi oleh arah dan tempat, Maha Suci Allah dari penyerupaan, Allah Wujud abadi tanpa permulaan dan tidak ada tempat bagi-Nya, dan selepas dicipta tempat makakewujudan-Nya sebagaimana sediakala iaitu tanpa tempat, Maha Suci Allah dari tempat dan perubahan zaman.
Kisah ini diriwayatkan oleh Imam al Suyuti dalam kitabnya AlWasaeil ila Musamaratil Awaeil.
Sesungguhnya syair ini menunjukkan bahawa Allah Subhanahu Wataala yang mencipta alam ini tidak akan berubah-ubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain kerana Dia tidak sekali-kali menyamai makhluk. Firman-Nya yang berbunyi:
ليس كمثله شئ وهو السميع البصير
Maknanya: Tiada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dan Dia Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat (al Syura: 11)
Dan pegangan ini juga selari dengan sabda baginda Nabi Muhammad:
كان الله ولم يكن شئ غيره
Maknanya: “Sesungguhnya Allah sediakala (ada-Nya tanpa pemulaan), kewujudan-Nya tanpa ada sesuatu pun di samping-Nya”. (Hadis riwayat al Bukhari, al Baihaqi dan Ibnu Jarud)
Ini menjadi bukti bahawa Allah  wujud tanpa tempat dan arah, dan akidah ini sangat berbeza dengan ajaran songsang golongan al Musyabbiha al-Mujassimah seperti Musyabbihah moden iaitu Wahhabi dan seangkatan dengannya. 
 
Maka pegangan Ahli Sunnah adalah pegangan jumhur umah (mejoriti umat Islam) dalam beriman dengan enam perkara seperti yang dikhabarkan oleh junjungan besar Nabi Muhamad:
الإيمان أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره
Maknanya: Iman adalah beriman dengan Allah, para malaikat, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan beriman dengan qadar baik dan buruknya.(Hadis riwayat Imam Muslim)
Jadi sesiapa yang tidak beriman dengan enam-enam perkara ini maka dia tidak dikira sebagai muslim.

Sesungguhnya sebaik-baik generasi umat Islam adalah mereka yang hidup di kurun yang ketiga, dan ini telah dikhabarkan oleh Nabi kita Muhammad Sallahu alaihi wasallam:
خير الناس قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم
Maknanya: Sebaik-baik manusia ialah manusia yang berada pada kurunku, kemudian kurun yang sesudah mereka, kemudian kurun yang sesudah mereka. (Disahkan hadis ini oleh Imam al Bukhari, Muslim, Ahmad al Baihaqi dan Ibnu Majah)
Al -Kurun pada hadis tersebut bermaksud seratus tahun seperti yang dinyatakan oleh al Hafiz Abu al Qosim Ibnu Asakir dan juga selainnya. Generasi ini juga yang dimaksudkan oleh sabda baginda, iaitu:
:"أوصيكم بأصحابي ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم
Maknanya: Aku berpesan kepada kamu supaya mengikut pegangan para sahabatku, kemudian generasi sesudah mereka, kemudian generasi sesudah mereka.
Sehinggalah baginda bersabda:
عليكم بالجماعة وإياكم والفرقة فإن الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين أبعد، فمن أراد بُحبُوحة الجنة فليلزم الجماعةَ
Maknanya: Hendaklah kamu semua berpegang dengan jamaah dan jangan sekali-kali berpecah belah, sesungguhnya syaitan itu bersama yang seseorang dan dia akan menjauhi orang yang berdua, barangsiapa yang inginkan kelapangan di syurga maka mestilah dia melazimi jamaah. (Hadis ini disahkan oleh Imam al Hakim, dan dihukum oleh Imam Tirmizi sebagai hasan sahih.
Dan generasi ini juga yang dimaksudkan oleh Nabi kita Muhammad:
وإن هذه الملة ستفترق على ثلاث وسبعين، ثنتان وسبعون في النار وواحدة في الجنة وهي الجماعة".
Maknanya: Sesungguhnya dalam agama ini akan berpecah kepada 73 golongan, 72 darinya akan masuk neraka dan satu darinya akan masuk syurga iaitu al Jamaah
Kalimah Al -Jamaah yang dimaksudakan dalam hadis tersebut ialah al Sawad al A’zom iaitu mejoriti umat Islam, bukanlah makna al Jamaah tersebut adalah solat jamaah seperti tanggapan sebahagian orang awam yang jahil dan juga mereka yang mendakwa sebagai ulamak tetapi pada hakikatnya mereka bukanlah ulamak yang sebenar.
Selepas 220 tahun H telah muncul dan tersebar ajaran-ajaran sesat lagi kufur seperti ajaran yang dibawa oleh Muktazilah dan selainnya, lalu telah bangkit dua orang ulamak yang hebat membenteras ajaran tersebut. Dua ulamak tersebut adalah Imam Abu hasan al Asyari dan Abu Mansur al Maturidi. Mereka berdua telah menjelaskan ajaran sebenar Ahli Sunnah yang mana iannya adalah pegangan para sahabat. Mereka berdua menggunakan hujah al Quran dan hadis serta hujah akal bagi menentang golongan Muktazilah misalannya. Golongan Muktazilah ini pula j berpecah kepada 20 golongan, lalu kedua ulamak tersebut menentang setiap golongan tersebut. Maka umat Islam menyandarkan kedua-dua ulamak tersebut kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerana itulah jika disebut Ahli Sunnah Wal Jamaah maka yang dimaksudkan dengan mereka adalah al Asyariyyun (para pengikut Imam Abu Hasan al Asyari), dan al Maturidiyyun (para pengikut Imam Abu Mansur al Maturidi), seperti yang disebut oleh Imam al Hafiz Al Zabidi dalam kitabnya Ithaf Sadatil Muttaqin. Generasi yang dimaksudkan di sini ialah ahlu Salaf atau Salafiyah atau Salafiyyun.







 Kita Umat Islam wajib dan mesti menjaga dan mengambil berat dengan pembelajaran ilmu agama yang dibawa oleh golongan yang terselamat ini iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan ilmu yang paling tinggi dan mulia sekali kedudukannya ialah ilmu akidah/tauhid/usuluddin kerana ianya menjelaskan asas-asas agama. Ilmu ini juga dinamakan oleh Imam Abu Hanifah dengan ilmu al-Fikah al-Akbar. Alangkah beruntungnya mereka yang menekan dan menyebukkan diri mereka dengan ilmu tauhid ini.
Walhamdulillahi Robbil Alamin
Petikan dari Pengajian USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM

Monday, 6 February 2012

SIAPAKAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH?

 SIAPAKAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH?

Oleh: USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp:019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/

Ahli Sunnah Wal Jama`ah adalah majoriti umat Islam. Mereka adalah dari kalangan para sahabat dan juga orang yang mengikut pegangan dan manhajnya dalam enam perkara yang telah disebut dalam hadis nabi, iaitu:

"الإِيْمَانُ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ".
Maksudnya:
Iman adalah beriman dengan Allah, para malaikat-Nya kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan beriman dengan qadar baik dan buruknya.
                                                               [Diriwayatkan oleh Imam Muslim]

Ahli Sunnah Wal Jama`ah adalah golongan yang terselamat, sesiapa yang keluar darinya maka dia tidak akan terselamat dari mendapat balasan neraka jahanam di akhirat kelak. Antara golongan yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama`ah ialah Muktazilah, Khawarij, Syiah, Ahmadiah Qodyaniah, Musyabbihah, Wahhabiyyah, Hizbut Tahrir tarekat sesat dan lain-lain.

Ahli al-Sunnah membawa maksud bahawa mereka yang mengikut dan berpegang dengan pagangan Nabi atau jalan hidup Nabi. Manakala Al-Jama`ah ialah para sahabat, terutama sekali para Khulafa al-Rasyidin dan semua umat Islam (majoriti umat Islam). Manhaj Ahli Sunnah Wal Jama`ah merangkumi ajaran-ajaran Islam iaitu aqidah, syariah dan akhlak seperti yang dibawa dan dijelaskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, kemudian disambung penyebarannya oleh para sahabat, kemudian disusun secara bersistematik dan teratur oleh dua tokoh yang hebat iaitu Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Kemudian penyebaran sebegini  diteruskan oleh para ilmuan Ahli Sunnah Wal Jama`ah seperti al-Hafiz Abu Bakar al-Isma`ili, al-Hafiz al-Baihaqi, al-Hafiz Ibnu Hajar al-`Asqalani, seorang mujaddid pada kurun keempat Imam Abu Tayyib al-Bahili, Imam Abu Bakar bin Furak, Imam Abu Bakar al-Baqillani, Imam Abu Ishaq al-Asfarayini, al-Hafiz al-Asfahani, Imam al-Haramain al-Juwaini, al- Hafiz al-Syirazi, al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi, Al-Hafiz al-Subki, al-Hafiz Ibnu al- Jauzi( Bukan Ibnu Qayyim al Jauziyyah. Kerana beliau  banyak membawa penyelewengan kerana terpengaruh dengan gurunya yang  sesat iaitu Ibnu Taimiyah.), Imam al-Murtadha al- Zabidi, Syeikh Ahmad Zaini Dahlan mufti mazhab Syafi`i di Makkah, Syeikh al-Azhar Abdullah al-Syarqawi, Syeikh al-Sanusi, Syeikh al-‘Alalawi bin Tahir al-Haddad, al-Hafiz Abdullah al- Ghummari, al Hafiz Sayyid Alawi al Maliki al-Makki, al-Marhum al-Muhaddith Syeikh Abdullah al- Harari dan ramai lagi. Di kalangan ulamak Nusantara pula ialah syeikh Ibrahim al-Banjari, syeikh Nawawi al-Bentani, Syeikh Daud al-Fathani, Syeikh Abdul Samad al- Falembani, Syeikh al-Muhaddith Yasin al-Fadani dan ramai lagi. Kesemua mereka ini telah  berpegang dengan kaedah al-Asy`ariyyah atau al Maturidiyyah dalam menjelaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama`ah. Kerana ini seorang ulama` iaitu Al Hafiz Murtadha Al Zabidi (W. 1205 H) telah berkata:

"إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّة وَالْجَمَاعَةِ فَالْمُرَادُ بِهِمْ الأَشَاعِرَة والْمَاتُرِدِيَّة".

Maksudnya:
Apabila disebut Ahlu Sunnah Wal Jama`ah maka yang dimaksudkan dengan mereka ialah Al Asya`irah dan Al Maturidiyyah (Kitab Itthaf Sadat al- Muttaqin, jilid 2, m/s 6.)
 Akidah Ahli Sunnah Wal Jama`ah adalah akidah bagi semua umat Islam yang mengikut jejak langkah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam yang mana baginda telah bersabda:

 “Dua perkara yang akan aku tinggalkan kepada kamu sekalian jika kamu semua berpegang dengannya pasti tidak akan sesat selama-lamanya , iaitu Kitabullah (al Quran ) dan sunnahku (syariat dan akidah ). ”(Kitab al Mustadrak karangan al-Hakim, Sunan al Kubra karangan al-Baihaqi). 

Atas dasar inilah golongan Ahli Sunnah berjuang untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi dengan cara mentanzihkan Allah tabaraka wata`ala daripada sifat-sifat makhluk dengan berpandukan firman Allah ta`ala:
"Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan-Nya dan Dia Maha mendengar lagi Maha melihat".
              
                                                                                          (Surah Al-Syura : 11(

Terdapat hadis sahih yang telah menceritakan kebenaran pegangan Imam al- Asy`ari yang mana beliau adalah cucu kepada seorang sahabat nabi iaitu Abu Musa al-Asy`ari, ketika turunnya ayat ini:
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa antara kamu murtad dari agamanya, maka Allah akan datangkan suatu kaum yang dicintai oleh Allah dan mereka pula mencintainya, yang bersifat lemah lembut terhadap orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang kafir. Mereka berjihad(berjuang bersungguh-sungguh) pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Allah maha Luas limpah kurniaan-Nya, lagi Maha Mengetahui”.

           (Surah Al-Maidah : 54)

Al-Hafiz Ibn `Asakir meriwayatkan dalam kitabnya Tabyin Kadzibi Al-Muftari dan al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya al-Mustadrak sebab turun ayat di atas:

"لَمَّا نَزَلَتْ: {فَسَوْفَ يَأْتِي اللهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبٌّونَهُ} قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (هُمْ قَوْمكَ يَا أَبَا مُوسَى) وَأَوْمَأَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ إِلَى أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِي".
Maksudnya:
“Tatkala ayat {فسوف يأتي الله بقوم يحبهم ويحبونه} turun, lalu Rasulullah sallallahhu`alaihi wasallam bersabda: “Mereka kaummu wahai Abu Musa”, dan Rasulullah sallallahhu`alaihi wa-sallam menunjukkan dengan tangan baginda kepada Abu Musa al Asy`ari”.

Al-Hakim menghukumkan hadis di atas sebagai hadis sahih `ala Sahih Muslim. Hadis di atas juga diriwayatkan oleh al-Tabari dalam kitab tafsirnya, Ibn Abi Hatim, Ibn Sa`d dalam kitabnya al-Tabaqat al-Kubra dan al-Tabrani dalam kitab al-Mu`jam al-Kabir. Al-Hafiz al-Haithami berkata dalam kitabnya Mujma’ al--Zawa’id bahawa rijal hadis tersebut rija al-shahih.

Al-Imam al-Qurtubi berkata dalam kitab tafsirnya jilid. VI, halaman. 220: “Imam Al-Qushayri berkata:

“Maka para pengikut Abu al-Hasan al-Asy`ari adalah termasuk kaumnya kerana setiap tempat yang disandarkan di dalamnya oleh suatu kaum kepada seseorang nabi maka maksudnya ialah para pengikut”.

Berkaitan dengan hadis yang semakna dengan hadis di atas iaitu dengan lafaz (هم قوم هذا) yang mafhumnya: “Mereka adalah kaum lelaki ini” sambil Nabi sallallahu`alaihi wasallam mengisyarat tangannya kepada Abu Musa al-Asy`ari." Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam  bersabda:
"هم قوم هذا".
Mafhumnya:

"Mereka adalah kaum orang ini."      

                                    [Diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak]

Oleh yang demikian, hadis ini adalah busyra (berita gembira) bagi seluruh pengikut Al-Asy`ariyyah dan Al-Maturidiyyah bahawa mereka sesuai dengan aqidah Rasulullah, maka berbahagialah orang yang sentiasa mengikuti jalan mereka. Aqidah Al-Asy`ariyyah dan Al-Maturidiyyah adalah aqidah kaum muslimin dari kalangan al-Salaf dan al-Khalaf, aqidah para khalifah dan Sultan seperti Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fatih.

Al-Imam al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda tentang Abu Musa Al-Asy`ari dan kaumnya.
            Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam  bersabda:
"هم مني وأنا منهم".
Mafhumnya:
"Mereka dariku dan aku dari mereka". 
                 (Diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari dalam kitab Shahih al-Bukhari : Kitab Al-Maghaziy, Bab Quduum al-Asy`ariyyun Wa Ahlal-Yaman (bab kedatangan al-Asy`ariyyun dan orang Yaman).      
                                      
Maka dapat difahami daripada hadis ini, bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menegaskan kaum Abu Musa Al-Asy`ari merupakan kaum yang dikasihi Allah ta`ala dan mereka mengasihi Allah Ta`ala kerana keshohihan pegangan agama mereka dan kekuatan keyakinan mereka dan semangat mereka dalam memperjuangkan akidah yang haq dan menghapuskan kebatilan. Maka tidak hairanlah, Abu al-Hassan Al-Asy`ari mendapat ketinggian menjadi ketua Ahli Sunnah Wal Jama`ah pada zamannya dan sehingga hari kiamat. Beliau keturunan Abu Musa Al-Asy`ari iaitu salah seorang sahabat Nabi sallallahu`alaihi wasallam yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah ta`ala dan Rasul-Nya. Justeru, sebahagian ulama` berpendapat keberkatan ini berkemungkinan kerana tepukan tangan Nabi sallallahu`alaihi wasallam ke bahu Abu Musa Al-Asy`ari radhiyallahu`anhu.
Justeru, mesti ada di sana pendedahan dan penjelasan rapi tentang pegangan Ahli Sunnah Wal Jama`ah. Insya Allah terjemahan dan penyusunan ini dapat membantu dalam menjelaskan sedikit sebanyak pegangan dan akidah Ahli Sunnah Wal Jama`ah.Kita sentiasa memohon kepada Allah supaya berkekalan dalan Akidah AhliSunnah Wal Jamaah di bawah pimpinan Imam al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-maturidi.
Disediakan oleh:
USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp:019-9181278
Email: faidzurrahim@gmail.com
Blog: http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/