Sunday 26 April 2015

SEKITAR SEMINAR AKIDAH DI BILUT PAHANG 2015

Masjid al-Falah Bilut Pahang

Ustaz Azhari dari Pejabat Agama Islam Pahang merasmikan Program.

Ustaz Ismail Mina ahli Panel yang Pertama, kertas kerja berkisar Bahaya Libreal dan Plural

Dato Dr Fakhuridn Abd Mukti (Bekas Duta Mesir dan Pensyarah di UM) ahli panel kedua. Kertas kerja berkisar kepentingan ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah


 
Ustaz Ahmad Faidzurrahim ahli Panel yang ketiga. Kertas kerja berkisar Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bahaya Wahabi, Syiah dan Hizbut Tahrir.



ANTARA JAMAAH YANG HADIR

 









 

 
Antara Jamaah yang bertanya- Sesi soal jawap-

Sesi bergambar. Alhamdulillah majlis berjaya dengan berkat Rasulullah. Semoga Akidah ASWJ menjadi pendinding bagi masyarakat Islam di Malaysia dari golongan-golongan yang menyimpang seperti Wahabi, Syiah, Hizbut Tahrir dan lain-lain

Lihat rakaman Seminar. kerta kerja AKIDAH:   https://www.youtube.com/watch?v=BREl0wA1R9I

Kerta kerja Bidaah dan Bahaya Pembidaahan Wahabi: https://www.youtube.com/watch?v=JOT1zzXrPyA&feature=youtu.be

MUFTI-MUFTI MALAYSIA MENOLAK WAHABI



Saturday 25 April 2015

BERSELAWAT KE ATAS NABI CARA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - BAWAH PIMPINAN USTAZ FAIDZURRAHIM-



SELAWAT TAFRIJIYYAH
 الصلاة التفريجية 

وهذه صيغتها : 
( اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاماً تاماً على سيدنا محمد الذي تنحل به العقد ، وتنفرج به الكرب ، وتقضى به الحاجات ، وتنال به الرغائب ، وحسن الخواتم ، ويستسقى الغمام بنور وجهه الكريم ، وعلى آله وصحبه في كل لمحةa ونفس ، بعدد كل ما هو معلوم لك 
Khasiatnya: Untuk memohon hajat
Cara beramal dengannya: Dibaca sebanyak 4444 kali kemudian dipohon hajatnya

SELAWAT SYIFA'
اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
Bererti:”Ya Allah!rahmatkanlah keatas penghulu kami,Muhammad,penawar hati yang berkesan dan pengubatnya, penyihat badan yang mujarab dan penyembuhnya, pertunjuk yang bersangatan menerangi pandangan pemikiran dan mencerahkannya, demikian jua,  ke atas ahli keluargannya dan para sahabatnya serta berkati dan sejahterakanlah.”
Khasiatnya: Merawat penyakit
Cara amalanya: Dibaca sebelas kali setiap lepas solat fardhu

SELAWAT AL-MIKYAL AL-AUFA
 اللهم صل على محمد النبي وأزواجه أمهات المؤمنين وذريته وأهل بيته كما صليت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد ".
Khasiatnya: Untuk bermimpi melihat Nabi Muhammad
Cara amalannya: Dibaca sebanyak 80 kali pada waktu asar hari jumaat
Semoga dengan keberkatan nabi kita Allah taala memperkenankan hajat-hajat kita.

Thursday 16 April 2015

CERAMAH AKIDAH ASWJ BERSAMA USTAZ AHMAD DI UTARA

PULAU PINANG DAN KEDAH MENYOKONG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH




   Gerakan Dakwah ASWJ di Utara, dalam memperkasakan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan membongkar penyelewengan seperti Wahabi, Syiah, Hizbut Tahrir dan lain-lain. Anda akan bersama Ustaz Ahmad (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com.  Antara jemputan perdana  beliau di UTARA:                    
 1-   Masjid Jamek Hashim Yahaya jln Perak Georgtown Pulau Pinang 10150 Pulau Pinang. Pada 18-4-2015 bermula selepas maghrib (lihat baner)                                                
2- MASJID TANDOP. Ceramah Perdana pada 19-4-2015 Ahad Malam Isnin Selepas Maghrib. Lokasi Masjid Tandop Batu 3 Alor Setar Kedah Darul Aman.   Boleh tgk di facebook masjid Tandop link di sini:  
 3-  Surau al Hikam 2-G-10,
Taman Mutiara Vista,

Jalan Bakau, 11600 Jelutong,

P.Pinang. Bermula selepas maghrib.     



 Semua dijemput hadir dan doakan agar dakwah ASWJ berjaya.        





Saturday 11 April 2015

AMALAN TAWASSUL DARI KACAMATA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH -USTAZ FAIDZURRAHIM-

AMALAN TAWASSUL DARI KACAMATA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Disediakan oleh AHMAD FAIDZURRAHIM

Petikan dari pengajian syarah kitab Aqidah Muslimin yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim Hj Mohd Alwi al Azhari al Beiruti di Masjid Sobirin, Lembah Keramat, Selangor Darul Ehsan.Bertawasul dengan para anbiyak dan awliyak adalah harus dan dianggap sebagai perbuatan yang baik. Ini merupakan antara perkara yang lumrah di kalangan orang Islam yang mengamalkan agama yang diambil dari perbuatan Nabi dan para rasul yang lain, juga perjalanan hidup para alim ulamak dan golongan para solihin. Tidak ada seorang ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah menolak keharusan amalan bertawasul sehingga muncul Ibnu Taimiah yang mempersoalkan perkara tersebut sehingga mengelirukan orang ramai.
Salah seorang ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah yang hebat dan pakar dalam ilmu hadis iaitu al Marhum al Muhaddis al Musnid sheikh Abdullah al Harari al Habasyi telah menyatakan dalam bukunya Sirot al mustaqim bahawa tiada dalil yang kukuh yang menunjukkan tidak boleh bertawassul dengan para nabi dan wali sama ada pada waktu ketiadaan mereka atau selepas kewafatan mereka dengan mendakwa perbuatan ini merupakan satu ibadat kepada sesuatu selain Allah. Sesungguhnya tidak benar jika dianggap perbuatan menyeru orang yang masih hidup atau yang sudah mati sebagai suatu ibadat kepada selain Allah.
Makna tawassul ialah memohon sesuatu daripada Allah Taala dengan menyebut nama nabi atau wali (sebagai penghormatan kepada keduanya) supaya tercapai hajat atau tertolak mudarat daripada diri seseorang.
DALIL-DALIL KEHARUSAN BERTAWASSUL
1-Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَابْتَغُواْ إِلَيهِ الْوَسِيلَةَ
Maknanya: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepada-Nya
Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan Wasilah ialah sesuatu yang boleh mendekatkan kepada yang lain (perantaraan), dan dimaksudkan dengannya juga setiap perkara yang dijadikan oleh Allah sebagai sebab menghampirkan kepada-Nya, dan sebagai tali perhubungan untuk menunaikan hajat-hajat daripada-Nya, seterusnya hendaklah yang dijadikan wasilah itu mempunyai kedudukan dan kehormatan di sisi orang yang mengharapkan wasilah tersebut.
2- Al-Thabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir dan Al-Mu’jam Al-Saghir telah mengeluarkan suatu hadis daripada Usman bin Hunaif bahawa seorang lelaki telah berulang-alik kepada Usman bin Affan tetapi Usman bin Affan tidak mengendahkan dirinya serta menunaikan hajatnya. Maka lelaki itu telah bertemu dengan Usman bin Hunaif dan mengadu kepadanya akan hal tersebut. Lalu Usman bin Hunaif mengatakan: “Pergilah ke tempat berwuduk dan berwuduklah, kemudian hendaklah kamu sembahyang dua rakaat. Kemudian hendaklah kamu berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada engkau dan aku bertawajjuh (menghadapkan diriku) kepada-Mu dengan (kedudukan) nabi kami, Nabi Muhammad, nabi yang membawa rahmat. Wahai Muhammad, sesungguhnya aku bertawajjuh dengan engkau kepada tuhanku pada hajatku ini supaya ditunaikan bagiku. Kemudian pergilah dan aku akan pergi bersama kamu. Maka lelaki itu pun pergi dan melakukan seperti apa yang disuruh oleh Usman bin Hunaif. Kemudian dia pun pergi kepada Usman bin Affan, di sana dia disambut oleh pengawal yang membawanya masuk kepada Usman bin Affan. Usman bin Affan telah meminta lelaki itu duduk di atas hamparan yang disediakan olehnya dan bertanya kepada lelaki itu: Apakah hajat kamu?. Lelaki itupun menyatakan hajatnya kepada Usman bin Affan dan beliau pun menunaikan hajat lelaki tersebut. Usman bin Affan menyatakan: Saya tidak mengingati hajat kamu melainkan pada ketika ini. Kemudian lelaki itu keluar dari rumah Usman bin Affan dan dia telah bertemu dengan Usman bin Hunaif. Lelaki itu mengatakan: Semoga Allah membalas kebaikan kepada kamu. Beliau (Usman bin Affan) tidak memandang kepada hajatku dan juga tidak mempedulikan diriku sehinggalah engkau memberitahunya mengenaiku. Usman bin Hunaif berkata: Demi Allah, aku langsung tidak memberitahunya tetapi aku telah menyaksikan bahawa telah datang kepada Rasulullah seorang lelaki buta yang mengadu kepada baginda akan kehilangan penglihatannya. Maka baginda berkata: Jika engkau dapat bersabar, maka bersabarlah, dan jika engkau hendak, aku akan mendoakannya untuk engkau. Dia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya kehilangan penglihatanku amat menyukarkan aku kerana tiada bagi diriku orang yang memanduku. Lalu baginda berkata kepada lelaki buta itu: Pergilah ke tempat berwuduk dan berwuduklah. Kemudian hendaklah kamu bersolat dua rakaat, Selepas itu hendaklah kamu menyatakan…(seperti apa yang telah disebutkan di atas). Maka lelaki itu melakukan seperti apa yang diperintahkan. Demi Allah, sebelum kami berpisah dan belum pun lama majlis kami bermula, lelaki buta itu telah masuk semula kepada kami dan dia sudah boleh melihat seolah-olahnya dia tidak pernah ditimpa penyakit tersebut”.
Al-Thabrani di dalam Muk’amnya berkata: Hadis ini hadis sahih.
Pada hadis ini terdapat dalil bahawa lelaki buta itu telah bertawassul dengan nabi di tempat lain (bukan di hadapan nabi) kerana Usman bin Hunaif di dalam hadis tersebut menyatakan: “Lelaki itu telah masuk semula kepada kami”. Pada hadis ini juga terdapat dalil bahawa bertawassul dengan nabi adalah harus sama ada sewaktu hayat baginda atau sesudah baginda wafat. Maka nyatalah kebatilan seperti kenyataan dari Ibnu Taimiyah yang berbunyi: “Tidak boleh bertawassul melainkan dengan orang yang masih hidup dan berada di hadapan kita”.
Ketahuilah bahawa setiap syarat yang tidak terdapat di dalam kitab Allah (Al-Qur’an) maka ia adalah batil sekalipun ia seratus syarat. Wallahhu a’lam.
Dalam hadis ini berdoa dengan bertawassul lebih dekat dikabulkan oleh Allah. Sekiranya perkara ini tidak diharuskan sudah tentu dilarang oleh nabi, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya iaitu baginda menganjur dan mengajar doa yang perlu dibaca oleh si buta tersebut.
PERBEZAAN ANTARA IBADAT DENGAN TAWASSUL
Para ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah telah mengatakan bahawa perbuatan sujud tidak dikira ibadat dan tidak dianggap kufur kecuali bergantung kepada niatnya. Sujud para malaikat kepada Adam adalah ibadah kepada Allah, bukan kepada Adam kerana para malaikat mematuhi perintah Allah dan mengagungkan-Nya. Sujud kerana memberi penghormatan adalah diamalkan pada syariat-syariat yang lalu sebelum daripada Islam. Ini dibuktikan melalui sujudnya Nabi Yaakob dan anak-anaknya kepada Nabi Yusuf sebagaimana disebut dalam surah Yusuf ayat 100:
َرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ وَخَرُّواْ لَهُ سُجَّداً
Terjemahannya: Dan di dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf
Sesungguhnya telah pasti (tsabit) bahawa Muaz bin Jabal apabila beliau kembali dari Syam telah bersujud kepada Rasulullah, lalu Rasulullah menyatakan: “Apakah yang kamu lakukan ini?. Lalu Muaz menjawab: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku melihat ahli Syam sujud kepada para pendeta mereka dan engkau sebenarnya lebih utama untuk aku berbuat demikian. Rasulullah berkata: Jangan kamu lakukan sedemikian, jika aku diperintahkan supaya setiap manusia boleh sujud kepada manusia yang lain, nescaya akan aku perintahkan perempuan supaya sujud kepada suaminya”. (Hadis riwayat Ibnu Hibban & Ibnu Majah dan juga selain mereka). Rasulullah tidak pula menyatakan kepada Muaz: “Sesungguhnya engkau telah kafir atau engkau telah melakukan syirik” sedangkan perbuatan sujud yang dilakukan kepada nabi merupakan salah satu tanda ketaatan yang tinggi kepada sesuatu.
Begitu juga tidak benar sama sekali jika seseorang itu memandang syirik terhadap perbuatan memuliakan sesuatu atau meminta pertolongan kepada selain Allah atau perbuatan mengambil berkat daripada kubur para wali. Tidak boleh juga terus dihukumkan syirik terhadap perbuatan meminta sesuatu yang luar biasa, atau menyebut lafaz yang berbentuk pertolongan kepada sesuatu selain Allah, selagi si pelakunya beriktikad bahawa yang memberi manfaat dan mudarat yang sebenar hanyalah Allah Taala. Hal ini demikian kerana melakukan perkara-perkara yang disebutkan itu tadi tidak bererti seseorang itu telah menyembah sesuatu selain daripada Allah, kerana makna ibadat di sisi ulama bahasa Arab ialah taat beserta tunduk kepada sesuatu dengan secara mutlak tanpa berbelah bahagi.
Kenyataan dari buku si Rasul Dahri yang mengharamkan tawasul
GOLONGAN SESAT, PELAMPAU DAN PENGGANAS WAHABI MENOLAK TAWASSUL:
1-Ibnu Baz berkata dalam bukunya Aqidah Sahihah Wama Yudhodhihuha m/s:22, cetakan Darul Watan Riyadh, mengatakan bahawa Istighasah dengan para anibyak adalah syirik. Dia juga berkata bahawa hadis-hadis yang menceritakan kelebihan menziarahi kubur nabi adalah palsu dalam bukunya Tahqiq Wal Idhoh Likasir Min Masail Alhaj Wal Umrah, m/s: 89
2-Abu Bakar al Jazaeiri dalam kitabnya Aqidah Al Mukmin m/s: 144 berkata bahawa bertawasul dengan kemulian mereka adalah syirik dan boleh mengeluarkan mereka dari Islam dan berkekalan dalam neraka”
3-Soleh bin Fauzan dalam bukunya Attauhid,m/s: 70, cetakan Riyadh mengatakan bahawa tidak boleh betawasul dengan kemulian nabi.
Kesimpulannya, menurut fahaman Ahli Sunnah Wal jamaah adalah harus dan sah bertawasul dengan Nabi Muhammad, baik ketika baginda masih hidup mahu pun sesudah baginda wafat. Begitu juga boleh bertwassul dengan nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain, dengan para wali dan orang-orang yang solih sebagaimana dianjurkan oleh hadis-hadis sahih.
Ahli Sunnah Wal JAmaah juga beriktiqad bahawa tiada seorang pun yang dapa memberi bekas dan kesan, mengadakan , menjadikan, meniadakan, memberi manfaat dan member mudharat kecuali hanya Allah Taala sahaja Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya
Disediakan oleh AHMAD FAIDZURRAHIM
http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/
WAHABI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM YANG BERTAWASUL

Friday 10 April 2015

ANTARA JEMPUTAN CERAMAH BERKAITAN DENGAN KEKUFURAN AKIDAH WAHABI

 Ceramah Perdana Bertajuk: 
"Militan Wahabi, satu Penjelasan"Pada 11-4-2015 Sabtu selepas Maghrib, lokasi: Surau Perumahan Polis Batu 16 jalan melaka.Jasin Melaka.Disampaikan oleh Ustaz Ahmad(ustaz-faidzurrahim.blogspot.com) Anjuran: Pejabat Parlimen Jasin.Semua dijemput hadir!!!

Kuliah Zohor Bertajuk: "Isu Akidah; Wahabi atau Syiah mana lebih Bahaya?".Pada 13-4-2015 Isnin, jam 12.55 tengahari. Lokasi: Surau Menara Perkeso Lot 281,Menara Perkeso,Tkt 8, Jln ampang 50538.Kl.



USTAZ FAIDZURRAHIM MENGUCAP TAHNIAH KEPADA ASWJ NEGERI SEMBILAN KERANA MENOLAK KESESATAN WAHABI

FATWA BERKAITAN DENGAN ALIRAN DAN DAKYAH WAHHABIAH


FATWA BERKAITAN DENGAN ALIRAN DAN DAKYAH WAHHABIAH

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan telah membincangkan fatwa berkaitan Aliran dan Dakyah Wahhabiah pada mesyuaratnya bertarikh 17 Disember 2014, 25 Februari 2015 dan 24 Mac 2015. Mesyuarat telah memutuskan Aliran dan dakyah Wahhabiah didapati bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan. Percanggahan tersebut berdasarkan kepercayaan, perbuatan dan pengamalan aliran Wahhabiah seperti berikut :
  1. Menolak dan menyesatkan pengamal pendekatan Tauhid Sifat 20;
  2. Menganggap syirik amalan-amalan ahli sunnah seperti perbuatan tawassul, tabarruk dan istighathah dan selawat-selawat yang mengandungi pujian kepada Rasulullah seperti Selawat Syifa' dan Selawat Tafrijiyyah;
  3. Mendakwa bahawa pengikut aliran Asya'irah dan Maturidiyah tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;
  4. Membid’ahkan pelbagai amalan ahli sunnah yang bersifat khilafiah sebagai melakukan bid'ah dhalalah dan pengamalnya akan menjadi penghuni neraka;
  5. Menganggap amalan dan sambutan-sambutan yang dilakukan bertujuan memuliakan Rasulullah saw sebagai perbuatan syirik;
  6. Menolak sepenuhnya beramal dengan hadith dhaif;
  7. Memahami al-Quran dan al-Sunnah secara makna zahir semata-mata dan menolak pentakwilan dalam memahami teks al-Quran;
  8. Menolak fahaman bermazhab;
  9. Menolak kefahaman dan amalan tariqat tasawuf yang muktabar;
  10. Mempertikaikan ulama Nusantara yang muktabar serta kitab-kitab karya mereka;
  11. Mempertikaikan fatwa-fatwa atau keputusan pihak berkuasa agama;
  12. Berpegang dengan kefahaman tasybih dan tajsim berdasarkan zahir ayat dan hadith yang mutasyabihat; dan
  13. Mudah mengkafirkan, membid’ahkan dan memfasikkan golongan yang tidak sealiran dengan mereka;
 Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan mengambil keputusan bahawa;

  1. mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi penyebar aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan berfahaman Wahhabiah yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al- Jamaah;  
  2. mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang menjadi ahli jamaah atau pengikut aliran dan dakyah Wahhabiah dengan berselindung di sebalik apa-apa nama, aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;
  3. mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan   aliran dan dakyah Wahhabiah, sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;
  4. apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah adalah bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah; atau
  5. apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan tokoh, aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang.
  6. Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.
Mesyuarat bersetuju untuk mewartakan fatwa ini. Orang ramai hendaklah membuat aduan kepada pihak berkuasa agama yang berhampiran sekiranya terdapat sebarang keraguan seperti mana dinyatakan.

Wednesday 1 April 2015

ANDA AKAN BERSAMA USTAZ FAIDZURRAHIM DI SEMINAR PENGUKUHAN ‘AQIDAH DAN KEPENTINGAN ‘ILMU DALAM IBADAH

ALHAMDULILLAH PROGRAM AKIDAH YANG DULU DI PAHANG DITANGGUHKAN SEKARANG BERJAYA AKAN DILAKSANAKAN. SEMULA DIJEMPUT HADIR!!!

SEMINAR PENGUKUHAN ‘AQIDAH DAN KEPENTINGAN ‘ILMU DALAM IBADAH
Tema:
PENCERAHAN TASAWWUR AHLI SUNNAH WAL JAMA‘AH
 Anjuran:
Pihak Pengurusan Felda Lurah Bilut dan
Imam dan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Falahi
 Kerjasama:
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
TARIKH:
4hb April 2015 (Sabtu)
 Bersamaan
14 Jamadil Akhir 1436H
MASA:
9:00 pagi – 5:00 petang
TEMPAT:
Masjid Al-Falahi Felda Lurah Bilut
Bentong, Pahang
Kertas kerja 1
Kepentingan Ilmu Dalam Ibadah
Prof Madya Dr Fakhrudin Abdul Mukti
Universiti Malaya

Kertas kerja 2
ASWJ: Mazhab Asya'irah dan Maturidiyyah
Ust. Ahmad Faidzurrahim Mohd Alwi (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com)
Pendakwah Bebas

Kertas kerja 3
Konsep Bid'ah di dalam Islam: Menolak Fahaman Pembid'ahan Wahhabi
Ust. Mohd Mustakim Mohamood
Pejabat Mufti WP

Kertas kerja 4
Ancaman Gerakan Liberalisme dan Pluralisme Agama di Malaysia
AR Hj Mohd Amin Hashim
MUAFAKAT.